Saturday, January 7, 2012

W E L C O M E 2 0 1 2

Huhuhu. Dah masuk tahun baru rupanya. Dah lama berzaman pun. Aku je yang baru terkedek-kedek nak wish HAPPY NEW YEAR kat you all semua. Hehe. Tak kirala..basi pun basilah! Muahaha. Tahun ni juga Naim dah start darjah 1! Wah, dah makin besar anak bujang aku. Maknanya, mak ngan pak dia kalo nak bercuti kena tengok kalendar dulu la. Takleh dah nak main balun cuti last-last minute macam tahun sudah. Huhu. Maknanya juga mak ngan pak dia kena bagun awal-awal pagi sebab anak dia pukul 7.30 pagi dah nak kena ada kat sekolah. Nampak gayanya, itulah azam tahun baru aku! Ngeh ngeh ngeh. Ada satu lagi azam baru! Nak masak bekal untuk Naim hari-hari! Tapi hanya berjaya pada minggu pertama sahaja. Minggu seterusnya blur, tak tahu nak masak apa! Hehehe.

... Zaman dahulu kala...

*

*

*

*

*

*

...bertukar!...

*

*

*

*

*

*

 Dah macho wei! Semakin meningkat remaja! Kemain lagi posing ngan beg roda. Aku cari yang paling murah kat Carrefour Alamanda. Paling murah pun mahal gak, RM49.90! Hadeh!

Dulu masa Pra-Sekolah pakai baju kuning tu, sekarang dah darjah 1 tukar uniform la. Letih betul ngan warna putih ni. Time balik dah jadik macam belacan!!!

Hujung bulan nanti harap-harap sekolah buat cuti ganti time Cuti Raya Cina tu. Boleh balik kampung celebrate Chinese New Year. Kalau sekolah tak cuti, nampak gayanya aku heret gak Naim balik kampung. Nanti tulis la surat kat cikgu kelas dia. Kuikuikui. Adoi!

0 comments:

Post a Comment