Wednesday, June 1, 2011

Big surprise!!

Salam uolls. Harap semuanya sihat sejahtera di dalam rahmat Allah yang Maha Esa. Hari ni, bertalu-talu message dalam FB masuk. Melimpah ruah mak punya wall, nyah! Tiap-tiap second masuk update. Semua pakat duk ucap selamat dan mendokan haku dimurahkan rezeki (AMIN!!!), dipanjangkan usia (AMIN!!!), mendapat kebahagiaan bersama keluarga tercinta dunia akhirat (AMIN!!!). Tak kurang juga yang mendoakan aku dapat baby girl (yang ni paling kuat skali AMIN!!!) Semuanya gara-gara tarikh keramat 1 Jun. Huhuhu, hari ni BIRTHDAY aku! Dalam tiap-tiap tahun birthday, rasanya tahun 2011 ni lah yang paling special, sebabnya...ehem-ehem

*

*

*

*drum rolls*

*

*

*

 Tadaa!!!!


Aku dapat bunga ros ngan sekeping kad chenta dari Mr.Peja!!! 
HIP HIP HOOREY!!!!


Muka gedik dapat bunga! Miahaha

Huhuhu, betul uolls. Tak pernah-pernah Mr.Peja nak beromantikus macam gini rupa seh. Memang dia tergolong dalam golongan suami-suami yang kureng romantik. Tahun-tahun sudah takat celebrate ngan kek je. Pastu makan-makan. Tak pun beli kuaci layan DVD kat umah. Tahun ni lain pesen pulak. Siap antor bunga bagai. Suspender aku kat opis tadi. Tetiba ade Apek muda datang kata mau jumpa sama itu Miss Diyana. Memang kojutan bosar eh! Huhu, terkulat-kulat aku amik bunga tu! Ahaks! Mak suka! Mak suka!! Thank you so very much my dear darling Mr. Peja. I lap yu! Akhirnya awak buat jugak surprise kat saya eh? Huhu, sekali sekala beromantikus memang best!

Sunday, May 29, 2011

NAIMAN di Hari Himpunan Sejuta Belia 2011

Pagi tadi aku tumpang si Iman kat umah Mek Elly, mintak bibik jagakan jap. Habis je nasyid, berpulun aku balik ke umah. Udahle semalam seharian tinggalkan hero2 Malaya aku dengan bapak hero. Dari awal pagi sampai pukul 6 petang der. Ntah apela bapak hero bagi makan kat hero2 Malaya aku tu.  Hari ni pulak pukul 1 baru sudah majlis. Dekat pukul 2 jugak la aku sampai ke rumah. Kerana nak mengambil hati bapak hero yang dah ditinggalkan seharian setengah menjadi baby sitter, so we decide untuk keluar makan since bapak hero pun berpuasa sepagi dan setengahari tu. Plan asal nak makan kat IKEA. Walaupun badan aku letih2, tapi demi keluarga aku gagahkan jugak (kalo dapat bantal ni sodap ni membuta!) Sekali dah lepas 1Utama, simpang nak masuk ke IKEA, tu dia...bersusun kereta. Tak jadi makan sana, tukar plan makan kat RASA, Alamanda. Menu biasa2 je. Aku baham nasik campur, Mr.Peja ngan Naim blasah Chicken Chop with Cheese. Harap mahap, gambor tak sempat snap sebab lapau bebenor. Dapat makan tengahari merangkap brekpes merangkap dinner pada jam 5 petang wokey!!


Lepas mentekedarah sepuasnya, aku ngajak Mr.Peja gi kat Perhimpunan Hari Belia kat depan opis aku tu. Mr.Peja standard la, kalau kat tempat ramai orang berhempet2 ni takdenye nak pegi. Aku pun ape lagi, guna arr kuasa pujuk rayu menggoda bagai...muakakaka. Hasilnya..?? Memang berhasil uolls!! Tapi masa tu pun dah pukul 6 petang. Kalo tengahari tadi takde maknanya aku nak membasahkan ketiak segala kat situ. Jomla singgah jap, kata Mr.Peja! Hau hau hau. Suka mak!!

