Tuesday, April 7, 2020

Bercuti ke Jeju, Februari 2020 (Day 2)


Day 2 (12.2.2020)
Untuk pagi ini, kami breakfast di bilik sahaja hasil dari stok bekalan makanan yang kami bawa dari KL. Biasanya kami akan prepare terus untuk lunch sekali. So, jimatlah sikit. Lepas sarapan dan checkout, kami ke Jeju Mokgwana yang terletak berhadapan dengan hotel ini. Lintas jalan je. Jeju Mokgwana adalah bangunan yang dulunya merupakan pejabat kerajaan yang menguruskan hal ehwal politik dan pentadbiran kerajaan dari tahun 1392 hingga 1910. Nak masuk sini ada entrance fee. For group of four person, kami dikenakan fee sebanyak 6 ribu won. 



 Map of Jeju Mokgwana, the oldest remaining building in Jeju for former central government office


Walaupun ketika itu hujan rintik-rintik, cuaca tidak pernah menghalang kami dari beraksi di depan kamera. Tengah asyik berposing, kami ternampak satu kawasan yang dipenuhi pokok-pokok oren. Wah, ini dah macam 2 in 1 package. Pergi historical building dan ladang oren! Apa lagi skuad, jom posing! 


Posing di kebun oren, checked!

Selesai melawat Jeju Mokgwana, kami meneruskan perjalanan ke Jeolmul Forest. Sepanjang perjalanan ke sana, hujan agak lebat membasahi bumi. Tapi alhamdulillah, sesampai sahaja kami di kawasan parkir kereta, hujan mulai reda. Nasib baik dah siap spare baju hujan. Entrance fee ke Jeolmul Forest ialah 1 ribu won seorang, dan parking pula 2000 won untuk 1 kereta. 


Di sini, terdapat beberapa track yang boleh kita lalui mengelilingi hutan. Tapi macam kita orang ni tak ikut betul-betul pun each track tu. Jalan sikit, posing amik gambar, then patah balik ke track lain. Kalau jalan berdua sahaja dengan pakwe agak seram juga sebab kawasan dia agak sunyi jika tidak ramai pengunjung. Memandangkan kami berempat, tak terasa sunyi pun dan sangatlah heaven sebab tak ramai orang dan kami boleh berposing sakan!





Hutan ini sangat cantik, lebih-lebih lagi bila diselubungi kabus 

Destinasi seterusnya, kami ke bahagian timur Jeju untuk mengambil gambar di lokasi rahsia Stairways to Heaven. View di sini, MasyaAllah...cantik. Part mana kat Jeju ni tak cantik? Semua cantik! Kami tiba di sini sudah lewat petang. Cuaca agak gloomy dan sejuk bercampur dengan angin kuat. Dapat menikmati secawan Caramel Macchiato panas di kala cuaca sejuk sangat mendamaikan jiwa. 




 I'm on stairways to heaven! 

Geram dengan tangga tu. Sebab sebelumnya kan hujan, jadi berlecak. Yang datang-datang sebelum ni bawak selut dari mana ntah. Dah naik tangga warna putih ni jadi kotor. Rasa geram nak amik air kolam simbah kat tangga ni. See, prop kena sentiasa ada di kala cuaca gloomy. Pintal-pintal sikit kat tiang tu bagi naik sikit seri gambar. Waktu ni angin bertiup agak kencang. Duk kat atas tangga tu bagai ditolak-tolak je rasa. 

Rahsia sangat kan...Shhhhh... Ingat kami tak boleh cari? 😆

Hahaha. Rahsia sangat. Sebabnya, nak ke lokasi ini, kami cuba bertanya dengan beberapa orang yang pernah ternampak post mereka di blog mahupun ig, semua pakat nak berahsia. Cuma bagi hint sikit-sikit je. Bila pm tanya personal pun tak nak bagi tahu. Okay, fine. 

Untuk akhiri pengembaraan pada hari kedua ini, kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan. On GPS dan cari Jeju Myung House. Harga untuk semalaman kami di sini ialah 68 ribu won. Setelah selesai check-in, kami sama-sama bergabung tenaga menyiapkan makan malam. Host rumah ini sangatlah baik. Siap bagi sebakul oren kepada kami malam tu.



