Friday, November 15, 2013

Saya SID anda sedia berkhidmat!

Assalamualaikum...Selamat Petang..
Entry kali ni nak war-warkan kepada yang masih belum tahu..
Iaitu...saya ni...


Hehehe. Cepat, dapatkan suplement kesihatan anda dan keluarga. Kawasan liputan saya adalah di sekitar:
  • Taman Puncak Jalil
  • Equine Park
  • Seri Kembangan
  • Putrajaya
  • Cyberjaya
  • Dengkil
Penghantaran ke seluruh Malaysia juga disediakan melalui pos. Harga dijamin terbaik. Konsultasi diberikan khusus untuk pelanggan saya yang dikasihi sekalian. Ok, tu je. Jaga diri semua. Wassalam and have a great weekends.





Tuesday, November 12, 2013

Kisah VIVIX



HIP HIP HOOREY!!! Bulan November ni sekali lagi Shaklee bermurah hati buat promosi VIVIX: Buy 6 FREE 1. Percuma tu...tak nak? Hehehe. Kadang, ramai jugak orang tanya; Vivix tu apa? Vivix tu macam mana? Apa rasa?

Secara umumnya, Vivix ni dalam bentuk jus. Berwarna merah pekat. Rasanya manis-masam-kelat. Apa yang buat Vivix ni HEBAT sehinggakan ada yang menggelarkannya sebagai TONIK AJAIB? Sebab, ia mengandungi RESVERATROL. Yang hebatnya lagi, Vivix ni sepuluh kali lebih berkuasa dari resveratrol.

Apa itu Resveratrol?

Resveratrol ni salah satu sebatian polifenol yang ada pada tumbuhan dan dimanfaatkan dalam bidang perubatan. Sebatian tersebut digolongkan sebagai sebatian fitoaleksin, iaitu sebatian yang dihasilkan oleh tanaman sebagai respon terhadap kemasukan patogen atau penyakit. Pada tahun 1940, resveratrol ditemukan pertama kali di akar tanaman'' Veratrum grandiflorum''Resveratrol banyak terdapat pada Polygonum cuspidatum, kacang, ekaliptus, lili, strawberi, anggur dan produk olahannya, seperti wine.  

Resveratrol ni dek kerana ia merupakan antioksidan yang hebat, maka ia dapat mencegah kanser, melindungi jantung, dan mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan umur, seperti diabetes, inflamasi, penyakit neurodegeneratif, dan penyakit kardiovaskularDalam dos yang rendah, resveratrol dapat meningkatkan kelangsungan hidup sel, sedangkan dalam dos yang tinggi, resveratrol akan meningkatkan kematian sel. Oleh kerana itu, penggunaan resveratrol dalam jumlah tinggi umumnya digunakan untuk rawatan atau rawatan kanser. Sebab tu, Master Law dulu minum Vivix 2 cawan tau, sebab dia kena kanser.

Tadikan saya tulis resveretrol ni salah satu sebatian polifenol yang ada pada tumbuhan. Apa pula polifenol tu? Hehehe.

Polifenol adalah kumpulan bahan kimia yang ditemui pada tumbuhan. Bahan ini mempunyai tanda khas yakni mempunyai banyak kumpulan fenol dalam molekulnya. Polifenol berperanan dalam memberi warna pada suatu tumbuhan seperti warna daun saat musim gugur.

Pada beberapa kajian disebutkan bahawa kumpulan polifenol mempunyai peranan sebagai antioksidan yang baik untuk kesihatan. Antioksidan polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, pembuluh darah dan kanser. Terdapat kajian yang menyimpulkan polifenol dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.

Polifenol dapat ditemui pada kacang-kacangan, teh hijau, teh putih, anggur merah, anggur putih, minyak zaitun dan turunannya, coklat hitam, dan delima. Kadar polifenol yang lebih tinggi boleh didapati pada kulit buah seperti pada anggur, epal, dan oren.


Vivix dirumus dari bahan yang kaya dengan resveratrol, menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan ataupun perasa tambahan dan tidak mengandungi alkohol. Vivix ni rasanya manis-masam-kelat. Tang kelat tu sebab buah Anggur Muscadine tu diblend skali dengan biji-bijinya kerana kadar resveratrol yang tinggi terdapat pada bijinya tu.
 
