Assalamualaikum semua. Lama menyepi. Alhamdulillah, hari ni tergerak nak menjengah blog yang dah bertukun. Ekekeke. Moga apa yang bakal di share kan ini mendapat manfaat untuk kita semua. InsyaAllah.
Jom semak, ada tak kita buat semua ni dalam aktiviti kita sehari-hari. Rasanya kat tikar sembahyang pun kejap je wirid, Cepat-cepat je nak bangkit. Allahuakbar. Daifnya saya ni. Sempena masih di tahun baru ni...marilah kita sama-sama pasang niat nak menjadi ummah yang lebih berkualiti. Agar amalan, perbuatan, kelakuan kita sentiasa dicatatkan ke dalam buku rekod di bahu kanan dan mudah-mudahan kita tergolongan dalam golongan muqarrabin. Amin!!
7 zikir pembuka pintu rezeki
1. Memperbanyakkan membaca "La hawla wala quwwata illa billah".
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan La hawla wala quwwata illa billah. (HR At-Tabrani)
2. Membaca "La ilaha illallah al malikul haqqul mubin".
Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illallah al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR Abu Nu'aim dan Ad Dailami)
3. Membaca "Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil adzim".
Dari setiap kalimah itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta'ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR Al-Mustagfiri daalm Ad-Da'awat)
4. Membaca Surah Al-Ikhlas
Barangsiapa membaca Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya, (HR At-Tabrani)
5. Membaca Surah Al-Waqiah.
Barangsiapa membaca Surah Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup. (HR Al-Baihaqi dalam Syu'ab Al-Iman)
6. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi.
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Sallallahu'alaihi wa sallam bersabda; "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat, maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah al-Bazzar Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma'lul)
7. Melazimkan beristighfar.
Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga. (HR Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang luas...
Yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami...
Jika rezeki kami ada di langit, maka turunkanlah..
Jika di bumi, maka keluarkanlah...
Jika jauh, maka dekatkanlah...
Jika dekat, maka mudahkanlah...
Jika sedikit, maka banyakkanlah...
Jika banyak, maka berkatilah...
Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin...
...Mereka yang dalam kesusahan dan kedhaifan...
Ya Allah...kabulkanlah doa kami,...
Aamiin...!