Thursday, September 11, 2014

Shaklee Collagen Powder: Sumber Collagen terbaik

Yuhhuu...teruja tak dengan promosi Shaklee bulan September ni? Ada promosi Collagen dan juga Meal Shakes! Mak cantik, anak sihat kekdahnya. Menarikkan? Jom, nak cerita sikit pasal Shaklee Collagen Powder (SCP) ni. 

SCP yang hebat ni menjadikan sisik ikan merah (Red Snapper Scale - RSS) sebagai ramuan utamanya. Korang tahu tak, rasanya hanya Shaklee je yang bagitau terus terang, kolagen dia dari sumber sisik ikan merah. Kalau anda semua perasan, yang lain-lain tu stakat bagitau kolagen dia dari sumber "marine" je. Sumber marine tu dari jenis apa, tidak diberitahu pula. See.? Nampak tak keikhlasan dan kejujuran Shaklee dalam menghasilkan produk? Always safe, always natural and always work! Always tell you the truth! 



Sisik ikan merah (Red Snapper Scale - RSS) adalah sumber kolagen premium kerana ia merupakan sumber kolagen yang tahan lasak.


Kenapa kita perlukan kolagen yang tahan lasak?

Kerana kolagen adalah tisu yang mudah rosak dan kendur akibat tindakan tekanan dan bahan kimia. Kolagen yang baik adalah kolagen yang mampu menahan tekanan dan mempunyai daya elastik yang tinggi. Sebab tulah Shaklee pilih ikan merah ni sebagai formula istimewanya kerana ikan merah merupakan satu-satunya ikan yang boleh hidup dalam kedalaman sehingga 5000m di bawah paras laut dan pada keadaan bertekanan tinggi! Ini menunjukkan sisik ikan merah ni sangat kuat menahan tekanan tinggi dan juga merupakan sumber kolagen yang sangat lasak. Selain dari dapat menahan tekanan sehingga 20 paun, ikan merah yang hidup di lautan dalam juga menjadikannya ikan yang 'bersih', jauh dari sebarang pencemaran. 



Apa yang menyebabkan SCP sangat istimewa dan lain dari yang lain ialah ia di tambah lagi dengan 7 ramuan hebat yang lain. 




1. Ekstrak biji Camellia Japonica - kaya dengan asid oleik untuk meningkatkan kelembapan kulit. Juga merupakan antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

2. Ekstrak Pfaffia - Juga dikenali sebagai Ginseng Brazil. Ia merupakan synergy kepada Camellia Japonica bilamana bergabung akan membantu formasi kolagen dan asid hyaluronic. Asid ini memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembab dan licin.

3. Elastin dari Kolagen Ikan - Memelihara kulit, menjadi fleksibel dan tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik.

4. Ekstrak Kekerang - sumber glukosamin untuk penghasilan cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

5. Lactobacillus Acidophilus - untuk mengingkatkan penyerapan SCP dalam usus kecil

6. Vitamin C - menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit 

7. Vitamin B - meningkatkan metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen. 


SCP memang berbaloi untuk dimiliki kerana ia bakal membuatkan anda mengalami perubahan seperti:
  • kulit yang lembab dan anjal
  • kulit yang cerah, flawless dan glowing
  • mengurangkan parut
  • menjadikan kuku dan rambut lebih kuat dan sihat
  • mengurangkan sakit sendi
  • memperbaiki penglihatan

Jadi, apa yang anda tangguhkan lagi? Jom sihat dan cantik secara selamat dengan Shaklee. Bulan ni untung sangat kalau anda borong SCP ni. Boleh buat stok 3 bulan berturut-turut.

Beli 6 kotak dapat 1 kotak secara PERCUMA bernilai RM298.
Dengan pembelian promosi 6 kotak SCP, anda layak mendapat keahlian secara PERCUMA
Juga, anda akan mendapat BONUS TUNAI pada bulan berikutnya.

Sangat BESTTT lagi BERBALOII!! Tapi kalau anda nak cuba sekotak dulu pun boleh je. Jangan segan silu, contact saya ya.


Untuk sebarang pertanyaan juga pembelian, hubungi:
Diyana Atan
019-6976889

COD di kawasan:
Taman Puncak Jalil, Equine Park, Lestari Perdana, Putrajaya
KLIA & KLIA2

Wednesday, September 10, 2014

September 2014: Promosi Collagen dan Mealshakes!!

Bulan ini sangat istimewa. Shaklee dengan baik hatinya membuat promosi berganda pada bulan ni. Promosi hebat tu ialah Shaklee Collagen Powder dan Mealshakes. Bulan ni je tau! Promosi berganda bermakna penjimatan juga berganda! SUPER SAVER uolls!! Tak nak ke..? 