 Menu makan malam kami 

Perbelanjaan (roughly) untuk seorang pada hari kedua:
Tiket masuk ke Jeju Mokgwana = 1,500 won
Parking di Jeolmul = 500 won
Tiket masuk ke Jeolmul = 1,000 won
Caramel Macchiato Coffee = 6,500 won
Jeju Myung House = 17,000 won
TOTAL = 26,500 won (lebih kurang RM94)

Bercuti ke Jeju, Februari 2020 (Day 1)

Hello guys. Hari ini hari Ahad. Hari minggu. Tapi sejak PKP, rasanya macam setiap hari ialah hari minggu. Nasib baik juga office saya buat penggiliran kerja waktu PKP ni. Adalah chance naik kereta nak ke office ambil pemandangan luar. 😆 

Sebenarnya, ini kali kedua kami bercuti ke Pulau Jeju. Kali pertama adalah pada tahun 2018 ketika musim bunga (nanti saya buat entry lain untuk yang ni ye. Nak mengingatkan cerita 2 tahun lepas agak mencabar minda). Ahli jemaah trip masih sama seperti yang dulu, 4 orang semuanya. Tahun 2020 kami memilih musim sejuk pula. Tapi, sebab dah hujung-hujung winter tak terasa sejuk sangat pun. Lebih kurang macam pergi waktu spring dulu. Trip kali ni kami lebih santai, tak terkejar-kejar sebab mostly tempat yang kami dah pernah pergi dulu kami tak cover dah. Kita cari port baru pulak.

 Ahli jemaah

Day 1 (11.2.2020)
Flight berlepas dari KLIA2 jam 8.00 pagi. Perjalanan selama 6 jam saya habiskan dengan tidur. Sampai di Jeju jam 3.00 petang (waktu Jeju awal sejam dari Malaysia). Selesai urusan di imigresen, kami mencari surau untuk tunaikan solat. Sebenarnya, airport Jeju dah ada surau sekarang. Tindakan pihak pengurusan airport menyediakan tempat solat ini harus diberi pujian memandangkan ramai Muslim yang melawat Jeju, mostly dari Malaysia. Tapi, cari punya cari surau, tak jumpa. Last-last kami tanya dengan Ahjusi di kaunter informasi kat arrival hall. Dia kata surau sebelum imigresen. Macam kita orang ni dah kira terlepas dah rupanya. Aduhai. Lepas tu Ahjusi tu kata, "Are you Malaysian? Many Malaysian pray here..." (depan kaunter dia, di sebalik tiang besar, ada tempat tersorok sikit). Maka, kami pun solat di situ. So, remember guys. Surau di airport Jeju sebelum imigresen ye, area kedai-kedai duty free shop tu, hujung sekali!


 Yeayy..! Dah sampai kampung 😝

 Tengoklah beg kami. Ni baru sampai punya beg ni. 
Lagi 5 hari tak tahulah beranak macam mana 


Selesai solat, kami keluar dari airport menuju ke bus area. Maka, berbondong-bondonglah kami dengan beg yang banyak itu menaiki bas untuk ke tempat sewa kereta. Kali ni kami sewa kereta dengan Lotte Rent A Car. Kalau booked through booking.com, dapat lagi 20% diskaun. So, sewa untuk kereta Kia K3 sepanjang 5 hari kami di sana ialah USD150. Urusan lebih mudah berbanding dengan company yang dulu. Orang kereta sewa tu pun terkejut tengok beg kami. Siap cakap tak muat ni dalam bonet. Hehehe, don't worry. Kami pakar dalam menyusun beg! 😆


Sebab dalam bas tu kau dan geng-geng kau sahaja, makanya bas itu kami yang punya. Dalam bas pun hingaq posing amik gambar. Dalam bas je ponn 😆



Saya rasa lebih senang berurusan dengan company ini. Lebih profesional. Oppa tu akan terangkan keadaan kereta, terangkan cara macam mana nak pakai GPS, siap adjustkan terus ke dalam bahasa Inggeris, siap terangkan sini signal, sini wiper, snow chain ada dalam bonet. Memang A lah! Tak macam company yang dulu tu, terkontang kanting kami berempat duk godek macam mana nak englishkan GPS tu. Eh, tiber.. 😝

 Kan dah bagitau tadi..kami memang pakar menyusun beg!

Alhamdulillah, settle urusan kereta sewa. Destinasi pertama kami ialah Dodu-dong Road. Tarikannya ialah barisan kerusi berwarna warni je pun. Tapi kalau dah kaki posing, tepi jalan pun jadi. Kalau dari atas awan tadi memang nampak Dodu-dong Road ni betu-betul sebelah airport. Tapi bila naik kereta tu, pusing-pusing jugalah nak boleh ke sampai, tak jauh pun. Cuaca petang tu agak gloomy. Tak seceria masa spring dulu. Pergi trip waktu winter memang begitulah keadaannya. 😆

Walaupun cuaca gloomy, kami tetap ceria! 

