Terkekeh-kekeh aku kat opis ni bila mengenangkan balik kejadian pagi tadi.
(sila tukar kepada mode syair)
Tersebutla kisah...
di waktu Subuh hari...
ketika Naim sedang mandi...
Tiba-tiba dia memanggil Ummi..
memanggil dari dalam bilik mandi...
N: Ummi! Ummi!
U: Iyer...
N: Naim nak minyak rambut ni.
U: Minyak rambut?? (sambil berfikir, bila masa pulak ada minyak rambut kat rumah ni. Abah korang tak pakai pun minyak rambut sebab votak!)
U: Kat mana?
N: Ni, kat toilet ni ada minyak rambut..." (Hoh?? Kat toilet? Minyak amende si Naim nak ni)
Maka aku pun skodeng la..
U: "Huk aaloh! Ni bukan minyak rambut Naim. Ni..."
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Pencuci bagina!
(tapi memang sama pun macam botol minyak rambut kan)
Kuikuikui. Nyaris ko nak! Nasib baik dia panggil aku dulu. Buatnye dia suka hati main hentam sajo, selamatla feminine wash tu kat kepala dia. Adeh. Hati-hati dengan alatan di rumah. Kadang kita nampak macam takde apa-apa, macam biasa je...tapi dari sudut pandang mata anak-anak benda-benda tadi mungkin sangat menarik perhatian tanpa mereka tahu benda tersebut mungkin boleh mendatangkan mudhorat kepada mereka. Awas ibu bapa!!