Tuesday, May 1, 2012

Hat Yai trip...MAKAN

Bab makan tak menjadi masalah jika anda berkunjung ke Hat Yai. Jangan khuatir tentang mencari  makanan halal kerana sememangnya anda akan berjumpa dengan banyak kedai makan Islam, antaranya...

Terletak di bahagian kanan Hotel Cholatarn

Terletak di bahagian hadapan Hotel Cholatarn. Ada roti canai juga!
(not exactly berdepan...you have to jalan sikit ke depan)

Terletak di bahagian kiri Hotel Cholatarn

 Baby akok...depan Hat Yai Plaza

 Stalls depan Lee Garden Plaza

 Depan Lee Garden Plaza

Tepi Lee Garden Plaza, depan pejabat Bas Kesatuan. Teh ais (cha yin) yang marbeles!!!

 Area depan Pink Hotel...dekat ngan Lee Garden jugak

More picture!! Yummeh!!!

 My sarapan kat Kedai Rocky

 My lunch kat Kedai Kelantan

 Peja's favorite...yamusin a.k.a kerabu suhun

Cha ron (teh tarik) kat gerai depan Kesatuan tu. Mantop!


Hat Yai trip...HOTEL

Salam hari Sabtu semua. Selamat berhujung minggu. Sementara mood ada skit-skit ni bolehla aku update pasal trip 3 hari 2 malam ke Hat Yai. Nasib baik masa gi tak berlaku kejadian bom tu. Aman damai masa kami kat sana. Mak Incik bila dengar berita Hat Yai kena bom terus dia telefon aku. Siap jerit-jerit lagi..."Nasib baik ko D..nasib baik!!" Alhamdulillah, perjalanan kami tempoh hari dilindungi Allah SWT. Jangan lupa, kalau nak jenjalan kemana bacalah:


 "Bismillahi majreha wamursaaha 
inna robbi laghofururrohiim." 

InsyaAllah akan dipelihara Allah dari segala kejadian yang tak diingini. Ayat tu Mak Incik yang ajar. Kita orang gi aritu ngan bas je. Senang, tak yah nak drive, tak sesat. Takyah bayar tol, duit minyak. Naik dan tidur! Hehehe. Naik bas ALISAN kat Pudu. Harga tiket RM55 sehala. Naik malam, pagi esoknya dalam pukul 9 dah sampai Hatyai. Sebelum Subuh korang akan sampai kat area Bukit Kayu Hitam untuk urusan Imigresen. Bila tiba sini, korang kena turun, angkut segala beg dari perut bas dan beratur untuk cop pasport. Lepas cop pasport, korang kena scan beg kat kastam Siam. Bas akan tunggu kat belah Siam nun. Bas Alisan ni akan berenti kat depan kedai makan Rocky. Ok, kali ni aku akan story ikut tajuk eh, bukannya ikut susunan day by day. Senang sikit korang nak search or buat panduan.

Dalam bas. Masa ni dah masuk Thailand.

HOTEL
Sebelum gi sana, gigih aku duk beragoda la, berhotels2thailand.com la nak cari hotel. Tapi, bila bukak forum cari, ramai otai-otai cakap kat Thailand ni sila booking hotel melalui travel agents sebab diaorang punya rates biasanya lagi murah berbanding dengan walk in rates or internet rates. So, dari forum tu jugak dapat contact number local travel agent yang highly recommended from otai-otai, iaitu Lovely Tour, no tel: 074 232738. Bila call, semestinya aku cakap nak stay kat Lee Garden Plaza (hotel yang kena bom tu) or Grand Plaza Hotel (sebelah Lee Garden) tapi memandangkan tarikh nak ke sana tu ialah pada cuti sekolah, maka hotel area hot spot tu sudah sold out! Ha sudah! Haru! Tiket bas dah beli. Hotel pulak takde. Aku mintak staff Lovely Tours tu cari hotel yang murah-murah tapi dekat ngan hot spot area. So, they all suggest Cholatarn Hotel. Cuak jugk bila search internet tak jumpa pun review pasal hotel ni. Usah ke review, gambor pun yillek! Hadoi. Tawakal je la. Bila tanya budak Lovely Tours tu dia kata hotel ok. Rates aku dapat 550 bhat. Bolehla...and at last, 

Nilah ropanya hotel kami tu. Ok, takdela burok sangat. Yang penting ada lif.

