Monday, December 31, 2012

Restoran Jentayu Steamboat & Grill


Assalamualaikum semua. Selamat sejahtera. Harap semuanya berada dalam keadaan sihat dan ceria-ceria selalu. Hari ini merupakan hari penghabisan dalam kalendar 2012. Banyak memori dalam tahun 2012 ni.  Macam-macam rasa ada. Manis, masam, pahit. Mana yang elok kita jadikan panduan, mana yang tak elok kita jadikan iktibar bagi menghadapi hari-hari mendatang.

Alkisah, semalam tekak ni terasa nak makan steamboat je. Minggu ni berderet menu steamboat. 24hb aritu dah pekena steamboat kat FlammingSetapak. 28hb pulak bedal steamboat kat Johnny Alamanda. Semalam 30hb try pulak steamboat kat Restoran Jentayu Steamboat & Grill di Dengkil. Kat Dengkil tu baru first time mencubanya. So far, bolehla. Menu tidakla sepenuh rasa macam kat Flamming. Harga ialah RM21.90 dewasa dan RM10.90 kanak-kanak. Bagi yang berusia 4 tahun ke bawah, makan adalah PERCUMA. 

Harga sebelum ni ialah RM 17.90 bagi dewasa. Untuk kanak-kanak harganya masih sama. Start bulan November aritu harga dah dinaikkan. Saya pun baru tahu semalam masa nak bayar tu. Mau bergaduh juga bila dengar jumlah yang disebut mahal dari yang saya jangkakan. Rupa-rupanya dah naik harga. Saya cadangkan, pihak pengurusan restoran  mengambil inisiatif untuk menukar sebarang flyers yang ada di facebook dengan memasukkan harga yang baru. Nanti takdela pelanggan rasa tertipu, macam saya. Yela, datang ke Dengkil tu sebab nak dapatkan steamboat dengan harga yang murah la konon. Kat depan rumah pun ada juga kedai steamboat, tapi mengenangkan harga RM17.90 seperti yang terpampang dalam flyers di facebook, sanggup pergi ke Dengkil. Alih-alih time nak bayar, baru tahu harga dah naik. Mulalah buat skrip dalam hati. “kalau aku tahu, baik pergi steamboat depan rumah je.” Hehe, tulah manusia kan? Ada je yang tak kena.

Restoran ni tidaklah sebesar dan secrowded Flamming di Setapak. Ianya cuma lot kedai biasa yang memuatkan kira-kira 30 meja kot. Waktu sampai semalam (dalam pukul 9.30 malam) hanya ada 1 family saja. Nak makan pun best sebab kita-kita aja yang ada kat kedai tu. Apa pun, jom layan gambar-gambar yang di ambil dari fb Restoran Jentayu Steamboat & Grill. Enjoy!

 







Kalau nak try Nasi Lemak Jentayu & Nasi Kerabu Golok ada kat depan restoran. 
Saya tak cuba pulak hari tu, tapi macam sedap je Nasi Kerabu Golok tu. 

 Kelas ko nak, makan krepok keping cicah eskrim!

Sila fokuskan kepada periuk dan hidangan di atas meja ye...bukan fokus pada anak dara itu. By the way, ni adik saya yang bongsu hok gelenya. Nama dia Che Cik...stay kat rumah saya sementara tengah cuti sem. Alang-alang baek punya lepak, daku bagi dia status terhormat...bibik! Muahahahaha. Lega sikitla rumah saya sementara waktu Che Cik ada ni. Balik keje tengok rumah dah kemas. TQ Che Cik. Nanti kalau cuti, lepak la lagi rumah kakakmu ini ye. Ngeee =D

Muahehe. Sila minimizekan skrin komputer anda sekarang pabila melihat muka gedik ini! Makan time! 


**Pssstt…kalau nak dapatkan harga murah 10%, bolehla pergi Hari Rabu (Ladies Night) dan waktu hari gaji bagi orang gomen. Jimat la sikit.


Wednesday, December 26, 2012

I need massage!

Balik kerja hari ni rasa penatttttt sesangat. Rasa lenguh satu badan, sakit-sakit belakang. Hadeh...time-time ni lah rasa nak panggil orang tukang urut kasi picit. Ouuhhh, mesti best bangat!! Tapi nak buat macam mana, dah pukul sebelas malam dah ni. Orang ngurut pun dah lena dah. Dan dan pulak iklan kat TV kasik cucuk angin. Boleh pulak gi tayang iklan kosi ni...lagi bikin sakit hati...macam tau-tau je tengah lenguh-lenguh badan. Huh!



