Aritu Peja pasang CD kuliah Ustaz Azhar Idrus dalam kereta. Tajuk dia,
Islam ikut Yahudi. Uih, ada ke Islam tapi ikut Yahudi? Camaner tu? Padahal kat Malaysia ni bukan ada pun orang Yahudi. Psstt kengkawan, sedar tak sedar kita sendiri pun banyak ikut jejak Yahudi rupanya. Tapi kalau tunding jari kat orang tu pastu cakap "Kau dah ikut Yahudi ni!" Kompem makan penampor free free je. Kita marah bila orang cakap kita ikut Yahudi, tetapi sesungguhnya kita memang telah mengikut mereka, sesuai dengan sabda Rasululluah SAW:
Tak percaya? Meh, aku bongkar skit dari apa yang UAI kata dalam kuliah beliau. Korang tengokla budak-budak sekolah zaman sekarang, dengan pergaulan bebasnya antara lelaki perempuan, bertempuk tampar tanpa segan silu. Ada pulak yang mabuk minum arak, dengan rambut dah berwarna warni. Kemudian, bila tibanya birthday..terus gi kedai beli kek, nak kena ada lilin, tiup bagai! Yang ada tu, siap pejam-pejam mata buat wish konon! Itu adalah menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani. Bende remeh je kan? Islam menganjurkan kita buat doa selamat atau majlis tahlil sempena ulangtahun kelahiran kita. Bersyukur sebab dipanjangkan, dipinjamkan lagi usia kita setahun oleh Allah Ta'ala. Berapa ramai yang buat macam Islam anjurkan? Teeettt...lu pikirla sendiri!
Lepas tu, dalam bab kematian. Banyak juga yang Islam ikut Yahudi. Contohnya, dah jadi trend sekarang ni, bermewah-mewahan dengan pengurusan jenazah untuk menunjukkan akan kekayaan bila berlakunya kematian. Ini semua cara orang kristian. Bila mati, pakaikan baju mahal-mahal pada si mati, pilih keranda yang mahal. Lepastu, orang Islam pun ikut. Tempah batu nisan yang diperbuat dari baru mar-mar. Harga 5 ribu hengget. Kita tengok konon molek,indah tapi sebenarnya meniru Yahudi dan Nasrani. Itu semua adalah dilarang dalam agama kerana menghabiskan harta kepada benda yang sia-sia. Sepatutnya, kita tanam pokok-pokok bunga kat kawasan sekitar kubur simati, agar pokok-pokok bunga tadi bertasbih dan si mati dapat menumpang rahmat dari tasbih pokok-pokok bunga tu. Kemudian, bila ziarah orang mati, pakai baju serba hitam. Baju hitam, selendang hitam, spek mata hitam. Nampok comey, padahal ikut mereka yang jahat itu lagi.
Satu lagi trend yang kalau korang perasaan ialah amalan bertafakur depan mayat. "Marilah kita sama-sama bertafakkur 5 minit di atas pemergian seorang sahabat kita yang telah menghadap Ilahi beberapa hari lepas." Maka tertundukla kepala masing-masing bertafakur. Ikut sape..? Ikut Kristian, ikut Yahudi. Yang patutnya, kita bacakan doa pada si mati. Moga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Allahuakbar! Benda simple, remeh, kecik tapi semakin sebati dengan masyarakat kita. Panjang lagi dalam CD tu, sejam lebih. Kalau nak syiok lagi, korang kena la dengar sendiri. Semoga Allah SWT tetapkan iman kita, mohon agar jangan dipesongkan akidah kita ke arah lain. Wallahualam. Sekian.
0 comments:
Post a Comment