Friday, April 15, 2011

Nak baby girl!!

Tetiba aku rajin menggoogle topik ni, "Petua mendapat anak perempuan." Status smalam kat fb pun tajuk yang sama. Ya Allah, murahkanlah dan mudahkanlah rezeki aku untuk menimang cahaya mata perempuan! AMIN!!! (tolong aminkan sama ya. Manalah tahu termakbul! Huhu). Ni kes dok borak ngan member lama, yang sama kes ngan aku. Dia tengah pregnant anak ke tiga. Dah 7 bulan dah. Dua yang atas anak lelaki. Dia kata scan 3D nampak jelas dan nyata baby girl! Seronok yang amatla member. Aku plak tetiba macam sexcited dan bersemangat nak ngandung lagi. Nak jugak dapat anak perempuan. Rasa macam nak EL tang-tang tu jugak. Nak balik umah nak berdua-duaan ngan Mr.Peja. Muakakakaka. Tapi bila dihitung2 kalau buat projek time ni, hasil kutipan dijangka pada bulan Januari, 2012. Awal sangat. So, postpone la dulu. Maybe ujung2  tahun sket kut, dalam bulan August or September baru menjimakkan  menjebakkan diri secara serius. Nanti boleh kutip hasil on May or June next year! Hak hak hak. Timing kena baik punya! Macam2 petua jumpa..yang tak leh blah komen member aku lam fb. Dia kata masa nak buat ehem2 ko pakai tudung! Mangkuk betul! Terburai perut aku gelak! Kalau google tu adela macam2 petua yang ko dapat. Nak ngan tak nak ikut jela. Antaranya:

Tips 1
info dari Dr Ismail Thambi, katanya:
untuk dptkan anak perempuan, isteri cuci kemaluan dengan lactacyd (feminine hygiene yg berasid.. kat farmasi biasa ada jual) masa waktu subur sebelum bersama suami (waktu subur dikira dari hari pertama haid hingga hari ke 14 pada kebiasaannya - kena kira sendiri sbb setiap individiu lain waktu suburnya) sebabnya keadaan vagina mustilah ph lebih berasid utk menggalakkan sperma X (utk dpt baby girl) lebih aktif.
* Sumber: Melayu.com

Tips 2
Ini petua drpd kawan. Insyaallah...kita cuma merancang tapi Tuhan yang menentukan. Waktu bersama dgn suami, pastikan kita mengiring sedikit sebelah kiri dan selepas bersama pun pastikan mengiring sebelah kiri. Secara scientificnya tak pasti sebab apa tapi yg pasti saya dah mencuba. Alhamdulillah....dengan izin Tuhan saya baru sahaja dapat baby girl umur 5 bulan. Dayana Batrisya diberi nama.
Sumber: Melayu.com


Tips 3:
Untuk mendapatkan anak perempuan, suami hendaklah membaca ayat berikut (di dalam hati) ketika kemuncak syahwat, iaitu ketika air mani terpancut keluar.

Maksudnya: Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.
*Sumber: pakarhowto.com

Sebenarnya apa2 pun bagi aku doa pada yang Maha Pencipta yang penting. Dengan Dia kan kita nak minta semua tu. Dia yang berhak nak menentukan, dapat girl or boy. Kau ikutla petua bagai, tips segala..kalau dah Qun Fayaqun..maka jadilah ia. Kita sebagai hamba, terimalah seadanya dengan redha. (aik, ayat cam pujuk ati je Mek? Muakakaka)


Cak?!