Gintell Octopus Massage Chair. Macam best.


Tengok tu, siap boleh baring 230 degree lagi, konon-konon macam buat Thai stretch tu. Perghh, nikmat! Ini kompem lena siap pakej berdengkur! Masukkan dalam wishlist?? Ahahahaha...pengsan dik non! Belas-belas riban tu..tertiarap kak kiah ko nak bayor! Hehehe, okla..nak masuk tidur dulu, mana tau kut boleh termimpi duk atas kosi ni. Dalam mimpi pun boleh la...dapat juga merasa. Hehe, take care and sweet dream you all. Wassalam.


Khasiat Buah Delima

Assalamualaikum semua. Salam 1 Malaysia. Lama dah tak jengah blog. Maaf kawan-kawan. Saya akan cuba update blog sekerap mungkin. InsyaAllah... Fighting! Hehehe. Entry kali ni nak cerita pasal buah delima. Mengandung kali ni rasa macam tersangatlah suka makan buah delima sebab rasa dia yang masam-masam manis tu. Masa mengandung dulu-dulu tak pernah pulak nak sukakan buah ni. Dulu pernah juga terdengar orang-orang tua kata, kalau mengandung sangat elok makan buah delima, tapi tak ambil pusing pun pasal khasiatnya. Sebab rasa macam leceh nak makan buah ni. Punyalah banyak biji-biji buah tu. Masa pergi umrah dulu pun sibuk makcik-makcik serombongan duk cari buah delima, pakat nak bagi kat anak-anak buah yang tengah mengandung. Kali ni macam terajin pulak search pasal khasiat buah delima kepada wanita mengandung sebab TERsuka pada buah ni. Hehehe. Ni ada sedikit sumber yang saya jumpa hasil menggugel di internet.

Antara khasiat delima untuk ibu mengandung adalah:
 
1. Sumber besar folic acid (untuk pertumbuhan saraf baby)
2. Pertumbuhan otak baby (a study published in Pediatric Research found that drinking promegranate juice during pregnancy help protect newborns' brain during traumatic births)
3. Meningkatkan kesuburan dan memelihara rahim
4. Mengandungi vitamin A, C, dan E untuk baby dan ibu
5. Mengurangkan morning sickness untuk ibu mengandung
6. Mengurangkan bengkak kaki atau "edema" ibu yang mengandung
7. Mencantikkan kulit baby dan ibu
8. Penerang hati. (Sabda Nabi S.A.W, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari") 
Masa 4 bulan dulu, rajin benor beli buah yang fresh. Kopek makan seketul-seketul. Pulak tu tak boleh share ngan orang lain! Kononnya dalam banyak-banyak biji tu akan ada satu biji yang ong! Kononnya la. Pernah set masa makan buah delima biji ni, sejam lebih  baru selesai makan! Baru sebiji. Memang leceh tapi sungguh meralitkan! Hehehe.


Inilah kerja sambilan saya kalau kat office. Mengunyah je...

Dah makin besar kandungan, makin tak larat nak ngopek buah delima ni. Baru makan suku, kang ada pulak yang interrupt. Versi malas skit, still beli buah yang fresh, tapi balik rumah buang kulit luar tu, masukkan dalam blender, blend, tapis and jadi jus delima! Perghh, nyaman! Nak-nak kalau boleh simpan kejap dalam peti ais. Lagi best, wo o o! Hehehe. Kemudian, makin terserlah kemalasan tu. Gi beli jus yang dah siap kat kedai. Tapi harus juga tengok mana yang terbaik. Sebab kat pasaran, ada macam-macam jenis jus delima. Ada yang dah dicampur ngan itu, ini. As for me, saya pilih JUS DELIMA GIFFARINE. 100% diperbuat dari buah delima.



