Memilih makanan tambahan asid omega 3 yang terbaik boleh menjadi sesuatu yang sukar, apalagi terdapat begitu banyak pilihan jenama dan jenis di pasaran. Berikut adalah cara untuk mencari makanan tambahan asid lemak omega 3 yang berkualiti yang akan membantu anda mencapai kesihatan optimum.
1. Semak dos - Asid lemak omega 3 yang baik harus mempunyai 1,000 mg asid docosahexaenoic ( DHA ) dan asid eicosapentaenoic ( EPA ). Kombinasi dari DHA dan EPA merupakan penanda asid lemak omega 3 yang berkualiti. Kedua zat tersebut mampu secara berkesan menurunkan kadar kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Pilih suplemen omega 3 dengan tahap DHA yang tinggi terutama bagi ibu menyusu.
Omega 3 telah terbukti mampu meningkatkan perkembangan penglihatan bayi dan membantu perkembangan kognitif. DHA yang juga terdapat pada minyak ikan berguna sebagai pereda kemurungan dan gangguan mood.
3. Pilih produk yang telah menjalanai ujian penyulingan molekul. Ia adalah proses dimana toksin dan bahan cemar seperti merkuri, plumbum dan lain-lain PCB dipisahkan dari minyak dan menghasilkan minyak ikan tulen.
4. Pastikan suplemen minyak ikan Omega 3 anda diperbuat daripada ikan yang tinggi asid lemak omega 3 secara semulajadi. Ini kerana tidak semua spesis ikan mengandungi kandungan omega 3 yang sama. Sebagai contoh, ikan putih seperti talapia mempunyai kandungan omega 3 yang sangat sedikit. Sebaiknya, pilihlah ikan yang terdapat di perairan sejuk dan dalam seperti tuna, hoki dan lain-lain yang sangat tinggi kandungan omega 3.