Wednesday, June 22, 2011

Selamat Hari Bapa

Mintak mahap. Mintak mahap. Entry pasal Hari Bapa ni terlewat skit sebab duk sebok hapdate story gi KK. Huhu. Bagi aku, setiap hari ialah hari ibu-bapa. Cuma dikhaskan 19 Jun setiap tahun dijadikan Hari Bapa khusus untuk memperingati kaum2 bapa di seluruh dunia. Sama jugala macam Hari Ibu. Bukan kata 19 Jun tu aje baru nak ingat kat bapak-bapak seluruh Malaya. Tiada hari yang anak2 perlu lupa kepada ibu-bapa mereka tau! Huhuhu. Alhamdulillah, aku masih punya bapa bergelar AYAH, a.k.a Pak Incik hingga ke saat ini. Terlalu banyak pengorbanan yang telah Pak Incik lakukan untuk kami adik beradik. Huhuhu (nak nanges ni). Pak Incik seorang yang tegas! Takde maknanya korang nak melawak dengan dia. Sekali dia jeling, boleh gugur jantung woo! Cikgu la katakan. Mestila garang! Kami adik beradik lebih rapat ngan Mak Incik. Setengah orang kata kalau anak perempuan akan rapat ngan ayahnye kan? Mungkin sebab Mak Incik treat weolls as a friend kut. Tu yang best tu! Hoho. Kalau dengan Pak Incik, awas lo! Nak kluar butir bicara tu mesti kene susun ayat baek punya. Dulu2 time skolah, kalau cikgu mintak duit ke, mintak sign surat ke, terus je menonong berurusan ngan Mak Incik. Mak Incik pulak ada2 masanya ok je, ada2 masanya suka juga menduga anak2. Suruh mintak ngan Pak Incik. Adeh!! Berpeluh dahi dibuatnya. Bila ingat2kan balik masa tu terasa lucu pulak. Dalam tegas Pak Incik tetap ada sayangnya pada anak2. Sejak dah kawin ni barulah aku berani bersuara lebih skit, bergurau senda bagai, baru praktik cium2 pipi dengan Pak Incik. Huhu. Segala silap salah patik, mohon AYAH ampunkan...maafkan. Sayang AYAH sangat2!! Huhuh (mood nak berderai air mata ni). Kepada Mr. Peja, jadilah ABAH yang terbaik untuk hero2 Malaya kita. Tidak lupa juga kepada bapa mertuaku. Sayang kalian semua! SELAMAT HARI BAPA khas untuk bapa2 di seluruh Malaysia!
Daku diapit jejaka2 hebat!

Tuesday, June 21, 2011

Takziah

Innalillahiwainnalillahirojiun. Terkejut yang amat sangat bila dapat berita suami kepada kawan aku masa keje kat KLIA dulu telah pulang ke rahmatullah pada tengahari semalam. Arwah keje JPJ meninggal masa sedang bertugas. Time tu arwah tengah buat operasi dan maut dirempuh kereta yang terbabas. Kalau uolls baca mana2 surat khabar hari ni, sure ada nampak tajuk "Penguatkuasa JPJ maut dirempuh kereta". Penguatkuasa JPJ tu arwah suami kawan aku la, Zailah. Lebih menyedihkan lagi, seminggu sebelum kejadian, Ila baru dapat tahu dia tengah mengandung 2 bulan. Anak yang sulung nak masuk 2 tahun. Kalau tak silap aku muda skit dari Iman kut. Allahhuakbar. Allah Maha Besar. Berat mata memandang, berat lagi mata memikul. Terasa kesedihan yang ditanggung Ila. Walaupun tak berapa mengenali arwah, tapi masa diaorang kawen aku pegi. So, dapatla jugak bertentang mata dengan arwah Wardi. Buat Ila, tabahkan hatimu duhai sahabat. Kuatkan semangat demi anak2. Kalau ada apa2, bagi tahu. Kami akan cuba menolong mana yang termampu. Semoga roh Allahyarham Wardi ditempatkan di kalangan kekasih Allah SWT yang mendapat kesenangan abadi. Al-Fatihah.