 Tengok tu, sepanjang jalan tu ada kerusi warna warni. Ni kalau pergi time spring or summer ni cantik. Pakai baju warna putih, naik seri gambar.

 Saranghae! 💓

Bersebelahan dengan tempat kami posing ni ada satu kawasan lalang kering. Apa lagi skuad, jom terjah! 

 Amik close up macam ni lawa la 

 Memandangkan cuaca gloomy, maka prop itu penting. Buat naik seri waktu bergambar. 

Dapatlah amik feel pergi Jeju time autumn kan. Gittewww! 

Padahal, ini ha tempatnya. Kalau kat kampung sendiri takdenye nak masuk dalam lalang macam ni. Tak pandang ponn! 


Settle berposing di tepi jalan, hari dah makin gelap. Perut pun lapar. Last makan masa dalam flight tadi (tapi tak beli meal pun. Bawak bekal macaroni goreng dari rumah!). Okay, next..on GPS kita cari kedai makan. Jom ke Badajanchi. Restoran di Jeju sekarang banyak dah yang Muslim friendly. Dah tak risau bab makan. Tapi kalau sepanjang trip nak makan luar, mau koyak jugakla poket. Melainkan kau memang orang kaya, dipersilakan. Kami kami ini semuanya budget!

 Kita orang sampai hari dah gelap


Jom makan!!! 

Total makan di Badajanchi untuk kami berempat ialah 100 ribu won. Kau rasa, hari pertama saja dah makan RM350.00. Tapi puas hati lah. Asam pedas sedap, mackerel dia segar. Memang lumayan la bab makan. Sedap!!! Bila lagi kan nak merasa authentic Korean food! Tak aci la makan ramen cup je . Gittewww! Sudah makan, perut kenyang, mata pun mengantuk. Untuk berehat pada malam ini, kami check in di Staz Hotel Jeju Robero. Kat hotel ni kami akan stay 2 kali, iaitu pada malam pertama dan malam terakhir kami di Jeju. Hotel ni bagi saya harganya agak mahal jugaklah. Untuk  malam pertama ialah 81 ribu won, lebih kurang RM283.00. Sebab lokasi dia dekat ngan Jungang Underground Shopping Mall dan Daiso tu yang buat kami pilih hotel ni. Settle check-in, letak beg, kami terus berjalan kaki ke Jungang Shopping Mall dan Daiso. Singgah sekejap amik feel and buat tinjaun barang apa nak aim nanti. Tapi sempat juga membeli.  

Perbelanjaan (roughly) untuk seorang pada hari pertama:
Sewa kereta = RM155
Makan di Badajanchi = 25,000 won
Hotel Staz Jeju Robero = 20,250 won
TOTAL = 45,250 won + RM155 (lebih kurang RM315)

Friday, April 3, 2020

Taman Herba Nasuha

Guys, nak bagi tau ni. Entry ni duk dalam draft sejak tahun 2015 lagi. Ko bayangkan sekarang dah tahun 2020. Lama mana peram! Kalau peram arak ni, harga dah tinggi sikit sebab dah 5 tahun 😆. Kononnya entry ni nak publish awal tahun 2015 haritu. Tapi sampai kesudah duk dalam draft. Bila dah buka balik blog ni, selongkar balik, okala..kita kasi publish la entry ni. 

Masa ni keja kat klia2. Boss nak buat office trip. Light light je, jalan-jalan, makan-makan. Kami kat unit ni ada 10 orang je termasuk boss (Al-Fatihah untuk arwah boss saya yang telah pulang ke rahmatullah pada 12 Julai 2019). Unit kecik je, tapi happening sangat-sangat!! 

Setelah dipersetujui, 5 Disember menjadi tarikh pilihan memandangkan belum ramai lagi yang bercuti. Tempat yang kami pergi ialah Taman Herba Nasuha yang terletak di Pagoh, Johor. Keluar je tol Pagoh, belok kiri. Jalan tegak dalam 3km, dah nampak Taman Herba Nasuha di sebelah kiri anda. Ladang ni luas sangat tau, kalau google dia kata seluas 3,200 ekar dan ia merupakan ladang herba dan rempah ratus terbesar di Asia. Haa...kelas kau! Pernah dengar rempah Mak Siti? Haa, kat sinilah kilang dia. 

