Tuesday, May 17, 2011

Aquaria KLCC

Selamat Hari Wesak kepada seluruh warga tanahair yang meraikan. Maka, Malaysia cuti lagi untuk kesekian kalinya. Hip hip hoorey!!! Mak suka nyah! I like! Cuti-cuti camgini boleh la mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang memang dah erat pun. Hari ni kami terjah Aquaria, bawak Naim dan Iman ronda2 tengok pish (bak kata si Iman). Tak sesia spent duit untuk anak2 bila tengok mereka sexcited excited dan terhuja. Rasa sungguh berbaloi, nak nak si Iman, terhendap2 depan akuarium. Tekun nengok ikan berenang2. Terserlah kejakunan ko Iman. Harga tiketnya kalau ikutkan aku memang aku tak nak masuk. Baik aku layan cerita Kongsi. Tapi Mr.Peja la beria nak sangat p Aquaria. Dari minggu lepas lagi merengek ajak pegi. Ini bapak yang lebih dari anak nak nengok pish. Muakekeke. Meh skodeng rege tiket. Nak maklumat lanjut pasal Aquaria, klik SINI.


priceincreasecontent
*Aquaria KLCC have the right to change the ticket price without prior notice.


  Adult : 13 Years and above
  Child : 3 Years and above
  Senior citizens : 60 Years and above
  Infants : FREE (Below 3 years old)

Dah ade orang bermurah hati nak blanje kan, gue ikutkan aje dong! (tetiba cakap Indon ni sebab duk kemaruk tengok tiket AA gi Padang RM40 je wei!! Grrrrrr). Konon aku memula jual mahal taknak masuk Aquaria, skali aku yang lebih jakun dari Iman. Muakeke. Sronok uolls. Aku terhuja tengok ikan Piranha!

Camgini rupanya Piranha. Dapat tengok live depan mata. Nampak luaran lebih kureng ikan bawal je..kih kih kih


Ade feeding time lagi uolls! Tapi kami tak sempat tengok pun sebab pegi awal sangat.


 Muka jakun tengok pish


Ni plak muke kegerunan nengok Piranha

Jom layan gambor lagi

 Payah tul nak amik gambar hero Malaya yang sorang ni, ligat benor!




 Kejakunan terserlah. Bukan anak je, mak pun sama


 Suka tengok gambar ni. Iman nampak sungguh terhuja


 Awas lo!



 Hamik ko, siap duduk lagi nengok pish! Puas hati bawak si kecit nih




 Pinecone Fish..pelik rupa ikan nih. Cam nenas ade gak..huhuhu



 Razor Fish...goli den!!!

 


 Kalau la ade akuarium secantik ni kat rumah..tenang je rasa jiwa


Hero Malaya kecitku keletihan..hohoho. Dalam kreta terus zzzzz sampai ke rumah!

Sunday, May 15, 2011

Art Day

...Budak kreatif minggu ini...








Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Sayu je ati bila tiap kali orang wish "Selamat Hari Ibu". Dalam brutal, jiwa mak tersentuh nyah! Huhu. Rasa diriku begitu berharga. Sebab tu syahdu! Ramai juga rupanya orang yang ingat kat aku. Sluruh dunia uolls! Masa aku jadi anak kepada Mak Incik, aku tak brapa nak tau macam mana rasa susah senang hati wanita bergelar ibu. Tahu dek akal, jangan derhaka kat Mak Incik, ikut kata Mak Incik, jaga ati Mak Incik...sudah. Tapi bila aku dah jadi mak pada 2 orang hero Malaya, barula tahu tinggi rendahnye langit wei! Memangla time besar kita dah reti mana baik mana buruk, mana yang boleh buat, mana yang tak patut buat. Tapi time kita kecit2 dulu??  Tahu terjah je! Aku ingat lagi Mak Incik cerita, masa aku umur 3 tahun, masuk KeyhepSi, mengamuk sakan sebab nak ayam besor lagi dari kakak aku. Tak cukup ngan mengamuk, aku siap campak2kan sudu garfu segala. Adeh, camnola rasa Mak Incik masa tu ek? Huhu..memang menghuji kesabaran uolls. Barulah aku paham, sedar dan tahu bahawa S A B A R itu elemen penting untuk menjadi seorang ibu. Owh ya, selain dari sabar, elemen terpenting yang  lain ialah   M U K A T E B A L. Hoho, kalau muka tak tebal, jiwa tak kental payah sket arr. Pengalaman aku bermuka tebal ni jaman Naim dulu. Tempat kejadian berlaku di GSC Alamanda. Punca kejiadian, hero Malaya aku nak tengok lagi dan lagi dan lagi cerita Upin Ipin. Ko baru je sudah tengok, baru je kluar panggung, ko nak pulun masuk lagi. Kalau abah ko tokey panggung takpela jugak. Dia punya jerit..pergghh, satu Alamanda tu boleh dengar rasanya (memang ko mewarisi bakat mak ko). Jaman Iman pulak aku nanges wei. Tetiba aku jadi ratu air mata. Luluh hati brutal aku bila tengok tangan tembam dia kene geget semut sampai bengkak n dia bantai nangis sepanjang malam. Berkejaranla kami laki bini gi emergency Hospital Putrajaya pukul 2 pagi! Bergelar mak selama 6 tahun ni tipulah kalau aku kata tak mencabar langsung. Nak membesarkan seorang Khalifah yang diutus Allah ke muka bumi ini, kebanyakkannya mencabar emosi! Sabar, marah, sedih, gembira.  Semua ada. Dikesempatan yang tak seberapa ini, aku nak wish SELAMAT HARI IBU pada semua ibu2 si seluruh Malaysia amnya, dan kepada ibu2 yang membaca blog aku khususnya. Terimalah...
Spice Girls - Mama

She used to be my only enemy and never let me be free
Catching me in places that I knew I should'nt be
Every other day I crossed the line I didn't mean to be so bad
I never thought you would become the friend I never had
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All that you did was love
Mama I love you.Mama I care
Mama I love you . Mama my friend. You're my friend
I didn't want to hear it then but I'm not ashamed to say it now
Every little thing you said and did was right for me
I had a lot of to think about,about the way I usedto be
Never had a sense of my responsibility
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes, all that you did was love
Mama, I love you. Mama, I care
Mama, I love you. Mama ,my friend. You're my friend
But now I'm sure I know why,
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All I can give you is love is love
Mama I love you. Mama, I care
Mama, I love you. Mama, my friend,You're my friend
Mama, I love you, Mama ,I care
Mama, I love you, Mama, my friend, You're my friend

Saturday, May 7, 2011

Labour Day

1 Mei. Hari Pekerja. Cuti. Duk umah. Buat taik mata. Ternak lemak. Huhu..best tak?? Itu akula. Uolls..? Ala, uolls pun sama jugak kan? Kan? Apehal pulak 7hb baru nak bercerita pasal Hari Pekerja ni? Hehe..apapun, meh aku nak wish SELAMAT HARI PEKERJA buat semua pekerja2 berbedikasi penjana ekonomi negara sekalian (masih belum terlambat lagi..baru seminggu). Semoga sama2 kita dapat meningkatkan prestasi kerja agar lebih cemerlang. Huhu. Pagi tadi kan uolls, aku gi Perhimpunan Hari Pekerja kat Stadium Putra Bukit Jalil. Pergghh, memang happening uolls! Meriah! Kak Ning Baizura pun ade. Mak suka nyah! Sekali skala terjebak ngan aktiviti sosial ni best jugak. Dapat bersorak-sorak dalam stadium, release tension uolls! Huhu. Konon duk menunggu la kut2 ade berita gumbira nak umum gaji naik ke..so far takde lagi. So, tahankan ajela kesabaran korang semua.

 Berduyun-duyun pekerja berdedikasi nak masuk stadium.


 Muka bajet cun kenela taruk. Tuan tanahla katakan. Sape nak kentut...silakan!!!


Meriah uolls. Kalau kata nama korang naik tahun depan, pegila join. Memang best!

S E K I A N

Friday, May 6, 2011

Durian Oh Durian!!!

