Thursday, February 28, 2013

Advanced Joint Health Tablet



Yeazza!! Testimoni dari ibu sendiri wokeh! Real real punya dari mak bonda tercinta di Kampung Raja. Suka sangat-sangat bila Mama call bagi tau kaki dia dah tak sakit. Sebelum ni memang kesian tengok Mama. Member jenis kuat berjalan. Masa sihat dulu-dulu, Mama memang lincah orangnya. Ke sana sini cepat dan pantas. Cikgula katakan. Dah tua-tua ni kalau jalan banyak sikit, kaki Mama memang akan bengkak. Jalan pun terhincut-hincut. Ngurut tak payah cerita la. Macam-macam tukang urut dah try. Ok kejap. Lepas tu sakit balik. Bulan lepas, Shaklee buat promotion Advanced Joint Health Tablet ni (AJHT). Daku pun beli la sebotol bagi Mama try. Serius, rasa nyesal pulak beli sebotol je masa tengah promosi tu. Alhamdulillah, rasa seronok sangat dapat hadiahkan AJHT tu kat Mama and dapat positive feedback. Orang tua happy, kita pun lagi lagilah happy. Oh ya, AJHT ni bukan hanya untuk golongan VVIP (warga emasla maksudnya) je tau, kita yang muda ni pun kalau selalu sangat sakit-sakit sendi pun boleh consume. Maklumlah, terlebih aktif. Banyak sangat guna pergerakan sendi. Sebab tu boleh sakit-sakit. Meh kita skodeng testimoni kawan-kawan yang lain mengenai AJHT ni. 

 
Apa yang ada dalam AJHT ni? Meh kita share sama-sama.
Ekstrak Boswellia - Menyokong keselesaan sendi dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama estrak Boswellia ialah asid Boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. 

Ekstrak Jagung - Bertindak sebagai kusyen bagi membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan sumber pekat glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen. 

Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C -  Memelihara tisu penyambung yang sihat. Sebagai nutrien penting dalam sendi, Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberi kekuatan dan struktur terhadap sendi. Kolagen merupakan salah satu komponen dalam pembentukan tulang rawan dan tisu-tisu penghubung yang lain dalam tubuh. Manakala sebanyak 10% Nilai Harian mineral surih zink tembaga dan mangan yang terdapat dalam setiap biji kapsul (AJHT) membantu enzim-enzim membina kolagen dan glikosaminoglikan dalam tubuh. Jadi mineral-mineral dan vitamin c memelihara tisu penyambung yang sihat untuk sendi yang kuat dan sihat. 

Itulah serba sedikit info mengenai AJHT ni. Kalau kawan-kawan berminat nak hadiahkan untuk ibu bapa di kampung, bolehla roger saya ye? Hehehe. Atau yang nak cuba untuk diri sendiri pun boleh. Tak ada masalah. Untuk maklumat lanjut dipersilakan roger saya. Jangan tunggu lama-lama. Jangan biarkan sendimu merana. Hehehe. Okies, adios!!

Karnival WOW Putrajaya



Ha...pada anda yang tiada perancangan nak ke mana hujung minggu ni, bolehla ramai-ramai berkunjung ke Karnival WOW Putrajaya. Start hari ni, Khamis 28 Februari sampaila hari Ahad, 3 Mac. Reramaila korang penuhkan Presint 2 tu. Daku dah jemu! Ada pertunjukan bunga api, hot air balloon, festival makan pun ada!! Kalo agak-agak nak makan free tu, bolehla datang sini. Artis yang akan buat show pada hari Ahad tu ialah bang Nuar Zain!! Ini kompem sesak Presint 2 nak nengok bang Nuar nyanyi! Hehe. Aizat, Najwa Latif pun ada. Paling syiok Dato' M Daud Kilau pun buat show jugak. Gelek abesla hari tu. Mesti dia nyanyi lagi "Senyumlah..senyumlah..ahai Cik Mek molek!" Ye, iye...daku dah senyum lebor dah ni. Huhu. Tapi, esok hari Jumaat. Rest tengaharikan panjang. Bolehla kot-kot nak menyemak sama kat sana. Ekekeke. Bolehla kot gi terjah yang festival makan tu. Hehehe. Okla kawan-kawan. Jumpa lagi. Wassalam.

