Hari ni aku puasa ganti. Korang2 yang berhutang tahun lepas dah bayor ke hutang2 lama? Aku hutang lapok pun ada lagi ni. Tahun 2009 punya belum abes bayor lagi. Pak Incik memang pantang kalau bab berhutang ni. Berbuih mulut dia pesan suh ganti cepat. Mak Incik pun sama la bebel. Telinga aku ni pun dah jadi macam telinga gajah. Tadah je sampai lebar. Muakeke. Tapi anak dia punya la lambat bab nak bayor2 ni. Inilah akibat kalu ada penyakit bertangguh. Hadoi. Mintak mahap Pak Incik, Mak Incik. (Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku) Saya sedang mengusahakannya. Berapa jumlah puasa yang aku tinggal? Jeng jeng jeng. Tahun lepas je standard la 7 hari. Baki 2009 yang tak abeh ganti lagi pun ada 7 hari (2009 aku lahirkan Iman pada 3 Ramadhan. Sempat ganti separuh je, sebab bertangguh bertangguh bertangguh, last2 dah masuk Ramadhan 2010). So, untuk tidak mengulangi kesilapan lama, saya akan berpuasa direct minggu ni, start arini sampai ari Jumaat. Dapatla 4 hari. Sebelum2 ni pun aku dah ganti puasa, tapi lupa brapa hari exactly yang aku dah ganti. So, kita start balik semula. Takpe ganti lebih pun..takde ruginya. Fidyah untuk tahun lepas pun alhamdulillah, dah berbayor. Tinggal qadha puasa je la ni. Huhu. Korang yang belum ganti puasa, cecepat la ye. Ada 3 bulan je lagi ni nak masuk Ramadhan 2011.
Kenangan dengan public phone
3 days ago
0 comments:
Post a Comment