Friday, April 3, 2020

Taman Herba Nasuha

Guys, nak bagi tau ni. Entry ni duk dalam draft sejak tahun 2015 lagi. Ko bayangkan sekarang dah tahun 2020. Lama mana peram! Kalau peram arak ni, harga dah tinggi sikit sebab dah 5 tahun 😆. Kononnya entry ni nak publish awal tahun 2015 haritu. Tapi sampai kesudah duk dalam draft. Bila dah buka balik blog ni, selongkar balik, okala..kita kasi publish la entry ni. 

Masa ni keja kat klia2. Boss nak buat office trip. Light light je, jalan-jalan, makan-makan. Kami kat unit ni ada 10 orang je termasuk boss (Al-Fatihah untuk arwah boss saya yang telah pulang ke rahmatullah pada 12 Julai 2019). Unit kecik je, tapi happening sangat-sangat!! 

Setelah dipersetujui, 5 Disember menjadi tarikh pilihan memandangkan belum ramai lagi yang bercuti. Tempat yang kami pergi ialah Taman Herba Nasuha yang terletak di Pagoh, Johor. Keluar je tol Pagoh, belok kiri. Jalan tegak dalam 3km, dah nampak Taman Herba Nasuha di sebelah kiri anda. Ladang ni luas sangat tau, kalau google dia kata seluas 3,200 ekar dan ia merupakan ladang herba dan rempah ratus terbesar di Asia. Haa...kelas kau! Pernah dengar rempah Mak Siti? Haa, kat sinilah kilang dia. 

Kat Taman Herba Nasuha ni, kami di bawa mengelilingi sekitar ladang dengan menaiki traktor ajaib ni. Nak jalan kaki memang tak terpergi satu ladang ni sebab luas sangat. Di sepanjang perjalanan kami diterangkan dengan tanaman herba serta khasiatnya yang ada disekitar ladang ni. Siap berhenti kat satu tempat tu untuk rasa pucuk pokok yang ada. Banyak pit stop jugak orang ladang ni bawak kami kenal pokok-pokok yang ada. Habis je trip melawat sekitar ladang tu, kami di bawa ke cafe Taman Herba Nasuha. Kami di jamu dengan Nasi Briyani Herba. Perghhh, bau rempah daun tu semerbak sangat. Rasa? Tak payah cakap banyakla, memang sedap sangat!! Harap maaf ye. Gambar nasi briyani takdan nak snap. Lapar sangat. 

Ni office mate saya, namanya Adam. Ore Machey, Klatey. Kalau Mat Adam ni yang bawak, memang haru! Takut melencong ke tempat lain. Kalut sokmo! Hahaha

Naik traktor ajaib ni la keliling taman herba. Nanti sepanjang kiri kanan jalan dia bagi tau, ni pokok apa..khasiat dia.. Best la bawak budak2 jalan sini


Inilah rakan sekerja kami, bersama keluarga masing-masing. 
Yang tinggi berdiri hujung di sebelah kiri yang pakai baju kelabu tu lah boss kami (arwah). 
Masa ni adik-adik lelaki semua bujang lagi. 
Sekarang pakat dah ada anak 1 dah masing-masing.  

Selesailah part jalan-jalan kat Taman Herba Nasuha ni. Habis agenda makan-makan kenal pokok-pokok kat sini kami meneruskan perjalanan menuju ke kampung boss di Muar. Sebenarnya, kat Muar ni lagi banyak agenda makan-makan kita orang. Boss bawak kita orang makan mee bandung, cendol. Malam tu kami makan ikan bakar kat muara. Esoknya pulak boss bawak kita orang makan satay. Tapi sebab tak ingat nama tempat, maka saya tak cerita banyak la part kat Muar tu. Apapun, kenangan bersama boss  dan rakan sekerja tu yang best. Semoga ukhwah sesama kita kekal terjalin hingga selamanya.

*Al-Fatihah untuk Tuan Basir. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 


Coming back!

Hahaha...Yes!! Yess!! Yesss!!! 

Berjaya juga hakak membuka blog ini walaupun sudah berzaman tidak menjengah ke mari. Al maklumlah, musim PKP ni, boring je WFH kan, baru teringat diri ada blog. Tak menulis je. Ini pun macam ingat-ingat lupa kaedah menulis entry 😜. Apa nak cerita ye..? Hmm..banyak... Tapi tak nak la excited lebih, kang berhabuk lagi blog ni. Entry 2018 nak cerita pasal gi Jeju pun tak berhapdate lagi, tahun 2020 dah gi Jeju lagi sekali dah kisahnye. Hahaha. 2 tahun sekali balik kampung ziarah Oppah..gitteww...! Nantila kita plan slow-slow eh, moga blog ni kembali aktif bukan setakat mengisi masa lapang ketika musim PKP je.. Ok guys, stay safe and please stay at home!

