Tuesday, June 7, 2011

Hujung minggu yang best!

Ari Khamis malam Jumaat minggu lepas, (cam suspen je bunyi ek) Mr.Peja tetiba je buat pengumuman, JOM BALIK KAMPUNG?! Va va va! Memang dah lama seh tak balik Besut ngan Kota Bharu. Apa lagi, haku bagai lipas kudung kemas baju masuk dalam beg. Semangat der!! Sebab tu tajuk enti "hujung minggu yang best" sebab dapat balik kampung!! Tapi balik hujung minggu je la. Takde cuti muti wokey! Memang macam kampung aku tu kat Seremban je kekdahnye kan? Esoknya hari Jumaat, ape lagi...half day la! Tapi tak berapa nak half pun. Konon nak nyudahkan orang semayang Jumaat bagai. Last2 pukul 4 petang baru gerak dari Putrajaya. Yang paling semangat skali of coursela si Naim. Kesian gak tengok hero Malaya aku tu. Geng2 dia semua dah jenjalan merayap ke sana sini sebab cuti sekolah, dia je la yang hari2 lepak kat nursery. Nantila, minggu depan (orang dah naik skolah balik) baru nak bawak dia jenjalan terjah Sabah!!! Tungguuu...

Nama pun balik ujung minggu, dengan jauh dan letihnya lagi, nak merayap amende. Duk rumah jela luangkan masa berkualiti bersama keluarga terchenta! Haha. Memang penat seh (walaupun bukan aku yang drive)! Tapi penat2 pun sempat lagi gi kenduri kawin jiran kat blakang rumah. Lepas tu ke Kampung Alor Keladi jenguk Kak Yong yang baru dapat baby girl. Azfar Nur Qaseh nama diberi. Comey!!!

Sian baby Qaseh. Kena minum susu pakai tiub. Moga Qaseh cepat2 sembuh! Muah!!

Malam lepas Isyak, pulun balik Kota Bharu pulak. Konon2 dapatla tengok anak buah baru, sebab adik ipar aku malam tu masuk wad di  HUSM, nak bersalin kekdahnya! Tapi hampeh. Baby taknak kluar lagi. False alarm. Huhu. Kempunan! (apa ek nak suruh anak buah belah Mr.Peja panggil aku? Since Mr.Peja anak sulung, kena panggil aku Mak Long ke? Owh tidak! Very the tua bunyiknye!) Esoknya, hari Ahad ehehehe (gelak gelenya) sempat terjah...

Rantau Panjang uolls! 

ikut jalan yang lurus..jangan bengkong-bengkok


suka amik gambor awan, gebu2 je nampak



Tu namanya jalan-jalan carik pasal! Perghh, orang ramai toksah cakaplah. Musim cuti sekolah kan. Parking pulak, susah yang amat nak carik. Kalau namanya parking lot, memang macam menang loteri! Last2 kitaorang park je tepi jalan. Tu pun dah berkali2 pusing. Kat sini tak membeli sangat pun. Takde la sampai meroyan. Cuma beli apa yang wajib sahaja tiap kali terjah Rantau Panjang iaitu...

 lotcing

dari dalam kereta masa carik parking dah aim mende nih



Time nak balik tu hujan la pulak. Nasib baik masa tu aku ngan Mr.Peja dah dalam kereta. Owh ya, lupa nak bagi tau. Pergi Rantau Panjey ni kita orang laki bini je. Anak2 tinggal kat umah Kota Bharu. Ramai dayang2 yang sudi jagakan. Lantak korangla nak kata aku ngan Mr. Peja slalu je tinggalkan anak kalau jenjalan. Tak sayang anak ke? Yuhuu uolls, sebab sayangla tak bawak. Sebab sayangla tinggal kat umah. Dia punya panas ko, sakit kulit2 ni. Memang kesian kalau bawak budak. Lagi2 si Iman tu. Baby lagikan. Dari dia duk menggelupur kepanasan mengamuk dan seangkatan dengannya, pehtu nanti kompem aku pun menggelupur sama sebab tahan marah, better la hero2 Malaya aku duk kat umah atok depa. Boleh nengok tv, tido golek2. Win-win situation gittu! 



Ni gambor Masjid Cina kat Ranta Panjey


 Hujey pulok...seb baik nok kelik doh!
 Bye-bye Rantau Panjang.Ada rezeki jumpa lagi.
S E K I A N

0 comments:

Post a Comment