Saturday, October 15, 2011

Anak ku HILANG!!!

Hadoi...
RESAH, SUSAH wei rasa dalam hati ni
Manala anak ku yang bertuah ni pergi
Dari tadi tak balik-balik lagi
Letih tau aku jenguk tunggu depan pintu
Sampai abah ko ni makan pun tak lalu
  Mak ko ni bab makan tak pernah tak lalu wokei
Kemain lagi abah ko round dua tiga kali area taman memanggil merayu-rayu
Ko ngajuk ngan mak ko ke nak...? 
Anak ku, ooo anak ku. 
 
*
*

*

*

 

Hadoii...Anak kucing la! Kalau anak betul yang ilang kompem meroyan aku wei! Ni makan siap bertambah lagi. Kiki. Ooo TOM, balik la. Mana TOM pergi ni. Merayap kemana la budak sekor ni.  Tadi lepaskan dari sangkar. Tup tup time nak masuk balik tinggal si Jerry je. Tula, gian sangat nak merayap. Kan dah sesat!! Uhuhu. Mana lak ko pegi TOM...balikla.


Monday, October 10, 2011

Tom & Jerry

Salam uolls! Sehat semuanya...? Tobat! Berbulan-bulan tak update blog! Ampun!! Kikiki. Last topup cerita bulan Ogos. Cerita bulan September, nehi hey...yillek!! Nak cerita pasal raya pun dah naik segan wei! Dah masuk bulan Haji dah kak oii. Ke lautla cerita raya tuh. Kim salam. 

Takpe-takpe. Kita cerita pasal mende baru. Ni, nak habaq mai, ada ahli baru dalam keluarga kecik aku ni. Huhu. Ada baby baru. Kembar lagi!!! Bila kembar ni hadir dalam keluarga aku, Naim beria nak namakan depa ngan nama Kasih & Alia. Adushh, romantikusnyer Naim ni! Tak zezuaii. So, tukar la nama. Aku bagi nama Rambo & Thor. Pahlawan-pahlawan omputih. Barula gagah gitu! Dah Peja pulak tak suka. Katanya payah benor nak nyebut. Dia pun bagi nama lain pulak. Dah bertukar lagi nama kembar kami. Seb baik takyah daftar kat JPN, kalo tak mau mengamuk kerani pendaftaran kat kaunter tu. Ada yang nak kene hempuk kang. Nama yang Peja bagi ialah Tom & Jerry!!! Simple sesangat dan mudah untuk diingati! Ececece...nama omputih lagi! So, inilah Tom & Jerry kami...

 
sakan bergurau senda


Muakekeke...suspentot eh? Korang ingat aku lama tak update blog ni sebab berpantang baru lepas beranak? Kiki, pandai je korang. Dua ekor kembar ni alkisahnya malam 14.9.2011 (aiyakk..baru prasan tarikh dalam gambar tu adalah fitnah semata-mata) time Peja nak kluar gi mamak depan umah, nampak budak berdua ni duk ngekor kereta dia. Tak sampai ati punya pasal dia hangkut buh dalam kotak, lantas menghulurkan kotak tersebut pada aku yang geli geleman ni. Adoiii! Lemah lutut nak handle budak2 kecit nih. Cecepat dia gi 7-E beli whiskas. Tom & Jerry bedal sampai licin!! Lapor terbiar ditinggalkan ibu kandung kekdahnya.

Comot je budak berdua ni time mula-mula datang. Maklumla, time tu baru lepas hujan. Beria makan tak toleh kiri kanan dah.


Hoyeh! Hoyeh! Dah ada rumah baru depa berdua ni.


 Ni lah Master Yoda Tom & Jerry.
Duduk, baring terlentang semua gaya ada layan budak berdua ni.

 Hohoho...Masyer Yoda sronok bawak Tom & Jerry ronda-ronda

Uishh..seronok Master Yoda melayan Tom & Jerry. Tapi kene perati jugak. Silap-silap aribulan ekor Tom & Jerry di pegangnya. Hadoi.

Friday, August 26, 2011

Jom steamboat!

Salam rindu semua! Setelah beberapa lama tak update citer pasal makan, jom...kali ni aku nak story pasal Silver Pot Steambot kat TTDI. Alkisahnya nak berbuka puasa kat Red Wok di Bangi, tapi bila call penuh. Try call Flamming pulak kat Setapak, pun penuh...sampai ari Ahad kekdahnye! Perghh..macam mana nih? Tekak nak makan steambot gak! Mr.Peja la yang lelebih nak mentekedarah steamboatnye. Aku tak dapat pun takpe (kononla kan). Last2, try google halal steamboat, tup2 jumpe la Silver Pot ni. Best jugak makan kat sini sebab macam boleh main masak2 sebabnye ada pot steamboat masing-masing. Tak paham cam mana?? Jom, layan gambor biar kasik clear sikit...