Tuesday, April 17, 2018

Salam Rindu

MasyaAllah...lama gila tak bukak blog. 2017 takde langsung entry! Lama tak mengarang. Lama tak berceloteh..lama tak berdrama! Hahaha... Al-kisah sekarang hakak pun dah bertukar tempat kerja. Dari Putrajaya ke KLIA dah pun. Eh, dulu kat klia2. Sekarang ni kat KLIA. Haa, see..?? Tempat kerja pun dah banyak kali tukar. Blog duk gitu jugak bersawangnya. Draf tak yah cakapla..berpuluh topik! Hahahaha..

Okla, untuk salam rindu ni, hakak tak nak celoteh panjang-panjang. Cukuplah sekadar nak bagitahu, blog HIP HIP HOOREY ni wujud lagi. Hehe. Nanti kita sambung ye. Ada celoteh baru. Trip ke Jeju awal bulan April 2018 haritu. Stay tune bebeh!! 

Saturday, April 16, 2016

INTAN Sarawak

Pergghh... Lama gila blog ni sunyi sepi. Mana mood ni?!! Ke laut biru hijau mana ntah. Takpe-takpe. Ehem, ehem! Sempena bulan Rejab yang mulia ni, mohle kita ceria-ceriakan blog kita ni balikye. Untuk rujukan dan kenangan sendiri jugak, khen. 

Let's start! Alkisahnya, awal tahun aritu saya ada apply satu kursus ni..kat INTAN Sarawak. Ni kali kedua berkursus di sini. First time was last year pada bulan Julai. Kali ni saya apply "Bengkel Kemahiran Menangani Karenah Pelanggan di Tempat Kerja." Haa...kelas ko! Tajuk memang best especially untuk front liner yang sentiasa berhadapan ngan customer. Maklumlah, pelanggan ni datangnya dengan macam-macam style. Ada yang mesra alam, ada yang serius, ada yang tak semena-mena nak marah je manjang keja dia. Dalam course ni dia ajar kita how to handle those kind of customers.  Penceramah dia pun best! En. Mohd Syafiq Anas bin Abdullah. Sempoi je.. Kalau you olls nak tahu, sila apply eh.

Kat INTAN Sarawak memang best. Bilik memang hotel punya style. Selesa beb! Last year pergi banyak lagi bangunan yang under construction. Kali ni datang, semua dah siap. Makan pun best-best tau kat INTAN ni. Last year pergi, masa hari pendaftaran tak disediakan makanan. Manalah kita nak tahu takde makan kan. So malam tu memang kelaparan. This time datang, saya beli siap-siap bekalan. Tapau Mc'D je kat airport. Sekali masa register bilik, staff INTAN bagi tau makanan ada disediakan. Wow, itu satu penambahbaikan yang telah diambil oleh pihak INTAN! Syabas! Tapi, kita tak turun makanla sebab dah tapau Mc'D. Huhuhu..

Naaa...cantikkan? Selesa

 TV ada, PC pun ada. Nak update blog dalam tu pun boleh. Miahahaha

Siap ngan towel. Saya haritu memang tak bawak towel pun. Pakai yang INTAN punya.



So far, itu jelah yang nak dikongsikan dengan you olls semua. Mana yang nak apply tu boleh cecepat terjah INTAN punya website ok. 

 Sempoi je. Memang best! 

Yeay! Tamat kursus sudah

Monday, January 26, 2015

Bacaan Pembuka Pintu Rezeki

Assalamualaikum semua. Lama menyepi. Alhamdulillah, hari ni tergerak nak menjengah blog yang dah bertukun. Ekekeke. Moga apa yang bakal di share kan ini mendapat manfaat untuk kita semua. InsyaAllah. 

Jom semak, ada tak kita buat semua ni dalam aktiviti kita sehari-hari. Rasanya kat tikar sembahyang pun kejap je wirid, Cepat-cepat je nak bangkit. Allahuakbar. Daifnya saya ni. Sempena masih di tahun baru ni...marilah kita sama-sama pasang niat nak menjadi ummah yang lebih berkualiti. Agar amalan, perbuatan, kelakuan kita sentiasa dicatatkan ke dalam buku rekod di bahu kanan dan mudah-mudahan kita tergolongan dalam golongan muqarrabin. Amin!!

