Thursday, April 7, 2011

K A S T A M

Kecoh! Kecoh! Kecoh pasal isu Kastam ni. Gempak kan?? Dengan tajuk yang terpampang dalam paper kata Kastam songlap wang negara dan dengan pelbagai tajuk lagi yang bikin panas satu Malaya. Aku sebagai penjawat yang membawa nama jabatan terlibat, dengan uniform ke hulu ke hilir, sedikit sebanyak terasa wei bila public pandang semacam. Wei korang, aku tak terlibat der!! Hantu lain yang buat kejer tu. Tapi memang betullah uolls kata pepatah Melayu, "kerana nila setitik rosak susu sebelanga", "cubit peha kanan, peha kiri yang terasa." Korang bayangkan, gi beli nasik untuk bekpes pun orang kedai boleh bercakap.."Ha, ni orang Kastam. Apa kes ni amik duit negara. Tak baik tau curi hasil rakyat semua tu." Grrrr...mau je aku mencarut sumpah seranah time2 tu jugak..bukan salah mak, nyah!! Mak tak terlibat!!! (sila buat aksi mak nyah ye, dengan tangan sotong sebelah kiri didada dan tangan sotong belah kanan di dahi). Tapi disebabkan aku ni seorang yang ABID, A=Amanah, B=Berkhidmat, I=Ikhlas dan D=Dedikasi, aku balas je tomahan mereka dengan senyuman manis sambil menjungkitkan bahu. Kalau jawapan artis style Fasha Sondol Sanda.. "no comment!"

Belum lagi reda pasal isu songlap duit negara, timbul pula isu seorang Penolong Pengarah Kastam dari Pelabuhan Klang, Selangor dipercayai terjatuh dari bangunan SPRM. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Wallahualam. Mak tak berani nak komen, nyah. Sama ada arwah benar2 terjatuh ketika nak berjumpa pegawai penyiasat, atau dijatuhkan atau akibat dari tekanan perasaan. Menurut kata kenalan yang mengenali arwah, arwah merupakan seorang bos yang baik dan mesra dengan pekerja bawahan. Ada kenalan juga mengatakan, arwah sempat  kemas2 bilik dia dan bermain tenis sehari sebelum kejadian. Korang yang nak buat andaian, terpulangla pada  pahaman masing2. Apapun, biorlah kita serahkan kepada pihak berwajib untuk melakukan siasatan terhadap kes ini. Semoga, kejadian yang sebenar dapatlah didedahkan. Marilah sama2 kita membaca surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan kekasih Allah yang mendapat kesenangan di akhirat kelak. Juga takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhanm Ahmad Sarbani bin Mohamed. Semoga sabar dan tabah menghadapi dugaan. Al-Fatihah.


Allahyarham Ahmad Sarbani bin Mohamed. 
(gambor yang korang dapat dalam paper tu semua dusta belaka. Tu gambor pegawai kastam lain yang keje kat Port Klang...agak2, boleh issue saman tak? Huhuhu)



 
Dipercayai melalui tingkap inilah arwah terjatuh

Tuesday, April 5, 2011

Templates Varu

Muakekeke...saje aku ngengade gatal tangan tuka templates baru. Nak rasa suasana baru konon. Huhu. Blog nama HIP HIP HOOREY!!! Cam ceria sangat2..tapi bila bukak background itam, ade pokok besor sketul, very the Kekasihku Seru. Huhu. Seram tak..? Seram tak..? Sape cakap tak seram aku gletek kang!

 Templates lama...tapi itam2 pun aku suka! Maybe tukar yang ni balik kut...


Entri kali ni sebenarnya disamping nak war-warkan penukaran templates baru (eceh, macam la ramai nau yang skodeng blog kau Mek!) aku nak citer skit pasal ABC. Kalau jaman2 kita dulu A tu Apple, B tu Ball, C tu Clock..tapi jaman skarang kau..jangan tak tahu, semua berkisar tentang dunia IT! Kau tak caya? Ha, layan...latest from Nursery Schools!




                                  

   
                A:   APPLE                    


B:   BLUETOOTH
 
C:   CHAT


D:  DOWNLOAD


E:  E  MAIL

 
F:   FACEBOOK


G:   GOOGLE


H:  HEWLETT  PACKARD


I:      iPHONE


J:   JAVA


K:   KINGSTON


L:    LAPTOP


M:   MESSENGER


N:   NERO


O:   ORKUT


P:   PICASSA


Q:  QUICK  HEAL


R:   RAM


S:   SERVER


T:   TWITTER


U:   USB


V:   VISTA


W:   WiFi


X:    Xp


Y:  YOU  TUBE


Z:   ZORPIA

Huhu..dasyatkan??? But A still APPLE!!!

