Sunday, April 6, 2014

Kenapa Shaklee OsteMatrix ?



Haa..bezakan batu bata yang disimen dengan batu bata yang disusun cantik takde simen? Sebabtu kita kena pilih pil kalsium yang lengkap. Bukan yang ada kalsium je semata, tapi yang lengkap dengam magnesium, vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium yang lebih optimum

Untuk pembelian, hubungi:
Diyana 019-6976889
COD Tmn Puncak Jalil, Putrajaya, KLIA

OsteMatrix, bukan sekadar pil kalsium.

Selamat pagi semua. Macam mana tidur semalam? Lena? Saya lately Baby Hana ikut waktu USA kot. Kalau dia tidur jam 7-8 malam, mesti jam 10 malam tu dia terjaga sambil sengeh-sengeh. Ambik hatila tu! Kita waktu tu la siap-siap nak beradu. Elok pulak dia bangun. Aduhai anak. Nak tak nak memang kena melayan la. Letak atas katil dalam gelap pun aktif jugak. Panjat sana, panjat sini. Taruk dalam baby cot sekejap je baiknya. Lepas tu melalak. Dalam jam 1.30-2.00 pagi barulah nak tidur cik mek tu. Tapi kan, alhamdulillah la, walaupun waktu tidur saya sekitar 3-4 jam je, tapi saya rasa sangat berkualiti. Pagi esoknya, jam 5 pagi dah tersedar sebelum jam loceng berbunyi. Badan pulak rasa cergas. Rahsianya..? OSTEMATRIX lah!

Apa Ostematrix ni? Duk hingaq satu FB kecoh newsfeed pasai Ostematrix ja bulan ni. Pa benda tu? Haa, meh sini ceq nak habaq mai. Dalam bahasa mudah, Ostematrix ni ialah pil kalsium. Kutla korang tak suka minum susu...tang mana badan nak dapat cukup kalsium kan? Tapi, OsteMatrix ni bukan ada kalsium je semedang. Dia kasi umphh lagi dengan tambah Magnesium, Vitamin D, Kumprum, Boron dan Zinc dalam tu. Haa...hak tu hak specialnya Shaklee. Tak sama ngan pil kalsium brand lain. 


Kenapa penting sangat kalsium ni? Tahukah anda bahawa tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia? Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan oto-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

  

Selepas usia 30 tahun, tubuh manusia akan mula mengalami kekurangan kalsium sebanyak 1% setiap tahun . Dan selepas usia 50 tahun, jumlah kandungan kalsium dalam tubuh akan menyusut sebanyak 30%. Kehilangan akan mencapai 50% ketika mencapai usia 60 tahun dan seterusnya mengalami masalah kekurangan kalsium.



Haa, mana yang dah jangkau usia 30an tu, hati-hati. Kena persiapkan diri kita dengan kalsium yang mencukupi dari sekarang untuk mencegah masalah tulang rapuh. Tahukah anda, wanita lebih mudah terdedah dengan masalah osteoporosis? Bila jumlah kalsium dalam salur darah berkurangan, maka ia akan menarik kalsium di dalam tulang yang akhirnya menyebabkan osteoporosis. April bulan promosi OsteMatrix. Beli 6 percuma 1. Stok untuk 7 bulan. Berbaloi-baloi! Anda boleh hubungi saya, Diyana di talian 019-6976889 untuk pembelian OsteMatrix dan produk Shaklee yang lain. Bagi yang tinggal di Taman Puncak Jalil, Putrajaya dan KLIA, boleh COD je. Cepat dapatkan OsteMatrix, bukan sekadar pil kalsium anda hari ini.


