Thursday, October 9, 2014

Vitamin E Pulihkan Perokok

Sebagaimana diketahui umum, merokok boleh merosakkan jantung. Jika anda ingin berhenti merokok ianya adalah usaha yang paling baik untuk mengelak penyakit jantung. Mengambil vitamin E selepas berhenti merokok boleh mempercepatkan pemulihan kesihatan jantung. 

Tahukah anda, untuk memulihkan kembali jantung bekas perokok mengambil masa selama satu dekad agar jantung kembali menyerupai jantung bukan perokok. Satu dekad bersamaan sepuluh tahun. Waktu selama ini diperlukan agar kerosakan yang berlaku akibat keradangan hilang dan saluran darah kembali anjal. Maka, dalam usaha mempercepatkan proses pemulihan ini, para penyelidik dari Ohio State University memfokuskan kajian mereka terhadap penggunaan vitamin E yang merupakan vitamin antioksidan. 

Richard Bruno (sila klik), seorang profesor nutrisi dari Ohio State University mengatakan bahawa vitamin E berfungsi sebagai aktioksidan yang cukup berkesan untuk perlindungan terhadap lemak yang boleh merosakkan tubuh. Bruno dan rakan sekerja, menrekruit seramai 30 orang perokok yang mula merokok sejak usia 20-an dan menghabiskan paling sedikit 1 kotak rokok sehari. Semua perokok tersebut berhenti merokok selama seminggu dan 16 subjek mengambil 500mg vitamin E setiap hari yang dinamakan tocopherol. Penyelidik menggunakan tocopherol kerana sumber vitamin E ini boleh didapati pada kacang-kacangan dan soya.

Pada awal dan akhir kajian, penyelidik memeriksa darah subjek untuk melihat tanda-tanda keradangan, fungsi dari pembuluh darah dan keelastian urat menggunakan ultrasonografi pada arteri di tangan. Selepas seminggu, pada subjek didapati peningkatan fungsi pembuluh darah sebanyak 2.8%, manakala bagi kumpulan yang mengambil vitamin E peningkatan itu ditambah menjadi 1.5%. Walaupun kajian ini hanya sebentar dengan subjek yang sedikit, para penyelidik berpendapat bahawa peningkatan 1% fungsi vaskular dapat menurunkan risiko penyakit jantung sebanyak 13%.

Bruno berpendapat "Pada akhirnya semua orang yang merokok harus kita pujuk untuk berhenti merokok, dan apabila kita boleh mengangkat isu bahawa berhenti merokok boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, maka kesan itu dapat memberi kesan terhadap pandangan kesihatan awam".


0 comments:

Post a Comment