Day 5 (15.2.2020)
Hari terakhir kami di Jeju. Selesai sarapan pagi di bilik dan prepare sikit untuk lunch di airport nanti, kami checkout dan bergegas ke Dongmun Market. Misi hari ini mencari octopus cheese bread dan hotteok (Korean sweet pancakes). Hahaha, besar sangat mission kan. Jangan lupa set alarm clock, takut terleka. Dengan ahli jemaah ya rabbi ni bukan boleh buat kira. Dalam pasar pun nak posing. Nanti rushing pula nak pulang kereta dan ke airport.
Misi pertama, membeli buah oren. Tapi buah oren ni dikatogerikan sebagai buah yang tak boleh di bawa masuk ke Malaysia tau. Nanti bila sampai Malaysia, kalau Kastam scan beg korang dan nampak buah oren, mereka akan serahkan beg kita pada pihak MAQIS. Pihak MAQIS lah yang akan rampas buah oren kita tu nanti. So, nak beli boleh tapi atas risiko sendiri. Kalau buah kena rampas jangan kau hingaq pulak kat situ. Setakat sebiji dua nak makan sebelum sampai Malaysia bolehla. Tak payah beli banyak-banyak. Dah sampai Malaysia nanti buah tu jadi masam. 😝
Misi kedua, mencari octopus cheese bread. Asal orang gi Korea je tunjuk sotong ni. I is terliur! Nak jugak. Maka, bertanyalah kami kepada oppa yang jual buah oren tadi di manakah letaknya kedai sotong cheese ni. Nasib baik tak berapa jauh dari kedai dia. Ingat penanda aras >> Gate nombor 8, octopus cheese bread!
Yeay!! Misi berjaya! Sedap juga rasanya. Done mengidam! Price: 2000 won
Next mission, cari hotteok pula (cara sebut: hottok). Ini pun kami tanya peniaga kat situ. Ada kata 50 meter, 10 meter dari tempat kami berada. Hangguk dia. Berbelit juga nak mencari kalau dari tempat sotong tu. But don't worry, kami mudahkan anda okay. Ingat penanda aras >> Gate nombor 1, hotteok!
Ingat kedai Ahjuma ni ye. Kalau dari Gate 1 tadi, stall yang ketiga. Deret Gate 1 ni ramai yang jual hotteok. Tapi gerai ni yang orang JMT bawak tourist dia makan. Hah!
Macam roti boom, sebab dalamnya diletak gula. Sesuaila nama English tu, Korean sweet pancakes. Sekeping, 500 won.
Yang biasa kiri, atau yang veggie kanan. Bagi saya, yang biasa lagi sedap! Lebih gebu.
Mission accomplish!! Alarm clock pun dah berbunyi, so now bergegas untuk pulangkan kereta dan menuju ke airport. Sebelum ke airport kami singgah dahulu ke petrol station untuk mengisi minyak. Penuhkan tangki dan harganya ialah 47 ribu won. Alhamdulillah, semua settle dan berjalan dengan lancar. Urusan check in juga dipermudahkan sebab masa tu belum panjang lagi barisannya. Berakhirlah sudah trip 5 hari 4 malam kami ke Jeju. Nak balik kampung lagi ke? Haruslah! Lagi 2 tahun kita try musim luruh pula ye.
Perbelanjaan (roughly) untuk seorang pada hari kelima:
Oren = Ikut poket sendiri
Octopus Cheese Bread = 500 won
Hotteok = 500 won
Petrol = 11,750 won
TOTAL = 12,750 won (lebih kurang RM45)
So, total expenses kami sepanjang 5 hari 4 malam di Jeju, termasuk kereta sewa, tempat penginapan, makan mewah mahupun street food, juga few entrances fee ialah lebih kurang RM 700.00 seorang. So, kalau bawa seribu ringgit bolehlah korang beli souvenir atau mana-mana perbelanjaan yang ikut poket sendiri tu. Tiket flight return saya beli masa promo free seat ialah lebih kurang RM800 (termasuk meal waktu balik dan luggage waktu balik 25kg). Semoga entry ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada bakal pelancong yang akan ke Jeju nanti!
Masa ni dah sampai airport. Sempat makan bekal yang dibuat dari bilik hotel dulu sebelum check in. Lapar!
Bye Jeju. See you again. InsyaAllah...
Gonna miss you
*Cepatlah habis corona. Nak keluar !