Tuesday, July 31, 2012

INTAN Sabah

Saat menerima tawaran kursus di INTAN Sabah, hati rasa macam tak percaya. Betul ke? Nama aku ke tu? Sebabnya, sebelum ni apply kursus kat Sabah Sarawak tak pernah le nak naik nama aku ni. Tu yang terkujat, terharu, tak percaya semua ada. Hehehe. Mungkin sebab nawaitu mula-mula tu dah tak betul kot. Orang berkursus nak menimba ilmu, nak nambahkan pengetahuan dan kemahiran. Aku, nawaitu awal nak naik katerbang MAS free and nak jenjalan. Ekekeke. Tapi alhamdulillah, kali ni berjaya jugak aku menjadi antara insan-insan yang terpilih untuk mengikuti Kursus Kecemerlangan Diri. (saya sangat cemerlang dalam memlih tempat berkursus...ekekke). Bertambah cemerlang bila rakan sekutu aku (Ijan) pun terpilih sama. Ngam betullah, dan semakin gemilang bila kami extend our day untuk tujuan shopping! Muahehe. Seb baik tak over pergi sampai Kundasang tau.

Dari rumah, janji jumpa ngan Ijan kat Putrajaya Sentral. Takyah Peja and anak-anak nak ngantor sampai KLIA. Tambang pun takdela mahal benor. RM 6.20 jer sehala. Flight kita orang pagi, jam 9. Sampai KLIA terus checkin. Ngam-ngam time. Takdela lama lepak kat airport. Bila dah masuk ruang menunggu tu, hujan selebat-lebatnya la pulak. Ijan dah nervous. Aku pun cuak jugak. Dengan kilat guruh bagai. Tapi alhamdulillah, sebelum fly hujan dan berhenti. 

 Ni kat Putrajaya Sentral. Konon-konon cam nak try urut. Cam best je

 Sekali tengok harga..huh, singgit dapat 3 minit je? Tak sempat nak rasa nikmat urut. 
 (aku yang kedekut)



 Menu for breakfast on the sky: Nasi lemak je

Sampai Kota Kinabalu lebih kurang 12.30 tengahari. Kawan Ijan dah standby tunggu kat airport. THANK YOU SAL sebab sudi antor kami ke INTAN and bawak kami pusing jenjalan KK. Sal ni solo lagi. Sape-sape yang nak ngorat awek Sabah yang baik hati ni boleh roger aku eh? Muahehehe.


 Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

 Mini Putrajaya

 1 Borneo

 Yeay!! Sampai sudah, INTAN Sabah

 Check in time

 Our room...nice one! Superb!







Lepas check in, Sal bawak kami pekena lokan panggang. Kiranya menu famousla kat area INTAN ni. Kami pun tak pernah makan. Sedap woo. Tak jauh pun dari INTAN ni. Kiri kanan jalan banyak gerai orang jual lokan panggang. Pilih je mana yang berkenan. Selain lokan panggang, kat sini juga famous ngan kelapa bakar and jelly, and semestinya sedap! 


 Rakan sekutuku tengah tekun kaut hasil kelapa jelly. Nyum nyum

 Inilah Sal yang baik hati

 Lokan panggang yang yummeh!!


Malam, kami dinner kat area Giant kat situ. Lupa nama. Ada la food court macam kat Teja, Presint 9. Balik bilik baru terasa penat. Tak berehat lagi kami sejak dari sampai Sabah. Apa lagi, malam tu tido lena!! 








Sepanjang 4 hari berkursus kat INTAN dapat disimpulkan memang best! Kursus best, tempat pun best! Sesiapa yang belum pernah sampai INTAN Sabah, sila-silalah apply online ye. macam-macam kursus ada. Best-best pulak tu. Ehem, Next entry will update about our extend day kat Kota Kinabalu. Have a nice day all! Muahehehe.

0 comments:

Post a Comment