Banyak untung maa..

  • Beli collagen 6 kotak, dapat 7 kotak!!
  • Beli Mealshakes 3 canister dapat 4 canister!

Allahuarabbi....! Bulan ni ramai la mama cantik berseri dan anak-anak sihat ceria! Hehe. Papa tolong bayarkan ye..? Kata sayang isteri dan anak..? Khen?? Ramai mama dan anak bersetuju dengan statement i olls ni! Ekekeke. So, mohle kome...sama-sama memeriahkan lagi promosi Shaklee bulan ni. Whatsapp untuk order ye.



Untuk sebarang pertanyaan juga pembelian, hubungi:
Diyana Atan
019-6976889

COD bagi kawasan:
Taman Puncak Jalil, Equine Park, Lestari Perdana, Putrajaya
KLIA & KLIA2


Monday, July 7, 2014

Istimewanya Anggur Muskat

Assalamualaikum semua. Jom nak cerita sikit pasal keistimewaan anggur muskat ni, iaitu kandungan utama dalam VIVIX. Dalam dunia ni, ada banyak jenis anggur, salah satunya diberi nama anggur muskat. Anggur ni ialah anggur liar, yang dikatakan berasal dari Amerika Selatan. Ianya di tanam dengan meluas sejak dari abad ke 16 lagi! Malahan di dalam Al-Quran pun ada menyebut tentang buah anggur, dan dikatakan antara buah yang dibawa di dalam bahtera Nabi Nuh.

Apa yang menjadikan anggur muskat ini begitu istimewa?

Buah muskat jauh lebih besar daripada anggur dan ianya tumbuh subur di kawasan tenggara Amerika Syarikat yang beriklim panas. Oleh kerana ianya tumbuh di kawasan beriklim panas, maka ia menyebabkan buah tersebut menjadi tahan lasak dan kaya dengan resveretrol. Saiz sebuah muskat ialah sekitar lima sentimeter iaitu seakan-akan sebiji plum. Menariknya, di dalam biji muskat ini terdapat satu kromosom tambahan (20 kromosom berbanding anggur lain yang hanya mengandungi 19 kromosom). Kromosom tambahan inilah yang dipercayai membekalkan sejenis nutrien antipenuaan khas. Malah, kandungan kompaun polifenol dalam buah muskat adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada yang terdapat dalam wain merah!




  • mempunyai lebih kromosom berbanding anggur biasa (20 kromosom)
  • saiz yang lebih besar
  • mempunyai kandungan polifenol dan resveretrol yang lebih tinggi berbanding anggur biasa
  • kulitnya tebal dan memberikannya ketahanan lebih terhadap serangan fungi, penyakit dan serangga
  • kulitnya mewakili 40% berat keseluruhan anggur muskat ini dan kaya dengan antioksidan
  • berdasarkan carta ORAC, anggur muskat mempunyai ORAC yang tinggi iaiti 6,800/100gm berbanding anggur biasa yang hanya mengandungi 739/100gm. ORAC yang tinggi bermakna lebih kuasa antioksidan. 
  • mempunyai kandungan asid ellagik yang tinggi yang mana merupakan anti-kanser, anti-virus dan anti-bakteria

Jom beli VIVIX! Pakat-pakat ngan adik beradik beli. OHSEM!! Nak mudah lagi, anda boleh terus beli VIVIX di bawah ni.



Untuk sebarang pertanyaan juga pembelian, hubungi:
Diyana Atan
019-6976889

COD bagi kawasan:
Taman Puncak Jalil, Equine Park, Lestari Perdana, Putrajaya,
KLIA & KLIA2



Julai 2014 bulan mudakan cell dengan VIVIX




Yahoo!! Alhamdulillah...bulan ni Shaklee baik hati sangat-sangat buat promosi beli 6 percuma 1 VIVIX lagi! Inilah saat dan peluang terbaik untuk anda di luar sana berikan hadiah raya yang SUPER BEST untuk insan tersayang, especially buat mak ayah kita. Kenapa VIVIX sering dikaitkan dengan warga emas? Sebabnya, VIVIX ni dalam bentuk cecair. Senang nak telan. Tak payah banyak-banyak butir supplement nak telan. Sesudu teh sehari sudah memadai untuk cover nutrient yang diperlukan.

Jom order VIVIX! Pakat-pakat ngan adik beradik beli. OHSEM!! Nak mudah lagi, anda boleh terus beli VIVIX di bawah ni.