Nak hasilkan Vivix ni, Shaklee buat kajian selama lebih dari tiga tahun tau dan membelanjakan jutaan US dolar untuk membuat kajian keatasnya. Bukan main serkup je. Tulah specialnya Shaklee ni. Setiap produk dibuktikan dengan kajian.

Dapatla sikit info kan hari ni mengenai apa itu VIVIX. Haa, sempena bulan promosi Vivix ni, meh la kita pakat-pakat borong sebotol sorang. Harga murah luar biasa ni. Sesiapa nak beli 6 botol terus boleh roger saya. Yang nak beli sebotol je pun boleh. Kalau beli 2 botol Vivix, anda secara automatik terus menjadi ahli Shaklee seumur hidup dan bulan depannya terus dapat cash rebate. Sape nak bagi oii..hehehe.
 
Ok, nanti kita jumpa lagi. Dalam next entry saya akan share pasal Anggur Muscadine. Apa la Anggur Muscadine tu ek? Hebat sangat ke? Tunggu eh..nanti kita story lagi.

Wassalam,
Diyana
Shaklee Independent Distributor (ID 891121)
Tel/SMS/WA: 019-697 6889








Saturday, November 9, 2013

Kisah peti es rosak dan stok ebm BabyHana

Assalamualaikum...selamat hujung minggu semua..Halu youolls!! Lama tak bersua kan? Rindu la teww. Hari ni nak buat sesi luahan rasa. Al kisah hari Isnin lepas. Sob..sob..sob...sedih!! Sungguh sedih di hati hamba ni..mengenangkan peti sejuk yang buat hal kat rumah. Maklumlah, peti dah tua..mulalah datang macam-macam penyakit. Beli peti es tu masa mula-mula kawen dulu. Dah 9 tahun dah peti tu menabur bakti. Tak hairanlah kalau mula buat perangai. Sabor jela.

Tapi tak berapa dapat nak sabor jugak, sebabnya dalam peti es tu kita simpan stok ebm BabyHana. Adala dalam 30-40 botol, penuh berisi 5oz setiap botol. Huhuhuhu. Sebak!!! Balik keje buka peti es, abes dah cair semua stok ebm tu. Huhuhu...nanges dalam senyum ambil semua botol tu basuh. Menitik air mata, tapi senyum. Haritu susu yang tengah perah terbalik tumpah satu botol pun daku meraung satu rumah, ini kan pulak satu peti es! Bolehla kot disamakan dengan tajuk lagu Aishah, "tangisan dalam senyuman." Terdetik dalam hati, "jenuh nak buat stok balik." Tapi, cepat2 saya bisik kat diri sendiri, "boleh ni cover stok..boleh punya." Alhamdulillah..dalam ketandusan stok, masih mampu susukan BabyHana sepenuhnya dengan susu badan sendiri. Saya terpaksa bekerja keras untuk kumpul stok balik memandangkan stok ebm yang ada ni ala2 kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kat office dapat 2 botol. Kalau tak busy, petang sebelum balik dapat lagi 2 botol. Malam bila dah sampai rumah, BabyHana memang tak bagi chance mak dia nak ngepam. Asal nampak muka kita je nangis. Kenala dokong, tumpu perhatian kat dia sekejap (nasib baik gak ada SSC, tu pun pinjam yang Eppi punye, kendong dia sambil buat keje). So kaedah nak ngumpul stok ni kenala KORBANkan masa tidur dan buat POWER PUMPING(klik). Hohoho..sangat mencabar wokeh! Sebab tu saya kata tadi saya kena kerja keras!!

 Kenangan terindah time stok ebm meriah dalam peti es. 
Takpe2, kita kumpul balik. Boleh punya! 
Yes!! I CAN DO IT!!!

Waktu tidur saya sekitar jam 12.30 tengah malam (ini setelah semua kerja rumah selesai kadang tak sempat gak). Jam 4 pagi kena bangun mengepam sampai la ke pukul 5 pagi. Dah tu terus siap-siap nak gi kerja. Kat office pulak bertugas sebagai front-liner. Kang ko salah senyum ke, salah intonasi suara ke, mampus kena complaint. Nasib baikla ada B-Complex Shaklee. Dapat juga kawal emosi dan alhamdulillah, takde masalah stress2 ni. Mencabar jugakkan tugas ibu menyusu yang buat stok ni? Tak kena gaya memang lingkup. Hahaha. Demimu anak...mak akan berusaha gigih!! 