Destinasi pertama, jom naik heli!!!


Terhuja betul nengok si Naim konon2 dapat bawak heli. Duduk kat pilot seat lagi!


Naim tak bagi can langsung Pak Aji tu nak skodeng. Muakakaka


Tabik hormat, Tuan!!!


Huhuhu, NAIMAN
 
Sila beri laluan, ASP Iman nak jalan nih!


BEST UMMI!! Naim suka naik ni. Syahdu aku dengor Naim sebut berkali2 suka, best! Nampak nau semalam ko boring duduk ngan abah kau ye.



Peace uolls!


Aku memang suka gi kat tempat ni. Best woo tengok abang2 Ashkar punya barang pameran. Ko nak cakap aku jakun pun silakan. Memang aku jakun nengok kreta kebal ni. Ko ade nampak kreta kebal hari2 atas jalan? Ade? Sape yang tak ngaku jakun tu yang jakun sebenarnya. Muakaka




...dan gambar yang paling aku suka...

*

*

*

*drumm roll*

*
*

*
TADAA...NaIman di atas kereta perang!

Kisah nasyid lagi

Salam uolls semua. Harap uolls semua sihat sejahtera hendaknya. Lama betul tak bukak tingkap blog ni. Huhu, biasalah nyah. Kalau mak bizi korang pempaham la ye. Uolls ingat lagi tak aku masuk nasyid? Aler, yang kata untuk program Hari Belia tu? Ingatkan? Kalo tak ingat uolls skodeng SINI kasik refresh balik. Sengaja menjebak dan menjerumuskan diri sebab nak baju free punya pasal, tak sangka wei masuk separuh akhir. Berentap pulak dengan 14 kumpulan belia seluruh Malaysia. Hadoi! Sakit! Nebes yu!! Pertandingan separuh akhir berlangsung kat Dewan Seri Wilayah, Menara PjH, Presint 2 Putrajaya. Depan opis je. Dengan baju oren menyala dan tudung bling2 lintas jalan. Huhuh, seb baik berjemaah 10 orang! Kalau aku sorang, kim salam la jawabnyer!!


Ni last rehersal kat opis 



JKDM antor 2 team. Team aku nama Nur Qaseh. Motif bagi nama ni sebab semua pompuan. Malas nak pikir lelebih, kebetulan pulak masa tu cerita Nur Qaseh baru masuk panggung, so dari situlah terbitnya nama kumpulan ni. Satu team lagi nama Iltizam. Team Iltizam terdiri dari 5 lelaki dan 5 perempuan. Maka, berentaplah kami bersungguh2 (ye ke??) pada hari pertandingan separuh akhir tu. Kompem dapat tempat last sekali. Ya Allah uolls, team lain best2 woo. Siap ade harmoni lagi. Aler, yang macam dengar dalam CD tu, ade suara kecik besor halus bagai tu. Perghh. Team kitaorang penuh dengan gaya. Gaya je lebih, kekuatan suara? Bawak ke laut! Muakeke. Tapi, kalau dah nama rejeki kan? Huhu. Nur Qaseh dapat masuk final weii!!! Tercengang masing2 bila juri umum nama team weolls! Memang mimpi di siang harikah? Salah dengar nama kumpulankah? Hohoho. Ye, Nur Qaseh layak ke peringkat akhir!! TAHNIAH kawan2.
 


Iltizam & Nur Qaseh

Untuk peringkat akhir pulak, venuenya adalah di Pentas Utama berhadapan dengan Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya. Sebelah opis je. Perasaan? Masa ni perasaan berdebar tu dah takde sebab dari 14 team yang bertanding semalam, hanya 3 kumpulan sahaja yang layak ke peringkat akhir. So, kompem tempat ketiga milik kami.

Ni pentas final

Yeazza. Kan dah kata, memang Nur Qaseh di tempat ketiga!
Apa pun tahniah untuk semua. Dapat 1K wei! Mana nak carik. 
Harap maklum, 1K dibahagi 10 orang wokey.

