Saturday, November 12, 2011

Makan-makan @ Restoran Haji Sharin Low, Pinggiran Putrajaya


Dah lama dah makan kat sini sebenarnya. Singgah sini masa balik dari kampung aritu. Tapi memandangkan penyakit M aku ni kerap melanda tak mengira musim, tu yang terbantut nak post cerita yang dah lemau ni kat you alls semua. Berhabuk la dia kat dalam draf. Uhuk uhuk..sorry naa. Ok, straight to the story, no corner-corner. Kedai ni ala-ala macam Mohd Chan Abdullah gak. Restoran Chinese Muslim Cuisine. Boleh tahanla, tapi ikut tekak aku, ulang taip: t e k a k a k u ye...Mohd Chan lagi best. Lokasi restoran terletak agak tersorok kebelakang sikit. Restoran ni berada di:
Lot 5075, Wisma ARMA, 
Jln. Sg. Merab, Pinggiran Putrajaya,
43000 Kajang, Selangor.
Tel: 012-3731999
Get direction (sebelah Perantau Hill)

** Jom layan gambar **

Masih bersabar sementara menunggu makanan yang dah diorder sampai

Ciri-ciri kesabaran sudah semakin menipis

Hilang sabar sudah! Muakakaka




Pada pandangan mata aku yang rabun ni, Sharin Low a little bit mahal sebab ada sesetengah hidangan dikira per pax dan ada sesetengah hidangan dalam bentuk Small and Large.  Contoh hidangan yang aku rasa mahal ialah dia punya Shark Fin. Kami order yang small. Sekali sampai memang small betul! Terkesima aku ngan Peja. Hehe, tula...konon duk imagine sama saiz ngan Abdullah Chan punyer. Kalau kat Abdullah Chan, ko tak cakap pun nak saiz apa, bila datang...nah!! Semangkuk besau!!! Kalo 2 orang makan memang tersandor nak abihkan. Maka benarlah kata-kata pendeta zaman dahulu kala, lain orang lain ragamnya, lain restoran lain hidangannya! Muakekeke.  Apa pun, menu kami hari tu ialah:

Crab Meat Shark Fin Soup - Small - RM 25.00/pax

Salted Egg Kwai Tau Meow - Small - RM 10.00
Rasa menu ni macam kacang panjang celup tepung. Sedap! We all tambah lagi 1 pinggan!

Yang ni nama penuh aku lupa. Nama glamour, siakap steam! Hehehe

Tengah melantak. MasyaAllah. Kenyang!!! Alhamdulillah

So, pada anda diluar sana yang masih belum berkunjung ke Restoran Haji Sharin Low, cepat-cepat kesana untuk menjamu selera! 

Tuesday, November 8, 2011

Aidiladha 1432H

Alhamdulillah, tahun ni berkesempatan lagi balik ke kampung halaman untuk merayakan Aidiladha walaupun pulangnya sehari sebelum hari raya. Dari minggu lepas lagi aku duk mikirkan pasal Tom & Jerry. Dua ekor nun manalah aku nak letak. Ari Jumaat petang tu, balik dari keje pi tanya kat pet shop, kalu boarding brapa hingget. Memandangkan depa masih kitten, sekor kena RM30! Dua ekor dah 60 hingget! Nak balik kampung kurang-kurang lima hari. Umangai, 300 hengget tu! Pengsan kejap! Nak tinggal je kat umah, takde sape pulak nak mintak tolong bagi makan. Yang bagi makan satu hal. Takkanlah tak lepas ke tanah budak dua ekor tu sepanjang lima hari. Kesian la pulak terkurung je dalam sangkar dekat seminggu. Last-last, kami beli menatang ni kat pet shop tu...

*

*

*

*

*

 Tadaa...ha, menatang ni la kami beli. Senang nak punggah Tom & Jerry masuk dalam ni hangkut wat balik kampung!

 Duk la ko dendiam dalam ni. 