Okla kan dengan harga yang dibayar, 550 bhat per night

Sunday, April 22, 2012

Trip Hatyai

Pending dulu ye..Encik Mood tak mari lagi..Hattoii!!!!

Wednesday, April 18, 2012

STUDY!! STUDY!!

Please la encik Mood! Kenapa anda datang begitu lewat sekali. Bila Encik Mood dah datang, baru saya tahu banyaknye lagi yang saya belum tahu! Semput napas nak study nih. Study group pulak sampai tiga empai jam sehari. Sampai naik juling mata mengadap PC and lappy. Kecut perut. Tarikh exam makin dekat. Hatoii! Saya akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi kawan-kawan. Doakan saya berjaya!



 
...Review skit subject exam saya...


Jakarta terbahagi kepada lima wilayah. Iaitu Jakarta Pusat, Jakarta Utara, Jakarta Selatan, Jakarta Timur dan Jakarta Barat. Hot spot adalah di Jakarta Pusat. Begitu juga dengan Jakarta Selatan yang terletaknya banyak bangunan pencakar lagit dan moden, manakala Jakarta Barat terletaknya Kota Tua yang banyak binaan bangunan-bangunan lama. (errkk...paper apa nak amik ni? Sejarah ke?) Berikut adalah perincian mengenai subjek peperiksaan saya.



Date : 28 - 31 Mei 2011
Time : 8am till 11pm
Subject : Shopping
Examination hall : JAKARTA and BANDUNG

 Hehehehe

Pesta Buku 2012

 

Jom ramai-ramai terjah Pesta Buku! Masuk percuma ko! Takde bayor-bayor. Sposen pun tak kena. Syok juga ni kalau bawa anak-anak ke sini. Boleh kita bagi pendedahan dan tanamkan minat pada buku kat anak-anak. Mesti Naim suka. Maklumla, time tu buku-buku melambak depan mata. Harga pun murah-murah. Boleh la beli sedozen dua buku cerita dan latih tubi untuk Naim. Naim dah pandai membaca. Tapi bacanya tak ada nokhtah! Senada je bunyinya. Huhuh. Takpa, takpa. Kata orang putih, "practice make perfect!" Untuk Iman, boleh cari buku-buku yang warna warni sikit. Sesuai ngan umur dan minda yang tengah nak berkembang. Untuk mak pak depa plak, nak cari buku-buku motivasi (wahh!!!), buku-buku agama, buku-buku mengeratkan rumahtangga. Nanti lepas abih kursus nak pergilah kat sini. Tinjau sendiri buku apa yang sesuai. Anda diluar sana pun jom serbu!! Jangan lepaskan peluang.


 





Kata hati: Macam tak terpandang iklan Pesta Buku Antarabangsa 2012 (KLIK SINI!!!) ni kat mana-mana media massa. Ke aku yang tak terpandang? Hmmm...

Kursus oh kursus

Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Pepagi cam gini update blog bagus gak. Line tengah laju. Muahehe. Ujung minggu ni nak kena gi kursus la pulok. Nun ke INTAN Wilayah Timur (INTIM) Kemaman, Terengganu. Nok kata balik kampung dok jugok. Sebabnye Besut ngan Kemaman tu dalam 4 jam lebih perjalanan, bersamaan lebih kurang 232 kilometer!!! Satu peta Terengganu tu round! Huhuhu. First time nak berkursus di INTIM ni. Selalunya kalau kursus ngan INTAN apply dekat-dekat je. Makanya tak pulangla ke Kampung Raja tercinta! Uhuk uhuk. Tapi kebetulan jugak, memang tak dapat balik kampung sebabnya Mak Incik ngan Pak Incik turun KL time aku berkursus tu. Biasala, checkup Pak Incik kat Hospital Selayang.