 Ini budak dah tak sesabor nak main masak-masak. Dah standby senduk dah tu




 Setelah sekian lama tabah menanti, Iman dah mula mengamuk...


 Okay..yang ditunggu-tunggu dah tiba. Giler lama wei nak tunggu ni. Tak cukup pekerja kedai ni. Kalau dah tau bulan poser ada ramai customer, tambahlah pekerja. Ada 2 orang hendon je yang tukang amik order, yg jadik cashier, yang ngangkut hidangan.  2 orang tu jela ke hulu ke hilirnya. Lembab! Ko tengok muka Naim. Cam tak caya boleh masak sendiri dalam pot dia. Kuikuikui


 Ha..kan dah kata, ada pot sendiri nak buat steamboat.


 Makan...makan jugak. Sebelum kenyang berenti jap, kita pi solat dulu!!!


 Yeazzaa...i like. Statement dia je yang aku suka. Makanan so far so good. Service memang fail! Lembab macam siput vavi.





Wednesday, August 17, 2011

Petua didik anak solat 5 waktu

Salam semua. Ni nak share note yang ditulis oleh Wardina mengenai petua beliau mendidik anak solat 5 waktu. Naim pun aku tengah asuh ni. Smalam solat Maghrib aku ajak skali si Iman. Time sujud jadi meniarap la pulak. Takpe-takpe, nanti aku betulkan cara Iman solat. Jom, kita share dan amalkan bersama-sama.

Note yang ditulis oleh Wardina
BERBALOI PENAT LELAH KU…

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

Selamat mencuba semua. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya kan? 

Tuesday, August 16, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Salam rindu semuanya. Ecece. Lama tak jengah blog. Rupa-rupanya, entry untuk bulan Ogos belum ada satu pun! Ceh..ni takleh jadi ni. Kene semangat balik! Dah nak masuk 16 hari puasa baru konon nak wish SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ye semua. Semoga segala amal ibadat yang ikhlas kita lakukan diterima Allah SWT. Semoga juga kita sama-sama menggandakan amalan kita di bulan mulia ni. Semoga juga kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. AMIN!!!


Monday, July 25, 2011

Kami benci online shop yang tipu & makan duit haram!!!

Memang kami benci you! Nyampah! Dah banyak kali aku beli online, boleh pulak kali ni yang terkena. Al- kisah, aku beli cardigan warna hitam dengan harga RM26 plus RM6 untuk postage, so total is RM35. Walaupun korang kata ala...baru 35 henggget, orang lain kene tipu beribu-ribu pun rilek je...takde kecoh-kecoh. Hallo, itu orang lain. Orang lain tu kaya, duit berkepok-kepok dalam poket. Takat riban-riban ni lekat celah gigi je dow! Aku ni duit tak berapa nak berkepok. Berklepek klepek je bunyinya. 35 hengget tu hasil dari penat lelah aku keje sebagai orang gaji kerajaan wei. Titik peluh aku tu. Rasa tertipu sangat-sangat. Menci la orang niaga cam gini. Nipu! Aku beli online through facebook. Nama kedai ni Plush Lush. Kata ready stock, tapi berjaman aku tunggu! Dari 24 Jun order sampai la tak tau apa cer. Ntah sampai ntah tidak. Time aku memula order dulu, kemain lagi...cepat respon. Ni tanya status barang dah deliver belum, senyap! Ke laut la gamaknya. Seminggu lepas tu baru reply. Kata ada kematian kat kampung. Facebook tak boleh bukak sebab takde line. (hulu benor kampung dia tu kan!) Lama berdendam kesumat, tengok-tengok siap ada page KAMI BENCI ONLINE SHOP YANG TIPU & MAKAN DUIT HARAM! kat Facebook. Hohoho. Bila like page ni, rupa-rupanya ramai yang tertipu ngan Mummy Plush Lush. Kebanyakkannya lewat terima barang atau tak terima langsung. Macam-macam alasan la. Kata kat rumah dia ada pos mini jela, sebab tu barang lambat. Duk umah mak mertua la, kena denggi la. At one time, yes kita akan simpati. Kita akan cuba memahai. Tapi kalau tugas hakiki dia asyik membagi alasan demi alasan je, lelama orang menyampah. Lagu ni aku tujukan khas untuk ko Mummy Plush Lush!