Berhari-hari (konon) menyepi dari dunia cyber, hari ini haku menjelma kembali. Cak! Cak! Cak! Biasala, kalau jadi jusa kenala pegi kursuskan, untuk meningkatkan lagi kemahiran la konon. Muakekeke. Ade orang nak terkentut ke dengar kenyataan haku ni? Silakan!!! Kursusnya tiga hari je..kat INTAN Jalan Elmu je pun. Bukan jauh nau. Tapi saje nak berlagak, nak bagi tau uolls. Dapatla tiga hari berkursus. Empat hari lagi ni, mana nak cekau! Aku drive sorang2 wokey! Very the adventure! Hari pertama tak bukak aircond. Tangan sejuk beku! Dah lama wei tak drive sendiri. Berdebau-debau jantung! Slalunya aku jadi mam besor kat sbelah. Silang panggung siap tido kroh kroh lagi. Kali ni sendiri bawak, nempuh jam area PJ nun segala. Udahle bawak kreta manual. Memang kejang kaki kiriku. Hadoi, seksa!! Dah kluor awal pun sangkut jugak! Hari kedua ngan ketiga aku dah boleh marah2 lagi dalam kreta kalau orang lain bawak lembap. Memang aku suspek respek la ngan tahap kesabaran manusia2 yang tempat kejenya sentiasa kene tempuh jam super duper. Memang dia orang ni kuat! Kuat sebab sentiasa sabar. Untung rasanya keje kat Putrajaya. Stakat sesak2 manja secoet time nak masuk opis tu kira ok la. Syukran alhamdulillah.

 6.30am, dah sesak! Ni kat jalan nak kluor dari Puncak Jalil


 Tempat kejadian: Depan Giant Kinrara. Hari2 sesak



 Kursus ringan2 je. Huhu, kasik rilek otak sket


Sesi penamaan calon tok penghulu & penghuluwati


Hehehe..saya dah dapat 3 hari berkursus!

Thursday, April 14, 2011

Pekan sehari Kuala Besut

BESt + UTama = BESUT! Daerah kelahiranku di Terengganu. Tak tahula tu cerita dongeng ke mende tapi cerita tu aku dengar dari cikgu aku masa skolah rendah dulu. Kononnya Besut ni daerah yang utama sebab dekat ngan sungai. Jadi banyak aktiviti perdaganagn bagai berlangsung di daerah ini, dan Besut juga best sebab macam2 ada!! Bila digabungkan dua perkataan tu maka terlahirlah perkataan Besut tersebut. Hehehe. Kelas Sejarah ke kita arini..? Layankan aje! Sebenarnya aku nak menyebarkan dakyah info pasal Pekan Sehari Kuala Besut. Terletaknya di negeri Terengganu di dalam daerah Besut. On setiap hari Jumaat. Hari Senin pun ade jugak tapi kureng meriah. Bermula seawal jam 7.30 pagi hingga ke tengah hari sebelum Jumaat. Tapi kita worang slalu gi awal uolls. Nak rebut parking. Ngenge. Best woo gi sini. Semua barang murah! Sape2 yang berkenan, sila lah pergi ke Besut ye. Macam2 transportation ada. Boleh naik bas, katerbang, keteapi pun boley! (nak mintak elaun promo la kat wakil rakyat! hau hau hau!)


Peta Besut

 Sama tak muka kita worang..? Sama kan?? 98.9% mengatakan aku klon Mak Incik! 


 Adikku...Aini yang sweet ajer. Yang gedik tu sorang lagi.


 Tu dia, sayur segar bugar! Terbaek dari kebun!


 Ini, kalo kat KL sebijik mau tiga empat hengget kan? Kat sini ko tau brapa? 
Singgit je dik non oii!


 Deretan kuih muih yang aku rindu!!




Tengok tu, Mak Incik sedang menjalankan upacara tawar menawar, walaupun harga dah murah bagi aku. Barula meriah urus niaga.


 Pilih2...lima hengget je


 Lambakkan kain! Berpinau biji mata nak milih


 Cak?! Huhu


 Apong pisey!!! Terbaek dari Besut!


 Apong pisey ado..apong telur pun ado. Yang penting semua sedak2 blako!


 Mak Incik sabar menunggu apong siap dimasak


 Kita tenyeh2 sket adunan ni
 Pastu kita tabur2kan pisang sket..