Kota Kinabalu Part 4

Day 4
19 Jun 2011

Kali ni awal skit bangun sebab nak terkam Pasar Gaya a.k.a Sunday Market. Hanya dibuka setiap Ahad dari jam 5.30 pagi hingga jam 12.30 tengah hari. Lebih kurang macam Catucak Market kat Bangkok je gayanya sebab macam2 ade. Baju, periuk belanga, peralatan hiasan, kucing, anjing pun ada! Huhu. Mujurla aku ni pesen bukan jenis suka mutiara bagai, so datang Pasar Gaya ni stakat beli t-shirt 2 3 lai ngan fridge magnet je. Jimat duit. Muahaha.

 Muka ngantuk kena bangun awal. Si adik lagila, angkat time tengah tido.


 Yess!! Kami di Gaya Market


Tinjau2 je. tak memborong pun.

Kejap je kami kat sini, dalam sejam je kut. Lepas tu kami cecepat pegi Pasar Basah borong udang kertas (RM14/kilo) 6 kilo then beli sotong besor 2 ekor (RM16). Dari Pasar Basah weolls jalan kaki ke Pasar Ikan Masin beli ikan bilis, udang kering, amplang dan teh sabah. Haa, kat sini baru ya memborong sakan!!! Balik hotel, chekout pukul 1 petang. Pusing2 bandar KK pastu lunch kat Suria Sabah, pekena nasi ayam. Nyum3. Gedebuk gedebak pi airport jam 5.00 petang. Flight AK 5115 berlepas dari KK jam 8.05 malam dan weolls selamat touch down jam 10.35 malam. 




Kesimpulannya, trip ke Sabah memang best ba! Boleh repeat lagi nih! Banyak lagi tempat2 yang tak terjah. Tapi, kalau berjalan dengan budak kecit ni especially baby, memang uolls akan penat dan tentatif program pun banyak yang kena skip2. InsyaAllah, ada rezeki kita jumpa lagi ya Sabah!

S E K I A N

Kota Kinabalu Part 3

Day 3
18 Jun 2011

Hari ni tak berapa nak pagi jugakla baru bangkit. Alasan tetap sama, kesian kat budak2. Kasik tido lama skit baru gerak. Plan hari ni nak ke Kundasang. Banyak jugakla aku plan nak menyinggah antaranya:

Desa Cattle Dairy Farm
Kundasang War Memorial Park  
'Tagal' Fish Spa, Sungai Moroli
Kinabalu Park

Senang je jalan nak ke Kundasang ni. Kalau dari KK, uolls amik jalan nak ke 1Borneo atau Universiti Malaysia Sabah. Lepas tu ikut jalan nak ke Tamparuli, Tuaran. Dari KK ke Kundasang lebih kurang 2 jam setengah. Jalan dia takdela pusing putar alam macam nak ke Cameron Highland tu. Sepanjang perjalanan, mata akan dihidangkan dengan pemandangan gunung-ganang, sambil main semunyi2 ngan Gunung Kinabalu. Susah jugak nak nampak puncak sebab sentiasalah dilitupi kabus. On the way ke Kundasang, singgah kejap kat jambatan Tamparuli. Nak feel lebih2 posing atas jambatan tak dapek. Hero-hero Malaya aku baek punye tido dalam kete. So, amik dari bawah je la.

 Tak nampak puncak gunung. Huhuhu



Perjalanan di sambung lagi. Tak lama lepas tu nampak ade tanah lapang sket kat tepi jalan, berenti jap amik gambo sket berlatarbelakang Gunung Kinabalu. Masa ni dah rasa nyaman udara sejuk. Posing sedas dua pastu akhirnya sampai juga weolls kat Kinabalu Park. Bayaran masuk RM3/adult. RM1/child. Tapi Naim ngan Iman dapat free! Hehe. Pusing2 ngan kereta 1 round amik2 gambor, posing ala2 artis gitu pastu gerak menuju ke Ranau.


 ade ayor terjun!!!
 

Sampai kat Ranau dah tengah hari. Lunch kejap kat KFC then sambung balik perjalanan ke Sungai Moroli untuk menikmati spa ikan! Huhu. Kat sinilah paling enjoy! Dengan air sungai yang jernih dan ikan besor2, perghh...memang best! Bayaran masuk RM5/adult dan RM2/child untuk 15 minit. Ini ada sikit info dari Sabah Tourism pasal ikan2 kat Sungai Moroli ni.

