Tuesday, February 26, 2013

Happy CNY 2013

Hoyeh! Hoyeh!! Lets celebrate Chinese New Year everybody! Celebration time!!! Best tau dapat celebrate perayaan lain dalam setahun. Not only celebrate Hari Raya Puasa and Raya Haji, but also dapat peluang celebrate Chinese New Year. Masa Akong ngan Ama ada dulu, petang raya tu memang akan balik kampung untuk makan besar. Tapi kita orang duk meja lain la. Menu pun kedai punya.Dulu-dulu zaman bujang sangatlah teruja menyambut CNY ni sebab tak sabar nak collect angpau!  Now, my turn pulak share the luck with others yang masih solo, and of course time celebrations macam ni kids la yang paling syiok! Masa ni depa dah tak kira dah. Faham ke, tak faham ke bahasa...semua gasak main. Main kejar-kejar, main bola. Macam-macam la aktiviti mereka. Dah penat main, ramai-ramai kerumun meja makan. Lepas tu sambung main pulak. Waa...bestnya jadi kanak-kanak. :-)

Raya Cina tahun ni paling best sebab semua adik beradik dapat cuti. Kalau tak, mesti ada yang tak cukup korum. Miz Elle cuti, Cik Da cuti, Che Chik memang tengah cuti semester masa tu. Meriahla sikit dapat berkumpul adik-beradik dan anak-anak saudara. Mama ngan ayah pun senyum lebau je. Riuh sikit rumah kat Kampung Raja ni untuk seminggu. Kalau tak sunyi je. Masa ni rumah Tok Ma ngan Tok Yah bersepah pun takpe. Redha nduss kalau cucu yang buat. Kalau anak yang buat? 40 hari tak abih lagi membebel. Ekekeke.

Sekarang ni kita orang balik kampung Machang time pagi raya je. Jumpa sanak saudara kejap, lepas Zohor balik Besut balik. Sekejap je. Tak macam dulu-dulu dari pagi sampai petang lepas Asar. Siap pergi ke rumah moyang lagi. Dah semua generasi VVIP dah takde. Takdela buat kunjung hormat. Uhuhu. 

Sampai je kat rumah pusaka ni, terus ngadap makan. Main menu tahun ni satay ngan nasi briyani. Yang kat meja depan ni makanan ringan. Ada kopok, kacang, air kotak, gula-gula!

 Yang uncle belah kiri sekali tu bestfriend ayah. Yang berbaju kuning cair tu ialah Pak Sedara daku, Uncle Eh Hoo. Yang berbaju merah hati tu pun Pak Sedara daku juga, Uncle Eh Kee. Ayah anak yang sulung. Uncle Eh Hoo pun dah convert to Islam juga. Alhamdulillah. 

Okay, yang berbaju biru tu my cousin. Nama dia Wee Kok. Sama saiz ngan Peja and Naim.

Ececece. Pinjam baby girl my cousin jap. Fefiling ada anak pompuan ken? Macam serasi je. Muahehe. Baby Yi Xian sungguhla comey!!

Ni kat rumah my aunty. Belakang rumah pusaka je pun. Jalan kaki je. 

Ini tak sampai suku family yang datang bertandang kat rumah pusaka. Daku panggil rumah pusaka sebab dulu, rumah ni rumah Akong and Ama. Rumah VVIP la konon. Memang rumah ni akan dikunjungi oleh semua anak cucu cicit. So, bila Akong and Ama dah takde, rumah ni Uncle Eh Kee yang duduk. Aktiviti kunjung hormat tetap berlaku. Kiranya Uncle Eh Kee la jadi golongan VVIP sekarang. Ekekeke. So, perjumpaan mega akan berlaku di sini. Time ni rumah memang dah gegak gempita! Ngan suara orang tuanya bercakap tanya khabar, ngan suara budak jerit-jeritnya. Tapi apa pun, tetap best!

Hahaha, tokey dah kehabisan angpau! Kena isi balik yang lain. Maklumla, anak-anak buah bertambah dari tahun ke tahun. Perusahaan aktif la katakan. Muahahaha. Hope tahun depan ada rezeki celebrate CNY lagi. Adios semua. Wassalam.


0 comments:

Post a Comment