 Tadaa!!! Marbeles!! Sape2 yang terliur cecepat cari tiket gi Besut. KL takde mende ni

Friday, April 8, 2011

Laici Susu Ais

Harini aku terlebih rajin, jadi apa lagi..pulun update blog la! Bukan ape nyah, kalau kat umah tu line broadband CELCOM macam WATERPARK and PUKiMON!!! So, tu pasal aku bantai update kat opis je. Semestinya aku taram n pulun abes2an update blog apabila semua urusan tugas2 hakiki selesai ye! Boss, taun ni saya dapat APC eh?? Hauhauhau. Cita2!!! Wonggeh, berbalik kepada tajuk entry, aku mula ketagih air ni bila diperkenalkan oleh Cik DeBab Darknesz, adikku yang gediks ni time aku balik kampung aritu. Sekali rasa cam gian seh!! Last2, dah tak larat nak beli kat kedai, aku try buat sendiri, dan eksperimenku menjadi!! Hoyeh!! Hoyeh!! Senang je nak buat. 

Bahan2 yang ko perlu ada ialah:
 * Laici
* Susu pekat manis
* Susu Cair
* Air Masak
* Ais

Cara2nya:
* Tuangkan sedikit air laici ke dalam cawan
* Buh skit susu pekat (sesuka selera korang)
* Buh sikit susu cair (sesedap pasa korang)
* Buh air masak sket
* Buh ais sebanyak mana korang nak

SIAP! Selamat mencuba!

 tadaa!!!

Inside the womb

Duk godek2 album lama dalam lappy, tetiba terklik gambor ni. 

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Menguap!


Genyeh idung...



Genyeh mata...


Menggeliat!

!! IMAN, 7 months inside my womb !!

Bukit Tinggi Part 3

Day 3
29 January 2011

Pagi2 macam biasalah, breakfast kat hotel. Main menu masih sama...nasi goreng, disamping beberapa menu yang lain. Layan kan ajela, janji perut kenyang. Hari ni, kami nak ke Danau Maninjau melalui 44 kelok. Ko tau ape itu kelok? Kelok tu jalan bengkang bengkok macam ulau kene palu! Uwekk!!! Tapi Maya Kaya Allah, bila tengok pemandangan yang superb kat sini, hilang rasa sakit kepala, timbul rasa jatuh cinta. Subhanallah...dalam brutal aku sempat bertasbih! Cantik sangat2 uolls. Aku tak tahu nak describe macam mana. Sampai kat Maninjau, kami singgah di Rumah Kelahiran Buya Hamka. Korang kenalkan siapa dia ni? Beliau merupakan seorang penulis dan ulama terkenal di Indonesia. Tapi aku tak amik gambar kat sini bukan kerana aku tak suka ngan sejarah lama, tapi ini semua adalah disebabkan BATERI KAMERA HABIS!!! Rasa rindu sangat2 kat tempat ni. Rasa macam Danau Maninjau memanggil2. (skarang jugak aku skodeng tiket AA kalau2 ada promosi ke Padang. Wihee!!). Agaknya aritu rezeki kami semua, awan tak menutup tasik, so memang clear boleh tengok sepuas2nya! Next time gi kene stay kat Nuansa Maninjau Resort satu malam. Baru lepas gian! Saje aku kasik X-tra Large gambau tasik ni, bior puas hati aku! Huhuhu..lalala.





 Liuk lentok posing aii...

 Cepat tahan kentut masing2 ye tengok muka gedik ini! 

 Ni pulak tempat sangkar ikan. Tak berkesempatan nak p situ. Kalau idak lagi la marbeles!

Tengok warna air..ada dua warna kan? Kata Pak Tony yang warna cerah sikit tu terjadi akibat dari sulfur yang naik ke permukaan. Katanya la..