Wednesday, April 2, 2014

Second Hand Shop Semenyih

Semuanya bermula sejak pulang bercuti dari Melaka. Al kisah berlakunya kejadian ni ekoran daripada tidur atas katil King Size kat Hatten Hotel. Haha, hebat betul penangan tido kat hotel. Baru kali ni terperasan. Serius selesa! Saya, Naim, Iman & Hana n Peja menyelit sama...atas 1 katil...still SELESA! Dengan katil Queen sekarang, muatan dua orang setengah pun dah rasa sendat. Pulang je dari Melaka, terus google "katil king size" dan terjumpalah beberapa blog yang suggest kedai ni. Nak beli baru riban-riban. So, kita try beli yang second hand dulu la. Try test. Miahaha. Maka, pada hari Ahad baru-baru ni, gigih kami suami isteri ke Semenyih (macam la jauh sangat dari Putrajaya) mencari kedai Second Hand Shop. Kalau dari Highway Putrajaya, amik exit Semenyih Rinching. Dalam dua ke tiga kilometer, anda akan nampak Second Hand Shop di belah kanan. Kedai ni betul-betul di tepi jalan. Kalau anda dah melepasi Mc' Donald, maka dah terlajak la tu. Sila buat pusingan U di trafic light Taman Pelangi. 

Kedainya macam tempat pelupusan barang gittu. Dalam gudang. Macam scary jugak tempatnya. Tapi no worries, ada je orang yang singgah sini. Kebanyakannya barangan second hand dari hotel macam sofa, kerusi, meja makan, katil, tilam, lampu tidur. Banyak jugalah barang. Tapi kena pilih betul-betul. Takut ada yang calar balar. Sampai kedai ni, kami terus je pergi ke bahagian katil. Memang ada seketul katil king size sekali dengan tilam dari jenama king koil. Kata Bangla yang jaga kedai ni, baru sampai. Ayat diala kan. Sedap aja! Harga dia letak untuk katil dan tilam tu RM550. Saya tawar RM350, dia tak bagi. Haaa, over kan harga yang saya mintak. Minta selagi boleh. Haha. Dia bagi kurang RM500. 50 hengget je diskon?! Peja intai-intai lagi dalam kedai tu. Dia pulak nampak excited. Rupanya dia sangkut ngan satu meja komputer ni. Harga Bangla ni buka RM100. 






Kedai ni ada siap sekali ngan lori tau. So, senang tak payah nak cari lori lain. Pakai je perkhidmatan dia. Sekali ngan hantar ke rumah, saya minta harga RM450. Ketawa besar Bangla ni. (Again, harga over). Dia kata, harga RM450 boleh kasi, tapi kakak angkat sendiri. Ces, dia kenakan daku ye?! Tawar punya tawar dia bagi harga RM550. 

Katil king size + Tilam (RM450)
Meja komputer (RM50)
Sewa lori dari Semenyih to Seri Kembangan (RM50)

Okla kan? Kita lunyaikan dulu katil dan tilam tu, sambil kumpul duit lagi untuk konon-konon beli yang baru. Hahaha.  

Tuesday, April 1, 2014

Skim Ansuran Get Clean Water Pitcher

Yuhuuu kawan-kawan. Saya rasa seronok betul dapat share segala kebaikan Get Clean Water Pitcher ni dengan semua. Saya rasa, setiap rumah kena ada satu penapis air ni. Serius! Tambah-tambah lagi sekarang ni  musim air kena catu. Kadang air yang dapat tu, Allahuakbar..berbau dan berminyak! 

Ada sorang kawan ni berminat sangat nak miliki Get Clean Water Pitcher. Tapi katanya, mengenangkan nak membayor RM460 sedebuk tu dia tak larat. Tapi kesedaran nak dapatkan air bersih lagi sihat tu sangat tinggi. Siap bagi tahu saya, sekarang dah was-was pulak nak minum air masak lepas baca entri saya mengenai Get Clean Water Pitcher sebelum ni. Dah pulak! Hehehe. Maka saya dengan berbesar hati nak buat konsep main kutu. Ada sesiap yang berminat? Saya akan buat 2 pilihan. Group A main selama 3 bulan. Group B kita main 2 bulan. Tak payah lama-lama. Kang kempunan orang turn last tu nak dapatkan penapis air hebat ni. Hehehe.

Kepada sesiapa yang berminat, boleh email saya, diyana_atan@yahoo.com.my. Atau call/sms/whatsapp saya, Diyana 019-697 6889. Atau boleh PM saya kat FB: Diyana Atan (klik).