Untuk sebarang pertanyaan juga pembelian, hubungi:
Diyana Atan
019-6976889

COD bagi kawasan:
Taman Puncak Jalil, Equine Park, Lestari Perdana, Putrajaya,
KLIA & KLIA2

Thursday, June 26, 2014

Set Puasa Shaklee, bekalan tenaga di bulan Ramadhan


InsyaAllah, hujung minggu ni kita semua akan menyambut kedatangan Ramadhan. Semua tak sabar kan? Dua tahun lepas saya berpuasa penuh walaupun sedang mengandungkan Hana. Tahun lepas pun alhamdulillah penuh juga sebab sedang menyusukan Hana. Ya, sudah semestinya dengan bantuan Shaklee saya kekal bertenaga! (Ye ke..? Auta la tu sebab dia jual Shaklee). Tak kisahla anda nak kata apa, sebab apa yang saya kongsikan disini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. My own testimonial. Anak kedua saya, Iman lahir pada 3 Ramadhan, tahun 2009. Sempat juga berpuasa 2 hari ketika itu, dan pengalaman menggantikan puasa pada 2010 memang meletihkan, disaat saya menyusukan Iman. 


Ketika mengandung dan menyusukan, set puasa Shaklee atau lebih dikenali dengan set Mighty 3 Gem ni memang jadi bestfriend saya pada waktu bersahur dan berbuka kerana ia memberi tenaga sepanjang saya berpuasa. Sesuai juga untuk geng-geng bujang yang malas masak beria waktu sahur atau yang kantoi bangun lambat waktu sahur. Sepuluh minit nak masuk azan Subuh, bancuh je 'tiga beradik' ni, siap! Sahur ciput tapi power gitu!
 
 
Kelebihan Set Berpuasa Shaklee
1. MEALSHAKE

Membekalkan multivitamin yang diperkaya dengan protein lengkap dengan 9 jenis asid amino, kalsium, magnesium dan Vitamin D untuk keperluan minda, tumbesaran serta tulang dan gigi yang sihat.

2. PERFORMANCE DRINK
Minuman isotonik semulajadi rendah sodium dan gula. Mengawal dan mengurangkan kehilangan bendalir yang menyebabkan tubuh cepat letih dan mengelakkan penghidratan, juga mengekalkan kelembapan kulit.

3. ESP
Membekalkan long lasting energy. Mengurangkan rasa lapar keterlaluan juga sebagai milk booster bagi ibu menyusu. Mencantikkan kulit. Diperkayakan dengan kalsium untuk mengurangkan keasidan soya dan mengurangkan risiko serangan gastrik bagi pesakit gastrik ketika berpuasa.
 
 
Istimewa Set Puasa Shaklee Mighty 3 Gem
  • Sesuai diminum seisi keluarga
  • Sesuai untuk orang tua kerana tak perlu telan pil
  • Sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu badan
  • Sesuai untuk anak-anak yang belajar berpuasa
  • Memberikan tenaga yang berpanjangan. Berbuka puasa dengan Mighty 3 Gem memberikan anda tenaga untuk menunaikan ibadah selanjutnya
  • Sahur ekspress
 
Ada juga kawan-kawan yang bertanya. Bila ambil set puasa Shaklee ni memang tak lapar ke bila berpuasa? Hmm, bukan tak lapar langsung sahabatku sekalian. Lapar tu tetap akan terasa cuma mungkin berkurangan dan badan kita still bertenaga walaupun seharian berpuasa. So, badan kita tu takdelah jadi letih lesu, melepek je terbaring lemau. Haa, gitu kekdahnya!
 
Selain pada bulan Ramadhan, set ni juga sesuai dijadikan sarapan. Sekarang, memang ini je lah breakfast yang penuh khasiat sempat saya sediakan untuk Naim, anak teruna saya yang berusia 9 tahun. Saya kadang tanya juga dia, apa yang dia rasa bila ambil set Mighty 3 Gem ni. Selain dari sedap, komen dia adalah seperti di bawah. Ni betul-betul luahan hati dia tau. Jom semua, mommy daddy sediakan set Mighty 3 Gem ni di rumah masing-masing sebagai bekalan tenaga di bulan Ramadhan nanti.
 
 
Pengakuan ikhlas ni.
 
 



Untuk sebarang pertanyaan juga pembelian, hubungi:
Diyana Atan
019-6976889
 
COD bagi kawasan:
Taman Puncak Jalil, Equine Park, Lestari Perdana, Putrajaya,
KLIA & KLIA2




 

    Wednesday, June 25, 2014

    Atasi Kolesterol dengan Phytocol ST

    Psstt, nak bagi tahu ni. Lebih dari 6 juta rakyat Malaysia yang menghadapi masalah kolesterol tinggi? Mungkinkah anda salah seorang daripada mereka? Awas kawan-kawan. Dahla Malaysia ni the best dalam bab makanan. Nak masakan Melayu ada, Chinese ada. Indian ada. Arabic food pun ada. Japanese, Korean, Indonesian food memang senang nak cari kat negara kita ni. You name it, semua ada. Tahukah anda, American Heart Association menyarankan pengambilan kolesterol adalah tidak melebihi 300mg sehari?  