Hari ni aktiviti tak padat sangat. Dari Danau Maninjau kami kembali ke Bukit Tinggi. Lepas tu leisure time kami semua. Takde terikat ngan program yang di aturkan Pak Tony. So, lepas balik je dari Danau Maninjau, semua pakat pulun gi tawaf Pasar Atas sekali lagi, last kopek punya. Esok pagi2 dah nak balik KL. Time ni la membeli bagai nak rak. Skill tawar menawar semua pakat tunjuk. Maghrib, kami balik hotel. Selesaikan semua urusan tergendala lepas tu untuk dinner kitaorang makan Pecal Lele. Tapi memandangkan kameraku dah abes bateri, so tak dapekla nak menepek gambo. Harap maap. Nanti aku ushar ngan McNa. Malam, apa lagi, upacara kemas beg arr. Sumbat segala hasil borongan, bagai nak pecah beg sorang2. Nasib baik tak lebih berat. Kalau tak, cukur semua bulu yang ada buat bayor yang terlebih tu. Hauhauhau.

P/S: Ingat2 la sambar charger camera ye Mek bila lain kali ko nak bervacation bagai!

Day 4
30 January 2011

Seawal jam 2 pagi dah bangun. Siap2 segala, pergi ke cafe hotel untuk amik bekal breakfast. Lepas tu naik coster menuju ke Padang. Sambung tido kroh2. Sampai di Bandara lebih kurang jam 7.00am W.I.B. Flight kami AK471 akan berlepas dari Minangkabau International Airport pada jam 8.30am W.I.B dan alhamdulillah, kami semua selamat sampai di LCCT pada jam 10.40am waktu Malaysia. Selesai sudah hutang aku pasal entry ke Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia ini.


Bukit Tinggi Part 2

Day 2
28 Januari 2011

Huhu, pagi yang cerah kini sudah tiba! Hoyeh! Kitaorang semua pulun breakfast kat hotel. Menu nasik goreng. Boleyla derr. Dalam jam 8 pagi W.I.B, Pak Tony ganteng dah ready menunggu kat lobi hotel. Acara seterusnya ialah menuju ke Sulaman & Bordiran Hajah Rosma. Mengikut cerita Pak Tony, Hajah Rosma dulunya seorang guru. Memandangkan jaman dulukan susah, ramai penduduk tak mampu nak hantar anak ke sekolah, maka Hajah Rosma ni pun terfikir satu cara yang boleh menyumbangkan pendapatan kepada warga kampung. Kebetulan, Hajah Rosma ni pandai menyulam. Jadi, dia ajar anak2 gadis kampung dia dengan kepakaran yang dia ada. Sebab tu Hajah Rosma ni sangat terkenal di seluruh Indonesia kerana jasanya yang telah disumbangkan untuk memajukan kampung dia. Famous sangat, sampaikan program Nona kat TV3 tu pun pernah buat liputan sampai ke sini. Tapi of coursela, harganya bisa cecah ribuan Ringgit ya buk! Bukan Rupiah tau! Huhu 
 


Inilah tokey besarnya, Hajah Rosma. Masih sihat lagi.

Tengok sulamannya, halus sekali!

Huhu..boleh pandang-pandang je la, nak beli den tak mampu

Ok, sesudah menjamu mata kat Sulaman & Bordiran Hajah Rosma, kita orang gerak2 khas menuju ke Perusahaan Kiniko, tempat buat kerepek pisang n kopi di Batu Sangkar. Dapatla tengok macam mana depa buat pisang salai. Best woo..rangup2! Kat sini, kita boleh minum  air kopi or teh free je tau. Korang nak balun minum sampai kembung pun takpe.  Pekene kopi atau teh ditambah pula dengan pisang salai yang panas2 dalam cuaca dingin, pergghhh..marbeles!! Kat sini, cuacanya sejuk! Macam kat Genting wokey. Kalau bercakap memang keluar asap. Udahla sejuk, pemandangan pulak..hijau je. Sehat betul mata aku kat sini.



