Monday, June 13, 2011

Tahniah Terengganu!!!

 
 Akhirnya milik Terengganu

Hok aloh! Hok aloh! Nok buat guane, doh takdok rezeki Klatang nok pertahangkang kemenangnang. Dakper arr, kite wi ke jirang kiter la. Orang Pata Timo jugok. Ke guane? Ambe pun orang Teganu jugok! Muahahaha. Dan2 speaking Kuala Teganu! Apapun, TAHNIAH diucapkan kepada skuad bola sepak Penyu kerana telah berjaya membawa pulang Piala FA ke Terengganu. Ambe tupang gembire (dalam sedih). Uhuk uhuk uhuk. Sedih memang sedih. Pasukan pojaan hatiku kecundang! Huhu...takpe2, kita tunggu Liga Super pulok! Kut2 ade rezeki kan...(ayat pujuk hati, standard!!!) 

 
Kesian Daud Su. Siap mintak mahap bagai. Pada pendapat aku yang kureng arif sangat pasal bola ni, aku rasa itu bukan salah dia pun. Kalau tak tanduk pun kompem masuk gol jugak sebab ade lagi 2 pemain Terengganu kat blakang dia kan? Kontroversi tercetus bila dia tertanduk bola tu, dan nak jadik musabab termasuk gol Kelantan pulak. Bila bukak facebook siap ade page "Kami tak salahkan Daud Su kerana kekalahan Kelantan". Huhu, see?? Ramai yang menyokong anda! Apapun, harapan The Red Warrior untuk bergelar juara dalam Liga Super amat-amatlah besar! Gomo Klatey Gomo!!!!

5 comments:

Mijoe said...

Cik Mek

gi Sabah, jgn tak pegi Pulau-pulau, Sapi, Manukan dan Mamutik!

kat pulau Manukan banyak ikan kat tepi2 pantai, pulau2 lain ada, tapi tak sebanyak manukan tuh. Pastu bawak roti(sorok2) utk kasi ikan makan ok!

tiket nak ke pulau2 tuh, beli kat kaunter 1 kat jetty jesselton tuh! bawak tikar, kalau tak kena sewa RM2.50 kat pulau2 tuh!

Cik Mek said...

Mijoe, ke pulau2 tu kompem! Dah masuk dalam itinerary. Tempat wajib terjah. Konon nak p Manukan ngan Sapi. Huhuhu...tak sabar rasanya. Cepatlah ari Khamis!!!

Mijoe said...

ok, 2 pulau tu utk sehari memang ok dah tuh. Amik pakej bbq kat pulau tak? kasi ur child main air puas2. air memang jernih! kitorang pergi Pulau Sapi je, 2 jam je...seriously tak mencukupi. Tu yang buat nak pergi lagi tuh. Pastu kamera jangan lupa!

kat Pulau Sapi, ada biawak komodo, banyak pulak tuh! Tapi jgn risau, dia tak kacau orang sangat. Saya pun tak sempat snap gambar diekor. Video ade la but it's too large. Sure anak2 u suka tgk biawak2 besar tuh.

kat pasar malam(sebelah hotel Le Meridien; 5 minit jalan kaki dari Promenade) nanti borong brooch banyak2. Saya dan wife borong 2 papan brooch (RM25 sepapan) kat salah satu stall kat pasar malam tuh. Butang baju melayu, RM5 utk 1 set(ada 5 butang).

ish..sorry, excited pulak saya cerita..

sewa proton saga BLM RM130 per day. naik cab dari KKIA ke promenade, beli kupon, RM30 satu cab. Apa lagi ek?

Cik Mek said...

Muahahaha..kita suka!! Kita suka!! Sharing is caring right? Muahaha. Ade jugak tertengok dlm beberapa blog yang biawak komodo tu. Perghh, serius besar!! Ngeri lak tengok! Info rege yang awak ni sangat2 berguna untuk dijadikan panduan masa nak memborong! Hehehe. Tocey!! Tocey!!

Mijoe said...

dan terdapat 24hours McD kat bawah Promenade Apartment(Api-Api Apartment), belakang Marina Court Resort itu. Dekat dgn Lorong Api-Api 1, sila cek kat google maps ye Cik Mek :)

Promenade Hotel & Apartment ni bukan terletak dalam satu bangunan. Agak berterabur. Yang kitorang stay aritu, apartment building yang bercampur dengan orang2 luar, student, families etc. Tapi, ada security guard la kat lift lobby tu. (Api-Api Apartment)

Post a Comment