 Siap sedia untuk dihangkut bawak balik kampung!!!

Hari Sabtu, kami gerak pukul 10.00 pagi dari rumah. Tinggi harapanku moga-moga takdak orang la ari Sabtu tu mengenangkan berduyun-duyun dah warga Pantai Timur balik kampung ari Jumaat kot. Rupa-rupanya melecet sama sekali apa yang aku harapkan tu. Nak masuk tol Gombak dah slow dah. Bersusun kereta. Seb baik pakai Smart Tag. Zasss potong line. Kononla sangat. Lepas je tol Gombak terus stuck! Masa tu dah pukul 11 lebih. Perut lapor mintak diisi. Berenti kejap kat BP pump station kat highway tu. Takdak pilihan, mentekedarah nasik kandar la kami tengahari tu. Kompem punye kat Petronas Karak nun ramai umat manusia. So, sementelahan kat BP pump station ni tak ramai yang nyinggah, settlekan semua perkara kat situ. Makan, minum, kencing, bezak ngan  isi minyak sekali! (Pssstt...minyak BP lagi jimat seh! Lagi lebih kilometer skit dari Shell).


Lama jugak la duk berenjet-enjet semut kat highway Karak tu. Pukul 12 lebih baru bayar tol Karak. Lepas tu apa lagi, pecut la sebab lalu LPT! Kiki. Kalau masuk kut Bentong tu potong jari, tak bergerak punya! Layan pecut dengan tenang. Dalam pukul 4 petang tu lepas dari Kuantan, ada nampak satu eksiden. Baru lagi kena. Kat lane laju nampak sisa tayar yang pecah. Luluh jantung aku wei, nampak sekujur tubuh dilitupi dengan sorat kaba. Luluh berderai lagi bila aku toleh kebelakang aku nengok maybe si ibu kot memangku anaknya yang mungkin sebaya Naim, dan anak itu juga dilitupi dengan sorat kaba. Esoknya, kemalangan tu masuk sorat kaba. Bukan 2 yang meninggal, tapi 3! Al-Fatihah untuk mereka sekeluarga. Difahamkan, kejadian berlaku sebab tayar pecah. So, hati-hati semua. Sila perhatikan tayar kereta anda masing-masing! Ni ada berita dalam KOSMO pasal eksiden tu.


Dalam pukul 10.00 malam, akhirnya sampai juga kami kat Kampung Raja. Badan penat, perut pun udah lapor. Kami pekena ikan bakar kat Medan Ikan Bakar, Kuala Besut. Sedap!! (time lapor semua sedap!) Jemput jamu mata semua. Kekeke.




Alhamdulillah. Selamat semuanya. Samapi rumah teruz pengsan! Esoknya...

 SELAMAT HARI RAYA QURBAN semua!!!!

 Dengan bahagianya dia main-mainkan makanan dia! Arghhh!! Sakit jantongku! 


Lepas bermalam dan berhari raya di Kampung Raja (gambor raya tak snap) esoknya balik Kota Bharu pulak. Alhamdulillah, semua adik beradik Peja ada time ni, meriahla sikit. Kesemua lima cucu Pok Ya dapat berkumpul bersua muka. Masing-masing nak tunjuk bakat time ni lah!



Kan aku dah kata, macam-macam bakat ada!! Yang katogeri dewasa sikit tak main dah tiup-tiup belon ni. Duk tekun main games kat laptop. Abih mak-mak sedara dia punya laptop digasak dan digodeknya. Eh, baru empat. Mana cucu yang kelima??

*

*

*

*

*

Tadaaa...Pok Ya sedang mengagah cucu kelimanya. 

