Assalamualaikum semua, juga salam 1 Malaysia. Lama blog tak berupdate. Haritu pi jenjalan Penang pun tak update lagi story. Nantila eh. Jap-jap lagi kita update. Hehehe. Ni nak share pasal maternity pillow. Anak dah nak masuk tiga baru merasa pakai mende alah ni. Huhu. Punyala jakun! Reason utama sekali mencari bantal ni ialah kerana daku mengalami sakit-sakit pinggang bila tidur malam. Usia dah lanjut kan. Dedulu pregnant tak rasa sangat lenguh-lenguh ni. Alhamdulillah, dengan adanya bantal ajaib ni, tidur malam makin lena. Tak payah pakai bantal lain dah pun. Padan ngan dia je cukup. Macam-macam posisi boleh you, dan yang penting selesa.
Bila tengok akak ni tidur ngan maternity pillownya, terus daku teringat dan terkenang-kenang bantal yang kat rumah. Tetiba rasa ngantuk melanda! Huaarrghhhh...ngantuk la puloks! Kalau dapat peluk ni, perghh, kompem berdengkur. Selesa kan kan kan? Lantas, daku pun membuatlah research skit pasal bantal ni. Research tang harga! Huhu. Sangatlah mahal okeh?! Rata-rata blog or web yang jual mende alah ni daku jumpa berharga RM250 keatas! Ada yang RM290 pun ada. Tu belum masuk postage lagi. Mende alahnye besar gabak gak. For sure postage kena sampai dua tiga puluh hengget pulak khen..? Adesla. Tapi, alhamdulillah, Allah permudahkan urusanku. Dia Maha Penderngar dan Maha Pemberi. Maka, ditakdirkan...bertemulah daku ngan Sofea Suhaimi di ruang siber facebook. Tadaaaa...
Inilah bantal ajaib saya. :-) Sangat selesa bila baring dan dakap bantal ni. Membuatkan tidur malam saya semakin nyenyak dan lena. Masalah lenguh-lenguh belakang dan ketidakselesaan semasa tidur juga dapat diatasi. Huhuhu (persis duta maternity pillow tak? Wakakaka). Pada sesiapa yang nak tempah bantal ni, bolehlah add friend Sofea Suhaimi kat facebook. Nanti Sofea akan jahitkan. So far, daku SANGAT berpuas hati dengan hasil jahitannya. Owh, lupa pulak bagitau harga. Daku kan pencinta barang-barang berharga murah dengan kualiti yang superb! Tak kenal lagi ke? Ekekeke. Jeng jeng jeng....harganya ialah....drum roll sket.....roll lagi.... ;-)
RM165!!!
Haa, mana boleh daku tak sambar. Berbaloi-baloi memilikinya. Yang bestnya, bantal ni nanti boleh dibelit-belitkan dan bertukar menjadi nursing pillow. Haa..kira 2 dalam 1 la. Sejak-sejak ada bantal ni, semua pakat nak try test tidur atas ni. Kalau try test kejap je takpe. Ni sampai berdengkur abes, apa cer..? Yang abahnya pun sama. Ni sape yang mengandung ni? Kikiki. Apa lagi you alls, cepat sambar laju-laju. Oklah semua. Jaga diri and wassalam.
Untuk memudahkan semua, kawan-kawan boleh rujuk diagram di bawah untuk harga maternity pillow yang ditawarkan. Boleh nak bantal saja without cover, bantal with cover. Macam-macam pakej la yang ditawarkan. Happy viewing friends!
3 comments:
Dapat bantal Abe Ja jangan tolok tepi... :-) heheheheheee........
Mohon maaf. Tumpang sharing.
MomLove Pregnancy Pillow yang diperbuat daripada 100% kekabu asli dengan harga promosi RM199 (Free Pillow Cover + Pos ke 1Malaysia). Selesa, sejuk dan tahan lama.
Berminat & info lanjut, boleh terus ke https://www.facebook.com/MomLovePregnancyPillow
Terima kasih.
Tumpang iklan yer..
Pregnancy Pillow Kekabu Asli. Geboo, lembut, selesa dan melenakan tidur... Harga mampu milik kepada semua mommy2..
Harga promosi RM120 dari RM145.. Murah2.. Harga siap pos ke seluruh malaysia.
FB Page : Pregnancy Pillow by Kak Lin
Whatsapp / sms 01128546124 Kak Lin
Post a Comment