Assalamualaikum semua. Selamat sejahtera. Harap semuanya
berada dalam keadaan sihat dan ceria-ceria selalu. Hari ini merupakan hari
penghabisan dalam kalendar 2012. Banyak memori dalam tahun 2012 ni. Macam-macam rasa ada. Manis, masam, pahit. Mana
yang elok kita jadikan panduan, mana yang tak elok kita jadikan iktibar bagi
menghadapi hari-hari mendatang.
Alkisah, semalam tekak ni terasa nak makan steamboat je.
Minggu ni berderet menu steamboat. 24hb aritu dah pekena steamboat kat FlammingSetapak. 28hb pulak bedal steamboat kat Johnny Alamanda. Semalam 30hb try pulak
steamboat kat Restoran Jentayu Steamboat & Grill di Dengkil. Kat Dengkil tu baru first time
mencubanya. So far, bolehla. Menu tidakla sepenuh rasa macam kat Flamming. Harga ialah RM21.90 dewasa dan RM10.90 kanak-kanak. Bagi yang
berusia 4 tahun ke bawah, makan adalah PERCUMA.
Harga sebelum ni ialah RM 17.90
bagi dewasa. Untuk kanak-kanak harganya masih sama. Start bulan November aritu
harga dah dinaikkan. Saya pun baru tahu semalam masa nak bayar tu. Mau bergaduh
juga bila dengar jumlah yang disebut mahal dari yang saya jangkakan.
Rupa-rupanya dah naik harga. Saya cadangkan, pihak pengurusan restoran mengambil inisiatif untuk menukar sebarang flyers yang ada di facebook dengan
memasukkan harga yang baru. Nanti takdela pelanggan rasa tertipu, macam saya.
Yela, datang ke Dengkil tu sebab nak dapatkan steamboat dengan harga yang murah
la konon. Kat depan rumah pun ada juga kedai steamboat, tapi mengenangkan harga
RM17.90 seperti yang terpampang dalam flyers di facebook, sanggup pergi ke
Dengkil. Alih-alih time nak bayar, baru tahu harga dah naik. Mulalah buat skrip
dalam hati. “kalau aku tahu, baik pergi steamboat depan rumah je.” Hehe, tulah
manusia kan? Ada je yang tak kena.
Restoran ni tidaklah sebesar dan secrowded Flamming di
Setapak. Ianya cuma lot kedai biasa yang memuatkan kira-kira 30 meja kot. Waktu
sampai semalam (dalam pukul 9.30 malam) hanya ada 1 family saja. Nak makan pun
best sebab kita-kita aja yang ada kat kedai tu. Apa pun, jom layan
gambar-gambar yang di ambil dari fb Restoran Jentayu Steamboat & Grill. Enjoy!
Kalau nak try Nasi Lemak Jentayu & Nasi Kerabu Golok ada kat depan restoran.
Saya tak cuba pulak hari tu, tapi macam sedap je Nasi Kerabu Golok tu.
Kelas ko nak, makan krepok keping cicah eskrim!
Sila fokuskan kepada periuk dan hidangan di atas meja ye...bukan fokus pada anak dara itu. By the way, ni adik saya yang bongsu hok gelenya. Nama dia Che Cik...stay kat rumah saya sementara tengah cuti sem. Alang-alang baek punya lepak, daku bagi dia status terhormat...bibik! Muahahahaha. Lega sikitla rumah saya sementara waktu Che Cik ada ni. Balik keje tengok rumah dah kemas. TQ Che Cik. Nanti kalau cuti, lepak la lagi rumah kakakmu ini ye. Ngeee =D
Muahehe. Sila minimizekan skrin komputer anda sekarang pabila melihat muka gedik ini! Makan time!
**Pssstt…kalau nak dapatkan harga murah 10%, bolehla pergi Hari Rabu (Ladies Night) dan waktu hari gaji bagi orang gomen. Jimat la sikit.
3 comments:
uih uih uihhhh..mana gambo makan .....
Muahehehe...tunggu....
smlm try cari x jumpa pon tempat ni
Post a Comment