O yeah! Dengan cenderahati dan PIALA kemenangan.
Huhu, dari sesaje nak baju free akhirnya dapat tempat ketiga! Cayalah!! 
Berbakat jugak ek weolls ni!


Pemenang tempat ketiga dan JOHAN Pertandingan Nasyid Hari Belia dari
IKBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang membawa pulang wang kemenangan sejumlah
5 riban! (dan dan semua akak2 kat blakang tu nak jadikkan ko adik angkat! Muakeke)


TAHNIAH dan syabas kepada semua. S E K I A N

p/s: ucapan JUTAAN terima kasih yang tidak terhingga kepada tenaga pengajar kami iaitu Cikgu Arif yang tak jemu2 datang ke JKDM berhari-hari lamanya untuk menyumbangkan khidmat dan kepakaran beliau kepada kami. Terima kasih Cikgu Arif! SAYANG cikgu!!

Tuesday, May 24, 2011

Red Velvet Cake

Pergh...tajuk, tangkap leleh! Ni Mek Elly la punyer pasal. Aritu dia bagi tau, staff dia buat Red Velvet Cake, makan2 kat opis dia. Boleh plak dalam Facebook dia tag nama aku skali kat cake tu! Kureng hasam tul! Kalo ajak aku makan skali baru betull! Mek Elly ni tabiat dia, suka masak mende2 yang mencabar (bagi aku yang pat tahun skali masuk dapur memang mencabar siot). Dia suka buat kapkek, muffin, n macam2 lagila. Kali ni dia skodeng dalam internet, ceduk resipi Red Velvet Cake, dan hasilnya...tadaaaaa....

*

*

*

*

*

*

*

Mek Elly punya hasil tangan, jadilah sebijik Red Velvet Cake yang sungguh mengancam.
Jemput telan air liur masing2!

Saturday, May 21, 2011

Nasik Arab, Restoran Saba, Cyberjaya

Sambung balik dari entri Apa Tajuk Mau Kasik. Lepas semua stuju nak makan nasik Arab malam tu, Mek Elly call Restoran Saba kat Cyberjaya nun buat booking untuk 10 pax. Kang gi lenggang kangkung kang, ade yang balik makan nasik mamak. Lepas Maghrib, kita orang terjah Cyberjaya. Pergi 2 kreta tu uolls! Maklumla, 10 orang kan nak makan Nasik Arab. Sesampai je kat sana, weolls dibawak ke level 2. Kalau ikutkan kat bawah tu dah berhimpit dah orang. Seb baik booking dulu.

Inilah 10 pax kami..6 dewasa 4 kanak-kanak, 1 bayi..muakekeke. Beria tu menelaah menu. Mana satu nak order geng? Berpinau bijik mata.


Pak Incik, Aini, Mak Incik


Anak-anak buah kesayangan. Dari kiri: Khadija, Haikal & Sofea


Mak kepada anak-anak buah kesayangan aku, yang juga kakak aku yang konon2 diba terkenal seantero Putrajaya, Mek Elly


Aku order ni...nasik Arab dengan ayam panggang. Valla, sedap weh!!!




Makan time!!! Semua tenkun ngadap pinggan. Rakus betul Mek Elly. Sampai berdiri! 


Berselera Pak Incik makan. Suka! Suka!


Memang puas hatila makan malam tu. Dia punyer ayam panggang wa cakap sama lu..terbaek der! Nasik dia, pergghh...lembut!! Uolls perasan tak? Lagi aku kata nak diet, lagi macam2 menu datang. Dan dan tu jugak la ade orang nak blanje, ade makan2 free kat opis. Huh! Rosak!! Kompem takleh diet ni. Nak tergelak plak bila ingat2 menu diet. Konon nak makan LAUK je yer! Huh! Bawak ke laut la makan lauk jer.

Apa tajuk mau kasik?