Nasib baik amik supplements Shaklee. Kurang skit rasa letih tu dan dapatla buat stok. Halo kawan, bukan kata amik supplement susu terus jadi banyak. Kalau ada kata macam tu, auta lebih. Konsep asas penyusuan korang kena paham betul-betul dulu. LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN, MAKA LEBIH BANYAK SUSU DIHASILKAN. Supplement ni diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria. Secara tak langsung mampu membekalkan susu kepada si anak. Yela, kalau badan letih, tak bermaya, ko nak ngepam pun takde mood kan? Itu yang susu merudum tu. Jiwa kacau. Hehehe.

Mind setting pun banyak memainkan peranan.  Always think positive. Selalu bisik dengan diri sendiri "susu saya banyak..susu saya banyak.." InsyaAllah... Ini ko sebok cakap kat orang kata "susu takde, tak dapat nak susukan anak," lelama memang takde susu. Abih tu, cakap lagi macam tu. Setiap yang kita cakap ni kan doa. Jadi, sebut yang baik-baik je. Amalkan zikir, doa. Ini makanan kepada rohani kita. Mintak sungguh-sungguh dengan Allah. Bila rohani bersih, jiwa bersih, barulah kita dapat ketenangan. Bila tenang, dapatla kita mengepam dengan baik, dapatla buat stok banyak-banyak. Khen? 

Haa, sape nak SET SUSU BAJET dari Shaklee boleh roger saya ye. Amik ESP serius beb, badan bertenaga. Bukan kata ko jadi badang, gagah perkasa..tak letih2. Letih tu tetap ada, tapi KURANG LETIH. Sebut ESP ni, saya pernah buat eksperimen dengan BabyHana, bila saya amik ESP dia cepat kenyang dan tidur lama. Kalau time malam tu sekali menyusu je, lepas tu dia tido baek punya sampai ke Subuh. Berbeza bila saya tak amik ESP. Skejap skejap dia menyusu. And I notice that bila amik ESP susu tu macam pekat skit. Nyum nyum nyum, delicious (bak kata Dora the explorer).

Okla, stop sini dulu arr. Lain kali sambung lagi. Tata. Muah muah muah (sila buat gaya mcm Datin & Shery dalam citer Mr.Arrogant)

I'm Diyana,
Your Shaklee Independent Distributor (891121)
Tel: 019-697 6889

Saturday, June 22, 2013

Testimoni sendiri dengan Set Berpantang Shaklee

 

Alhamdulillah, 17 April 2013 lahirlah baby yang ditunggu-tunggu selama ni. Lewat empat hari dari tarikh due. Meh nak share skit meh pengalaman sendiri menggunakan Set Berpantang Shaklee. Takdak auta punya! Hehehe. Masa sakit-sakit nak bersalin tu, sebelum pergi ke hospital, sempat lagi saya minum ESP, buat tenaga nak push baby kaedahnya. Serius, walaupun badan tengah tahan sakit, tapi tetap rasa bertenaga, tak lemau tak lesu. Tiga kali push, dengan janyanya keluarlah baby Hana. Dalam wad, saya bancuh lagi ESP. Walaupun baru lepas keluarkan khalifah Allah ke muka bumi dan banyak sangat-sangat guna tenaga, badan tetap rasa tegap, takde rasa ketar-ketar. Duk dalam wad, member katil sebelah ingat saya admit sebab alahan masa mengandung. Bila tolak katil baby Hana, terkejut dia bila saya bagi tau dah bersalin tadi. Dia kata tak macam orang bersalin pun?? Muka tak pucat, badan tegap. Hehehe, alhamdulillah...

Dalam jam 8 malam, baru dapat keluar hospital sebab Hana lambat buang air besar. Kencing je banyak sampai berat diaper dia. Minum susu kuat, kencing pun banyakla. Sampai rumah, sebelum tidur saya telan zinc. Serius babe, luka tempat jahit tu cepat baik! Dalam dua hari tu dah tak rasa. Bersalin kali ni mudah sangat urusan pantangnya. Takdelah hazab nak telan pati ikan haruan yang super hanyir meloyakan tu. Telan zinc je buat ganti ikan haruan. Zinc ni pun membantu mengurangkan rambut gugur tau! Esok kalau time anak duk sebok menyembur air liur tu, takyah risau la. Takdenye rambut nak gugur secekak! 

