Monday, January 30, 2012

Balik Kampung!! Ho ho ho!!

 
Hati ni dah berbunga-bunga nak balik kampung! Again and again and again!! Last balik bulan 11 aritu. Balik time Raya Haji. Kali ni balik time Raya Cina pulak. Isi form cuti dari tahun lepas lagi wokey! Hehe. Korang mesti nak ngatala tu, konon apply cuti awal macam aku yang sambut Gong Xi Fa Cai. Iyer, katala kalau korang nak ngata pun, sebab memang aku ada darah keturunan Cina. Tiap-tiap tahun memang celebrate Chinese New Year. Seronoknya rasa! Zaman budak-budak hingusan dulu lagi best. Raya Cina yang paling dinanti-nantikan sebab dapat collect angpau lebih. Yela, sedara mara ramai ngan dekat maa, tu yang lebih tu. Dah besar panjang pun still  dapat angpau...selagi tak kawin katakan! Muahahaha. Tu yang aku kata best. Huhu, mata duitan sungguh!

Tahun ni tahun naga. Tengah berusaha gigih nak menambah koleksi anak! Konon-konon anak tahun naga ni mendatangkan tuah pada keluarga. Alaa...kepercayaan depa. Ko jangan taksub sangat. Syirik nanti. Setiap anak tukan anugerah dari Allah SWT, tak kirala dari tahun apa sekalipun. Caiyok!! Caiyok!! Kalau dulu Ama (nenek) ngan Akong (atuk) ada, tiap-tiap petang makan besar wajib balik! Ayah anak sulung. So, kenala balik. Lagipun dekat je Besut ngan Machang. Nanti Ama akan siapkan air dari set cawan yang dikhususkan untuk kami sekeluarga, dan yang pasti Ama akan buatkan air milo special untuk aku! Orang lain minum kopi. Aku tak minum kopi (masa tula) sebab takut itam! Ngeh  ngeh. Rindunya waktu tu. Dah tinggal kenangan semuanya.

Akong
Bila tanya Naim ngan Iman dia orang kata ni TOK YAH! Memang sama pun! SEJIBIK!

Ama

Sekarang ni generasi tua dah tak ada, feel raya tu macam kureng skit. Sikit jela. Apapun raya tetap raya. Pagi-pagi lagi dah sampai! Tapi tahun ni aku je yang balik. Madam Vouge Putrajaya takleh cuti. Seronok dapat jumpe saudara mara time ni. Tahu-tahu je si A si B dah tambah anak, anak-anak dah besar. Baru tahu Uncle C dah kawin lagi. Macam-macam story dapat collect time ni la! Naim ngan Iman pun kemain bergasak main ngan sepupu sepapat. Meriah gegak gempita jugak la rumah peninggalan Akong ni. Huhuhu. 





Uncle Eki yang stay kat rumah Akong sekarang ni. Banyak dah renovation yang di buat. Dah macam rumah baru dah. Yang pakai baju merah tu model pintu ye. Kikiki

Macam menu hari raya lak...nasi briyani, satey!!
Amboi Tok Ma, kemain lagi santap ye! Naim tu duk ngendeng Tok Yah dia la tu..

Ama & Akong
Takde mereka, takdela Ayah...huhuhu


Ayah cakap ni gambar Atuk dia. Kalau Atuk dia, maknanya Moyang aku la kan? 
HANDSOME WOOO!!!!


The Three Stooges, boleh?? Kuikuikui
3 beradik dari kiri: Ayah, Uncle Eho & Uncle Eki

Bergasak dak Naim main ngan sepupu sepapat dia.
Uhuhu...rindu kampung suda!!

Moga jumpa lagi tahun depan...

Saturday, January 7, 2012

W E L C O M E 2 0 1 2

Huhuhu. Dah masuk tahun baru rupanya. Dah lama berzaman pun. Aku je yang baru terkedek-kedek nak wish HAPPY NEW YEAR kat you all semua. Hehe. Tak kirala..basi pun basilah! Muahaha. Tahun ni juga Naim dah start darjah 1! Wah, dah makin besar anak bujang aku. Maknanya, mak ngan pak dia kalo nak bercuti kena tengok kalendar dulu la. Takleh dah nak main balun cuti last-last minute macam tahun sudah. Huhu. Maknanya juga mak ngan pak dia kena bagun awal-awal pagi sebab anak dia pukul 7.30 pagi dah nak kena ada kat sekolah. Nampak gayanya, itulah azam tahun baru aku! Ngeh ngeh ngeh. Ada satu lagi azam baru! Nak masak bekal untuk Naim hari-hari! Tapi hanya berjaya pada minggu pertama sahaja. Minggu seterusnya blur, tak tahu nak masak apa! Hehehe.

... Zaman dahulu kala...

*

*

*

*

*

*

...bertukar!...

*

*

*

*

*

*

 Dah macho wei! Semakin meningkat remaja! Kemain lagi posing ngan beg roda. Aku cari yang paling murah kat Carrefour Alamanda. Paling murah pun mahal gak, RM49.90! Hadeh!

Dulu masa Pra-Sekolah pakai baju kuning tu, sekarang dah darjah 1 tukar uniform la. Letih betul ngan warna putih ni. Time balik dah jadik macam belacan!!!

Hujung bulan nanti harap-harap sekolah buat cuti ganti time Cuti Raya Cina tu. Boleh balik kampung celebrate Chinese New Year. Kalau sekolah tak cuti, nampak gayanya aku heret gak Naim balik kampung. Nanti tulis la surat kat cikgu kelas dia. Kuikuikui. Adoi!