Monday, March 31, 2014

Shaklee Get Clean Water Pitcher

Allahuakbar! Allah Maha Besar! Mintak maaf banyak-banyak bagi yang follow blog saya ni. Lama yang amat blog tak berupdate. Simpan dalam draf kemain banyak topik. Tapi semuanya cerita tergantung. Tu yang sangkut manjang. Miahahaha. Ampun! Ampun! Cuti sekolah baru je habis. Seronok bawak anak-anak short trip dua hari satu malam ke Melaka. Tak jauh pun. Tujuan utama mereka nak duk hotel ngan mandi kolam. Haha. Memang tercapai hajat mereka. So, memang takde keluar jalan sangat pun masa kat Melaka. Lagipun siang hari panas terik sangat. 

Sekarang ni, kalau travel ke mana-mana, saya mesti bawak Get Clean Water Pitcher by Shaklee. Apa tu? Aha, ianya penapis air dari Shaklee. Shaklee bukan hanya ada vitamin je tau. Penapis air pun ada! Yang bestnya, penapis air ni boleh di bawa ke mana-mana sahaja. Ringan. Tak perlu nak sambung ke paip ke, or kena pakai elektrik ke. Tak payah! Hanya tuang air kedalam penapis ni, terus dah boleh minum! Tak payah masak pun.

Ye la, kadang air yang keluar dari paip tu nampak macam bersih, jernih. Tapi betul-betul bersih ke? Kalau air zaman dulu-dulu mungkin senang nak detect, oo..air ni kotor.Tak boleh minum sebab ada kelodak, ada tanah. Senang nampak keruh dan kotornya tu. Air zaman sekarang, nampak jernih bersih. Hakikatnya?? Macam-macam bahan cemar ada dalam tu. Racun perosak la, logam berat la. Kita syiok duk minum. Lagi best bila tengah haus terus minum 'fresh-fresh' dari air paip. 

Saya tak kata orang lain. Saya la yang pernah buat tu! Miahaha. Itu dulula, sebelum kenal Shaklee. Pernah je buat kerja-kerja tak sihat macam tu. Lepas tu siap bangga lagi kata, "ala...tak sakit pun? Dah lama minum air paip. Tak de pun kena penyakit. Elok je sihat." Owh, sungguh kasihan saya pada ketika itu. Dah kenal Shaklee ni barulah tahu, sehingga 20% daripada punca pendedahan plumbum terhadap manusia datangnya daripada air minuman. Dalam badan kita sendiri ada penapis bahan cemar yang tidak boleh ditukar ganti iaitu hati dan buah pinggang. Kalau rosak, tak boleh nak gi kedai sparepart cari ganti. Nak tukar kena pakai wang besar! Proses penukaran pula amatlah menyakitkan. Allahu. Nasib baik bertemu jodoh dengan Shaklee. Barulah sedar bahaya dalam diam yang saya simpan dalam badan selama ni. Silalah sahabat sekalian, sila ambil tahu apa yang kita masukkan dalam badan kita.





MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER 


Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.


Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan. Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat. Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Apa tunggu lagi kawan? Cepat buat pilihan bijak bermula hari ini! 
  • Hanya beberapa sen bagi seliter air
  • Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras. Tidak memerlukan kuasa elektrik
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos - tanpa perlu di masak


Berminat dengan penapis air hebat ini? Call, SMS, WA kepada saya, Diyana 019-6976889. Dalam starter pack 3 in 1 ini, anda akan dapat:
  1. Pitcher + 1 Filter
  2. Housing Kit
  3. Filter (Pack of 3) 


Air yang lebih bersih dan sihat datang dari sebuah jag! 

0 comments:

Post a Comment