Tuesday, April 7, 2020

Bercuti ke Jeju, Februari 2020 (Day 2)


Day 2 (12.2.2020)
Untuk pagi ini, kami breakfast di bilik sahaja hasil dari stok bekalan makanan yang kami bawa dari KL. Biasanya kami akan prepare terus untuk lunch sekali. So, jimatlah sikit. Lepas sarapan dan checkout, kami ke Jeju Mokgwana yang terletak berhadapan dengan hotel ini. Lintas jalan je. Jeju Mokgwana adalah bangunan yang dulunya merupakan pejabat kerajaan yang menguruskan hal ehwal politik dan pentadbiran kerajaan dari tahun 1392 hingga 1910. Nak masuk sini ada entrance fee. For group of four person, kami dikenakan fee sebanyak 6 ribu won. 



 Map of Jeju Mokgwana, the oldest remaining building in Jeju for former central government office


Walaupun ketika itu hujan rintik-rintik, cuaca tidak pernah menghalang kami dari beraksi di depan kamera. Tengah asyik berposing, kami ternampak satu kawasan yang dipenuhi pokok-pokok oren. Wah, ini dah macam 2 in 1 package. Pergi historical building dan ladang oren! Apa lagi skuad, jom posing! 


Posing di kebun oren, checked!

Selesai melawat Jeju Mokgwana, kami meneruskan perjalanan ke Jeolmul Forest. Sepanjang perjalanan ke sana, hujan agak lebat membasahi bumi. Tapi alhamdulillah, sesampai sahaja kami di kawasan parkir kereta, hujan mulai reda. Nasib baik dah siap spare baju hujan. Entrance fee ke Jeolmul Forest ialah 1 ribu won seorang, dan parking pula 2000 won untuk 1 kereta. 


Di sini, terdapat beberapa track yang boleh kita lalui mengelilingi hutan. Tapi macam kita orang ni tak ikut betul-betul pun each track tu. Jalan sikit, posing amik gambar, then patah balik ke track lain. Kalau jalan berdua sahaja dengan pakwe agak seram juga sebab kawasan dia agak sunyi jika tidak ramai pengunjung. Memandangkan kami berempat, tak terasa sunyi pun dan sangatlah heaven sebab tak ramai orang dan kami boleh berposing sakan!





Hutan ini sangat cantik, lebih-lebih lagi bila diselubungi kabus 

Destinasi seterusnya, kami ke bahagian timur Jeju untuk mengambil gambar di lokasi rahsia Stairways to Heaven. View di sini, MasyaAllah...cantik. Part mana kat Jeju ni tak cantik? Semua cantik! Kami tiba di sini sudah lewat petang. Cuaca agak gloomy dan sejuk bercampur dengan angin kuat. Dapat menikmati secawan Caramel Macchiato panas di kala cuaca sejuk sangat mendamaikan jiwa. 




 I'm on stairways to heaven! 

Geram dengan tangga tu. Sebab sebelumnya kan hujan, jadi berlecak. Yang datang-datang sebelum ni bawak selut dari mana ntah. Dah naik tangga warna putih ni jadi kotor. Rasa geram nak amik air kolam simbah kat tangga ni. See, prop kena sentiasa ada di kala cuaca gloomy. Pintal-pintal sikit kat tiang tu bagi naik sikit seri gambar. Waktu ni angin bertiup agak kencang. Duk kat atas tangga tu bagai ditolak-tolak je rasa. 

Rahsia sangat kan...Shhhhh... Ingat kami tak boleh cari? 😆

Hahaha. Rahsia sangat. Sebabnya, nak ke lokasi ini, kami cuba bertanya dengan beberapa orang yang pernah ternampak post mereka di blog mahupun ig, semua pakat nak berahsia. Cuma bagi hint sikit-sikit je. Bila pm tanya personal pun tak nak bagi tahu. Okay, fine. 

Untuk akhiri pengembaraan pada hari kedua ini, kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan. On GPS dan cari Jeju Myung House. Harga untuk semalaman kami di sini ialah 68 ribu won. Setelah selesai check-in, kami sama-sama bergabung tenaga menyiapkan makan malam. Host rumah ini sangatlah baik. Siap bagi sebakul oren kepada kami malam tu.



 Menu makan malam kami 

Perbelanjaan (roughly) untuk seorang pada hari kedua:
Tiket masuk ke Jeju Mokgwana = 1,500 won
Parking di Jeolmul = 500 won
Tiket masuk ke Jeolmul = 1,000 won
Caramel Macchiato Coffee = 6,500 won
Jeju Myung House = 17,000 won
TOTAL = 26,500 won (lebih kurang RM94)

0 comments:

Post a Comment