Vita Lea sangat membantu memastikan hb saya maintain. Yela, masa proses bersalin tu boleh tahan banyak juga darah yang keluar. Bila amik Vita Lea ni takdela rasa pitam, lesu semua tu. Vita Lea amik skali ngan Vita C. Vita C ni bantu serap iron dalam Vita Lea dengan lebih efektif. Disamping tu ia juga mempertingkatkan sistem pertahanan badan. B Complex. Yess, I do love this one! Telan sebiji rasa nyaman je wei. Hilang abes tension-tension tu semua. Tension sebab waktu malam sekarang ni memang tidur lambat. Selewat jam 1 pagi baru tidur sebabnya Hana ni waktu dia time London kot. Siang baek punya layan tidur, dah masuk pukul 10 malam dia boleh pulak berjaga aktif. Ajak borakla, time tu la nak tunjuk aksi manja semua. Mau tak tension! Ini nasib baik tengah cuti lagi. Esok dah nak keje, haru weh! Bila pagi, telan B Complex memang rasa nyaman. Rasa relax. Hilang segala tension tu! Haha, dan yang membantu saya bangun pagi dengan cergasnya ialah Ostematrix. Ambil 4 biji sebelum tidur, insyaAllah esoknya tak liat nak bangun pagi. Ostematrix ni juga boleh bantu atasi sembelit tau! 

ESP pulak, ini memang takyah cakaplah...ini memang cinta hati saya! Minum masa awal pagi, rasa bertenaga je. Rasa kenyang ye jugok. Bonus, mak jadi slim sketla. Ececece. Dalam pada bagi tenaga, ESP pun buat kulit makin cantik tau! Tak kering, parut jerawat makin pudar. Memang banyak sangatla manfaat ESP ni. Moh cube dulu baru tahu kesannya. Tak rugi dik non!

Ada juga kawan-kawan yang seangkatan dengan saya masa bersalin yang dah cuba set berpantang ni. Ada sorang kawan tu bersalin normal, dan yang sorang lagi tu c-zer. Jom tengok apa kata mereka;


Haa...untuk set berpantang ni terdiri daripada VITA LEA, B COMPLEX, VITA C dan juga ZINC.  Macam saya, saya tambah OSTEMATRIX dan ENERGY SOY PROTEIN (ESP).

Inilah set berpantang saya. Memang terbaek yang pernah saya alami. Takde lagi masalah tak puas hati dengan set bersalin. Tak macam berpantang anak-anak yang dulu. Terima kasih SHAKLEE. Sayang kamu ketat-ketat! Muahehe. Kepada kawan-kawan yang nak dapatkan set berpantang ni untuk diri sendiri, atau mungkin nak di hadiahkan kepada isteri, adik, kakak, makcik boleh hubungi saya, Diyana Atan di talian 017-645 3868. Konsultasi PERCUMA juga diberikan kepada anda, pelanggan yang saya sayangi. Take care and wassalam.

Tuesday, June 18, 2013

Terbaru dari Shaklee, CoQHealth Plus; Membantu Jantung Lebih Sihat Bertenaga


Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh NO.1 di kalangan rakyat Malaysia.
2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser
(Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia)

37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok
(Organisasi Kesihatan Dunia)

Wohooo..satu statement yang menggerunkan! Tapi memang betul pun. Cuba kita perhatikan, kebanyakan kes-kes kematian di kalangan ahli keluarga, sahabat handai, rakan taulan atau orang-orang sekeliling kita kebanyakkannya berpunca dari SAKIT JANTUNG. 

"Dolah, si polan tu dah meninggal. Pagi tadi jatuh kat bilik air masa nak amik air smayang"
"Sakit apa?"
"HEART ATTACK!"
"Innalillah...."

Biasa dengarkan perbualan sebegitu? Makanya, kita kenalah berbuat sesuatu agar masalah ini tidak terus berlaku. Bagaimana? Pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil supplement berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan yang ideal. Since pakar ada menyebut "mengambil supplement yang berkualiti", sangat moleklah kiranya saya perkenalkan CoQHealth Plus, produk terbaru dari Shaklee yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.



