Friday, April 15, 2011

Nak baby girl!!

Tetiba aku rajin menggoogle topik ni, "Petua mendapat anak perempuan." Status smalam kat fb pun tajuk yang sama. Ya Allah, murahkanlah dan mudahkanlah rezeki aku untuk menimang cahaya mata perempuan! AMIN!!! (tolong aminkan sama ya. Manalah tahu termakbul! Huhu). Ni kes dok borak ngan member lama, yang sama kes ngan aku. Dia tengah pregnant anak ke tiga. Dah 7 bulan dah. Dua yang atas anak lelaki. Dia kata scan 3D nampak jelas dan nyata baby girl! Seronok yang amatla member. Aku plak tetiba macam sexcited dan bersemangat nak ngandung lagi. Nak jugak dapat anak perempuan. Rasa macam nak EL tang-tang tu jugak. Nak balik umah nak berdua-duaan ngan Mr.Peja. Muakakakaka. Tapi bila dihitung2 kalau buat projek time ni, hasil kutipan dijangka pada bulan Januari, 2012. Awal sangat. So, postpone la dulu. Maybe ujung2  tahun sket kut, dalam bulan August or September baru menjimakkan  menjebakkan diri secara serius. Nanti boleh kutip hasil on May or June next year! Hak hak hak. Timing kena baik punya! Macam2 petua jumpa..yang tak leh blah komen member aku lam fb. Dia kata masa nak buat ehem2 ko pakai tudung! Mangkuk betul! Terburai perut aku gelak! Kalau google tu adela macam2 petua yang ko dapat. Nak ngan tak nak ikut jela. Antaranya:

Tips 1
info dari Dr Ismail Thambi, katanya:
untuk dptkan anak perempuan, isteri cuci kemaluan dengan lactacyd (feminine hygiene yg berasid.. kat farmasi biasa ada jual) masa waktu subur sebelum bersama suami (waktu subur dikira dari hari pertama haid hingga hari ke 14 pada kebiasaannya - kena kira sendiri sbb setiap individiu lain waktu suburnya) sebabnya keadaan vagina mustilah ph lebih berasid utk menggalakkan sperma X (utk dpt baby girl) lebih aktif.
* Sumber: Melayu.com

Tips 2
Ini petua drpd kawan. Insyaallah...kita cuma merancang tapi Tuhan yang menentukan. Waktu bersama dgn suami, pastikan kita mengiring sedikit sebelah kiri dan selepas bersama pun pastikan mengiring sebelah kiri. Secara scientificnya tak pasti sebab apa tapi yg pasti saya dah mencuba. Alhamdulillah....dengan izin Tuhan saya baru sahaja dapat baby girl umur 5 bulan. Dayana Batrisya diberi nama.
Sumber: Melayu.com


Tips 3:
Untuk mendapatkan anak perempuan, suami hendaklah membaca ayat berikut (di dalam hati) ketika kemuncak syahwat, iaitu ketika air mani terpancut keluar.

Maksudnya: Dia (ALLAH) mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.
*Sumber: pakarhowto.com

Sebenarnya apa2 pun bagi aku doa pada yang Maha Pencipta yang penting. Dengan Dia kan kita nak minta semua tu. Dia yang berhak nak menentukan, dapat girl or boy. Kau ikutla petua bagai, tips segala..kalau dah Qun Fayaqun..maka jadilah ia. Kita sebagai hamba, terimalah seadanya dengan redha. (aik, ayat cam pujuk ati je Mek? Muakakaka)


5 comments:

Adila Khairy said...

"untuk dptkan anak perempuan, isteri cuci kemaluan dengan lactacyd" i mmg suke lactacyd ni, dan mmg guna sebelum pregnant dlu, kekeke... maybe this is the reason why i got a baby girl... hehe :)

Cik Mek said...

Harus balik ni terus singgah farmasi! Hak hak hak!

Adila Khairy said...

hehehehe.... :)

dee, thanks so much sbb sudi mari rumah ore kelmarin deh... hehehe nnti jemput singgah lagi deh... :))

thanks...

Cik Mek said...

Ngengenge...beres!! Nati wat la makan2 lagi (asyik nak makan ajer), sepantas kilat daku sampai. Kut2 nok suruh jadi jong kako pun bila2 daku sudi ajer! No problemo!

Cik Mek said...

Kut esok luso ore pulok wat makan2, nati ore jemput along pulok!

Post a Comment