Jus Delima Giffarine ni tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna atau pemanis tambahan. Simpan dalam peti sejuk selepas dibuka. Harganya pula RM 71.30. Tapi kalau kawan-kawan jadi ahli, jimat lagi sebanyak 25%. Kalau nak guna no. ahli saya pun boleh. Roger je ye. Terdapat banyak khasiat dan vitamin terkandung dalam buah delima, antaranya Magnesium dan Kalsium yang bagus untuk pengaliran darah. Dalam Al-Quran dan Hadis juga menyatakan kebaikan dan khasiat buah ajaib ini, antaranya:

- Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat.
- Membersihkan hati dan saluran perkumuhan.
- Menyingkirkan lemak berlebihan.
- Meningkatkan tenaga.
- Mencegah rasa mual.
- Menstabilkan tahap hormon semasa kemuncak haid.
- Mencantikkan kulit muka.
- Membantu memulihkan pesakit Diabetis.
- Berupaya mengurangkan kahak. 
- Memberi tenaga dan mencegah keletihan.
- Mencegah angin ahmar bagi warga emas.
- Melancarkan peredaran darah.

Kajian perubatan moden mendapati delima mempunyai khasiat lain seperti berikut:

- Mengandungi anti-oksidan yang tinggi
- Mengurangkan pengumpulan lemak dan kolestrol pada dinding pembuluh darah, mengelakkan salur darah daripada tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung.
- Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit darah tinggi jika diambil sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
- Menghalang pembentukan sel barah payudara.


Uish, sambil duk taip entry, sambil telan air liur sebab terbayangkan masam-masam manis dia tu. Hehehe. Apa lagi, balik kang zassss minum sikit! Ok kawan-kawan, take care and have a wonderful day! Wassalam.


Monday, December 17, 2012

Kuih Buah Rotan

Yuhuu...Assalam geng! Sape penah makan kuih buah rotan ni? Best kan? Kalo buat kudap tengok citer Korea memang tak sedar abih satu balang. Tang rangup tu yang best! Hehe. Alkesahnya aritu konon nak buat pulut durian. Aku suruhla Peja gi beli beras pulut. Di bawa baliknya TEPUNG PULUT?!! Hok alos...tak berpulut manala. Tergendala projek dua tiga minggu. Asal lalu ke dapur, asyikla tenung tepung tu. Nak buat mende la ngan tepung pulut ni. Search internet, jumpa resepi buah rotan. Actually, banyak resepi jugak yang jumpa, tapi terjumpa resepi ni yang kata akan menghasilkan buah rotan yang rangup sampai ke dalam. Wah-wah, apa lagi...try test buat la seround! Bahan-bahan pun simple je. Jom intip resepi.



Bahan-bahan:
500g tepung pulut
4 cmb gula pasir
1 biji telur
200g santan pekat
1/2 cawan air
1 cawan bijan
Minyak masak untuk goreng tenggelam

Cara-cara:
  1. Larutkan gula pasir dalam santan pekat. Campurkan sekali dengan telur.
  2. Gaulkan tepung pulut bersama larutan santan hingga rata.
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil di kacau dengan tangan sehingga mendapat doh yang lembut dan licin tetapi tak melekat di mangkuk. Boleh tambah atau kurangkan air jika perlu.
  4. Gentel doh menjadi bebola kecil dan golekkan dalam bijan. Buat hingga habis. 
  5. Panaskan minyak masak dengan api sederhana kecil.
  6. Goreng sehingga kekuningan. Gunakan penapis untuk mengasingkan buah rotan dengan lebihan bijan.
  7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Tapiii.....buah rotanku tak menjadi!! Uwaaa!!! Tak rangup la..!!! Dia jadi liat. Rasa dah sedap (ececece, nak jugak!) Uhuhuhu. Mungkin sebab aku tergentel besor, tu yang jadi liat. Lepas tu dia popping dalam kuali. Adeh, dah macam buat kuih bom pulak kaedahnya. Ngee...takpe, takpe. Adunan ade lagi sparuh, simpan dalam peti. Kali ni nak try gentel kecik-kecik. Kot menjadi ke kan? Hehehe. Untuk kawan-kawan yang suka mengasah bakat, bolehla mencuba.

Friday, December 14, 2012

Nyetok Karrung

Pernah dengar perkataan Nyetok Karrung? Hehehe..dalam bahasa Melayu ianya disebut sebagai kekejangan, atau dalam bahasa Klatey di sebut sebagai 'cramp'. Hehehe. Sungguh sakit wokey bila terkena nyetok karrung ni. Sepanjang 22 minggu pregnant, baru semalam kena nyetok karrung. Kejadian berlaku pada waktu dinihari di mana saya sedang nyenyak tidur dan kawasan yang terlibat adalah di bahagian betis. Aduih..sakit sangat-sangat, rasa macam otot-otot betis ni dah terkoyak! Over sokmo ayat. Nak turun tangga sangatla sakit. Harini pun masih terasa kekejangan otot tersebut. Ni ada sikit info pasal kekejangan yang diambil dari blog VitaMummy