Tengok orang tengah packing pisang salai

The pisang salai

Sila duduk ye tuan2 sekalian. Sambil jamu mata, sambil2 jamu perut

Jangan terkentut ye bila tengok muke kegedikkan gadis berdua ini. Uuhuhu

Tengok tu uolls, hijau je. Betul2 segar mataku duk di Bukit Tinggi ni


Lepas layan krepek pisang, minum kopi dan of course la posing maut bagai kat Kiniko tadi, maka perut pun sudah menggelegak minta diisi.  Stakat kerepek pisang je kan. Mana nak tahan beb. Perut aku ni perut jati nak kene masuk nasik. Barulah complete hariku.  Kali ni Pak Tony bawak kita orang memuaskan napsu makan kat Restoran Pondok Flora. Restoran ni kat tengah2 sawah. Best woo, feel makan sambil dibuai2 angin sawah. Huhu. Time ni aku lupa apa itu maksud OPIS!




Agak2 ko dah kenyang, ko bagi pulak ikan2 ni makan.

Jus sirsak a.k.a Durian Belanda

Wonggeh, perut sudah kenyang, moh kita sambung perjalanan ke Istana Pagar Ruyong. Istana ni now buat syarat je. Tiga kali bina, tiga kali di sambar petir. Apa pasal kerap disambor petir, aku pun tak tahu. Kita orang stop sekejap je, untuk apa tuan2 sekalian? Haruslah untuk posing!! Huhu
 
Konon2 Pak Tony cakap stop kejap je ye. 10 minit cukup. Haram jadah 10 minit. Last2 stengah jam jugak kita orang jadi model terhormat kat sini


Pak Tony yang sabor menunggu kami berposing. Sorry ya pak!

Bila masing2 dah selesai dengan style posing maut mengancam, perjalanan diteruskan lagi menuju ke Tasik Singkarak. Dengan keluasan 107.8 kilometer persegi, ia merupakan tasik yang terbesar di Sumatera Barat. Jalan nak menuju ke tasik ni macam ular kena palu. Kalau korang yang jenis tak tahan, siap2kanlah plastik dengan minyak cap kapak bagai wokey. Kang pening2 ke or nak termuntah ke adela yang boleh ditadah dan mende berangin skit yang nak dicium buat ilang mabuk. Pastu, kitaorang singgah di Pandai Sikek, kerajinan membuat songket dan ukiran kayu.



Tasik Singkarak


Ni kat Pandai Sikek di Batu Sangkar

View kat blakang kedai di Pandai Sikek. Sejuk ye tuan2 sekalian kat kampung ni

Another superb view at Pandai Sikek, Batu Sangkar

Ok, bila dah membuat sedikit (sikit je ye) borongan kat Pandai Sikek tadi, kita orang pun menuju balik ke Bukit Tinggi. Time ni dah petang dah. Energy pun dah tak berapa nak banyak. Masa dalam coster blasah tido sampai terteleng2 kepala. Huhu. Tapi bila sampai je kat Ngarai Sianok, segar balik mata. Ngarai ni dekat bebenor ngan hotel kita orang. Jalan kaki dalam 20 tapak je kut sampai la kat hotel. Kat ngarai ni ada kubu Jepun jaman dulu2 punyer, atau dalam bahasa Indonnya disebut Lobang Jepang. Korang boleh la masuk lobang ni mengintai sejarah lama, macam mana rakyat tempatan kene seksa ngan Jepun. Tapi aku ngan McNa tak berani masuk. Kitaorang mestila masuk lobang lain! Lobang membeli belah! Huhu. Kat sini pun ade deretan kedai jugak. Boleh la korang buat terapi kat sini. Dah dekat Maghrib, kita orang menapak je ke hotel. Selesai semua urusan,malam tu kami makan di restoran tempatan. Gambo nanti aku try kodek ngan McNa sebab malam tu aku tak bawak kamera sebab nak jimatkan bateri yang ade. Aku lupa bawak charger camera daa..
Kalau Amerika tersohor ngan Gran Canyon, Indon pulak terkenal ngan Sianok Canyon


Ni la 'lobang' yang kami terjah! Deretan kedai yang setia menanti


  Huhu..tempat terapiku!!