Saturday, May 21, 2011

Nasik Arab, Restoran Saba, Cyberjaya

Sambung balik dari entri Apa Tajuk Mau Kasik. Lepas semua stuju nak makan nasik Arab malam tu, Mek Elly call Restoran Saba kat Cyberjaya nun buat booking untuk 10 pax. Kang gi lenggang kangkung kang, ade yang balik makan nasik mamak. Lepas Maghrib, kita orang terjah Cyberjaya. Pergi 2 kreta tu uolls! Maklumla, 10 orang kan nak makan Nasik Arab. Sesampai je kat sana, weolls dibawak ke level 2. Kalau ikutkan kat bawah tu dah berhimpit dah orang. Seb baik booking dulu.

Inilah 10 pax kami..6 dewasa 4 kanak-kanak, 1 bayi..muakekeke. Beria tu menelaah menu. Mana satu nak order geng? Berpinau bijik mata.


Pak Incik, Aini, Mak Incik


Anak-anak buah kesayangan. Dari kiri: Khadija, Haikal & Sofea


Mak kepada anak-anak buah kesayangan aku, yang juga kakak aku yang konon2 diba terkenal seantero Putrajaya, Mek Elly


Aku order ni...nasik Arab dengan ayam panggang. Valla, sedap weh!!!




Makan time!!! Semua tenkun ngadap pinggan. Rakus betul Mek Elly. Sampai berdiri! 


Berselera Pak Incik makan. Suka! Suka!


Memang puas hatila makan malam tu. Dia punyer ayam panggang wa cakap sama lu..terbaek der! Nasik dia, pergghh...lembut!! Uolls perasan tak? Lagi aku kata nak diet, lagi macam2 menu datang. Dan dan tu jugak la ade orang nak blanje, ade makan2 free kat opis. Huh! Rosak!! Kompem takleh diet ni. Nak tergelak plak bila ingat2 menu diet. Konon nak makan LAUK je yer! Huh! Bawak ke laut la makan lauk jer.

1 comments:

elle labelle said...

sapa hati muu.. tau ler gambar aku diva meletowwp ko postkan jua! Argghh! Jelas lubang hidung ku!

Post a Comment