Tuesday, March 8, 2011

Hari Wanita Sedunia

8 Mac ialah Hari Wanita Sedunia wokey..?? (Owh, mengapa daku wanita yang tulin lagi ori ni baru tahu??) Berbanggalah wanita2 sekalian alam, ada hari khas untuk meraikan anda!! Bak kata celebriti..."kerana dirimu begitu berharga!" Asal usul tertubuhnya hari wanita di Malaysia ni pada tahun 1985 adalah disebabkan keganasan yang sering dilakukan terhadap wanita. Dengan terjadinya rogol, gangguan seksual..macam2 lagila. Pergh..masuk bab sejarah la pulak!! Cayala!! Paper sjarah dulu dapat brape? Sedih!!

Aku menjadi seorang wanita. Wanitakah aku..? Terasa seperti anak dara lagi!! Paanggg!!! Koya!! Dulu, aku anak dara..perghh, nakal wei!! Ligat! Kalah Stacy! Nak feeling2 macam paham prasaan seorang mak tu, takat boleh bayang jela..last2 insap dengan sendirinya..Pastu bertukar status..jadi bini orang. Tapi jadi bini orang ni pun diusia muda. 21 tahun dah pegang status 'Puan' uolss!! Mendela sangat budak (budak wokey) omo 21 reti bab2 nikah kawen ni. Tanak nasik pun ala2 menjadi bubur gitu! Hahaha..nasib la laki aku, nak sangat kan..? Huhuhu..Blajo lebih kurang selama beberapa bulan, barula reti skit2 macam mana penatnya jadi bini orang. Penat wokey! Mana ngan keje hakiki lagi..ngan yang dikerjakan lagi! Muakaka. Now, jadi mak orang! Ha..baru ko tahu langit tinggi rendah!! Barula tahu penat jerih mama nak membesorkan aku jadi orang yang berguna! Kini, barulah aku tahu kenapa wanita itu begitu penting sehingga terbitnya surah surah An-Nisa di dalam Al-Quran. Siap diperincikan lagi hak-hak kita di dalam surah tersebut. Wanita juga begitu diutamakan sehingga adanya klausa "ladies first!" Huhu..bangga uolss!

Wanita ni hebat tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tak caya..?? Ok, meh aku bagi contoh paling simple! Nabi Adam A.S dikeluarkan dari syurga kerana..?? Kerana makan buah khuldi kan..? Ok, siapa yang suruh..?? Hawa yang suruh!!! Nak contoh lagi?? Boleh..no probleng! Ok, ingat tak lagi citer Firaun? Ala, pemerintah Mesir (bukan Hosni Mubarak ye) yang ngaku dia tu tuhan..yang bunuh semua budak lelaki dulu2 tu..kejamkan..?? Tapi macam mana pulak dia boleh lembut ati amik Nabi Musa A.S jadi anak angkat dia..?? Cu citer? Cu citer? (parah betul penangan citer HKLBR ni..) Kan bini dia, Asiah yang pujuk..ha, tengok! Hati Firaun yang kejam, bengis tu pun boleh lembut dek pujukan seorang wanita!! Huhu..hebat uolls!!

Dalam hebat dan bangga ada sedihnya juga..masih ada segelintir wanita yang tidak menghargai diri sendiri. Yela, sebagai contoh yang paling mudah, kes buang bayi. Wanita2 ini meletakkan diri mereka ditempat yang paling hina bila menyerahkan kehormatan mereka sewenang-wenangnya pada lelaki buaya demi membuktikan cinta suci konon..taik la!! Yang lebih sedih sangat2 bila lelaki buaya tu baru je kenal 1 hari..kat mana..?? Online..dalam chat room. Adoii..memang sedih! Cukup 9 bulan 10 hari selepas aktiviti bercanda ria mereka, akhirnya lahirlah insan yang tidak berdosa ke muka bumi Allah yang telah ditakdirkan untuk menjadi khalifah. Tapi, wanita2 hina ini telah memendekkan hayat khalifah Allah yang keluar dari rahim mereka sendiri dengan menyumbatkannya di dalam lubang najis, mencampakkannya di dalam timbunan sampah..Allahhu Akbar..sayu sangat2 hati bila baca news pasal baby kene buang.

Pesanan penaja uolls, jagalah kehormatan anda..hargailah diri anda sendiri kerana "tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia!!"

p/s: anak aku tak tido dalam buai..bolehke goncang dunia..?? ekekeke

0 comments:

Post a Comment