'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti - Fish Massage Ranau  
Fancy something more unique than your average spa? Then head on to Kampung Luanti, Ranau for a fish massaging session! Located in Kampung Luanti, Ranau, 131 kilometers from Kota Kinabalu (2 hours and 40 minutes drive away); this fish massage ‘spa’ is managed by the Kampung Luanti JKK and lead by Mr. Jeffrin Majangki. In the Local Kadazandusun dialect, ‘tagal’ means ‘no fishing’, and the main purpose of the ‘tagal’ is to preserve the environment as well as the ecosystem to benefit the future generation. ‘Ikan Pelian’ or Malaysian Mahseer comes from the family of Cyprinidae. These fishes are specifically trained by the villagers to perform the healing massage activities. The fish massage is deemed to have a curative effect on those who suffers from psoriasis. Come to Kampung Luanti for regular fish massages and you will enjoy smoother and suppler skin - just like a baby’s bottom.

 Mak geli nyah!! Tak tahan!! Eii..kejap je aku rendam kaki dalam ni. 


Hak hak hak, Mr.Peja pun kegelian! 


Jernih betul air sungai ni. Kalau dapat terjun best. Tapi kalau didampingi ikan2 besor ni, tak nak, geli yang amat masa dia gigit manje tu!!! 


 Iman je yang nak layan mende2 ni. Si Naim macam biasala tunggu kat tebing.

Memang betul2 enjoy kat sini. Habis 15 minit masa berspa manje2 ngan ikan, weolls patah balik ke Kundasang untuk ke Desa Cattle Dairy Farm. Subhanallah! Pemandangan kat sini cantik sangat, betul2 dibawah kaki Gunung Kinabalu! Cuaca pun sejuk tau! Masa sampai tu dah pukul 3.30 petang. Target nak beli susu kat sini tak dapek sebab dah abes!! Huhu. Ramai orang kata susu kat sini segor dan sedap! Sebelum masuk sila bayar harga tiket kat entrance wokey, RM3/adult and RM2/child. Dairy farm ni di buka dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang. Proses pemerahan susu akan dilakukan setiap hari mulai jam 3.00 petang. Dapatla uolls tengok lembu2 ni beratur tunggu giliran untuk diperah susunya. Bukan perah pakai tangan ye uolls. Ni pakai mesin2. Cepat dan pantas! Huhu.







 







Hoho, kat sini pun best. Rasa macam tak nak balik pun ada! Konon lepas tu nak pergi Kundasang War Memorial Park tapi tak jadi sebab masa tak mengijinkan (tak jumpe kat mana pun ye jugak). Poring Hot Spring weolls tak pergi sebab rasa macam tak perlu kut. Dalam pukul 4.30 petang baru gerak balik ke KK. Sampai KK terus balik apartment, mandi2, rehat2 pastu malam keluar makan. Lepas makan, terjah pasar malam. Skodeng sikit2 je. Konon esok nak membeli kat Pasar Gaya. Then, balik bilik zzz.

Monday, June 20, 2011

Kota Kinabalu Part 2

Day 2
17 Jun 2011

Kalau ikutkan plan yang dah dirancang, hari kedua ni pagi2 lagi nak ke pulau. Tapi bila bangun pagi tengok cuaca mendung, so sambung tido balik (kesian kat budak2, terutamanya si Iman. Tengah syiok tido nak kene kejut. So, layankan aje tido depa). Bila tersedar dah pukul 9.00 pagi. Itu ini aje pukul 10.00 baru siap. Turun makan kat kedai mamak bawah apartment tu, layan nasik beriyani. Nyangkut jugak! Pastu tapau roti canai kosong untuk dijadikan bekal ke pulau. Memandangkan matahari dah meninggi, weolls naik teksi dari apartment ke jeti Jesselton. Harga tambang RM12. Merayu nak dapat RM10 tak dapat. So, naik jela. Kalau jalan kaki kompem sampai jeti korang pengsan! Muahaha. Dengan panasnya lagi. Jauh jugak kalo nak menapak. Sampai sana skodeng rege ke pulau. Ada banyak kaunter kat sana, korang pilihla mana yang nak. Aku try ushar kat kaunter nombor 2, rege dia 1 pulau RM17. Aku try tawar RM15, dapat! Kalau 2 pulau RM27, aku try tawar RM25, hehe misi berjaya!!! So, akhirnya kami pilih untuk ke 2 pulau, Sapi dan Manukan. Mula2 akan ke Pulau Sapi, after 2 hours akan ke Pulau Manukan (ramai geng blog ngan forum memuji2 keindahan Pulau Manukan). Sudahnya, pukul 12 tengahari baru gerak dari jeti. Rupanya ada hikmah kami gerak lambat sebab pagi tu angin ngan arus kuat. Aku ada terdengar abang2 jeti tu bercerita, semalam siap ade bot terbalik lagi. Owh sungguh mengerikan. Apa pun masa weolls pergi ni, alhamdulillah cuaca cerah dan laut pun takdela bergelora sangat!