Monday, April 4, 2011

Manfaat Kapur Barus

Duk tercerita pasal kapur barus ni, aku google la sket. Rupa2nya banyak manfaat seh mende ni! Slama ni kita (aku je la kut) kalau sebut pasal kapur barus je mesti sinomin dengan mayat, jenazah, orang mati..(kan ke semua tu sama je Mek oi! Huhu) Kapur barus ni terhasil dari pokok tropika iaitu Camphor Laurel (Cinnamomum Camphora). Jaman dulu2, kapur barus ni digunakan sebagai bahan perasa dalam minuman. Terkejut kan?? Huhu (aku la tu yang sokmo jakunnye)

Selain itu adalah beberapa manfaat yang diperolehi dari kapur barus iaitu :-

1. Sebagai Penawar Kaki Bersisik
Caranya ialah dengan mengambil 3 ketul kapur barus dan satu cawan minyak bijan. Tumbuk sehingga lumat kapur barus dan masak bersama minyak bijan. Setelah ia sejuk bolehlah disapu pada kaki yang bersisik itu pada sebelah malam.

2. Menghindarkan Nafas Berbau
Mula-mula makan 10 biji buah pelaga pada setiap hari. Selepas itu ambil 3 ketul kapur barus dan tumbuk hingga hancur dan masukkkan ke dalam kain putih yang bersih, kemudian sedut dengan hidung setiap hari selama seminggu. Minum air limau nipis setiap kali selepas makan.

3. Menghalau Tikus
Tumbuk kasar kapur barus tersebut dan letakkan pada setiap lubang tempat tikus bersarang. Cara ini akan menjadikan tikus kurang senang dengan bau kapur barus tersebut dan akan lari meninggalkan lubang tempat makhluk ini bersarang.

4. Kekabu Bantal Tetap Segar
Pada sesiapa yang menggunakan kekabu sebagai isi bantal bolehlah praktikkan dengan tabur kapur barus untuk mengelakkan bantal dari dimakan bubuk.

Ha, apa lagi, try la!! Selamat mencuba!
Pokok kapur barus

Kapur barus

Malam tadi Mr.Peja bukak rahsia kat aku. Alor, bukan pengakuan tulus ikhlas ke mende..tapi cerita hantu uolls!! Dia kata, ari Sabtu baru2 ni, tengah syiok dia melayan game puaka (poker) dia tu kat living hall, tetiba dia terbau kapur barus. Kau taukan kapur barus tu ape? Yang orang buat mandi jenazah. Udahle time tu dah pukul 12.30 tengah malam!! Huhu..bila dia cerita, aku cuak gak! Ape kes ni..dah stay 7 tahun kat umah ni baru malam tu ke nak terbau kapur barus bagai..? Owh tidak!! Dah le baru melayan cerita Penanggal kat Astro Ria. Seram sejuk jugak le dengar dia cerita. Mr.Peja kata, bila terbau benda tu..terus dia naik atas. Masa kat tangga tu lagi kuat baunya!! Bila sampai dalam bilik, pun masih terbau! Huhuhu..'mende' tu duk berlegar kat bilik n ruangan tangga kitaorang ke..? Gullp..!!Seram..seram..

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Ape kaitan plak sanitary pad ni ngan citer Mr.Peja ek? Haa...Ko sakit jiwa tak..?? Geram aku!! Seb baik tak meroyan! Aku punyerla serius..siap brenti dulu lipat kain nak dengar cerita hantu Mr.Peja. Rupa2nya mende ni yang dia duk tercium?? Pad herba aku ni!! Hangin aku!! Memangla kat tangga makin kuat laling oii, kan ke aku letak kat tangga sketul!! Kat bilik pun ade gak! Ai, ade nak kene gletek ngan aku ni!

Saturday, April 2, 2011

Jom makan!!

Huhu..tetengah hari buta ni, aku dengan suka hatinya nak tepek gambo kerabu special yang aku cerita aritu. Sedap korang weh!! Sedap sangat-sangat! Bior lapor perut korang semua!! Huhu..kalau mengidam ke, teringin ke..meh la ke Restoran Jingga di Puncak Jalil. Layankan aje ye


 See..very the special!! Memang kecur liur bila tengok gambar ni!! Sllrrppp!!! Aaahhh!