Aku memang suka durian. Hantu durian. Gila durian! Dari dulu lagi. Alhamdulillah, penyakit panas2 badan tak pernah kene. Yang best atok aku ade pokok durian kat kampung. Pokok durian Kunyit uolls! Isi dijamin mantop. Rasa gerenti sodap! Bila tiba musim durian ni aku duk bercakap-cakap ngan Mr.Peja aku nak beli durian. Asal ade je pasar malam, aku cepat2 cakap kat dia aku nak beli durian. Aku yang nak beli ye. Of course la aku guna duit aku sendiri, sebab aku yang nak mentekedarah! Aku cakap kat dia sebab aku nak suruh dia yang tolong bawakkan durian tu. Berat nyah, tangan mak tak kuat! Nak beli mesti yang baek punya! D24, Musang King, Kunyit. Yang low class tak masuk senarai wokey! Tapi Mr.Peja buat dek je. Sakit betul ati aku! Dia ni kalau bab durian kureng gemor skit. Alasan dia konon durian yang beli kat pasar malam ni kompem tak best. Beli mahal2 kang balik umah menyumpah seranah segala sebab isi jelantah la, nipis la, tawar la. Memang betul pun. Dari duk buat dosa marah2 orang tak tentu hala, so kesimpulannya, tunggu balik kampung baru boleh mentekedarah durian best! Itu fatwa dia la. Kenala aku tahan napsu aku ni. Aduh...bergelora seh!! Nampak je durian teguk air liur. Nampak orang jual durian, aku jeling Mr.Peja. Arrghh...dia buat dono je?! 

 Tadaa...pokok durian kat blakang umah atok @ Machang, Klatey

 Itu dia Pak Incik baru buat operasi! O yeah!! O yeah!! (ni gambor 2 tahun lepas masa balik kampung celebrate Chinese New Year)

Tengok tu uolls, durian kunyit terbaek dari ladang!!!

Alkesah smalam kat opis aku nunggu la, mana Mr.Peja ni tak call-call. Biasanya kat opis memang kitaorang slalu koling2. Busy kot? Aku malas nak call. Kang buatnya dia tengah meeting kang kacau pulak. Last2 dapat sms dari dia.

Mr.Peja: "Gua dah beli dorian Kunyit n D24"
Aku: "Wow!! Kat mana lu beli? Cayalah"
Mr.Peja: "Raub n Bentong"
(rockkan bahasa kitaorang..tak maenla bahasa2 jiwang karat ni..ngenge)

Mak aiii!! Ori dari ladang! Jauh mencari sampai ke Raub nun. Dah stengah perjalanan nak kelik Klatey. Huhu, rupa2nya, opis dia ada buat makan2 durian esok. Itu pasallah mencari sakan sampai ke sana. Aku hingat semata2 kerna diriku. Haha. Takpe, tak kesah janji haku serunuk n suka hati. Mr.Peja belikan yang terbaek. Durian Kunyit 2 biji n D24 tak ingat la brapa, 5 biji kut. Total 100 hengget! Hoyeh! Hoyeh!


 Fresh ni..panas2 lagi!




 Ok, lulus QC


 Skodeng sket..kuning seh!


 Tadaa...durian kunyit! Tapi still takleh lawan durian kunyit atok aku. Huhu..nok kelik Klatey mok wei!!

Wednesday, May 4, 2011

KFC Egg Tart

Wohooo...aku memang sudah jatuh chenta sama ini dessert! Hmm, kalau lain2 makanan KeyHepSi sekadar biasa2 je kat tekak aku, tapi Egg Tart ini telah benar2 membuatkan aku hampir tiap-tiap hari jengahkan muka kat kaunter KeyHepSi. Nasib baik rumah tak betul2 sbelah KeyHepSi. Kalau tak kompem 2 jam skali jalan kaki singgah gi beli. Kulit tartnya  uolls, sungguh rapuh! Intinya pulak...pergh!!! Lemak-lemak manis gitulah kekdahnya. Akan kupulun makan selagi tak jemu. Dah jemu esok, mesti pandang pun tak lalu...kan? Apapun, layankan gambornya ye.