Ha,yang ni bakat belum tahu lagi. Ce teka, boboi ke gegel??
Sian korang, penat berteka-teki...diperkenalkan, Nur Adriana Insyirah!! Cucu pompuan tunggal Pok Ya (buat stakat ni la, ko tunggu dik, Ummi keluarkan yang new version! Muakeke)

Yang geng-geng tua ni pun macam-macam aktiviti yang nak dibuat. Malam tu sedang anak-anak tunjuk bakat, mak pak pun tak nak kalah, nak tunjuk bakat gak! Jom bakar membakar!





Yeayy!!! Yameehh! Jom makan! Selamat Hari Raya Haji semua! Maaf zahir batin!

Thursday, November 3, 2011

Naim's Graduation Day

Rabu, 2 November 2011 

Bertempat di Dewan Besar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (3), berlangsungnya Hari Graduasi Pra Sekolah 2011 melibatkan lebih kurang 50 orang pelajar Pra Sekolah yang akan tamat pengajian. Wah, skema ayat aku. Cam wartawan soratkaba! Tetiba aku rasa macam tua kejap. Yela, anak dah grad kan (muakeke, padahal grad tadika baru! Chaitt!)  Sebenar-benarnya, ikhlas cakap, aku yang lebih excited!! (terserlah kejakunan). Bukan ape wei, dia punya grand tu macam konvo universiti punya style! Ade orang jual bunga, ada mini studio. Naseb baik takde bukak tapak orang meniaga je tau! Hak best tu, siap ada sidang satu ngan sidang dua. Perghh!! Kelass!!



Jom, try jubah dulu. Ensem anak aku!


Posing sket!


Graduan wokey!


 
 Sila duduk di tempat masing-masing. 


Wokeh, ni majlis nak start dah. 
Mengumumkan perarakan masuk para graduan, guru besar dan guru-guru penolong kanan
diiringi dengan gamelan. 


 
Senyum lebau anak aku


Yess!! Yess!! Finally, after two years! Yeaahhaa!!
Lepas ni biarla mak ko merasa pulak ko konvo Universiti, nak. Blajo pepandai.


Lepas sidang satu, majlis berehat sebentar dengan kitkat persembahan dari murid-murid Pra Sekolah yang join Pertandingan Tarian Seri Rampai antara sekolah-sekolah dalam Putrajaya. SKPP 11(3) dapat tempat saguhati. Kira okla, bukan senang nak ajor bebudak ni. Banyak kena sabau!


Lepas selesai majlis, sesi bergambar dengan rakan sekelas. Ala, macam korang konvo U dulu-dulu la. Posing sana sini style hindustan pun ada! Samala ngan anak aku. Habis semua kawan aku suruh dia posing. Ulang sekali lagi, aku yang suruh. Huhu, buat kenangan wei. Esok-esok dia konvo U, boleh la dia tengok gambor masa dia konvo tadika ni.


Eh, eh...mak tertangkap gambo budak ni! Berkenan buat calon menantula. 
Kata dah grad kan? Muakekeke.



Tadaa...gambor berdua ni mahal tau! Sengeh kemain besau ko Naim. Seronokla tu dapat bergambo ngan aweks. Kikiki. Tahun depan dah darjah 1. Abesla mak ngan pak ko kena gerak awal dari umah. Kalau ikut waktu macam biasa skarang ni, kompem asyik-asyik nama NAIM je yang penuh dalam buku pengawas. Adeh! Azam tahun baru mak ngan pak ko la ni nampak gayanya, kena gerak awal. Huhu. Apa pun, kepada anak Ummi, blajor rerajin..pepandai. Esok dah beso senang nak ke mana-mana ada ilmu. Ummi doakan anak Ummi senang dan berjaya dunia akhirat. AMIN!




Wednesday, November 2, 2011

BROWNIES CHEESE KUKUS



Tergoda tak? Semua lapar tak tengok kek aku ni? Jemput telan air liur ye kengkawan. Sedap sangat tau kek ni! Terasa coklatnya, cheesenya. Yummy! Kalo tak caya, buatla sendiri. Meh aku bagi resipi. Biorlah aku puji kek sendiri. Korang takkan puji punya.

