Sunday, July 24, 2011

Tat Telur la pulok!

Hari minggu datang lagi. Hoyeh! Hoyeh! Boleh bangun lambat, boleh kemas-kemas rumah yang dah macam tongkang pecah tu, boleh main masak-masak. Sebab terlebih rajin hari ni, maka terjadilah kejadian tat telur kat dapur haku yang jarang-jarang berhasap ni. Ececece. Konon asalnya nak buat cistat, tapi cream cheese takdok la pulok. Maleh nak kluor gi kedai yang hanya beberapa tapak ajer dari rumah, kita balun je la buat apa yang boleh. Terima kasih Kak Norasikin Basri sebab sudi share resipi ni. Tocey Sifu!

Tat Telur:

Pastri: 
120 g mentega
50 g gula aising
1 biji telur
240 g tepung gandum
1/2 cmt esen vanila

Kaedah:
  1. Sebaiknya dalam keadaan mentega yang masih sejuk, campurkan dengan tepung gandum. Gaul dengan menggunakan hujung jari kedua-dua tangan sehingga berderai dan menjadi tekstur berupa serbuk roti. Kemudian, masukkan gula dan gaul sebati.
  2. Tambahkan telur dan esen vanila dan sebatikan. Elakkan mengguli dan memegang terlalu lama pastri kerana lemak akan mencair dan doh akan menjadi liat dan lembik.
  3.  Lenserkan acuan tat dengan sedikit mentega atau majerin.
  4. Ambil sedikit adunan pastri dan tekankan sehingga padat dalam acuan mengikut bentuknya.
  5. Gunakan garfu untuk mencucuk adunan yang telah ditekan ke dalam acuan tadi.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180˚C selama 5 minit sehingga pastri separuh masak.
  7. Keluarkan dari oven dan dituangkan 3/4 adunan kastard ke dalamnya. Kemudian dibakar semula 15-20 minit atau sehingga masak.

Kastard: 
1/4 cwn whipping cream1/4 cwn air
1/4 cwn gula pasir
2 cmt susu tepung
3 biji kuning telur
sedikit esen vanila
sedikit pewarna kuning

Kaedah:
  1. Susu tepung dicampurkan dengan air dan dikacau sehingga larut. Jika perlu, gunakan air suam untuk memudahkan susu larut.
  2. Campurkan semua bahan dalam satu mangkuk. Kacau perlahan-lahan menggunakan whisk sehingga semuanya sebati, dan tidak berketul.
  3. Tuangkan ke dalam pastri yang telah separuh masak tadi kira-kira 3/4 penuh.
  4. Bakar dalam  ketuhar pada suhu 180˚C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
  5. Keluarkan dari ketuhar dan sedia untuk dihidangkan.

Nak dijadikan cerita, penimbang kat rumahku sorgaku ni telah "selamat" dikerjakan oleh hero-hero Malaya yang melasak ni. Ntah apa depa timbang sampai rosak penimbang tu. Walaupun rege dia nam hengget je, dan beli pun kat MyMydin...tapi banyak jasa woo. Lepas ni ada can ngendeng-ngendeng Mr. Peja soh belikan digital weight scale pulok! Hehe. Wink wink!

Awak, awak...saya nak penimbang yang macam gini, boleh eh?? Ngengenge 
(statement menggoda laki!)


Hasil Tat Telur dengan sukatan yang main agaka-agak...tadaaaa!!!!

Kira okay la untuk first timer macam aku ni kan. Ditambah lagi dengan oven yang tak berapa nak mantop. Sebab tula ada yang tergelap sikit. Yang penting, rasanya nikmat! Pastri dia, rangup sungguh! (sape lagi nak puji kalo bukan diri sendiri). Hmm, esok nak buat apa pulak ye? Jeng jeng jeng.

SELAMAT MENCUBA!

0 comments:

Post a Comment