 Jesselton Point

 Tengah tunggu bot, 
nak berposing kat luar terik sangat matahari so lepak kat sini dulu

 Pilihla mana yang berkenan, mana yang murah

 Lepas skodeng2, ini yang menjadi pilihan

 First time Naim ngan Iman naik speed bot. Terserlah kecuakkan muka masing2

 Naim tinjau jela dari jauh. Beria pakai life jacket bagai. Nak cecah air takde maknanya.

 
 Ko nampak tuh??? Orang lain pakat duk snorkel tengah laut nuh, dia snorkel kat gigi pantai. Apa nampak?? Pasir la! (ce teka tu sape? Miahahaha)

Pulau Sapi ni pantainya kecik je. Masa weolls sampai dah tengahari, memang crowded yang amat. Tapi, alhamdulillah ade rezeki kami dapat port bawak pokok baik punya. Apa pun best berendam kat pulau ni sampai tak sedar dah 2 jam kami kat sini. Ok, time untuk ke Manukan pulak! 

Ini salah satu view yang diambil dari Pulau Manukan.

Sedih dan dukacita sebab aku duk imagine Pulau Manukan ni tersangat indah dengan air yang jernih. Tapi tak tahula, bukan rezeki aku kut, time sampai Manukan tu pantainya penuh dengan ranting2 kayu, daun2 mati. Plastik pun ada. Merebak sampai ke dalam air. Owh, sungguh sedih! Pastu pantai dia banyak batu2. Tak macam kat Sapi, sedap je berendam sambil kaki menyentuh pasir2 halus. So, takdela mandi beria kat Manukan ni. Penat jugakla nak tunggu 2 jam. Berapa kali pindah tempat. Semua tempat ade batu dan sampah. Owh, nangis lagi. Huhuhu.

Belah sini je yang kurang sampah, ranting2 kayu ngan daun2. Tapi batu2 kecik besor tetap menjadi teman kakiku. Sakit!!!




Nampak puncak Gunung Kinabalu dari Pulau Manukan ni.


Gerak dari Pulau Manukan pukul 4.30 petang. Sampai jeti lebih kurang pukul 5. Terus amik teksi balik apartment. Rehat2, gedebuk gedebak malam baru kluar balik. Pukul 8.00 janji ngan orang sewa kereta amik kereta Viva (manual, RM100/day) kat depan apartment. Hip hip hoorey! Kami dah ada kereta. Panjang sikit langkahnya. Malam tu kami dinner masih lagi kat blakang Pasor Pilipin, tapi gerai lain pulak. Layan udang bakor lagi! Lepas tu terjah pasar malam. Tapi kejap je sebab si Iman dah menggelupur sebab tak cukup tido Adeh.

Nafsu anda sudah bangkit??? Napsu makan la!! Muakaka

 
 Budak kecit dah ngantuk

Kota Kinabalu Part 1

Sebelum ke sana, hari-hari aku jengah CARI ceduk info dan sumber. Tak lupa jugak aku merewang ke blog-blog orang yang dah terjah Sabah. Dapat jugak berkenalan ngan tuan tanah blog. Alhamdulillah, perjalanan yang dirancang  telah berjalan dengan lancar. Tapi renyah sikitla sebab bawak budak kecik. Weolls selamat touch down di LCCT pada jam 10.40 malam semalam. Sampai rumah dalam jam 11.40 malam. Ting tong ting tong, pukui 1.30 pagi baru tido, dan hari ini dengan semangatnya PERGI OPIS!!! Adeh! Bismillahhirahmanirrahim.. Lupakan segala yang keruh, ambillah yang jernih-jernih sahaja. Hehehehe.