Ni menu kitaorang tapau makan kat umah! Yang original from Restoran Jingga cuma kerabu special ngan Tomyam je..yang telur dadar ngan ikan terubuk berselimut bawang besar tu original from home sweet home


Mengalirnya laju seperti air yang deras

Puitis tak bunyik tajuk entri kali ni..? Huhu..memang mengalir laju uolls!! Skali bukak zaazzz, nipis je rasa. Dua kali bukak hampir2 licin!!! Bila dah hampir2 licin tu barulah aku tersedar dan kembali berpijak di bumi yang nyata. Lor..duit aku dalam purse banyak ni je ke lagi..?? Ish..ish..ish...Hari ni ada jualan Bazar Puspanita kat opis. Jom la uolls datang kat Kastam Putrajaya ni. Jualan sampai hari Jumaat ni tau! Ape lagi, dengan tak sedar dirinya aku bershopping! Ngengenge..mende2 alah ni la yang menjadi borongan aku tadi.


Bedak Pixy, sarung lengan, getah rambut n botol susu tupperware (tiada dalam gambo)


Bila dihitung2 semuanya berjumlah..ehem2.. RM58.00!! Va va va. Syabash diriku! Tu baru jualan bazar kecik kemetot! Cepat betul duit ni mengalir kan uolls. Kalau dulu-dulu RM100 tu rasanya boleh beli 1 troli penuh, tapi sekarang dapatla jenjet 2 3 lai plastik je. Hari ni jugak, vitamin2 Shaklee yang aku order dari Hadhatina through FB dah sampai! Boleh bershaklee le aku lepas ni! Banyak seh nak kene telan! Bosar2 pulak tu! Ni semua untuk banyakkan dan kasi super khasiat susu aku untuk Iman. Huhu, nak cantik and awek muda pun boley. Ko contact je Hadha tu. pasti marbeles!!! Ok, sambung keje balik.


Bosar2 eh pil yang nak kene telan ni. Mau tercekik aku dibuatnye..

Friday, April 1, 2011

Lama tak update

Beri laluan..!! Beri laluan..!! JUSA nak berblogging ni!! Muakekeke..pergh, sorry mori la uolls, kebusyan melanda yang teramat-amat sangat minggu ni!! Uolls jangan terkujat ye. Aku jadik businesswomen minggu ni. Ari Selasa aritu aku bukak booth kat Kastam. Ari Rabu ngan Khamis aku bukak booth kat Wisma Tani pulak. Huhu, cam tak caya muka aku duk tercongok kat booth tu. Aku jual baju budak sikit-skit ngan sabun badan..

 Ni contoh sabunnya..Huhu, siap skali ngan sabut. Ha, korang tenyehla sepuas hati korang sekalian. Moga2 bercahayala badan tu. Berjam la duk lam bilik mandi lepas ni.

 Ni pulak antara baju budak yang aku jual. Huhu, gian nak memborong baju anak pompuan tak dapat2 lagi, ha..aku borong pastu aku jual kat korang semua..hehe

Huhu..Tak sempat aku nak update. Ditambah-tambah lagi ngan broadband yang meroyan tu kan. Lagi tak kuasala aku nak bercerita di alam maya ni. Banyak story aku  nak share ngan korang semua. Of cause la nak update pasal makan!! Huhu. Baru aku tahu kat umah aku ni ade kedai makan siam yang superb!! Dia punya tomyam..perggh!!! Wa cakap sama lu..mengancam sehh!! Ni time bercerita ni dah kecur liur dah! Duk bayang dia punya masam2 tomyam tu. Aku suka sangat! Dia punya tomyam takla pedas benau sebab Naim boleh makan. Memang cukup rasa la. Siap tonggeng pinggan lagi hirup kuah! Pastu kita orang punya menu favorite ialah kerabu special! Memang special abihla! Sllrrppp!! (Telan liur sket!) Dalam kerabu tu ade sayur2 berdaun yang digoreng celup tepung. Pastu ade udang, sotong and ayam yang digaul hingga sebati bersama bahan2 perasa yang lain. Sllrrppp!! (Telan liur lagi!!) Gambor nanti aku tepek kemdian eh? Saje nak buat korang sakit hati. Haha..maklumla, kan dah lama kita tak bergurau senda di alam maya ini. Huhu, geli mak!