-uih, putih mulusnya betis akak ni-

Dari segi perubatan, kekejangan boleh berlaku disebabkan oleh penambahan berat pada kaki anda (hehehe, ye la kot. Saya sekarang dah macam pingu). Selalunya kekejangan otot ini berlaku pada waktu malam, sehinggakan sakit atau kekejangan itu boleh mengejutkan anda dari tidur nyenyak (yeazzaa, menerit wokey bila kena tu). Kejang betis paling teruk berlaku pada trimester kedua dan ketiga (saya berada di trimester kedua. Fuh-fuh, janganlah selalu berlaku).

Selain itu, kejang betis ketika hamil juga mungkin disebabkan: 
  • Kelebihan fosforus yang boleh didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas (awal-awal ngandung dulu sangatlah suka minum air gas).
  • Kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda (adakah sebab saya tak minum susu? tapi saya makan Osteomatrix sokmo).
  • Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.
  •  Bersenam berlebihan tanpa membuat warm up (hohoho, tak pernah bersenam pun).
  • Kurang cecair dalam badan (mungkin kot).
  • Glukosa dalam darah rendah.
  • Diabetis dan Tiroid (aiyoo, so far masih clear dari diabetis. Hope checkup Isnin ni takde la diabetis. Tapi lately sangat suka makan benda-benda manis).
  • Kelesuan otot.

Terdapat beberapa cara anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya:
  • Meregang. Mula dengan luruskan kaki anda ; tumit dahulu dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitan akan hilang secara beransur-ansur.
  • Urut otot yang kejang.
  • Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
  • Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.
  • Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama.
  • Terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen magnesium sebagai vitamin sampingan kepada multi vitamin sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki.

Selain itu, anda juga boleh mencuba cara-cara di bawah ini untuk mengelakkan kekejangan dari berlaku:
  • Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.
  • Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam atau semasa menonton TV.
  • Makan makanan kaya dengan kalsium. Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang, ini biasanya mengandungi plumbum yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.
  • Elakkan minuman bergas kerana ia mengandungi banyak fosforus.  

Sekiranya anda merasa kekejangan kaki yang berterusan dan kerap berlaku, atau adanya bengkak atau kesakitan, seeloknya anda mendapatkan nasihat dari doktor anda. Ini kerana kemungkinan anda menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

      Thursday, December 13, 2012

      Please DON'T!! DON'T!!

      JANGAN!! JANGAN!! JANGAN UPDATE STATUS ANDA TENTANG:

      1. Ke mana anda nak pergi / lokasi anda
      2. Masalah / kesusahan anda
      3. Yang memalukan keluarga
      4. Meninggalkan rumah
      5. Tempat kerja anda
      6. Lokasi suami / isteri anda bekerja
      7. Waktu anda pergi dan balik kerja
      8. Lokasi anak anda
      9. Anda mendapat banyak wang
      10. Kemewahan anda seperti kenderaan, barang  kemas, gadget-gadget dan sewaktu dengannya
      11. Menghina seseorang


      Sangat tak cool tau bila update status macam ni:
      "Alahai, malam ni kena tinggal lagi. Encik Hubby outstation. Bosan..."
      "Oh, dem! Letrek takde pulak! Udahle duk sorang-sorang malam ni!"

      Atau lebih tak cool bila snap gambar and post:
      "TQ Hubby belikan Sayang set barang kemas Habibah Juwel ni. Love you so much!"

      Hoh, apa kes? (cemburukah daku? Teeett...) Idakle cemburu. Sikit pun takde! Cuma sedih sebab status-status tak cool ni kadang-kadang datangnya dari golongan kengkawan jugak. Sedih la beb, kang jadik apa-apa kat dia kang, kita tumpang simpati gak. Update status cakap sorang-sorang kat rumah adalah sangat tak cool dan mengundang bahaya wokeh? Buatnya ada yang gi pecah masuk rumah kemudian mencuri? Kalau stakat mencuri tu kira kehilangan harta benda je. Kut kalau siap hilang maruah or nyawa? Mintak jauhlah semua tu. Tu satu bab. Lagi satu bab kalau yang jenis dengki mendengki ni. Almaklumlah, yang pemilik PHD tak diiktiraf dah ramai sangat sekarang ni. Even di kalangan kawan-kawan sendiri pun ada. Uih, sekarang ni korang jangan tak tahu, leh hantar santau online beb! Bukan ke buat naya diri sendiri je kalau kita duk gebang pasal status yang ntah apa-apa ni. Mencegah itu lebih baik dari mengubati kalau dah terkena kan?