Day 1
16 Jun 2011

Pukul 5.15 pagi sampai LCCT. Lambat dah tu rasanya. Terus checkin, solat Subuh kat surau, gedebak gedebuk flight AK5100 berlepas dari LCCT pada jam 6.45 pagi menuju ke Kota Kinabalu. Perjalanan dari LCCT ke KK akan mengambil masa lebih kurang dua jam setengah lamanya. Nasib baik dah order pre-meal. Takderla berkeroncong perut. Menu pilihan pagi tu ialah, Spaghetti Bologniese, Nasi Lemak Pak Nasser dan Roast Chicken Thigh with BBQ Sauce. Nak tengok gambor menu-menu pilihan tadi, sila tekan SINI. Aku tak sempat nak snap gambor bagai sebab melayan perut yang kelaparan. Nyum-nyum! Konyang perut apalagi, lentok la! Nasik baik si Iman tido sepanjang perjalanan.

Sampai KK lebih kurang jam 9.20 pagi. Amik beg, gi toilet lepaskan hajat, salin baju and diaper Iman, gedebak gedebuk pukul 10.00 pagi baru settle. Terus gi kat kaunter teksi, amik teksi airport menuju ke city centre untuk ke Promenade Service Apartment. Tambang ialah RM30 ye tuan-tuan, puan-puan sekalian. Masa dari airport ke city centre lebih kurang 15 minit jer. Kat Promenade Apartments ni, aku amik Family Suite. Biliknya uolls, boleh muat 10 orang! Besor! Naim ngan Iman siap main bola lagi dalam tu. Kemain suka lari sana sini. Selain Family Suite, bilik lain yang ditawarkan ialah Studio Suite. Kalau uolls pilih Studio Suite, kat bilik jenis ni boleh masak-masak. Harus difahami ye uolls, bangunan apartment ni bukan 100% semua unit tu Promenade punye. Dia amik beberapa unit sahaja. Selain tu ialah unit-unit kediaman yang didiami family, student dan lain-lain.

 Inilah rupa apartment tersebut.
Ada Mc'D, ada Mamak 24jam, ada 7E. So, tak perlu risau bab makan.

Kan dah kata, siap main bola lagi. Luas bilik Family Suite ni. 10 orang pun boleh muat.

Sampai bilik, rehat-rehat...lepak-lepak. Sudahnya kami anak beranak terlajak tido sampai pukul 2! Letih konon sebab awal-awal pagi lagi dah bangun (sungguh kukuh alasanku itu). Selesaikan apa yang patut, kami jalan kaki je dari apartment menuju ke Pasar Filipin. Letih jugak duk mengendong si Iman. Banyak skodeng-skodeng je. Tak membeli pun masa ni. Langkah kami pendek sikit masa ni sebab masa tengah syiok duk skodeng, angin kuat tiba2 menerpa. Lepas tu hujan pun turun. Takde la lebat tapi sedikit membantut pergerakan kami. Cun-cun pukul 4.30 petang, dalam hujan basah kami terjah blakang pasor Pilipin ni. Ade banyak tempat makan. Of course la kat sini yang paling di recommend oleh geng2 blogger and juga ahli forum. Harga?? Sudah semestinya murah dari KL. Tapi korang kene tawar menawar jugakla. Kalo ada udang yang 2 ekor spuluh hengget, cuba uolls tawar 3 ekor. Biasanya akak2 peniaga tu okje. Pandai2 uolls la main harga. 

 Hohoho...sodap!!!

Lepas mentekedarah meratah makanan laut ni, weolls gerak2 khas balik ke apartment. Si Naim dah beradoi dah sakit kaki penat. Pandai pulak suruh tahan teksi. Ayat mak pak dia biasalah, "depan sikit je lagi. Tu ha, dah nampak dah hotel kita. Sikit lagi". Hahaha. Akhirnya berjaya jugak kami menapak balik. Malam tak keluar mana2 pun. Stay kat bilik picit kaki Naim. Hak hak hak.

Friday, June 17, 2011

Apsal ekk??

