Thursday, April 7, 2011

K A S T A M

Kecoh! Kecoh! Kecoh pasal isu Kastam ni. Gempak kan?? Dengan tajuk yang terpampang dalam paper kata Kastam songlap wang negara dan dengan pelbagai tajuk lagi yang bikin panas satu Malaya. Aku sebagai penjawat yang membawa nama jabatan terlibat, dengan uniform ke hulu ke hilir, sedikit sebanyak terasa wei bila public pandang semacam. Wei korang, aku tak terlibat der!! Hantu lain yang buat kejer tu. Tapi memang betullah uolls kata pepatah Melayu, "kerana nila setitik rosak susu sebelanga", "cubit peha kanan, peha kiri yang terasa." Korang bayangkan, gi beli nasik untuk bekpes pun orang kedai boleh bercakap.."Ha, ni orang Kastam. Apa kes ni amik duit negara. Tak baik tau curi hasil rakyat semua tu." Grrrr...mau je aku mencarut sumpah seranah time2 tu jugak..bukan salah mak, nyah!! Mak tak terlibat!!! (sila buat aksi mak nyah ye, dengan tangan sotong sebelah kiri didada dan tangan sotong belah kanan di dahi). Tapi disebabkan aku ni seorang yang ABID, A=Amanah, B=Berkhidmat, I=Ikhlas dan D=Dedikasi, aku balas je tomahan mereka dengan senyuman manis sambil menjungkitkan bahu. Kalau jawapan artis style Fasha Sondol Sanda.. "no comment!"

Belum lagi reda pasal isu songlap duit negara, timbul pula isu seorang Penolong Pengarah Kastam dari Pelabuhan Klang, Selangor dipercayai terjatuh dari bangunan SPRM. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Wallahualam. Mak tak berani nak komen, nyah. Sama ada arwah benar2 terjatuh ketika nak berjumpa pegawai penyiasat, atau dijatuhkan atau akibat dari tekanan perasaan. Menurut kata kenalan yang mengenali arwah, arwah merupakan seorang bos yang baik dan mesra dengan pekerja bawahan. Ada kenalan juga mengatakan, arwah sempat  kemas2 bilik dia dan bermain tenis sehari sebelum kejadian. Korang yang nak buat andaian, terpulangla pada  pahaman masing2. Apapun, biorlah kita serahkan kepada pihak berwajib untuk melakukan siasatan terhadap kes ini. Semoga, kejadian yang sebenar dapatlah didedahkan. Marilah sama2 kita membaca surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan kekasih Allah yang mendapat kesenangan di akhirat kelak. Juga takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhanm Ahmad Sarbani bin Mohamed. Semoga sabar dan tabah menghadapi dugaan. Al-Fatihah.


Allahyarham Ahmad Sarbani bin Mohamed. 
(gambor yang korang dapat dalam paper tu semua dusta belaka. Tu gambor pegawai kastam lain yang keje kat Port Klang...agak2, boleh issue saman tak? Huhuhu)



 
Dipercayai melalui tingkap inilah arwah terjatuh

0 comments:

Post a Comment