Aku sudah tidak percaya padamu lagi
Lebih baik engkau segera angkat kaki
Aku benci.. benci.. pada dirimu
Aku bosan.. bosan.. pada dirimu
Aku sudah tidak percaya padamu lagi..

Kekekeke. Elok jugak tepek lagu Angkat Kaki by Sheeda ni kat wall Kami benci online shop yang tipu & makan duit haram! Kuikuikui. Aku tunggu je la cardigan tu. Kalau ada rezeki aku, sampaila. Kalau tak sampai-sampai jugak, aku halalkan je la. Kesian kat Mummy Plush Lush tu. Carik rezeki macam gitu bagi anak laki makan. Takpe Mummy, saya halalkan aje duit tu. Buat sedekah kat anak-anak Mummy. 

Sunday, July 24, 2011

Tat Telur la pulok!

Hari minggu datang lagi. Hoyeh! Hoyeh! Boleh bangun lambat, boleh kemas-kemas rumah yang dah macam tongkang pecah tu, boleh main masak-masak. Sebab terlebih rajin hari ni, maka terjadilah kejadian tat telur kat dapur haku yang jarang-jarang berhasap ni. Ececece. Konon asalnya nak buat cistat, tapi cream cheese takdok la pulok. Maleh nak kluor gi kedai yang hanya beberapa tapak ajer dari rumah, kita balun je la buat apa yang boleh. Terima kasih Kak Norasikin Basri sebab sudi share resipi ni. Tocey Sifu!

Tat Telur:

Pastri: 
120 g mentega
50 g gula aising
1 biji telur
240 g tepung gandum
1/2 cmt esen vanila

Kaedah:
  1. Sebaiknya dalam keadaan mentega yang masih sejuk, campurkan dengan tepung gandum. Gaul dengan menggunakan hujung jari kedua-dua tangan sehingga berderai dan menjadi tekstur berupa serbuk roti. Kemudian, masukkan gula dan gaul sebati.
  2. Tambahkan telur dan esen vanila dan sebatikan. Elakkan mengguli dan memegang terlalu lama pastri kerana lemak akan mencair dan doh akan menjadi liat dan lembik.
  3.  Lenserkan acuan tat dengan sedikit mentega atau majerin.
  4. Ambil sedikit adunan pastri dan tekankan sehingga padat dalam acuan mengikut bentuknya.
  5. Gunakan garfu untuk mencucuk adunan yang telah ditekan ke dalam acuan tadi.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180˚C selama 5 minit sehingga pastri separuh masak.
  7. Keluarkan dari oven dan dituangkan 3/4 adunan kastard ke dalamnya. Kemudian dibakar semula 15-20 minit atau sehingga masak.

Kastard: 
1/4 cwn whipping cream1/4 cwn air
1/4 cwn gula pasir
2 cmt susu tepung
3 biji kuning telur
sedikit esen vanila
sedikit pewarna kuning

Kaedah:
  1. Susu tepung dicampurkan dengan air dan dikacau sehingga larut. Jika perlu, gunakan air suam untuk memudahkan susu larut.
  2. Campurkan semua bahan dalam satu mangkuk. Kacau perlahan-lahan menggunakan whisk sehingga semuanya sebati, dan tidak berketul.
  3. Tuangkan ke dalam pastri yang telah separuh masak tadi kira-kira 3/4 penuh.
  4. Bakar dalam  ketuhar pada suhu 180˚C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  5. Keluarkan dari ketuhar dan sedia untuk dihidangkan.

Nak dijadikan cerita, penimbang kat rumahku sorgaku ni telah "selamat" dikerjakan oleh hero-hero Malaya yang melasak ni. Ntah apa depa timbang sampai rosak penimbang tu. Walaupun rege dia nam hengget je, dan beli pun kat MyMydin...tapi banyak jasa woo. Lepas ni ada can ngendeng-ngendeng Mr. Peja soh belikan digital weight scale pulok! Hehe. Wink wink!

Awak, awak...saya nak penimbang yang macam gini, boleh eh?? Ngengenge 
(statement menggoda laki!)


Hasil Tat Telur dengan sukatan yang main agaka-agak...tadaaaa!!!!

Kira okay la untuk first timer macam aku ni kan. Ditambah lagi dengan oven yang tak berapa nak mantop. Sebab tula ada yang tergelap sikit. Yang penting, rasanya nikmat! Pastri dia, rangup sungguh! (sape lagi nak puji kalo bukan diri sendiri). Hmm, esok nak buat apa pulak ye? Jeng jeng jeng.

SELAMAT MENCUBA!