Friday, April 29, 2011

Mak masuk nasyid nyah!!!

Lama jugak aku menyepi kan? Rindu tak?? Rindu tak?? (Tak kuasa!!!) Aku ni  biasala, kejap on, kejap off. Ikut suka mood aku bila nak nulis. Jom, kali ni aku nak cerita apsal aku menyepi aje. Al kesahnya, minggu ni aku menjebak dan menjerumuskan diri dengan aktiviti nasyid la pulak! Dalam brutal aku bernasyid! Nasyid untuk Hari Belia. (belia lagi wokey!) Hak hak hak. Sebab utama join nasyid?? Nak baju free!!


 Kumpulan Nur Qaseh


 Muakakaka..muka kontrol rock kat blakang tu..kene sopan2





Muakakaka. Ayat, tak agak-agak! Sebab kedua, dapatlah aku kenal lebih manusia lagi kat opis ni.  Bukan stakat kenal tapi boleh beramah mesra. Walaupun satu jabatan, tapi kami berlainan tingkat, berlainan unit. Selama ni jumpe sekadar senyum. Takpun angkat2 kening je. Lepas join nasyid ni, jumpe dah boleh bertegur sapa (aku punye style bertegur sapa sampai ke kutub utara boleh dengar wokey). Dapatla jugak menambahkan kenalan FB dan mengeratkan silaturrahim antara kami semua.  Tengokkan tajuk macam aku solo kan? Takde maknanya. Aku suara bolehla di bawak ke laut! Walaupun aku bukan solo, stakat tukang buat gaya kat blakang dan tukang backup dua tiga baris lirik, tapi aku syiok! Syiok dapat monteng dan melarikan diri dari opis! Hahaha..boley? Aku boley la, korang tak leh kan? Sila jangan jelous wokey. Sepanjang minggu lepas duk hilang dari opis alam maya ni sebab duk attend latihan nasyid la. Hari2 meh kene berlatih sebab smalam ialah peringkat saringan. Kalau lepas saringan dan dapat masuk final, (final 28 Mei kat Stadium Bukit Jalil) maka akan hilang lagilah aku. Dah sampai rumah takdannye aku nak melentikkan jari jemari aku yang kasar ni nak menaip. Mana ngan dapur lagi (rajin ko masak Mek?), ngan anak2 lagi..tu lom masuk part ngan bapak anak lagi! Lalalalala. So, ada kesempatan aku hapdate skit2. Wonggeh?! Janji korang setia menyinggah kat laman aku ni, alhamdulillah syukur! Idakle aku membebel sorang2..aku yang tulis last2 aku sendiri yang baca. Haha

2 comments:

luvly_heart said...

rindu rindu!!! :P

sore konpem buluh perindu nihhh...

muahaha... :P

Cik Mek said...

mak rindu korang nyah! hak hak hak..buluh perindu..?? buluh pun tak kuasa nak dengar suara mak!! muakakaka

Post a Comment