Monday, March 25, 2013

Set Mengandung Shaklee

Assalam kawan-kawan. Harap semuanya sihat-sihat dan dalam lindungan Allah SWT hendaknya. Haa, haritukan dah janji nak story sharing is caring pasal set mengandung Shaklee kan? Makanya, bertabahlah membaca kisah saya. Hehehe. Masa dah tau pregnant, saya terus terbuka hati nak try Shaklee. Tapi nak beli satu set penuh terus saya tak mampu. Jadi saya targetkan, setiap bulan saya mesti beli at least satu supplement Shaklee. 

So, bulan pertama tu saya beli ESP, atau nama panjangnya Energy Soy Protein. ESP ni sangat-sangat membantu saya mengatasi rasa loya. Mengandung kali ni, ada pulak alahan sikit-sikit. Loya je manjang, nasib baik tak muntah. Pempaham le kalau baru-baru berbadan dua ni, macam-macam peel ada. Asyikla letih tak larat je manjang. Bila pagi-pagi minum ESP, alhamdulillah saya kurang rasa loya dan rasa bertenaga je dan tak cepat letih. Pastu kan, kan kengkawan  (ha ni masuk bab perasan sikit), saya dapat rasakan kulit ni bertambah cantik, gebu dan flawless gittu! Serius!! Pastukan, parut-parut jerawat macam pudar sikit. Yela, ESP ni kan kaya dengan protein. Protein tu kan penting untuk ganti sel-sel lama atau sel mati. So, tak heranla kalau banyak sangat kesan positif yang dapat dirasai hasil dari penggunaan ESP ni.


Bulan kedua tu, saya beli B-Complex pulak. B-Complex ni lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuklah acid folic. Acid folic ni penting tau kawan-kawan untuk pembinaan tulang dan juga mengelakkan kecacatan pada janin. Yang bestnya, bila consume B-Complex ni, kita rasa tenang. Serius takde rasa stress. Gi office pun hati senang je. Sebab tu kot saya suka senyum mengandung kali ni. Sebab jiwa bahagia! Hahaha.

Untuk bulan ketiga pula, saya amik dua supplement iaitu Vita-Lea dan Vitamin C. Vita-Lea tu ialah multivitamin yang complete dengan zat besi a.k.a iron yang membantu pembentukan sel darah merah. Kepada ibu-ibu yang mengalami hb low semasa mengandung, adalah sangat-sangat digalakkan ambil Vita-Lea ni. InsyaAllah, naik bacaan hb. Vitamin C tu pula tugasnya membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Sebab tu, kalau kawan-kawan yang ada masalah hb low, nurse kat klinik suruh makan pil zat besi tu dengan jus (jus kan ada vitamin c). Lepas tu nurse akan cadangkan menu seperti makan kerang atau ikan bakar perah ngan asam limau. Pergghh, sedap la pulok! Selain dari tu, Vitamin C juga penting untuk tingkatkan sistem imun si ibu. So, takdela nanti mommy kena selsema ke, demam ke, batuk-batuk ke.

Bulan keempat, saya beli Ostematrix iaitu pil kalsium, yang bukan sekadar kalsium sahaja, tetapi lengkap dengan Magnesium, Vitamin D, Boron, Mangan, Tembaga dan Zink! Wow! Dedulu yang saya tahu kalsium tu dapat mencegah osteoporosis dan bagus untuk gigi serta tulang. Bila dah consume Ostematrix baru tahu, yang kalsium tu juga sebenarnya membantu kurangkan risiko kejang otot atau kita panggil simpul biawak. Uih, kalau kena tetengah malam waktu sedap tidur tu, memang boleh menjerit satu rumah la! Ia juga dapat membantu kurangkan sakit belakang atau sakit-sakit pinggang. Ini memang masalah biasa bagi ibu-ibu mengandung. Bila consume Ostematrix ni, alhamdulillah lah, sakit-sakit pinggang tu dapat dikurangkan. Kalau dulu manjang je sakit. Tak hilang-hilang. Dah tak tau nak buat apa, ambik minyak panas, sapu kat pinggang. Habis bau minyak panas satu rumah. Rupanya salah kaedah! Patutla tak berkurangan sakit pinggang tu. Kuikui. Yang best lagi kan kengkawan, Ostematrix ni dapat membantu kurangkan masalah sembelit! Lagi common issue yang sering menghantui ibu-ibu mengandung. Telan je 4 biji oste sebelum tidur, insyaAllah esoknya pembuangan adalah sangat lancar. Tak caya? Meh cuba meh. Hehehe.


Masuk bulan kelima, saya beli pulak OmegaGuard. Masa tu dah masuk second trimester. Khasiat Omega ni tersangatlah banyak, but mostly untuk baby yang dalam kandungan. OmegaGuard diperbuat dari MINYAK ikan tulin (bukan CORD LIVER oil tau) kaya dengan DHA dan EPA yang sangat penting untuk pembentukan otak dan fungsi mata bayi. Antara kebaikan omega yang saya jumpa dalam babycentre.com ialah:

The benefits for baby are:
1) A better brain with higher intelligence
2) Good nervous system development
3) Better eyesight from retina formation
4) Fewer behavioral problems after birth
5) Better sleep patterns for a new born

Health benefits for mom include:
1) Less chance of developing pre-eclampsia
2) Protection against brain loss during pregnancy
3) Less chance of pre-term labor and cesarean
4) Much lower risk of postpartum depression
5) Greatly reduce incidence of breast cancer

DHA dan EPA membentuk kira-kira 70% daripada sistem otak, retina dan saraf bayi yang baru lahir. Satu-satunya cara janin boleh mendapatkan khasiat penting asid lemak Omega 3 ini adalah dari si ibu, dan jumlah tersebut bergantung kepada berapa banyak si ibu ambil dalam diet hariannya. Pernah juga saya baca dalam satu jurnal (lupa pulak nak amik nama Doktor yang menulis jurnal tu) menyatakan bahawa menambah DHA dalam diet ibu mengandung adalah penting untuk perkembangan otak janin. Kepekatan DHA yang tinggi di dapati dalam otak bayi dan ianya meningkat 300-500% semasa trimester terakhir kehamilan. Sebab tulah, bila masuk trimester kedua dan ketiga, SID akan mencadangkan pengambilan OmegaGuard dalam set mengandung. 


Berminat nak cuba set mengandung Shaklee macam saya? Jom la dapatkan cepat-cepat. Apa yang kita ambil kita kongsi dengan baby dalam kandungan. Kita dapat manfaat, janin pun dapat manfaat juga. Kalau nak cuba, hubungi saya segera. Harga yang ditawarkan sangat-sangat menarik tau! Rugi tak cuba.

I'm your Shaklee Independent Distributor
Diyana Atan (ID: 891121)

0 comments:

Post a Comment