Apa itu Coenzim Q10? Mengapa ia penting untuk tubuh kita?

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak di temui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi. 

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan. 

CoQ10 juga telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal.

Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksida kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliram darah. Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung. 

Berapakah jumlah pengambilan dietri Coenzyme Q10 yang kita perlukan?

Pengambilan dietri harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namum jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. Sila lihat carta di bawah untuk melihat jumlah CoQ10 di dalam makanan yang biasa kita ambil.
Tambahan lagi, keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20. 

Perbezaan Shaklee
  • Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 di dalam CoQHealth Plus, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli.
  • Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antiaksidan  yang terdapat di dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.
  • Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).
  • CoQ10 berasal daripada sumber semulajadi melalui kaedah penapaian yis. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini, yang sumbernya telah diuji dan diyakini rama secara meluas mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya.
  • Tanpa Gluten.

Ha, tu dia kawan, larat ke sehari makan sekor ayam atau telan 28 cawan brokoli untuk dapatkan CoQ10 yang mencukupi? Makan dua tiga ketul ayam pun dah muak, inikan pulak seekor. Tang brokoli tu lagilah. Harga CoQHealth Plus ni RM124.00 sahaja. Ada 30 capsule dan amik sebiji sehari je. Kalau nak harga special, add saya kat FB, nanti kita bisik-bisik harga terbaik ye? Heeee. Ok kawan-kawan. Kepada sesiapa yang nak dapatkan CoQHealth Plus ni untuk bagi kat ayah, mak, suami, isteri, adik-beradik atau untuk diri sendiri, boleh cepat-cepat contact saya, Diyana Atan (SID: 891121), call boleh, sms boleh, whatsapp pun boleh. Salam sayang. Daaa...wassalam.

Sunday, May 5, 2013

Marilah mari, kita pergi mengundi

Yuhuu kengkawan. Apa macam hari ni? Keluar mengundi tak? Ibu berpantang pun keluar mengundi tau! Haa, kalau korang tak keluar, malulah ngan ibu tengah berpantang 18 hari ni. Semangat nak pangkah ni babe! Tempat mengundi saya di Sekolah Menegah Agama Maarif, Kampung Raja. Belakang rumah sajo. Nama je belakang rumah, tapi kalau berjalan (bagi ibu berpantang) senak gak perut. Huhu. So, naikla kereta ngan bonda tersayang! 

Sesampai kat tempat mengundi, hulurkan IC anda. Nanti dapat tau saluran mana anda ditempatkan. Saya kena di saluran tiga, a.k.a golongan muda remaja. Punyalah lama beratur. Sejam lebih hokey!! Mentang-mentanglah dalam golongan muda remaja kekdahnya. Nak potong line cakap dalam pantang kang, takut orang tak caya. Mak siap berbaju kurung, tudung tingkat-tingkat lagi nok! Macam nak gi kenduri! Silap percaturan! Kalau tau tadi, daku pakai kain batik, t-shirt ngan baju sejuk, stokin tebal, pilis jangan lupa tampal. Kompem dapat potong line muda remaja yang lain. Muahehe. Tapi nak buat macam mana. Dah salah pilih gaya, redha je la nunggu berbaris sejam lebih. Ngeee (^_^). Mama kena kat saluran satu, a.k.a golongan veteren kekdahnya. Kejap je dah siap. Huk alos! 

 Tengok tu...punyalah panjang dik non! Naik senak perut nunggu! Sejam lebih beratur!! 

Ececece, tayang sket bukti kita gi ngundi dan jari yang di calit! 

Okla you olls, tanggungjawab daku sebagai rakyat Malaysia telah pun selamat dilaksanakan. Tunggu result keluar jela malam ni. Kepada pemerintah yang bakal mentadbir negara esok hari (tak kiralah dari puak mana sekali pun), diharap dapat menunaikan amanat dan amanah dengan sebaiknya. Buang yang keruh, amik yang jernih. Adakah sejarah bakal tercipta malam ini? Jeng jeng jeng. Debbor weh rasa!! K, babai. Hana dah panggil! Muahh!