Kat Taman Herba Nasuha ni, kami di bawa mengelilingi sekitar ladang dengan menaiki traktor ajaib ni. Nak jalan kaki memang tak terpergi satu ladang ni sebab luas sangat. Di sepanjang perjalanan kami diterangkan dengan tanaman herba serta khasiatnya yang ada disekitar ladang ni. Siap berhenti kat satu tempat tu untuk rasa pucuk pokok yang ada. Banyak pit stop jugak orang ladang ni bawak kami kenal pokok-pokok yang ada. Habis je trip melawat sekitar ladang tu, kami di bawa ke cafe Taman Herba Nasuha. Kami di jamu dengan Nasi Briyani Herba. Perghhh, bau rempah daun tu semerbak sangat. Rasa? Tak payah cakap banyakla, memang sedap sangat!! Harap maaf ye. Gambar nasi briyani takdan nak snap. Lapar sangat. 

Ni office mate saya, namanya Adam. Ore Machey, Klatey. Kalau Mat Adam ni yang bawak, memang haru! Takut melencong ke tempat lain. Kalut sokmo! Hahaha

Naik traktor ajaib ni la keliling taman herba. Nanti sepanjang kiri kanan jalan dia bagi tau, ni pokok apa..khasiat dia.. Best la bawak budak2 jalan sini


Inilah rakan sekerja kami, bersama keluarga masing-masing. 
Yang tinggi berdiri hujung di sebelah kiri yang pakai baju kelabu tu lah boss kami (arwah). 
Masa ni adik-adik lelaki semua bujang lagi. 
Sekarang pakat dah ada anak 1 dah masing-masing.  

Selesailah part jalan-jalan kat Taman Herba Nasuha ni. Habis agenda makan-makan kenal pokok-pokok kat sini kami meneruskan perjalanan menuju ke kampung boss di Muar. Sebenarnya, kat Muar ni lagi banyak agenda makan-makan kita orang. Boss bawak kita orang makan mee bandung, cendol. Malam tu kami makan ikan bakar kat muara. Esoknya pulak boss bawak kita orang makan satay. Tapi sebab tak ingat nama tempat, maka saya tak cerita banyak la part kat Muar tu. Apapun, kenangan bersama boss  dan rakan sekerja tu yang best. Semoga ukhwah sesama kita kekal terjalin hingga selamanya.

*Al-Fatihah untuk Tuan Basir. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 


. 

Coming back!

Hahaha...Yes!! Yess!! Yesss!!! 

Berjaya juga hakak membuka blog ini walaupun sudah berzaman tidak menjengah ke mari. Al maklumlah, musim PKP ni, boring je WFH kan, baru teringat diri ada blog. Tak menulis je. Ini pun macam ingat-ingat lupa kaedah menulis entry 😜. Apa nak cerita ye..? Hmm..banyak... Tapi tak nak la excited lebih, kang berhabuk lagi blog ni. Entry 2018 nak cerita pasal gi Jeju pun tak berhapdate lagi, tahun 2020 dah gi Jeju lagi sekali dah kisahnye. Hahaha. 2 tahun sekali balik kampung ziarah Oppah..gitteww...! Nantila kita plan slow-slow eh, moga blog ni kembali aktif bukan setakat mengisi masa lapang ketika musim PKP je.. Ok guys, stay safe and please stay at home!

Tuesday, April 17, 2018

Salam Rindu

MasyaAllah...lama gila tak bukak blog. 2017 takde langsung entry! Lama tak mengarang. Lama tak berceloteh..lama tak berdrama! Hahaha... Al-kisah sekarang hakak pun dah bertukar tempat kerja. Dari Putrajaya ke KLIA dah pun. Eh, dulu kat klia2. Sekarang ni kat KLIA. Haa, see..?? Tempat kerja pun dah banyak kali tukar. Blog duk gitu jugak bersawangnya. Draf tak yah cakapla..berpuluh topik! Hahahaha..

Okla, untuk salam rindu ni, hakak tak nak celoteh panjang-panjang. Cukuplah sekadar nak bagitahu, blog HIP HIP HOOREY ni wujud lagi. Hehe. Nanti kita sambung ye. Ada celoteh baru. Trip ke Jeju awal bulan April 2018 haritu. Stay tune bebeh!! 

Saturday, April 16, 2016

INTAN Sarawak

Pergghh... Lama gila blog ni sunyi sepi. Mana mood ni?!! Ke laut biru hijau mana ntah. Takpe-takpe. Ehem, ehem! Sempena bulan Rejab yang mulia ni, mohle kita ceria-ceriakan blog kita ni balikye. Untuk rujukan dan kenangan sendiri jugak, khen. 