      So kengkawan semua, hati-hati di mana jua anda berada. Take care and peace!

      Wednesday, December 12, 2012

      Islam ikut Yahudi


      Aritu Peja pasang CD kuliah Ustaz Azhar Idrus dalam kereta. Tajuk dia, Islam ikut Yahudi. Uih, ada ke Islam tapi ikut Yahudi? Camaner tu? Padahal kat Malaysia ni bukan ada pun orang Yahudi. Psstt kengkawan, sedar tak sedar kita sendiri pun banyak ikut jejak Yahudi rupanya. Tapi kalau tunding jari kat orang tu pastu cakap "Kau dah ikut Yahudi ni!" Kompem makan penampor free free je. Kita marah bila orang cakap kita ikut Yahudi, tetapi sesungguhnya kita memang telah mengikut mereka, sesuai dengan sabda Rasululluah SAW:


      Tak percaya? Meh, aku bongkar skit dari apa yang UAI kata dalam kuliah beliau. Korang tengokla budak-budak sekolah zaman sekarang, dengan pergaulan bebasnya antara lelaki perempuan, bertempuk tampar tanpa segan silu. Ada pulak yang mabuk minum arak, dengan rambut dah berwarna warni. Kemudian, bila tibanya birthday..terus gi kedai beli kek, nak kena ada lilin, tiup bagai! Yang ada tu, siap pejam-pejam mata buat wish konon! Itu adalah menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani. Bende remeh je kan? Islam menganjurkan kita buat doa selamat atau majlis tahlil sempena ulangtahun kelahiran kita. Bersyukur sebab dipanjangkan, dipinjamkan lagi usia kita setahun oleh Allah Ta'ala. Berapa ramai yang buat macam Islam anjurkan? Teeettt...lu pikirla sendiri!

      Lepas tu, dalam bab kematian. Banyak juga yang Islam ikut Yahudi. Contohnya, dah jadi trend sekarang ni, bermewah-mewahan dengan pengurusan jenazah untuk menunjukkan akan kekayaan bila berlakunya kematian. Ini semua cara orang kristian. Bila mati, pakaikan baju mahal-mahal pada si mati, pilih keranda yang mahal. Lepastu, orang Islam pun ikut. Tempah batu nisan yang diperbuat dari baru mar-mar. Harga 5 ribu hengget. Kita tengok konon molek,indah tapi sebenarnya meniru Yahudi dan Nasrani. Itu semua adalah dilarang dalam agama kerana menghabiskan harta kepada benda yang sia-sia. Sepatutnya, kita tanam pokok-pokok bunga kat kawasan sekitar kubur simati, agar pokok-pokok bunga tadi bertasbih dan si mati dapat menumpang rahmat dari tasbih pokok-pokok bunga tu. Kemudian, bila ziarah orang mati, pakai baju serba hitam. Baju hitam, selendang hitam, spek mata hitam. Nampok comey, padahal ikut mereka yang jahat itu lagi.

      Satu lagi trend yang kalau korang perasaan ialah amalan bertafakur depan mayat. "Marilah kita sama-sama bertafakkur 5 minit di atas pemergian seorang sahabat kita yang telah menghadap Ilahi beberapa hari lepas." Maka tertundukla kepala masing-masing bertafakur. Ikut sape..? Ikut Kristian, ikut Yahudi. Yang patutnya, kita bacakan doa pada si mati. Moga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Allahuakbar! Benda simple, remeh, kecik tapi semakin sebati dengan masyarakat kita. Panjang lagi dalam CD tu, sejam lebih. Kalau nak syiok lagi, korang kena la dengar sendiri. Semoga Allah SWT tetapkan iman kita, mohon agar jangan dipesongkan akidah kita ke arah lain. Wallahualam. Sekian.





      Wishlist...ecececece

      Wishlist? Kalo ikutkan wishlist hak betul benornya, nak rumah banglo sutir hok ada tanah lapang yang mendamaikan ala-ala macam kat resort gittu, gelang emas tulen 999 buleh 3 4 jari dalam 5 6 urat, lagi...(wah, mata duitannyer!! Pengsan Peja kalo baca ni) Hahaha. Tapi memandangkan tengah mengandung sekarang ni, maka kita tukar wishlist jap. Tukar wokeh, bukan cancel. Ngeeee. Apa yang saya hajati selepas saya melahirkan nanti...ececece...