7 zikir pembuka pintu rezeki

1. Memperbanyakkan membaca "La hawla wala quwwata illa billah".
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan La hawla wala quwwata illa billah. (HR At-Tabrani)

2. Membaca "La ilaha illallah al malikul haqqul mubin".
Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illallah al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR Abu Nu'aim dan Ad Dailami)

3. Membaca "Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil adzim".
Dari setiap kalimah itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta'ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR Al-Mustagfiri daalm Ad-Da'awat)

4. Membaca Surah Al-Ikhlas
Barangsiapa membaca Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya, (HR At-Tabrani)

5. Membaca Surah Al-Waqiah.
Barangsiapa membaca Surah Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup. (HR Al-Baihaqi dalam Syu'ab Al-Iman)

6. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi.
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Sallallahu'alaihi wa sallam bersabda; "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat, maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah al-Bazzar Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma'lul)

7. Melazimkan beristighfar.
Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga. (HR Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Ya Allah, berikanlah kami rezeki yang luas...
Yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami...
Jika rezeki kami ada di langit, maka turunkanlah..
Jika di bumi, maka keluarkanlah...
Jika jauh, maka dekatkanlah...
Jika dekat, maka mudahkanlah...
Jika sedikit, maka banyakkanlah...
Jika banyak, maka berkatilah...
Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin...
...Mereka yang dalam kesusahan dan kedhaifan...

Ya Allah...kabulkanlah doa kami,...
Aamiin...!



Friday, October 10, 2014

Vitamin E Complex Shaklee

Semalam dah cerita sedikit mengenai vitamin E yang boleh pulihkan perokok. Hari ni nak cerita lebih lagi pasal vitamin E Shaklee ni.



Vitamin E adalah sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak, di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat serta meningkatkan fungsi paru-paru, kolon dan sistem imun. Berdasarkan penemuan salah satu kajian yang dilakukan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa manfaat vitamin E yang digunakan dalam jangka panjang sangat membantu dalam mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Sementara itu hasil kajian lain juga menunjukkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Vitamin E telah terbukti mempunyai kesan pencegahan pada kira-kira 80 jenis penyakit. Berdasarkan hasil penyelidikan yang dilakukan dilakukan di Tufts University, USA. menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E terbukti berkesan meningkatkan fungsi daya tahan tubuh. 

Vitamin E merupakan satu jenis antioksidan yang sangat penting untuk pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, memperbaiki rangkaian, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara. Vitamin E memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh beberapa kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari simpulan. 

Selain itu, manfaat Vitamin E juga terbukti dalam meningkatkan pengeluaran air mani pada beberapa lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E meningkatkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.


Manfaat Vitamin E 
  • Terbukti berkesan meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mengatasi tekanan, meningkatkan kesuburan, mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung koronari. 
  • Terbukti berkesan sebagai Antioksidan. Semua vitamin E adalah antioksidan dan terlibat dalam banyak proses tubuh dan beroperasi sebagai antioksida semulajadi yang membantu melindungi struktur sel yang penting terutamanya membran sel dari kerosakan akibat adanya radikal bebas. Dalam melaksanakan fungsinya sebagai antioksidan dalam tubuh, vitamin E bekerja dengan cara mencari, bertindak balas dan merosakkan rantai reaksi radikal bebas Y. Dalam reaksi tersebut, vitamin E sendiri diubah menjadi radikal. Namun radikal ini akan segera tumbuh semula menjadi vitamin aktif melalui proses biokimia yang melibatkan kompaun lain.
  • Melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh jaringan tubuh dari kerosakan. Selain boleh melindungi dari akibat kelebihan vitamin A dan melindungi vitamin A daripada kerosakan, vitamin ini juga boleh melindungi haiwan daripada akibat pelbagai ubat, bahan kimia, dan logam yang menyokong pembentukan radikal bebas. 
  • Mempunyai peranan yang sangat penting dalam menjaga, meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mencegah proses penuaan, melindungi kulit dari kerosakan akibat radiasi sinar ultraviolet, serta mempercepat proses penyembuhan luka.

Vita-E Complex Shaklee Untuk Keperluan Vitamin E 

Formula vitamin E Complex Shaklee merupakan salah satu herba terbaik dari Shaklee yang semakin menyempurnakan manfaat vitamin E. Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee adalah kerana ia merupakan vitamin E yang lengkap di pasaran saat ini yang dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E. 

Vita-E Complex Shaklee mengandungi tambahan Selenium semulajadi dan ekstrak grapeseed untuk meningkatkan penyerapan vitamin E ke dalam tubuh. Jadi Vita-E Complex Shaklee bukan sekadar makanan tambahan vitamin E tetapi juga membantu mempercepatkan penyerapan ke dalam tubuh kita sehingga memberikan hasil lebih cepat dan lebih maksimum. 