    Kita kat Malaysia ni terlebih-lebih mg yang diambil. Pulak tu dah jadi habit orang kita, pagi petang siang malam makan makanan yang berat-berat. Supper amik sup kambing cicah roti pulak khen? Pergh! Mantop kolesterol! 


    Ramai yang tahu, kebanyakan makanan yang ada lemak haiwan mengandungi kolesterol. Selain itu, punca kolesterol adalah dari makanan yang kita ambil seperti keju, kuning telur, daging, ayam dan udang. Sebenarnya, kolesterol ni memang dah dihasilkan sendiri oleh badan kita. Ia di hasilkan di hati. Kolesterol ni berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D dalam badan. Bukan kata tak perlu langsung kolesterol. Dia pun penting juga untuk sistem biologi badan kita, cuma kalau berlebihan tu, parahlah.





    Bila plak terbentuk pada arteri, saluran darah menjadi sempit dan menghalang pengaliran darah ke seluruh badan. Jika ini berlaku berhampiran dengan organ penting seperti jantung, ia akan menyebabkan masalah serius seperti serangan jantung yang boleh membawa maut.

    Jika arteri yang menyalurkan darah ke otak pula tersumbat, ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami strok. Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras dan rapuh kesan daripada plak yang memenuhi arteri. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.


    Sudah semestinya kita tidak mahu kolesterol jahat ni termendap dalam salur darah kita. Kepada mereka yang ada masalah kolesterol tinggi walaupun badan ramping dan kurus, haa..jangan risau. Kini ada penyelesaiannya. MEMPERKENALKAN....


    Jom atasi kolesterol dengan PYHTOCOL ST, keluaran terbaru Shaklee yang dilancarkan pada 6 Jun 2014 yang lalu di Shaklee National Conference bertempat di Sunway Convention Center. 





    Mampu ke kawan-kawan, nak telan 200 batang carrot setiap hari? Masuk yang ke 10 muntah rasanya. Ngeee. Jadi, ambil langkah bijak sekarang! Telan je Phytocol ST sebelum waktu makan. Jom ramai-ramai borong Phytocol ST ni. Jadikan ia sahabat baik yang sentiasa ada di sisi. 

    Untuk sebarang pertanyaan juga pembelian, hubungi:
    Diyana Atan
    019-6976889

    COD bagi kawasan:
    Taman Puncak Jalil, Equine Park, Lestari Perdana, Putrajaya,
    KLIA & KLIA2


    Monday, June 16, 2014

    Resepi Aiskrim Mealshake Oreo bikin sendiri

    Nin dia..resepi mesti cuba di kala musim panas. Kawan-kawan, silakan mencuba aiskrim buatan sendiri ini di rumah. Jimat, sedap dan berkhasiat. Aiskrim Mealshake yang lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral. Belum ada lagi di pasaran nih. Eksklusif dari dapur sendiri sajo. Jom tengok bahan-bahannya. Senang je. Takde pun yang pelik-pelik. Boleh didapati dengan mudahnya di Kedai Zainal depan rumah. Ngeee (^_^)


    Bahan-bahannya:
    • 1 1/2 gelas susu full cream. Saya guna low fat je (boleh tambah atau kurangkan ikut kecairan atau kepekatan masing-masing)
    • Setengah tin susu pekat manis (boleh kurangkan atau lebihkan, ikut kemanisan masing-masing)
    • 1 sudu kecil ovellette
    • 1 sudu besar mealshake 
    • Biskut oreo yang di patah-patahkan, masukkan ke dalam bekas
    Cara membikin:
    • Campurkan kesemua bahan (kecuali biskut oreo) ke dalam blender. Blend sehingga gebu gebas.
    • Tuang ke dalam bekas yang ada biskut oreo tadi. Kacau rata.
    • Bekukan di dalam freezer semalaman. 
    • SIAP


    Perghh..memang menjadilah! Ala-ala aiskrim oreo Mc'Flurry kat Mc'D tu. Buat buka puasa tadi memang sedap! Terasa kevanilaan dari Mealshake tu. Oh, ya! Lupa nak bagi tau. Kalau takde Mealshake, meh beli ngan saya meh. Heeee (^_^). Kalau taknak beli, boleh ganti dengan setitik dua esen vanila. Tapi tak surelah timbul ke tak rasa kevanilaan tu. 

    Ok, selamat mencuba. Jom beli Mealshake.

    Diyana Atan
    019-6976889