Wednesday, June 13, 2012

INTIM


Assalamualaikum...selamat pagi semua. Story kali nak nak review (ceh, macam review movie kat panggung wayang je bunyinye) pasal kursus yang aku join kat Institut Tadbir Awam Negara, Wilayah Timur (INTIM). Kesimpulannya, Kurus Pengukuhan Berpasukan ni memang BEST!! Kalau korang jenis yang tak suka dengar ceramah or tengok slide yang memang kompem punye buat mata korang mengantuk, so sila silalah join kursus ni. Yang best lagi, sepanjang kursus ni, korang tak payah pakai baju office sebaliknya hanya berpakaian sukan all the time, except for the last day. Tu pun kejap je sebab sesi penyampaian sijil kan. Tapi ada je yang selamba pakai baju sukan masa amik sijil aritu. 

Sepanjang 4 hari join kursus ni di INTIM, memang banyak aktiviti dalam kumpulan yang dilakukan. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan pada hari terakhir kumpulan aku diishtiharkan sebagai juara! Memang betul-betul have fun and enjoy! Dan untuk kesekian kalinya aku lupa apa itu maksud O F F I C E ! Ahahaha. Servis di INTIM pun best. Apa ko-op tempat kitaorang membeli belah jajan di waktu malam, cafe yang menyajikan makanan yang best-best, and bilik yang memuaskan. Petang-petang you all boleh makan satar kat Warung Aziz Satar, berdekatan ngan INTIM. So, next time for sure akan join kursus ni lagi. Itupun kalau terpilihla. Hehehe. Sekian sahaja laporan dari saya.

 Best tau kat ko-op ni, siap ada pakej lagi...beli meggi 1 set ngan mangkuk and sudu garfu.

Bilik yang selesa..ada aircond, heater..apa lagi nak?

 Taddaaa..ni yang best ni. S A T A R !!! Tiap-tiap petang keluar gi warung Pak Aziz ni mencekik satar. So yummy!!

P/S: Pssstt...ujung minggu ni dapat gi kursus kat INTAN Sabah bah! Manyak syiok woo! Hahaha..tunggu laporan seterusnya!

0 comments:

Post a Comment