Friday, December 14, 2012

Nyetok Karrung

Pernah dengar perkataan Nyetok Karrung? Hehehe..dalam bahasa Melayu ianya disebut sebagai kekejangan, atau dalam bahasa Klatey di sebut sebagai 'cramp'. Hehehe. Sungguh sakit wokey bila terkena nyetok karrung ni. Sepanjang 22 minggu pregnant, baru semalam kena nyetok karrung. Kejadian berlaku pada waktu dinihari di mana saya sedang nyenyak tidur dan kawasan yang terlibat adalah di bahagian betis. Aduih..sakit sangat-sangat, rasa macam otot-otot betis ni dah terkoyak! Over sokmo ayat. Nak turun tangga sangatla sakit. Harini pun masih terasa kekejangan otot tersebut. Ni ada sikit info pasal kekejangan yang diambil dari blog VitaMummy


-uih, putih mulusnya betis akak ni-

Dari segi perubatan, kekejangan boleh berlaku disebabkan oleh penambahan berat pada kaki anda (hehehe, ye la kot. Saya sekarang dah macam pingu). Selalunya kekejangan otot ini berlaku pada waktu malam, sehinggakan sakit atau kekejangan itu boleh mengejutkan anda dari tidur nyenyak (yeazzaa, menerit wokey bila kena tu). Kejang betis paling teruk berlaku pada trimester kedua dan ketiga (saya berada di trimester kedua. Fuh-fuh, janganlah selalu berlaku).

Selain itu, kejang betis ketika hamil juga mungkin disebabkan: 
  • Kelebihan fosforus yang boleh didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas (awal-awal ngandung dulu sangatlah suka minum air gas).
  • Kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda (adakah sebab saya tak minum susu? tapi saya makan Osteomatrix sokmo).
  • Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.
  •  Bersenam berlebihan tanpa membuat warm up (hohoho, tak pernah bersenam pun).
  • Kurang cecair dalam badan (mungkin kot).
  • Glukosa dalam darah rendah.
  • Diabetis dan Tiroid (aiyoo, so far masih clear dari diabetis. Hope checkup Isnin ni takde la diabetis. Tapi lately sangat suka makan benda-benda manis).
  • Kelesuan otot.

Terdapat beberapa cara anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini, antaranya:
  • Meregang. Mula dengan luruskan kaki anda ; tumit dahulu dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitan akan hilang secara beransur-ansur.
  • Urut otot yang kejang.
  • Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
  • Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.
  • Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama.
  • Terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen magnesium sebagai vitamin sampingan kepada multi vitamin sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki.

Selain itu, anda juga boleh mencuba cara-cara di bawah ini untuk mengelakkan kekejangan dari berlaku:
  • Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali sebelum anda tidur dapat membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.
  • Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam atau semasa menonton TV.
  • Makan makanan kaya dengan kalsium. Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan. Tetapi elakkan mengambil kalsium dengan dolomit atau serbuk tulang, ini biasanya mengandungi plumbum yang boleh diserap melalui plasenta dan memudaratkan bayi anda.
  • Elakkan minuman bergas kerana ia mengandungi banyak fosforus.  

Sekiranya anda merasa kekejangan kaki yang berterusan dan kerap berlaku, atau adanya bengkak atau kesakitan, seeloknya anda mendapatkan nasihat dari doktor anda. Ini kerana kemungkinan anda menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

      0 comments:

      Post a Comment