Eh, pilih set bersalin Tanamera pulek dah? Aritu konon dok gebang pasal Confinement Set from SHAKLEE?? Mana satu ni der? Hehehe, sabor, sabor! Jangan kutuk daku dulu. Muahahaha. Sememangnya saya pilih set berpantang dari SHAKLEE. Walaupun berpantang dengan supplement untuk dalaman, penjagaan luaran macam berurut, bertungku, berbengkung tu pun kena buat jugak. Lagi-lagi bab naikkan peranakkan tu. Penting sesangat wokey. Tak boleh biar gitu je. Kesian badan. Dah overdue dua hari baru terhegeh-hegeh nak up entry pasal set bersalin untuk luaran ni. Ini semua poyo! Hehehe (^_^)
Terasa nak guna Tanamera Postnatal ni sebab one of my school mate yang share dia punya pengalaman. Sebelum ni tak tahu sangat pasal Tanamera sebab set-set bersalin yang glamour macam Nona Roguy, Sendayu Tinggi, Leesa Formula, Amway yang lebih menonjol di internet. Mungkin dululah. Sekarang tak tahu la pulak. Hehehe.
Tanamera ni konsepnya ialah personal care and home spa products. Jadi barang-barang dia memang akan buat you all rasa "relax....." dan mendamaikan. Huhuhu. Review tentang sabun herba dia, ramai yang cakap "best sangat", "wangi sangat"...dan "sangat-sangat" yang lain tu membuatkan saya teruja untuk memilikinya (^_^). Selain boleh dibeli secara online, anda boleh mendapatkannya di kiosk-kiosk Tanamera yang berada di Parkson Sunway, Central Market, KLIA dan Parkson One Avenue, Penang.
Mengikut pembacaan dan pencarian di internet, Tanamera ni 100% bukan dari jamu. Okla tu untuk yang nak breastfeed kan? Saya suka produk-produk yang support breastfeeding. You all boleh terus consume without any worries. Kalau one complete set yang contains of 11 item, harganya ialah RM360 include postage. Barang-barangnya ialah:
- Minyak Kelapa dara
- Sabun Herba
- Minyak Urut Herba
- Air Bunga Lavender
- Herba Pembersih Wanita
- Mandian Herba
- Teh Herba
- Tapel (ni pakai kat perut masa nak berbengkung)
- Bengkung
- Pilis
- Lulur Badan Herba
Yang bestnya, Tanamera ni boleh dibeli secara loose. Hoyeh-hoyeh!! Nak beli 1 set lengkap saya rasa memang akan ada yang tak digunakan. Tu, sayalah. Orang lain mungkin guna semua benda yang ada dalam 1 set tu. So, saya decide nak beli 2 item sahaja iaitu:
Sabun Herba
RM15
Herba Pembersih Wanita
RM26.50
0 comments:
Post a Comment