Jemput sekalian...jemput tengok dan telan air liur je la..huhu 
(nahas kalau ade Mak Yong yang nyinggah blog aku ni. Abehla laki korang kene seret masuk KeyHepSi jap lagi. Muakakaka)

Makanan Penghilang Bau Badan

 
Muke encem tapi ketihak berbau takde guna wei


B A U B A D A N. Dua patah perkataan yang akan membuatkan korang bahagia dan sengsara. Bahagia kalau dapat cium yang wangi dan pasti sengsara kalau dapat yang musyuk. Uolls mesti (tak banyak kali pun at least sekali) pernah berhadapan dengan makhluk tuhan yang bila dia hangkat tangannya...pergghhhh, tengik idung!! Kadang tak yah hangkat tetinggi pun takpe. Duk sebelah pun dah berkuap2 baunya. Aku dulu pernah! Masa time blajor kat UPM. Bau takyah ceritala. Kompem tengik punya! Udahle member pakai paju sleeveless, sekali dia hangkat tangan nak hikat rambut, va va va...lebat weh vulu ketiak!! Memang nak termuntah haku tengok. Terus aku cancelkan study group, aku kata sakit perut. Ngeri wei! Mengikut howstuffworks, salah satu faktor yang menyebabkan bau badan adalah berpunca daripada makanan, contohnya dari jenis bawang-bawangan, kunyit, daging merah (eh..?) dan makanan pedas. Untuk itu, amatlah perlu kita mencegah makanan yang disebutkan tadi atau mengurangkan pengambilannya. Tapi, ada jugak makanan yang dapat mencegah bau badan. Apakah makanan itu? Jeng jeng jeng...


Tomato. 
Tomato merupakan antiseptik semulajadi yang dapat membunuh berbagai jenis bakteria, termasuklah bakteria yang mencetus bau tak best tu. Menurut Curebum, bau badan boleh hilang kalau selalu minum jus totamo uolls. Disarankan minum jus tomato sebanyak tiga kali sehari. Jus tomato tidak hanya diminum, tapi boleh juga dicampurkan dalam bathtub, sebagai penambah ritual mandi anda. Huhu, pakat borong tomato bertan-tan la lepas ni, nak buat mandi! Huhu

Teh Hijau
Bau badan jugak boleh tercetus mungkin disebabkan oleh faktor persekitaran seperti pencemaran, matahari dan debu. Masalah ini boleh diatasi dengan bahan yang mengandungi antioksidan seperti teh hijau. Teh hijau juga memiliki aromanya yang tersendiri. Kalau rajin minum tiap-tiap hari, maka bau segar dari teh hijau ini dapat keluar dari dalam tubuh.

Saderi
Dikutip dan dicedok dari FoodScout, daun saderi dapat melawan bau badan. Kandungan saderi dapat melawan racun yang ada di dalam tubuh penyebab bau badan. Jadi, jangan lupa masukkan saderi dalam makanan sihat uolls!

Jus rumput (rumput??)


Jus rumput tertentu dapat dijadikan sebagai minuman. Memang dengar pelik wei, tapi jus rumput dah banyak jual kat mall-mall. Cosway pun ade. Muakekeke. Menurut FoodScout, khasiat jus rumput dipercayai dapat mengatasi aroma yang tidap sedap dari tubuh.

 Hijaunyer..tak lalu pulak tekak nak meneguk...gulp!
 
Citer pasal grass sket!
All grasses are edible. They are best juiced through a juicer. The blades can be chewed to release the juice, but should not be swallowed. Wheat grass and barley grass are the most popular grasses for health and are often sold at health food stores and juice bars. Juice grass can also be found in powder form. Grass juices are renowned for being great cleansers. They help create an alkaline body, which prevents diseases, including cancer, from growing and thriving. Grass juices are so cleansing that care must be taken to avoid overwhelming the body. Drinking too much at once, particularly after many years of eating toxic food, can cause nausea, headache, diarrhea, flu-like symptoms, or other cleansing reactions. As a start, try drinking 1 ounce or less of juice per day, and increase the amount slowly as your body learns to tolerate it. Grass juices or juice powders cleanse toxins that cause body odor from the system. 
Sumber: http://www.foodscout.org/food/grasses.html


Kesimpulannya: Bolehla kita hadiahkan makanan-makanan penghilang bau badan ni kepada kengkawan kita yang menghadapi masalah tersebut. Hmm, saje je tanya pendapat uolls. Uolls berani ke sound direct kat kengkawan yang ade masalah vau ni? Kalau kawan kamceng bestpreng no hal. Yang tak berapa nak bestpreng ni. Huhu..camne??