Menyampah, menci, geram...macam-macam lagilah sifat-sifat mazmumah yang ade dalam diri masa tu (astagfirullahhalazim). Apsal ekk, manusia ni suka sangat tengok luaran, pandang pada paras rupa dan penampilan je dari nak nengok ngan skodeng sifat dan peribadi seseorang (huhu...dah itu yang paling ketara nampaknya dari nak menilai bagai kan??) Al kesah masa nak gi bercuti ke Sabahla ni. Udahnye flight pagi, aku pun bersiap lebih kureng jela (salah senirik jugek), tak menepek bedak segala. Muka original suci murni gitu kekdahnya. Bila dalam flight, mintak pulak macam2, nak air ni la, nak belt baby la...yang geng2 flight attenden ni pandang semacam je. Riak muka orang ni mudah di baca beb! Depa pakat duk buat muka macam "eii, jeleknya pompuan ni", "eii, tak kuasa aku nak melayan orang jakun sorang ni".  Hadoi, hangin satu badan gue! Potong steam arr. Mai sini aku nak tampor muka sorang-sorang biar berpusing! Bior sorang-sorang sedor diri sket! Huhuhu (nampak nau muke ko teruk kalau tak besolek, Mek. Muahahahaha). Wei uolls, don't judge the book by it's cover la beb!

Monday, June 13, 2011

Tahniah Terengganu!!!

 
 Akhirnya milik Terengganu

Hok aloh! Hok aloh! Nok buat guane, doh takdok rezeki Klatang nok pertahangkang kemenangnang. Dakper arr, kite wi ke jirang kiter la. Orang Pata Timo jugok. Ke guane? Ambe pun orang Teganu jugok! Muahahaha. Dan2 speaking Kuala Teganu! Apapun, TAHNIAH diucapkan kepada skuad bola sepak Penyu kerana telah berjaya membawa pulang Piala FA ke Terengganu. Ambe tupang gembire (dalam sedih). Uhuk uhuk uhuk. Sedih memang sedih. Pasukan pojaan hatiku kecundang! Huhu...takpe2, kita tunggu Liga Super pulok! Kut2 ade rezeki kan...(ayat pujuk hati, standard!!!) 

 
Kesian Daud Su. Siap mintak mahap bagai. Pada pendapat aku yang kureng arif sangat pasal bola ni, aku rasa itu bukan salah dia pun. Kalau tak tanduk pun kompem masuk gol jugak sebab ade lagi 2 pemain Terengganu kat blakang dia kan? Kontroversi tercetus bila dia tertanduk bola tu, dan nak jadik musabab termasuk gol Kelantan pulak. Bila bukak facebook siap ade page "Kami tak salahkan Daud Su kerana kekalahan Kelantan". Huhu, see?? Ramai yang menyokong anda! Apapun, harapan The Red Warrior untuk bergelar juara dalam Liga Super amat-amatlah besar! Gomo Klatey Gomo!!!!

Friday, June 10, 2011

Final Fiala FA



Ce citer, ce citer. Mana satu nak sokong? Terengganu (negeri kelahiran) atau Kelantan (negeri kelahiran Mr.Peja)? Nama anak pun dah melambangkan perlawanan esok nih. NAIM vs IMAN. Tapikan uolls, bak kata orang tua-tua, isteri tu wajib mentaati suami, kena ikut kata suami, jangan bangkang pendapat suami. Kalau tidak nanti ketulahan. Muahahaha. Nampak gayanya aku kena sokong The Red Warriors la kalau macam ni (alasan kukuh taknak kasik orang-orang negeri Terengganu lahar haku). Hak hak hak. Sape ye yang bakal jadi juara? Jeng jeng jeng...Dua dua team best. Kalau tak best takdela sampai final, ye dak? Apa pun, tiket dah dapat, kita tengoklah siapa yang jadi juara. Jumpa esok ye uolls kat Stadium Nasional Bukit Jalil, wonggeh?!


...Tiket yang dah tersedia depan mata...


Wednesday, June 8, 2011

N A I M

Naim tinggal kat Kota Bharu. Ujung minggu ni baru datang sini balik. Nanti Pak Incik bawakkan sebab kebetulan minggu depan Pak Incik ada appointment kat Siptal Selayang (every month kene ngadap tuan doktor). Duk kat umah time Naim takde ni is...B O R I N G! Takde kawan nak gaduh! Muahahahaha. Iman pun kesian gak. Terkebil2 sorang. Huhuhu. Naim, ummi rindu Naim!!!

ek eleh, buat muke blur arr tu!! 

Rindu betul kat bantal pelok aku ni! 
Huhuhu..serius seh muka tengok kartun. Aku toleh skali lagi dah lelap rupanya.
Lokasi kejadian: Umah Kota Bharu

Tuesday, June 7, 2011

Hujung minggu yang best!