      Pertama: Medela Freestyle.
       InsyaAllah...bakal memiliki bulan Mac 2013

      Kedua: Deep Freezer untuk simpan stok EBM. 
      Masa Iman dulu main simpan dalam peti sejuk biasa tu. Stok EBM pun nyawa-nyawa ikan sebab tak banyak ilmu sangat pasal pam mengepam.

      Atau nak memiliki Chest Freezer inikah? Wah, cita-cita...dasat!! Ini gamak boleh taruk eskrim pastu jual kat skolah Naim. Muahehehe. 


      Ketiga: Nak Soft Structured Carrier (SSC). 
      Kiut kan kendong baby macam tu? (Tengah duk bayangkan lelaki tu ialah Peja yang duk kendong baby or Iman. Fuyoo...macho seh!) Macam selesa je. Kita nak gi mari pun mudah. Tak yah nak berstroller bagai. Jimat space pun ye jugak. Memula tu macam nak Ergobaby carrier seperti di dalam rajah macam dalam gambar ni, tapi ngenangkan harga dia lebih dari RM450, maka aku cancelkan niat suci murni dan tulus ikhlas itu. 

      Beralih pula pada SSC hasil tangan NeezaNeedleS ni. Orang Putrajaya je pun. Nampak comfort jugak, banyak corak kain yang menawan hati dan yang penting the price is much much more lower than Ergobaby.


      Ok, ni pulak wish yang mengada-ada. Kira list tambahan yang tak berapa nak penting tapi nak jugak. Ngeee. Comelkan tilam-tilam kekabu ni? Dulu masa Naim orang bagi..kira pakai yang second handla. Tiba time Iman, pakai lagi tilam yang tu..sebab masih elok lagi. Tiba time baby, tilam tu pun dah lunyai. Tu yang mak baby jagi gediks nak beli tilam baru. Tambah-tambah lagi pattern yang ada, eii...comel-comel! Geram!! Tapi as usual, bila masuk tang harga..tu dia!!! Sampai RM280 wokeh! Tu include skali ngan comforter la. Kalau takmo comforter RM230 exclude postage!! Ini kalo betul-betul nak, target kene sebelum baby keluar. Ececece..nyimpan la 60 hengget sebulan nak nyampai ke bulan 4 nun!


      Banyak website yang jual tilam kekabu ni. Dah jadi macam trend balik kut lani. Dulu org pakai tilam span tu kan? Tapi tilam jenis tu panas. Sian baby. Tilam kekabu ni sejuk. Antara website yang aku ziarah ialah littledje, bantalkabu dan beberapa website yang lain. Dalam banyak-banyak tilam tu, aku suka tilam dari littledje sebab saiz tilam dia agak besar. Baby leh pakai lama. Jahitan dia pada mata rabun aku ni nampak kemas. No wonderla harga dia mahai skit dari yang lain. Ok, stakat tu dulu wishlist aku konon. Bersambung lagi di lain masa. Adios! Wassalam.

      Tuesday, December 11, 2012

      Piwit!!

      (Draft yang berjaman kekdahnye....bulan lepas kot kalo tak salah, ngeeee)

      Assalamualaikum, selamat pagi dan salam ceria! Wah wah...senyum manjang semua...almaklumlah, hari gaji. Tapi daku senyum kejap je. Dah tengahari kang masam balik sebab dalam akaun dah menyusut pitih wat bayor hutang. Takpe-takpe, hutang itu adalah medium untuk memiliki aset! Redha je la. Kwang kwang. 

      Lama tak memblogkan diri. Malas! Takde idea. Takde cerita pun ye jugak. Ngeee. Psstt....Ramadhan lepas (ok, cerita backward selama beberapa bulan...ampun!!!), daku dapat puasa penuh 1 bulan! Tak pernah-pernah lagi sepanjang dah akhil baligh ni dapat puasa penuh. Selalunya akan rongak 7 hari. Daku tertunggu-tunggu jugak bila turn nak mentekedarah dalam pantry ngan geng-geng opis. Tunggu punya tunggu tak kunjung tiba. Alih-alih, bagaikan terasa-rasa yang amat nak minum air sirap bandung soda! Terasa yang amat-amat beb! Kalah orang ngandung! Dah lama tak minum air tu. Bulan puasa ni layan air sirap bandung soda memang nyaman. Berusahalah pi MyMydin depan rumah beli bahan. Dapat berbuka ngan air bandung soda tu..perghhhh, punyala nikmat! Hairan jugak, nape tetiba teringin nak air bandung soda tu ek? 

       air bandung soda homemade punya! Kedai tak main arrr (pergh..blagak!)