 Bagi mereka-mereka yang kurang arif tentang subjek Geografi. Tengok tu. Kan aku kata tadi, satu peta Terengganu tu lalu dari Besut nak ke Kemaman. Tapi view bestla. Tengok pantai je.

Bercerita pasal kursus ni, dulu (2007) dapat kursus Bahasa Mandarin tiga minggu kat INTAN Jln. Elmu, PJ. Merdeka tak yah masuk opis dekat sebulan! Yang bestnya Peja pun dapat kursus tu sama. Tapi we all tak bagi tau sape-sape pun yang we all ni husband and wife. Semua geng kursus tu macam cakap sok sek sok sek jugakla sebabnya masa hari pertama time sesi perkenalan, masing-masing cakap dah berumahtangga. So, geng kursus ni duk ngumpatla konon laki orang ngorat ngan bini orang. Nak tergelak aku! Tak sangka jadi bahan umpatan. Tapi aku buat dek je. Memang dah pakat ngan Peja, last day baru nak bagi tau semua. Tapi rahsia tu dapat disembunyikan selama dua minggu sahaja. Kebetulan pulak aku kena demam panas. Gi HKL dapat MC lima hari (tapi aku cuti dari berkursus dua hari je. Sayang wei, keciciran kelas nanti.) Lepas tu Peja bagila MC tu kat our lecturer. Lecturer tu tanya la macam mana Peja pulak yang dapat MC tu. (Rupanya lecturer kita orang pun duk syak wasangka juga!) Last-last Peja bagi tau yang we all ni husband and wife. Riuh kelas tu stengah jam. Masing-masing cakap.."Ooo, patutla berdua je! Kita orang ingatkan ada skandal!" Hatoii!!! Bila aku masuk kelas balik masing-masing pakat duk cubit aku. Wakaka. Orang hebat memang pandai simpan rahsia!

Sunday, April 8, 2012

Triffle

Selamat hujung minggu semua. Ke mana korang cuti-cuti ni? Aku tak ke mana pun. Melepak je kat rumah. Ada misi penting yang perlu dilaksanakan. Misi tersebut ialah...mengerjakan berkontena baju yang tak basuh lagi. Huhu. Time hujung minggu la nak settle semua. Nak ngejorkan panas matahari lagi, berpulun bergasakla. Nasib ko la mesen basuh. Time petang pulak boring-boring kat rumah, skodeng dapur semua bahan ada, so apa lagi...boleh buat triffle! Senang je nak buat ni. Tak sampai 5 minit penyediaannya. 




Bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 tin buah-buahan koktail
4 sudu besar tepung kastard
1/2 tin air buah-buahan
1 kotak jelly
Kek - apa2 jenis pun boley, nak roll ke, taknak ke..suka hati!

Cara2:
1. Potong kek sama tebal dan susun dalam bekas
2. Satukan susu cair + kastard + air buah-buahan. Kacau sebati kemudian panaskan. Kacau perlahan sehingga menjadi pekat dan berkilat. Kemudian tuang kedalam bekas yang disusun kek tadi.
3. Susun suka hati buah-buahan kotail di atas kastard tadi.
4. Masak jelly ikut arahan pada kotak. kemudian, agak2 suam, tuang untuk lapisan atas skali...sejukkan dalam peti es, siap!!

Huhuhu..senang je kan? Memang resepi masuk peti sejuk ni aku suka sangat. Tak banyak kerenah. Haha, suka sangat ye? Ke nak buat yang lain-lain tak reti? Kuikuikui. Lebih kurang la. Selamat berhujung minggu semua! Layanzzz...