Tuesday, February 26, 2013

Happy CNY 2013

Hoyeh! Hoyeh!! Lets celebrate Chinese New Year everybody! Celebration time!!! Best tau dapat celebrate perayaan lain dalam setahun. Not only celebrate Hari Raya Puasa and Raya Haji, but also dapat peluang celebrate Chinese New Year. Masa Akong ngan Ama ada dulu, petang raya tu memang akan balik kampung untuk makan besar. Tapi kita orang duk meja lain la. Menu pun kedai punya.Dulu-dulu zaman bujang sangatlah teruja menyambut CNY ni sebab tak sabar nak collect angpau!  Now, my turn pulak share the luck with others yang masih solo, and of course time celebrations macam ni kids la yang paling syiok! Masa ni depa dah tak kira dah. Faham ke, tak faham ke bahasa...semua gasak main. Main kejar-kejar, main bola. Macam-macam la aktiviti mereka. Dah penat main, ramai-ramai kerumun meja makan. Lepas tu sambung main pulak. Waa...bestnya jadi kanak-kanak. :-)

Raya Cina tahun ni paling best sebab semua adik beradik dapat cuti. Kalau tak, mesti ada yang tak cukup korum. Miz Elle cuti, Cik Da cuti, Che Chik memang tengah cuti semester masa tu. Meriahla sikit dapat berkumpul adik-beradik dan anak-anak saudara. Mama ngan ayah pun senyum lebau je. Riuh sikit rumah kat Kampung Raja ni untuk seminggu. Kalau tak sunyi je. Masa ni rumah Tok Ma ngan Tok Yah bersepah pun takpe. Redha nduss kalau cucu yang buat. Kalau anak yang buat? 40 hari tak abih lagi membebel. Ekekeke.

Sekarang ni kita orang balik kampung Machang time pagi raya je. Jumpa sanak saudara kejap, lepas Zohor balik Besut balik. Sekejap je. Tak macam dulu-dulu dari pagi sampai petang lepas Asar. Siap pergi ke rumah moyang lagi. Dah semua generasi VVIP dah takde. Takdela buat kunjung hormat. Uhuhu. 

Sampai je kat rumah pusaka ni, terus ngadap makan. Main menu tahun ni satay ngan nasi briyani. Yang kat meja depan ni makanan ringan. Ada kopok, kacang, air kotak, gula-gula!

 Yang uncle belah kiri sekali tu bestfriend ayah. Yang berbaju kuning cair tu ialah Pak Sedara daku, Uncle Eh Hoo. Yang berbaju merah hati tu pun Pak Sedara daku juga, Uncle Eh Kee. Ayah anak yang sulung. Uncle Eh Hoo pun dah convert to Islam juga. Alhamdulillah. 

Okay, yang berbaju biru tu my cousin. Nama dia Wee Kok. Sama saiz ngan Peja and Naim.

Ececece. Pinjam baby girl my cousin jap. Fefiling ada anak pompuan ken? Macam serasi je. Muahehe. Baby Yi Xian sungguhla comey!!

Ni kat rumah my aunty. Belakang rumah pusaka je pun. Jalan kaki je. 

Ini tak sampai suku family yang datang bertandang kat rumah pusaka. Daku panggil rumah pusaka sebab dulu, rumah ni rumah Akong and Ama. Rumah VVIP la konon. Memang rumah ni akan dikunjungi oleh semua anak cucu cicit. So, bila Akong and Ama dah takde, rumah ni Uncle Eh Kee yang duduk. Aktiviti kunjung hormat tetap berlaku. Kiranya Uncle Eh Kee la jadi golongan VVIP sekarang. Ekekeke. So, perjumpaan mega akan berlaku di sini. Time ni rumah memang dah gegak gempita! Ngan suara orang tuanya bercakap tanya khabar, ngan suara budak jerit-jeritnya. Tapi apa pun, tetap best!

Hahaha, tokey dah kehabisan angpau! Kena isi balik yang lain. Maklumla, anak-anak buah bertambah dari tahun ke tahun. Perusahaan aktif la katakan. Muahahaha. Hope tahun depan ada rezeki celebrate CNY lagi. Adios semua. Wassalam.


Carta Pergerakan Bayi

Assalam semua. Ya Allah..lama betul tak update blog. Sejak cuti gi Penang aritu, sampai bersambung cuti balik celebrate CNY kat kampung, lama tu lah tak jengah blog. Sebuk update FB pasal Shaklee katakan. Muahehehe hampeh! Kikiki. Ni nak story pasal Carta Pergerakan Baby. Adehla, lupa sokmo! Tapi waspada jugak la dengan pergerakan baby. Kelupaan itu adalah tidak disengajakan. Bukan suka-suka lupa. Pastu, bila time appointment checkup kat klinik, gigih aku tonyoh dalam kereta. Ingatkan daku seorang je buat perangai gitu. Bila upkan status pasal carta ni, rupanya ramai yang sama peel dengan daku. Muahehehe. Lagi best siap terkantoi awal sehari tanda carta. Wakakaka.


