Monday, March 21, 2011

Bangkok Part 1

Halololo..lamanye tak hapdate blog!!! Sebok! Sebok! Sebok! Kejerkan ngalahkan Jusa!! Memang aku suspek..eh, respekla kat bloger2 tegar nih, especially yang dah jadi mak. Mak nyah?? Owh, nehi..nehi! Sempat betul diaorang luangkan masa berblogging setiap hari. Ko tipah? Tenggelam timbulla jawabnyer..huhu.

Trip ke Bangkok 4 hari 3 malam. 4 ke?? Aku rasa 3 hari je kut sebab hari ke4 tu kita orang dah gerak2 khas dari sana pulang ke tanahair. Flight pagi dowh..ituje tiket yang murah. Rembat jela, takkan nak jeling je kut..?? RM200 seh pegi balik! Tak ngoyan ko? Mana leh tahan beb!! (Psstt, ujung Mac ni tiket MAS gi Mumbai tak sampai sribu gi balik, kot2la nak jumpe Datuk Shah Rukh Khan)


Day 1
12 Mac 2011

Flight kitaorang petang. Kul 3.25. Kul 12 tengah hari tu dah gerak dari rumah. Alhamdulillah slamat sampai ke LCCT kul 12.40pm. Terus checkin. Then kami lepak2 makan2 sambil tunggu sorang lagi kawan. Aku gi sana bertiga je..aku, Mr.Peja ngan kawan dia nama Wan. Wan ni asal usul mak ayah dia dari sana. Lepas tu now family dia stay kat Klatey. Memang Wan ni boleh la cakap Siam skit2. Tak la lancar sangat, tapi baik dia la dari aku ngan Mr.Peja, kita orang tau sawadekap je! Hehe. Time nak depart tu ujan la pulak. Seb baik tak lebat. Sedang2 aje. Aku citer ngan gambor jela ye..cepat skit. Korang layan la. Panjang ni! Hehe


 Lebat tak lebat boleh tahan la...huhu


 Ni dah terbang sejam kut. Perjalanan KL-Bangkok amik masa dalam 2 jam gitu. Perbezaan masa lak, kita dulu dari dia sejam. So, kalau kita pukul 7, diaorang pukul 6..gitu la kekdahnye. Tengok awan tu, gebu2!! Geram


Turun je dari katerbang, kita naik bas pulak. Dah sedia menanti depan katerbang AA tu. Takdenye nak jalan kaki macam kat LCCT wokey. Sebenarnye airport dia luas sangat!! Lagi besar rasanya dari KLIA. Ye ke..? Kalau sape2 yang tahu perbezaan keluasan kawasan dua airport ni sila bagi tau ye. Kalau jalan kaki nak ke terminal tu maunye pengsan 2 3 kali pun tak sampai2 lagi


 Finally, jejak jugak kaki aku and Mr.Peja di bumi Bangkok, city with smiles


 Sampai je airport ko pilihla mana transportation yang ko nak, macam2 ada!! Kita orang amik yang bawah skali tu...train to city


 Airport dia canggih weh, KLIA duk blakang..huhu. Besar sangat!! Memang canggih la


Ok, now jom beli tiket. Ni macam LRT la dari airport to city. Nama kat Bangkok ni Cityline. Kan bes kalau ada LRT gak dari KL ke KLIA. Ko tau brape rege dia..?? Kalau ERL tu dari airport ke bandor dalam RM35 kan..? Haa..kat sini rege dia..jeng jeng jeng

 Ha tu..nampak? 45 bhatt je! Kalau dalam Ringgit, 4.50 je! Murah dan jimat!!


Nanti kluarla coin sketul ni..Ko takyah la jakun cam aku terkial2 cari tempat insert coin masa nak lepas gate LRT tu..mende ni rupa2nya touch and go wokey!! Huhuhu..kater pelancong..harusla aku tak tahu apa2 kan?!! Kat Mlesia ni still pakai tiket ala2 kad lagi wokey!! Huhuhu


Our destination...Phaya Thai


Beria ko aku ngan Wan tengok peta..konon nak terjah! Padahal Wan ni dah takyah peta2 bagai terjah Bangkok...semua dalam kepala dah! Huhu


Ni sebahagian view dari bandar Bangkok. Di ambil dari dalam Cityline..


Kat sinila kami menginap..Benz Residence, dekat Soi 17 Petchaburi.  Jalan depan skit dah jumpe Pratunam Mall, Pantip IT Mall..owh, sorga2!! Okla, 2 bintang. kater ko nak jenjalan kan..? Buat ape nak hotel mewah2? As long as ade katil, ade toilet..ok la bagi aku..


Nah amik..room type skali aku snap! Hahaha..pilih2 mana yang berkenan! 700 bhat je smalaman..

Lepas checkin, taruk beg..terus merempit!!! Sebelum rempit isi perut dulu beb!! Last makan maser kat LCCT dowh! Huhu..lapar kebulur dah ni. Jom, gerak2 khas menuju ke tempat makan. Dari hotel kami jalan kaki ke Soi 7 Petchaburi. Aku ngan Wan steady. Udah taik lalat sketul kat tumit kaki kan, harusla kuat berjalan!! Mr.Peja la always tertinggal kat blakang! Muakekek


Ni la tempat dinner kami. Kedai biasa je, takde aircond, takde deco cantik2. Kalau korang yang slalu p Bangkok, mesti korang dah glamer ngan Restoran Mak Yah and Faridah Fatornee kan..? Rege pun mahal la, rege aircond la katakan.huhu. Kedai yang aku gi ni korang jalan depan sikit dari Kedai Faridah and Mak Yah tu. Nanti ade lorong, korang belok kanan. Kat lorong ni ramai muslim. So, korang boleh pilih nak makan kat kedai mana. Malam tu kami makan tomyam, daging goreng kunyit and kailan ikan masin which costed us 400 bhatt. Okla!!



Burrrpp..Alhamdulillah! Kenyang! Dah selamat menjamu selera, aktiviti rempit diteruskan. Lepas je makan kat kedai tadi, kita orang jalan kaki skit menuju ke stesen BTS National Stadium menuju ke stesen Sala Daeng. Nak p pasar malam Patpong puloks! Huhuhu..


Tu dia..dah sampai! Ko layan kan jela gambo pasar malam ni. Ala2 macam Pasar Malam Jln TAR la jugak. Kat kiri kanan jalan ni kalau yang lelaki macam Mr. Peja and Wan depa siap offer , "Sir! Sir! Come! Sex service!!" Walawei!! Aku tinjau2 gak nengok mende service depa kan? Kat dalam kedai tu ade la depa pakai bikini seksi2 uolls, menari tiang!! Ngenge. Service lain, masuk pintu blakang kut..?? Muakekeke. Kita org tak membeli pun kat sini. Stakat amik aura n idea ape yang nak borong esok kat Chatucak! Lepas round round Patpong kita orang pun balik.

Huhuhu...super uolls!!! Apa reaksi aku..?? Aku gelak je kat Mr.Peja ngan Wan. Jelous?? Sikit pun muke takde efek! Hak hak hak


Sebelum sampai hotel, kami singgah dulu kat warong tepi jalan. Layan supper sket! Aku order roti canai kusun, Mr.Peja order murtabak. 2 keping wokey mamat ni layan! And Wan order roti bakar. Air semua order teh. Perghh! Best! Best! Kat mana warong ni?? Dia dekat2 ngan kedai Mak Yah tu. Malam je meniaga. Siang hari takdok. Ok, sekian laporan pada hari pertama. Jumpe dalam next entry!




0 comments:

Post a Comment