Tuesday, April 30, 2013

Hunting for Baju Akikah Hana

Aduyai..nilah kalau nak buat majlis tak planning betul-betul. Daku la yang gelenyanya. Sokmo tokleh sabar. Saje buat-buat takleh tunggu minggu lain. Nak minggu ngundi tu jugak! Rasakan. Dengan baju Hana tak cari lagi (almaklumla, baby girl khen? Kenala pakai gown gittu). Time abang-abang dia dulu, blasah je baju apa pun. Balik kampung 1 Mei. Flight malamla pulok. Tidur KB dulula jawabnya malam tu. 2 Mei baru balik Besut. Majlisnya 3 Mei. Hah, padan muka. Sure ni kelam kabut kekgi. Masa buat entry ni barula terfikir, apsal tak buat minggu berikutnya lepas ngundi tu. Peja pun memang balik minggu tu. Dah nak buat ganer, mulut dah terlaju kabo kat Tok Ma nak buat minggu ngundi tu jugak! Kambing pun suruh Tok Ma je cari. Memang serah bulat-bulat kat Tok Ma la handle. Huhu.

Tadi sesaja call Tok Ma, tanya macam mana. Dah beres ke? Ada mende-mende yang nak kena topup ke. Nak daku beli kat KL ni ke. Tok Ma cakap; "Semua dah beres. Sisa (goodies) pun siap dah ni. Esok nak gi Jerteh tambah sikit-sikit mana yang kurang". Tu dia Tok Ma, semangat nak buat majlis cucu! Hehehe. Goyang kakila Ummi dia. Memang bawak balik tuan puteri Hana je nanti. Yang lain semua dah beres. Tok Ma cakap Tok Yah pun sama naik buat preparation. Bekas nak buh kurma, garam, air zam-zam, gunting and rambut dah siap semua. Huhu. Betul-betul semangat tok kamu ni Hana. Yela, rasanya umah Besut dah lama tak buat kenduri. 

Haa, back to the topic. I'm hunting for baju akikah Hana! Nak kluar rumah tak boleh sebab tengah berpantang! Kalau tak, daku cari je kat Lovely Lace ke, Mother Care ke. Tapi harga kompem-kompem lak tahap rabak mata punye khen? Kuikuikui. Ada hikmah gak mak kamu ni tengah berpantang dik! Makanya, hunting dalam FB jela. Dah terberkenan ngan baju ni, harga pun oklah. Sangat reasonable. Nama FB kedai ni ialah Sofea Collection's. Ni bukan Sofea yang jahit maternity pillow tu tau. Ni lain punya Sofea. Hehehe. Adala dua tiga lai baju yang daku berkenan.

Cantikkan? Aduhai, ginila rasa bila dah ada baby girl eh? Abihla...

Tuan kedai duk kat Bangi je. Memang cun la, boleh gi amik by hand (mana dan nak tunggu postage bagai ni, masa dah suntuk!) Sekali dia bagi tau, stok dress masuk ari Khamis! Grrrrr. Nak nanges rasanya! Size dah ada, stok je delay sehari. Arghhh! Maka, pencarian diteruskan lagi. Mata meliar je dalam FB tu duk cari kedai-kedai yang jual dress. Payah gak nak cari yang size ala-ala newborn to 3 months ni. Tak banyak pilihan. Skodeng punya skodeng, terjumpala kedai lain lak, Butik Babyku Stylo. 


Ha..yang marron tu yang menjadi pilihan. Gown kembang ko! Silap haribulan tenggelam si Hana dalam baju ni. Dah kembang sangat gownnye. Hehehe. Set, baju dah dapat. Dah nak ada hairband pulok. Hehe, kasik can la sket kawan-kawan. Daku baru merasa ada baby girl! Ngeee. Hairband pun shopping dalam FB je. Nasib orang berpantang. Ok gak tu, tidakla penat turun naik tangga mall khen? Hehehe. Hairband daku beli kat kedai Ungku Hazwani. Banyak hairband and headband yang cantik-cantik. Kalau tak kuat iman memang borong semua. 

Nasib baik sedar diri, so beli 1 je la. Hehehe. Hairband yang menjadi pilihan ialah yang putih tu. Match la ngan bunga yang ada kat baju tu khen. Nanti tunggu Hana pakai pada 3 Mei ye. Skarang tak rasmi lagi. Huhu. Kepada kengkawan yang ade kat Besut pada 3 Mei kekgi jemput datang ke rumah ye. Ada buat makan kambing skit-skit. Ok, jumpa anda di sana.