      Tak lama lepas tu, Peja lak demam-demam. Nak makan somtam la, nak nasi lemak antarabangsala..eii, macam-macam pulak laki kawe nih. Ish, period tak datang-datang lagi. Dah lewat lima hari! Serius, skranag ni macam dah takde mood nak check UPT kalau period lambat. Sebab, tiap kali check mesti -ve. Tapi, demi nak sedapkan hati sebab period tak datang-datang ni, gi jugakle ke farmasi beli UPT test. 


      Uikss...?? 2 line?? +ve??? 

      Patutla period tak datang-datang. Ada sebab rupanya. Alhamdulillah, syukran Ya Allah. Gembira sebab tiga tahun menanti orang baru. Kali ni biarlah...daku redha andai Allah Taala bagi daku seorang putera lagi. Daku ngan Peja dah pakat, kali ni takmo tau jantina. Just do the regular checkup and ultrasound..tapi, takmo skodeng dia punya gender. Jeng jeng jeng...(bole tahan ke tak mo tau? Boleh ke? Muahehehe)


      *

      *

      *

      *

      *

      *

      *

      11 weeks old inside

      Apapun, doakan yang terbaik untuk saya dan baby ye kengkawan..? Hehe :-D

      Saturday, September 22, 2012

      Iman oh Iman

      Assalamualaikum...selamat pagi dan selamat berhujung minggu semua kawan-kawan. Hehe, ada cerita skit nak share ni. Ada satu kisah, budak kat rumah ni dah tiga tahun pun masih menyusu badan. Walaupun bukan fully breastfeed dah sekarang, tapi bila malam mesti nak ngempeng. Buat pelali nak tido kononnya. Memang maknya tak berhajat pun nak pisahkan susu masa dia dua tahun dulu, tapi ni bila maknya dah pregnant, baru la mencari-cari idea nak bercerai susu. Semalam, bila nak tido dia mintak nak menyusu. Cara mintak tu aduhai...meruntun kalbu! Lembut dan berhemah je. "Ummi, nak tek boleh?" Aduhai, tak sampai hati pulak dibuatnya. Tapi maknya saja je melawak cakap kat budak ni "Adui Iman, tek Ummi sakit la, darah! Cockroach gigit! Adui, sakitnya! Huhuhu." Sambil buat-buat nangis. Hehe, menjadi beb! Budak ni tak mintak pun sebaliknya dia picit-picit dan cium maknya tanda simpati. Semalam sebelum tidur minum air masak! Bangun tidur pun minum air masak. Hehehe. Tengahari tadi budak bertanya khabar tek dia, masih berdarah lagi ke tak. Mestila maknya cakap masih berdarah dan sakit. Apa pun, Ummi harap Iman jadi anak yang soleh dan beriman, yang cerdik, pintar dan pandai dan segala yang baik-baik berkat minum susu Ummi dari lahir sampai ke usia tiga tahun sebulan! 

      Sehari - 3.04 kg 

      Sebulan - 4.43 kg 

       2 bulan - 5.97 kg

      5 bulan - 8.4 kg 



      - Aidilfitri 2012 -

      Monday, September 17, 2012

      Kitchen Cabinet

      Pernah dengar nama KUBIQ? Ape bende pulak Kubiq ni eh? Its all about kitchen, wardrobe, appliances and accessories. Kesahnya masa pergi Renovation & Mother Baby Kid Expo kat PWTC bulan Jun aritu, kami menyinggah kat Kubiq ni tengok kitchen cabinet (KC). Dah 8 tahun duk umah tu, takde KC pun. Yang ada kabinet biasa-biasa je beli kat kedai perabot tu. Hehehe. Tengok pada harga, ianya mampu milik. Korang boleh wujudkan KC dengan budget yang korang ada. Yang bestnya, miniature KC akan terbina depan mata you all sendiri.


