Sunday, May 29, 2011

Kisah nasyid lagi

Salam uolls semua. Harap uolls semua sihat sejahtera hendaknya. Lama betul tak bukak tingkap blog ni. Huhu, biasalah nyah. Kalau mak bizi korang pempaham la ye. Uolls ingat lagi tak aku masuk nasyid? Aler, yang kata untuk program Hari Belia tu? Ingatkan? Kalo tak ingat uolls skodeng SINI kasik refresh balik. Sengaja menjebak dan menjerumuskan diri sebab nak baju free punya pasal, tak sangka wei masuk separuh akhir. Berentap pulak dengan 14 kumpulan belia seluruh Malaysia. Hadoi! Sakit! Nebes yu!! Pertandingan separuh akhir berlangsung kat Dewan Seri Wilayah, Menara PjH, Presint 2 Putrajaya. Depan opis je. Dengan baju oren menyala dan tudung bling2 lintas jalan. Huhuh, seb baik berjemaah 10 orang! Kalau aku sorang, kim salam la jawabnyer!!


Ni last rehersal kat opis 



JKDM antor 2 team. Team aku nama Nur Qaseh. Motif bagi nama ni sebab semua pompuan. Malas nak pikir lelebih, kebetulan pulak masa tu cerita Nur Qaseh baru masuk panggung, so dari situlah terbitnya nama kumpulan ni. Satu team lagi nama Iltizam. Team Iltizam terdiri dari 5 lelaki dan 5 perempuan. Maka, berentaplah kami bersungguh2 (ye ke??) pada hari pertandingan separuh akhir tu. Kompem dapat tempat last sekali. Ya Allah uolls, team lain best2 woo. Siap ade harmoni lagi. Aler, yang macam dengar dalam CD tu, ade suara kecik besor halus bagai tu. Perghh. Team kitaorang penuh dengan gaya. Gaya je lebih, kekuatan suara? Bawak ke laut! Muakeke. Tapi, kalau dah nama rejeki kan? Huhu. Nur Qaseh dapat masuk final weii!!! Tercengang masing2 bila juri umum nama team weolls! Memang mimpi di siang harikah? Salah dengar nama kumpulankah? Hohoho. Ye, Nur Qaseh layak ke peringkat akhir!! TAHNIAH kawan2.
 


Iltizam & Nur Qaseh

Untuk peringkat akhir pulak, venuenya adalah di Pentas Utama berhadapan dengan Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya. Sebelah opis je. Perasaan? Masa ni perasaan berdebar tu dah takde sebab dari 14 team yang bertanding semalam, hanya 3 kumpulan sahaja yang layak ke peringkat akhir. So, kompem tempat ketiga milik kami.

Ni pentas final

Yeazza. Kan dah kata, memang Nur Qaseh di tempat ketiga!
Apa pun tahniah untuk semua. Dapat 1K wei! Mana nak carik. 
Harap maklum, 1K dibahagi 10 orang wokey.

O yeah! Dengan cenderahati dan PIALA kemenangan.
Huhu, dari sesaje nak baju free akhirnya dapat tempat ketiga! Cayalah!! 
Berbakat jugak ek weolls ni!


Pemenang tempat ketiga dan JOHAN Pertandingan Nasyid Hari Belia dari
IKBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang membawa pulang wang kemenangan sejumlah
5 riban! (dan dan semua akak2 kat blakang tu nak jadikkan ko adik angkat! Muakeke)


TAHNIAH dan syabas kepada semua. S E K I A N

p/s: ucapan JUTAAN terima kasih yang tidak terhingga kepada tenaga pengajar kami iaitu Cikgu Arif yang tak jemu2 datang ke JKDM berhari-hari lamanya untuk menyumbangkan khidmat dan kepakaran beliau kepada kami. Terima kasih Cikgu Arif! SAYANG cikgu!!

1 comments:

abglan said...

Tahniah²...

Post a Comment