Rabu, 2 November 2011
Bertempat di Dewan Besar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11 (3), berlangsungnya Hari Graduasi Pra Sekolah 2011 melibatkan lebih kurang 50 orang pelajar Pra Sekolah yang akan tamat pengajian. Wah, skema ayat aku. Cam wartawan soratkaba! Tetiba aku rasa macam tua kejap. Yela, anak dah grad kan (muakeke, padahal grad tadika baru! Chaitt!) Sebenar-benarnya, ikhlas cakap, aku yang lebih excited!! (terserlah kejakunan). Bukan ape wei, dia punya grand tu macam konvo universiti punya style! Ade orang jual bunga, ada mini studio. Naseb baik takde bukak tapak orang meniaga je tau! Hak best tu, siap ada sidang satu ngan sidang dua. Perghh!! Kelass!!
Jom, try jubah dulu. Ensem anak aku!
Posing sket!
Graduan wokey!
Sila duduk di tempat masing-masing.
Wokeh, ni majlis nak start dah.
Mengumumkan perarakan masuk para graduan, guru besar dan guru-guru penolong kanan
diiringi dengan gamelan.
Senyum lebau anak aku
Yess!! Yess!! Finally, after two years! Yeaahhaa!!
Lepas ni biarla mak ko merasa pulak ko konvo Universiti, nak. Blajo pepandai.
Lepas sidang satu, majlis berehat sebentar dengan kitkat persembahan dari murid-murid Pra Sekolah yang join Pertandingan Tarian Seri Rampai antara sekolah-sekolah dalam Putrajaya. SKPP 11(3) dapat tempat saguhati. Kira okla, bukan senang nak ajor bebudak ni. Banyak kena sabau!
Lepas selesai majlis, sesi bergambar dengan rakan sekelas. Ala, macam korang konvo U dulu-dulu la. Posing sana sini style hindustan pun ada! Samala ngan anak aku. Habis semua kawan aku suruh dia posing. Ulang sekali lagi, aku yang suruh. Huhu, buat kenangan wei. Esok-esok dia konvo U, boleh la dia tengok gambor masa dia konvo tadika ni.
Eh, eh...mak tertangkap gambo budak ni! Berkenan buat calon menantula.
Kata dah grad kan? Muakekeke.
Tadaa...gambor berdua ni mahal tau! Sengeh kemain besau ko Naim. Seronokla tu dapat bergambo ngan aweks. Kikiki. Tahun depan dah darjah 1. Abesla mak ngan pak ko kena gerak awal dari umah. Kalau ikut waktu macam biasa skarang ni, kompem asyik-asyik nama NAIM je yang penuh dalam buku pengawas. Adeh! Azam tahun baru mak ngan pak ko la ni nampak gayanya, kena gerak awal. Huhu. Apa pun, kepada anak Ummi, blajor rerajin..pepandai. Esok dah beso senang nak ke mana-mana ada ilmu. Ummi doakan anak Ummi senang dan berjaya dunia akhirat. AMIN!
0 comments:
Post a Comment