Sebelum ke sana, hari-hari aku jengah CARI ceduk info dan sumber. Tak lupa jugak aku merewang ke blog-blog orang yang dah terjah Sabah. Dapat jugak berkenalan ngan tuan tanah blog. Alhamdulillah, perjalanan yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Tapi renyah sikitla sebab bawak budak kecik. Weolls selamat touch down di LCCT pada jam 10.40 malam semalam. Sampai rumah dalam jam 11.40 malam. Ting tong ting tong, pukui 1.30 pagi baru tido, dan hari ini dengan semangatnya PERGI OPIS!!! Adeh! Bismillahhirahmanirrahim.. Lupakan segala yang keruh, ambillah yang jernih-jernih sahaja. Hehehehe.
Day 1
16 Jun 2011
Pukul 5.15 pagi sampai LCCT. Lambat dah tu rasanya. Terus checkin, solat Subuh kat surau, gedebak gedebuk flight AK5100 berlepas dari LCCT pada jam 6.45 pagi menuju ke Kota Kinabalu. Perjalanan dari LCCT ke KK akan mengambil masa lebih kurang dua jam setengah lamanya. Nasib baik dah order pre-meal. Takderla berkeroncong perut. Menu pilihan pagi tu ialah, Spaghetti Bologniese, Nasi Lemak Pak Nasser dan Roast Chicken Thigh with BBQ Sauce. Nak tengok gambor menu-menu pilihan tadi, sila tekan SINI. Aku tak sempat nak snap gambor bagai sebab melayan perut yang kelaparan. Nyum-nyum! Konyang perut apalagi, lentok la! Nasik baik si Iman tido sepanjang perjalanan.
Sampai KK lebih kurang jam 9.20 pagi. Amik beg, gi toilet lepaskan hajat, salin baju and diaper Iman, gedebak gedebuk pukul 10.00 pagi baru settle. Terus gi kat kaunter teksi, amik teksi airport menuju ke city centre untuk ke Promenade Service Apartment. Tambang ialah RM30 ye tuan-tuan, puan-puan sekalian. Masa dari airport ke city centre lebih kurang 15 minit jer. Kat Promenade Apartments ni, aku amik Family Suite. Biliknya uolls, boleh muat 10 orang! Besor! Naim ngan Iman siap main bola lagi dalam tu. Kemain suka lari sana sini. Selain Family Suite, bilik lain yang ditawarkan ialah Studio Suite. Kalau uolls pilih Studio Suite, kat bilik jenis ni boleh masak-masak. Harus difahami ye uolls, bangunan apartment ni bukan 100% semua unit tu Promenade punye. Dia amik beberapa unit sahaja. Selain tu ialah unit-unit kediaman yang didiami family, student dan lain-lain.
Inilah rupa apartment tersebut.
Ada Mc'D, ada Mamak 24jam, ada 7E. So, tak perlu risau bab makan.
Kan dah kata, siap main bola lagi. Luas bilik Family Suite ni. 10 orang pun boleh muat.
Sampai bilik, rehat-rehat...lepak-lepak. Sudahnya kami anak beranak terlajak tido sampai pukul 2! Letih konon sebab awal-awal pagi lagi dah bangun (sungguh kukuh alasanku itu). Selesaikan apa yang patut, kami jalan kaki je dari apartment menuju ke Pasar Filipin. Letih jugak duk mengendong si Iman. Banyak skodeng-skodeng je. Tak membeli pun masa ni. Langkah kami pendek sikit masa ni sebab masa tengah syiok duk skodeng, angin kuat tiba2 menerpa. Lepas tu hujan pun turun. Takde la lebat tapi sedikit membantut pergerakan kami. Cun-cun pukul 4.30 petang, dalam hujan basah kami terjah blakang pasor Pilipin ni. Ade banyak tempat makan. Of course la kat sini yang paling di recommend oleh geng2 blogger and juga ahli forum. Harga?? Sudah semestinya murah dari KL. Tapi korang kene tawar menawar jugakla. Kalo ada udang yang 2 ekor spuluh hengget, cuba uolls tawar 3 ekor. Biasanya akak2 peniaga tu okje. Pandai2 uolls la main harga.
Hohoho...sodap!!!
Lepas mentekedarah meratah makanan laut ni, weolls gerak2 khas balik ke apartment. Si Naim dah beradoi dah sakit kaki penat. Pandai pulak suruh tahan teksi. Ayat mak pak dia biasalah, "depan sikit je lagi. Tu ha, dah nampak dah hotel kita. Sikit lagi". Hahaha. Akhirnya berjaya jugak kami menapak balik. Malam tak keluar mana2 pun. Stay kat bilik picit kaki Naim. Hak hak hak.
3 comments:
wah tak sabar nak baca part ii... acu cite acu cite...
ni yang buat lapar ni tengok ikan2 bakar tuh memanggil2 suh pi Sabah lagi sekali...:p
cik elle: huhuhu, sabor eh..tungguu
mijoe: ape lagi, skodeng tiket mana yang murah!! Hohoho...ingat nak merempit lagi la ke Sabah ni. Best!!
Post a Comment