Alhamdulillah, semalam Mak Incik ngan Pak Incik selamat sampai ke Putrajaya dari Besut. Datang jenguk cucu2 katanya. Harap maklum, cucu2 aje ye, anak2 takmo jenguk. Huhu. Sampai aje, Mak Incik ngan Pak Incik terus checkin umah Mek Elly, diba terkemuka seantero Putrajaya atau lebih dikenali sebagai kakak aku. Lepas Asar aku pun terjah le ke rumah Mek Elly, nak bawak cucu kesayangan Mak Incik ngan Pak Incik ni kekdahnye. Kemain suka Mak Incik menggomol si Iman. Mana tak syiok, antara lima orang cucu, si Iman yang paling kecik. Mak Incik dah tak kuasa dah nak gomol Naim ngan cucu2 yang lain. Dia punya masam tu, berkepam! Baby punya masam, masam2 sedap!  Malas nak cerita panjang. Layankan aje gambornye.

Sbelum gi umah Mek Elly, tekun dua bradik ni blajor English Education. Beria abang ngajor adik, siap berkerut muka ko Naim. Muahaha

 
Ni dah kat umah Mek Elly. Anak2 aku panggil Mek Elly 'Ibu'. Elleh Iman, menjeling nengok kamera.


Hip hip hoorey!!! Iman pandai pegang cat la!


Berjaya jugak pegang si Snow White! Ini budak kecit tak tahu takut langsung


Muka bahagia Mak Incik...lepak2 kat laman blakang umah Mek Elly


Mak Incik kata ni bunga taik ayam. Eh..?? Cantik der! Mek Elly la ni yang menanam


Lagi taik ayam berkeliaran di laman Mek Elly


Si Snow White yang sungguh menggoda! Jaga kau! Cukup umur, aku suruh Mek Elly kawenkan ko cecepat. Bia dapat anak kiut2!


Lepas lepak2 kat laman blakang umah Mek Elly tu, Mak Incik tetiba plak kata...

Mak Incik: Kalo dapat makan nasik Arab sedap jugak kan?
Aku: Jom! Jom!
Mek Elly: Kat mana wei? Presint 15 adela.
Aku: Ape kelas Presint 15. Kat Cyberjaya arr. Baru mantop!
Jeng jeng jeng

Ikuti kisah Nasik Arab di entri berikutnya. S E K I A N

Friday, May 20, 2011

APC

Hari Isnin lepas kat opis ni ada buat Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) khas untuk mereka2 yang telah berkhidmat dengan cemerlangnya sepanjang tahun 2010. Aku tak dapat APC, dapat jadi Master of Ceremonies (MC) pun takpolah. Ade gak bau2 APC. Muakeke. Master Chef? Wohoo...ke laut la kalau aku yang jadik Master Chefnye! Kat unit aku ni, adela 6 orang yang dapat. So, harini depa2 yang cemerlang ni telah berganding bahu, dan dengan bermurah hatinya blanje makan kita orang satu unit. Huhu, makan free der!! Ape lagi, bedallah!! (bukan ko kater nak diet ke, Mek?) Argghh..pedulikkan diet! FREE tu! Sodap pulak eh! ZaaassSS..skodeng lauk pauk!


Ikan jaket & ikan kembung bakor. Terbaek! (aku bab makan jarang2 nak kater tak best)

Kerabu togey. Sodap!

Ikan masin Kurau masak lomak..valla!!

 
Udang masak sambal. Sebelah tu kari kambing! Perghh..lalok gak aku kejap.

Ulam2 @ dessert

Pelengkap menu: air asam, kicap & sambal belachan


 Nasik dan lauk pauk yang ada dalam pinggan aku, ready untuk disantap


dan lauk lagi, tak muat pinggan uolls




yang ni kalau tengah makan, pesen tak tengok side mirror. muahahaha


untuk membuat sebarang tempahan, sila hubungi talian yang tertera. Best woo
 
Terima kasih semua. Calon tahun depan silalah belanja kami lagi! Huhu. S E K I A N