Let's start! Alkisahnya, awal tahun aritu saya ada apply satu kursus ni..kat INTAN Sarawak. Ni kali kedua berkursus di sini. First time was last year pada bulan Julai. Kali ni saya apply "Bengkel Kemahiran Menangani Karenah Pelanggan di Tempat Kerja." Haa...kelas ko! Tajuk memang best especially untuk front liner yang sentiasa berhadapan ngan customer. Maklumlah, pelanggan ni datangnya dengan macam-macam style. Ada yang mesra alam, ada yang serius, ada yang tak semena-mena nak marah je manjang keja dia. Dalam course ni dia ajar kita how to handle those kind of customers.  Penceramah dia pun best! En. Mohd Syafiq Anas bin Abdullah. Sempoi je.. Kalau you olls nak tahu, sila apply eh.

Kat INTAN Sarawak memang best. Bilik memang hotel punya style. Selesa beb! Last year pergi banyak lagi bangunan yang under construction. Kali ni datang, semua dah siap. Makan pun best-best tau kat INTAN ni. Last year pergi, masa hari pendaftaran tak disediakan makanan. Manalah kita nak tahu takde makan kan. So malam tu memang kelaparan. This time datang, saya beli siap-siap bekalan. Tapau Mc'D je kat airport. Sekali masa register bilik, staff INTAN bagi tau makanan ada disediakan. Wow, itu satu penambahbaikan yang telah diambil oleh pihak INTAN! Syabas! Tapi, kita tak turun makanla sebab dah tapau Mc'D. Huhuhu..

Naaa...cantikkan? Selesa

 TV ada, PC pun ada. Nak update blog dalam tu pun boleh. Miahahaha

Siap ngan towel. Saya haritu memang tak bawak towel pun. Pakai yang INTAN punya.



So far, itu jelah yang nak dikongsikan dengan you olls semua. Mana yang nak apply tu boleh cecepat terjah INTAN punya website ok. 

 Sempoi je. Memang best! 

Yeay! Tamat kursus sudah

Monday, January 26, 2015

Bacaan Pembuka Pintu Rezeki

Assalamualaikum semua. Lama menyepi. Alhamdulillah, hari ni tergerak nak menjengah blog yang dah bertukun. Ekekeke. Moga apa yang bakal di share kan ini mendapat manfaat untuk kita semua. InsyaAllah. 

Jom semak, ada tak kita buat semua ni dalam aktiviti kita sehari-hari. Rasanya kat tikar sembahyang pun kejap je wirid, Cepat-cepat je nak bangkit. Allahuakbar. Daifnya saya ni. Sempena masih di tahun baru ni...marilah kita sama-sama pasang niat nak menjadi ummah yang lebih berkualiti. Agar amalan, perbuatan, kelakuan kita sentiasa dicatatkan ke dalam buku rekod di bahu kanan dan mudah-mudahan kita tergolongan dalam golongan muqarrabin. Amin!!

7 zikir pembuka pintu rezeki

1. Memperbanyakkan membaca "La hawla wala quwwata illa billah".
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan La hawla wala quwwata illa billah. (HR At-Tabrani)

2. Membaca "La ilaha illallah al malikul haqqul mubin".
Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illallah al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR Abu Nu'aim dan Ad Dailami)

3. Membaca "Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil adzim".
Dari setiap kalimah itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta'ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR Al-Mustagfiri daalm Ad-Da'awat)

4. Membaca Surah Al-Ikhlas
Barangsiapa membaca Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya, (HR At-Tabrani)

5. Membaca Surah Al-Waqiah.
Barangsiapa membaca Surah Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup. (HR Al-Baihaqi dalam Syu'ab Al-Iman)

6. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi.
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Sallallahu'alaihi wa sallam bersabda; "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat, maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah al-Bazzar Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma'lul)

7. Melazimkan beristighfar.
Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga. (HR Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang luas...
Yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami...
Jika rezeki kami ada di langit, maka turunkanlah..
Jika di bumi, maka keluarkanlah...
Jika jauh, maka dekatkanlah...
Jika dekat, maka mudahkanlah...
Jika sedikit, maka banyakkanlah...
Jika banyak, maka berkatilah...
Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin...
...Mereka yang dalam kesusahan dan kedhaifan...

Ya Allah...kabulkanlah doa kami,...
Aamiin...!