Friday, April 12, 2013

Cara menguruskan uri

Assalam kengkawan. Uishh..lama betul tak hapdate blog. Ngee (^_^) 
Saya sekarang dah 39 minggu 6 hari!! Kalau ikutkan, esok due datenya, tapi baby macam best je lagi duk kat dalam. Umminya rasa letih sangat-sangat dah ni. Tak larat je. Muka memang manjang berkerut bila baby mengeras. Orang tengok pun suspend! Hehehe. Tapi dalam tak larat dan letih tu, tetap ke office jugak. Kalau stay kat rumah lagi bahaya kut. Kalo sakit ke, turun tanda ke saya sorang-sorang je kat rumah. So, langkah selamat gi je office. At least kalau ada apa-apa kengkawan opis boleh tolong hantarkan ke hospital sementara nak tunggu Peja sampai.

Duk belek-belek pesbuk sambil update pasal SHAKLEE (^_^), terjumpa artikel pasal menguruskan uri ni. Zaman kecik-kecik dulu saya pernah dengar orang-orang kampung bercerita, tanam uri nanti biarlah dengan buku, siap buh pensel lagi. Nanti budaknya pandai belajar. Ada tu cerita, kalau buh uri ngan bantal nanti budaknya senang nak jaga masa dalam pantang, tidur je. Tak banyak ragam. Uish..? Agaknya dulu Chef Wan uri dia tanam sekali ngan periuk belanga la kot, sebab tu pandai memasak? Kwang kwang kwang. Macam-macam. Jom share apa yang saya jumpa dalam pesbuk pasal pengurusan uri ni.

Ini adalah antara tanggungjawab suami. Penting untuk suami tahu dan pelajari cara-cara nak menguruskan uri. Bukan main passing kat ayah kita je dik non! Uri atau nama saintifik dia ialah placenta. Ada jugak setengah orang panggil tembuni. Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri ni umpama best friend or kembar baby masa dalam kandungan. Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelak uri busuk. Jangan simpan uri sampai dua tiga hari baru nak basuh. Kesian uri. Kalau tak sempat basuh pada hari yang sama, simpan uri dalam peti sejuk. Esoknya segerakan tanam. Janganlah kita ikut sangat kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun tu. Takut nanti boleh menjejaskan akidah tanpa kita sedari.

Cara menguruskan uri:

  1. Mulakan dengan membaca Bismillahirahmanirrahim.
  2. Cuci bersih-bersih untuk hilangkan darah. Jangan guna sabun / shampoo. 
  3. Cuci uri dengan garam dan asam jawa. Lumur pada uri dan cuci bersih-bersih (untuk hilangkan bau hanyir darah)
  4. Bilas dengan air bersih sambil selawat dan doa yang baik-baik.
  5. Perahkan limau ke atas uri hingga naik bau limau. Ini untuk harumkan uri, tak mo bagi hanyir. 
  6. Letakkan dalam plastik atau bekas mudah reput. Letak garam kasar dan asam keping. Ini pun tujuannya tak nak kasik berbau. 
  7. Letak uri dalam kain dan ikat kemas-kemas macam sup bunjut.
  8. Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau / dikesan / dikorek anjing atau binatang-binatang lain. 
  9. Baca bismillahirahmanirrahim dan selawat semasa letakkan uri. 
  10. Tanam ditempat yang bersih dan selamat.
  11. Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh binatang.
  12. Jangan letak lilin dan barangan lain yang boleh mendatangkan syirik atau khurafat.
Hukum menanam uri adalah harus. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat dan perlu dielak. Haa, ingat tu kawan-kawan. Oklah, semoga selamat semuanya dan doakan saya pun selamat melahirkan juga ye? (^_^)


0 comments:

Post a Comment