Untuk menghasilkan 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam. Bolehkah anda memakan dalam jumlah di atas setiap harinya? Sudah tentu kita tak mampu untuk menghabiskan kuantiti yang banyak sebegitu setiap hari. Disitulah letaknya keistimewaan Vita-E Complex Shaklee, Cukup mengambil 1 kapsul Vita-E Complex sehari, setara dengan mengambil makanan pelbagai di atas, kerana setiap 1 kapsul produk ini mengandungi 400 IU sumber vitamin E semulajadi dan 10 mcg Selenium untuk menyokong keberkesanan manfaat vitamin E


Pelbagai Manfaat Vita-E Complex Shaklee 

  • Sebagai Anti-oksida yang kuat untuk mencegah penyakit kanser dan penyakit kardiovaskular.
  • Mencegah Penyakit jantung 
  • Menurunkan tekanan darah 
  • Meningkatkan pengeluaran air mani untuk kesuburan lelaki 
  • Anti penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari boleh melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ia mampu mengembalikan tekstur kulit dan tona muka 
  • Merangsang rambut menjadi lebih sihat dan mencegah keguguran rambut 
  • Memperbaiki parut, bengkak dan ulser kulit. Boleh disapu terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut. 
  • Mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. 
  • Mencegah keguguran 
  • Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok 
  • Memperbaiki arthritis dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer 
  • Meningkatkan Kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. 
  • Memperbaiki peredaran darah dan rangkaian 
  • Membantu dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara 
  • Merawat buasir, vericose vein dan sakit sendi 
  • Meningkatkan prestasi atlit dan mengendurkan otot kaki dari simpulan 
  • Memelihara pembekuan darah yang normal untuk penyembuhan luka yang cepat 
  • Mencegah penyakit katarak, dll. 
  • Meningkatkan keupayaan seksual dengan memberikan oksigen yang lebih.


Order Vita-E Complex Shaklee.


Harga: RM149 (120 kapsul) 


Bila anda dah selesai membeli Vita-E Complex Shaklee, jangan lupa hubungi saya untuk panduan serta jadual pengambilan.  Jadi apalagi yang anda tunggu, kesihatan memang mahal, tetapi jauh lebih mahal kalau anda sakit dan tidak sihat !!!



Untuk sebarang pertanyaan juga pembelian, hubungi:
Diyana Atan
019-6976889

COD di kawasan:
Taman Puncak Jalil, Equine Park, Lestari Perdana, Putrajaya
KLIA & KLIA2

Thursday, October 9, 2014

Vitamin E Pulihkan Perokok

Sebagaimana diketahui umum, merokok boleh merosakkan jantung. Jika anda ingin berhenti merokok ianya adalah usaha yang paling baik untuk mengelak penyakit jantung. Mengambil vitamin E selepas berhenti merokok boleh mempercepatkan pemulihan kesihatan jantung. 

Tahukah anda, untuk memulihkan kembali jantung bekas perokok mengambil masa selama satu dekad agar jantung kembali menyerupai jantung bukan perokok. Satu dekad bersamaan sepuluh tahun. Waktu selama ini diperlukan agar kerosakan yang berlaku akibat keradangan hilang dan saluran darah kembali anjal. Maka, dalam usaha mempercepatkan proses pemulihan ini, para penyelidik dari Ohio State University memfokuskan kajian mereka terhadap penggunaan vitamin E yang merupakan vitamin antioksidan. 

Richard Bruno (sila klik), seorang profesor nutrisi dari Ohio State University mengatakan bahawa vitamin E berfungsi sebagai aktioksidan yang cukup berkesan untuk perlindungan terhadap lemak yang boleh merosakkan tubuh. Bruno dan rakan sekerja, menrekruit seramai 30 orang perokok yang mula merokok sejak usia 20-an dan menghabiskan paling sedikit 1 kotak rokok sehari. Semua perokok tersebut berhenti merokok selama seminggu dan 16 subjek mengambil 500mg vitamin E setiap hari yang dinamakan tocopherol. Penyelidik menggunakan tocopherol kerana sumber vitamin E ini boleh didapati pada kacang-kacangan dan soya.

Pada awal dan akhir kajian, penyelidik memeriksa darah subjek untuk melihat tanda-tanda keradangan, fungsi dari pembuluh darah dan keelastian urat menggunakan ultrasonografi pada arteri di tangan. Selepas seminggu, pada subjek didapati peningkatan fungsi pembuluh darah sebanyak 2.8%, manakala bagi kumpulan yang mengambil vitamin E peningkatan itu ditambah menjadi 1.5%. Walaupun kajian ini hanya sebentar dengan subjek yang sedikit, para penyelidik berpendapat bahawa peningkatan 1% fungsi vaskular dapat menurunkan risiko penyakit jantung sebanyak 13%.

Bruno berpendapat "Pada akhirnya semua orang yang merokok harus kita pujuk untuk berhenti merokok, dan apabila kita boleh mengangkat isu bahawa berhenti merokok boleh mengurangkan risiko penyakit jantung, maka kesan itu dapat memberi kesan terhadap pandangan kesihatan awam".