      Nak bina model kabinet ni, korang kena tahula brapa kaki KC yang you all nak tu nanti. Nak yang L shaped ke, I shape ke, U shaped ke..nanti depa akan buat model KC berdasarkan kehendak kita. On the spot boleh tahu berapa harga kabinet tu. Memang best. Pernah jugak pergi kat kedai kabinet lain sebelum ni, tapi depa main lukis-lukis je atas kertas A4, lepas tu bagi harga puluhan ribu hengget. Demam kejap! Masa kat sini, we all decide nak yang 10' L shaped KC. Banyak design-design lain dan harganya sangat berpatutan.


       I-Shape Kitchen
      Code : I10B
      Size : 10' 
      Base Unit 10'   Wall Unit 7'
      RM1,785*
      L-Shape Kitchen
      Code : L5-9B
      Size : 5'  x 8.5'
      Base Unit 11.5'   Wall Unit 6'
      RM1,903*

      Sebelum masuk bulan puasa, aku ngan Peja terjah la ke kilang dia kat Kota Damansara, nak buat confirmation and payment harga cabinet yang kami berkenan masa kat expo aritu. Nak dijadikan cerita, kat kilang dia tengah buat 50% discount on KC display set and 30% on appliance! Wow, langkah kanan! Masuk-masuk aje kat tempat display tu, terus berkenan ngan 10' I shaped KC with acrylic door and solid surface. Harga before less (KC and appliance) RM 6832.80. Lepas tu mata aku terskodeng hob and hood. Maklumla, ada 30% discount kan. Harusla cuci mata gitu. Lepas tu tertengok pulak oven. Suruh Cik Ita (orang Kubiq tu) kirakan total cabinet and appliance. Suam sejuk badan dibuatnya. Maklumla, bajet kami tak berapa besar. Duk bermesyuarat ngan Peja jap. So, the final decision, kami panjangkan lagi cabinet tu jadi 15' dengan tambah tall unit with basket, amik sink, hob and hood.

       Total price: RM5958.60! (KC and appliance) Yeaah!!
      Opps, dapur tak siap lagi, tapi KC dah pasang dulu. Huhu

       Ni la tall unit nyer, siap skali ngan basket

      Kalau amik KC sahaja (10') after 50% discount hanya RM 2538.40!! Wow!

      Hehehe, apa lagi. Kalau nak dapatkan best promotion bolehla terjah next year punya expo ye. Jumpa anda di sana!!

      Sunday, September 16, 2012

      Khao Niaow Ma Muang (Pulut Mangga)

      - Our Mango Sticky Rice at Rak Thai -

      Assalam semua. Selamat sejahtera. Petang tadi lepas terjah renovation expo tu, perut lapor la pulak. Nak makan nasik ayam kat Chicken Rice Shop, beratur nak amik order punyalah panjang! For surela berjam nunggu nak dapat meja kosong. So, we decide makan kat Rak Thai jela. Kebetulan pulak tekak ni terasa-rasa sangat nak makan pulut mangga, buat pengubat rindu nak ke Hat Yai and Bangkok. Huhu...rindu betul nak gi sana. Rindu nak mentekedarah! Muahehe. Rindu ngan pulut mangga, pulut ayam, teh ais yang super duper marvelous! Hishh..Tak sabar nak skodeng tiket AA 18 September ni. Ada tiket free beb! Sampai je rumah, aku search cemana cara nak buat pulut mangga ni. Next time boleh buat sendiri, itupun kalau rajin! (sekarang ni, memang M A L A S manjang.) Moh layan mende bahan yang diperlukan.

      Bahan-bahan (3-4 orang makan)
      • 2 cawan beras pulut (seeloknya pulut susu) rendam 2 jam
      • 1 1/2 cawan santan
      • 1/4 sudu kecil garam
      • 1 sudu kecil tepung jagung
      • 2 helai daun pandan (disimpulkan)
      • 3 sudu makan gula pasir
      • Mangga yang masak ranum secukupnya

      Cara-cara
      1. Panaskan pengukus terebih dahulu, kukus beras pulut hingga setengah masak, kemudian masukkan 1/2 cawan santan yang telah dicampur dengan garam. Letak daun pandan sekali dan kukus pulut hingga masak.
      2. Untuk kuahnya: Baki 1 cawan santan tadi dimasak bersama daun pandan dan gula pasir. Bila agak mendidih, masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Bila agak pekat, tutup api. 
      3. Sendukkan pulut ke dalam mangkuk atau pinggan, tuang kuah santan dan hidangkan dengan hirisan mangga.
      Selamat mencuba you alls!