Penting sebenarnya carta ni. Bukan suka suki je pihak KKM wujudkan carta pergerakan bayi ni. Ada kawan ni...dia memang tak tanda, tapi alert dengan pergerakan baby. Satu hari tu, dia perasan baby dia tak cukup gerak 10 kali dalam tempoh 9 pagi hingga 9 malam. Terus gi hospital, check. Rupa-rupanya air ketuban kurang. Bila dengar cerita dia tu, barulah gigih daku nak menanda carta ni. Tapi kan, bila dari dari kampung aritu, memang perasaan, baby kurang aktif. Letih kut naik kereta berjam-jam lamanya. So, kesimpulannya, dah takleh ngengada nak melibatkan diri dengan perjalanan jauh. Bawak-bawakla sedar diri Cek Mek oii. Muahehe. Okla kawan, jumpa lagi di lain entry. Nak tanda carta ni. :-) Wassalam.

Monday, February 4, 2013

Maternity Pillow

Assalamualaikum semua, juga salam 1 Malaysia. Lama blog tak berupdate. Haritu pi jenjalan Penang pun tak update lagi story. Nantila eh. Jap-jap lagi kita update. Hehehe. Ni nak share pasal maternity pillow. Anak dah nak masuk tiga baru merasa pakai mende alah ni. Huhu. Punyala jakun! Reason utama sekali mencari bantal ni ialah kerana daku mengalami sakit-sakit pinggang bila tidur malam. Usia dah lanjut kan. Dedulu pregnant tak rasa sangat lenguh-lenguh ni. Alhamdulillah, dengan adanya bantal ajaib ni, tidur malam makin lena. Tak payah pakai bantal lain dah pun. Padan ngan dia je cukup. Macam-macam posisi boleh you, dan yang penting selesa.

Bila tengok akak ni tidur ngan maternity pillownya, terus daku teringat dan terkenang-kenang bantal yang kat rumah. Tetiba rasa ngantuk melanda! Huaarrghhhh...ngantuk la puloks! Kalau dapat peluk ni, perghh, kompem berdengkur. Selesa kan kan kan? Lantas, daku pun membuatlah research skit pasal bantal ni. Research tang harga! Huhu. Sangatlah mahal okeh?! Rata-rata blog or web yang jual mende alah ni daku jumpa berharga RM250 keatas! Ada yang RM290 pun ada. Tu belum masuk postage lagi. Mende alahnye besar gabak gak. For sure postage kena sampai dua tiga puluh hengget pulak khen..? Adesla. Tapi, alhamdulillah, Allah permudahkan urusanku. Dia Maha Penderngar dan Maha Pemberi. Maka, ditakdirkan...bertemulah daku ngan Sofea Suhaimi di ruang siber facebook. Tadaaaa...


Inilah bantal ajaib saya. :-) Sangat selesa bila baring dan dakap bantal ni. Membuatkan tidur malam saya semakin nyenyak dan lena. Masalah lenguh-lenguh belakang dan ketidakselesaan semasa tidur juga dapat diatasi. Huhuhu (persis duta maternity pillow tak? Wakakaka). Pada sesiapa yang nak tempah bantal ni, bolehlah add friend Sofea Suhaimi kat facebook.  Nanti Sofea akan jahitkan. So far, daku SANGAT berpuas hati dengan hasil jahitannya. Owh, lupa pulak bagitau harga. Daku kan pencinta barang-barang berharga murah dengan kualiti yang superb! Tak kenal lagi ke? Ekekeke. Jeng jeng jeng....harganya ialah....drum roll sket.....roll lagi.... ;-)


RM165!!!


Haa, mana boleh daku tak sambar. Berbaloi-baloi memilikinya. Yang bestnya, bantal ni nanti boleh dibelit-belitkan dan bertukar menjadi nursing pillow. Haa..kira 2 dalam 1 la. Sejak-sejak ada bantal ni, semua pakat nak try test tidur atas ni. Kalau try test kejap je takpe. Ni sampai berdengkur abes, apa cer..? Yang abahnya pun sama. Ni sape yang mengandung ni? Kikiki. Apa lagi you alls, cepat sambar laju-laju. Oklah semua. Jaga diri and wassalam. 



Untuk memudahkan semua, kawan-kawan boleh rujuk diagram di bawah untuk harga maternity pillow yang ditawarkan. Boleh nak bantal saja without cover, bantal with cover. Macam-macam pakej la yang ditawarkan. Happy viewing friends!