Bahan2:
200g mentega / margerin (3/4 cawan + 1sb penuh)
200g dark choc (3/4 cawan choc yg disagat/dhiris halus)
170g tepung gandum (1 1/2 cawan rata)
30g serbuk koko (1/4 cawan rata)
4 biji telur
170g gula halus (1/2 cawan rata + 3sb rata)

**inti cheese**
250g cream cheese
60 g gula castor (1/2 cawan)
1 biji telur
25ml air

Cara2:
1. Cairkan mentega dan choc secara double boil. Kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.
2. Tepung dan koko diayak bersama.
3. Di dalam mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.
4. Masukkan campuran tepung dan gaul rata dengan spatula.
5. Masukkan pula campuran choc yang dah dicairkan tadi, kemudian kacau rata.

**untuk inti**
6. Campur semua bahan bagi inti, kecuali telur. Pukul sampai kembang.
7. Kemudian, masukkan telur dan pukul lagi (kejap je, bagi rata)
8. Masukkan adunan brownies dalam loyang yang dah dialas dengan kertas minyak. Kukus selama 20 minit.
9. Kemudian, masukkan inti. Kukus selama 15 minit.

*balut loyang dengan aluminium foil*

Kalo ko nak buat lapis cheese pun boleh gak. Step 8 tu ko kukus 15 minit. Pastu buat step 9, kukus 15 minit juga. Pastu ko ulang balik step 8 tu, kali ni kukus selama 20 minit. Nyum nyum!! Eksperimen ni aku buat time cuti ujung minggu je.  Ni hasil sukses eksperimen ari Ahad lepas. Huhu. Berjaya!!! Selamat mencuba.

Sunday, October 30, 2011

Jom Steamboat @ Flamming

Moh layan steamboat lagi!! Ni kami pi Sabtu, 29 Oktober 2011. Nak buat macam mana...hantu steamboat ada kat umah ni. Tu yang suka sangat terjah tempat-tempat steamboat ni. Kali ni jom menyetim kat FLAMMING STEAMBOAT. Ada banyak cawangan. Kat Sunway ada, kat Shah Alam (Seksyen 33) pun ada. Kami terjah tempat biasala, kat Danau Kota, Setapak. Ko tau kan kat Danau Kota tu ada Parkson baru bukak tu kan. Giler besor! Kat sebelah Parkson tu ada deretan kedai kan. Ha, Flamming ni kat deretan kedai sebelah Parkson tula, belakang Eon Bank ngan Old Town White Coffee. Harganya bagi aku bolehla layankan, RM26.90/pax. Kanak-kanak lak RM9.90/pax. Kalo 3 tahun ke bawah FREE. Time dapat gajikan, bolehla sekali skala makan. Huhuhu.

Udah tak menyala dah Flamming tu. Terus terbako hangus! Kuikuikui

Macam-macam pilihan ado. Lebih dari 150 items dihidangkan. Kemaruk gak nak memmilih.










Ha..pilih, pilih. Time ni tak hengat dunia. Sotong, udang, ketam semua aku punggah!








Sakan member layan aiskrim. Siap cucuk-cucuk cookies lagi, Pastu siram ngan hot chocolate. Perghh! Pandai ko eh, Naim


 
 Ada dua pilihan sup. Tomyam ngan perisa ayam. So tak gaduh la kami anak beranak. Yang bebudak leh amik dari sup ayam, tak pedas. Yang kami mak pak suka pedas ni leh ceduk dari sup perisa tomyam. Nyum nyum. Seedaapp!!





Iman over tau! Siap celup tangan dalam gelas lagi.


Tu dia anak aku yang kecit, tak main dah duk atas baby chair..atas meja terus!!! Gasak ko la nak, janji ko tak meragam sudah!


LICIN!!!

Errkk...alhamdulillah. Kenyang. Nanti lain kali kita pi lagi ye.