Ari Khamis malam Jumaat minggu lepas, (cam suspen je bunyi ek) Mr.Peja tetiba je buat pengumuman, JOM BALIK KAMPUNG?! Va va va! Memang dah lama seh tak balik Besut ngan Kota Bharu. Apa lagi, haku bagai lipas kudung kemas baju masuk dalam beg. Semangat der!! Sebab tu tajuk enti "hujung minggu yang best" sebab dapat balik kampung!! Tapi balik hujung minggu je la. Takde cuti muti wokey! Memang macam kampung aku tu kat Seremban je kekdahnye kan? Esoknya hari Jumaat, ape lagi...half day la! Tapi tak berapa nak half pun. Konon nak nyudahkan orang semayang Jumaat bagai. Last2 pukul 4 petang baru gerak dari Putrajaya. Yang paling semangat skali of coursela si Naim. Kesian gak tengok hero Malaya aku tu. Geng2 dia semua dah jenjalan merayap ke sana sini sebab cuti sekolah, dia je la yang hari2 lepak kat nursery. Nantila, minggu depan (orang dah naik skolah balik) baru nak bawak dia jenjalan terjah Sabah!!! Tungguuu...

Nama pun balik ujung minggu, dengan jauh dan letihnya lagi, nak merayap amende. Duk rumah jela luangkan masa berkualiti bersama keluarga terchenta! Haha. Memang penat seh (walaupun bukan aku yang drive)! Tapi penat2 pun sempat lagi gi kenduri kawin jiran kat blakang rumah. Lepas tu ke Kampung Alor Keladi jenguk Kak Yong yang baru dapat baby girl. Azfar Nur Qaseh nama diberi. Comey!!!

Sian baby Qaseh. Kena minum susu pakai tiub. Moga Qaseh cepat2 sembuh! Muah!!

Malam lepas Isyak, pulun balik Kota Bharu pulak. Konon2 dapatla tengok anak buah baru, sebab adik ipar aku malam tu masuk wad di  HUSM, nak bersalin kekdahnya! Tapi hampeh. Baby taknak kluar lagi. False alarm. Huhu. Kempunan! (apa ek nak suruh anak buah belah Mr.Peja panggil aku? Since Mr.Peja anak sulung, kena panggil aku Mak Long ke? Owh tidak! Very the tua bunyiknye!) Esoknya, hari Ahad ehehehe (gelak gelenya) sempat terjah...

Rantau Panjang uolls! 

ikut jalan yang lurus..jangan bengkong-bengkok


suka amik gambor awan, gebu2 je nampak



Tu namanya jalan-jalan carik pasal! Perghh, orang ramai toksah cakaplah. Musim cuti sekolah kan. Parking pulak, susah yang amat nak carik. Kalau namanya parking lot, memang macam menang loteri! Last2 kitaorang park je tepi jalan. Tu pun dah berkali2 pusing. Kat sini tak membeli sangat pun. Takde la sampai meroyan. Cuma beli apa yang wajib sahaja tiap kali terjah Rantau Panjang iaitu...

 lotcing

dari dalam kereta masa carik parking dah aim mende nih



Time nak balik tu hujan la pulak. Nasib baik masa tu aku ngan Mr.Peja dah dalam kereta. Owh ya, lupa nak bagi tau. Pergi Rantau Panjey ni kita orang laki bini je. Anak2 tinggal kat umah Kota Bharu. Ramai dayang2 yang sudi jagakan. Lantak korangla nak kata aku ngan Mr. Peja slalu je tinggalkan anak kalau jenjalan. Tak sayang anak ke? Yuhuu uolls, sebab sayangla tak bawak. Sebab sayangla tinggal kat umah. Dia punya panas ko, sakit kulit2 ni. Memang kesian kalau bawak budak. Lagi2 si Iman tu. Baby lagikan. Dari dia duk menggelupur kepanasan mengamuk dan seangkatan dengannya, pehtu nanti kompem aku pun menggelupur sama sebab tahan marah, better la hero2 Malaya aku duk kat umah atok depa. Boleh nengok tv, tido golek2. Win-win situation gittu! 



Ni gambor Masjid Cina kat Ranta Panjey


 Hujey pulok...seb baik nok kelik doh!
 Bye-bye Rantau Panjang.Ada rezeki jumpa lagi.
S E K I A N