Saturday, April 27, 2013

Pengalaman bersalinkan anak ketiga

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah-kurnia dan izin-Nya dapat juga diberikan saya peluang untuk merasai pengalaman bersalin buat kali ketiga. EDD patutnya 13 April aritu. Tapi since takde apa-apa tanda memang cool je la gi opis. 16hb memang ada appointment kat Klinik Kesihatan. Nurse kat KK tu dah bagi tahu, kalau tak bersalin juga, kena follow up dengan doktor dan kena buat ultrasound nak tengok baby.

So, 16hb tu pergila saya ke KK, bertemu muka dengan doktor untuk di scan. Doktor kat KK tu cakap, baby kemungkinan cecah 4.2 kg!! Tu dia! Bia betik!! Besaunye! On the same day tu jugak doktor kat KK buat referral letter suruh gi labour room Hospital Putrajaya untuk buat scan tengok saiz baby. Suspen beb! Takut kene czer je kang sebab baby besar. So, bila dah sampai labour room, kena la lalui semua prosedur yang membosankan (bagi orang yang takde apa-apa tanda nak bersalin). Kena amik urin, lepastu kena dengar degup jantung baby. Lepas tu barulah scan baby. Peja time ni amik kesempatan la, tidur! Nasib baik tak berdengkur. Doktor kat labour room cakap baby takdela besar sangat. Dalam 3.6 je. Memandangkan takde apa-apa tanda, saya dibenarkan balik. Kalau masih tak bersalin jugak, saya dikehendaki 'menyerah diri' pada 22hb nanti. Huhu, kena induce la tu. Ouch!!

Kebetulan 16hb tu jugak mama ngan ayah sampai ke KL and stay kat umah Miz Elle. Lepas habis urusan di hospital, kami singgah umah Miz Elle kejap. Mama siap 'jampi' lagi kat perut suruh baby keluar malam ni jugak katanya. Tok Ma nak jumpa baby ni. Keluar tau! Tok Ma tunggu. Hehe, saya gelakkan aja sebab takde rasa sakit lagi. Sakit gitu-gitu je. Tak kuat sangat. Tapi sebelum balik dari rumah Miz Elle tu baru rasa sakit yang betul-betul. Sakit memulas sangat-sangat kat bahagian perut bawak ke pinggang. Gitulah rasanya. Tapi masih boleh tahan. Sampai di rumah masih menjalankan rutin macam biasa. Solat Maghrib, makan malam kat rumah. Lepas tu on FB, chit chat ngan kengkawan, update status. Hehehe.  Sakit on off, tapi macam makin kerap. Pukul 10 malam masuk tidur. 

Malam tu memang takleh tidur. Sakit sangat-sangat tu kerap dan acap kali datang menyerang. Masa sakit tu, tak putus-putus mulut ni baca doa Nabi Yunus, iaitu potongan ayat dari Surah Al-Anbiya' ayat 87.



Ya Allah, sangat mujarab ayat ni kawan-kawan. Sangat elok diamalkan tika kita berasa susah hati, jiwa tak tenang, bila kita dalam kesusahan ataupun kesedihan. Bila sakit, baca ayat ni, cepat je sakit tu hilang. Dalam jam 4 pagi, saya bangun mandi, siap shampoo rambut, basuh muka, gosok gigi. Macam bersiap nak pergi kerjalah konon. Kemudian, saya amik wuduk dan solat Isyak dan buat solat sunat taubat. Tengah solat tu pun sakit datang menyerang. Aduyaii. Jam 5 pagi saya kejut Peja, ajak gi hospital. Sebelum kluar rumah sempat lagi makan biskut tiger 2 keping ngan minum ESP. Saya sebenarnya takde prepare pun air selusuh. Sebab saya pernah terbaca (lupa kat mana, rasanya FB kot) air selusuh yang mustajab adalah yang suami buatkan. So, saya amik air masak segelas, saya suruh Peja bacakan surah Al-Fatihah, selawat dan doakan yang baik-baik untuk saya. Dia pun buatlah. Lama jugak dia baca-baca kemudian hembus kat air tu. Dah siap, saya pun minum, sambil buat bilas manis biskut ngan ESP tu kononnya. Lepas je minum air selusuh Peja tu, sakit makin kuat! Wallahualam. 

Dalam kereta memang tak putus-putus baca doa Nabi Yunus tu. 5.30 pagi sampai labour room Hospital Putrajaya. Sekali lagi jalani benda yang sama yang saya buat siangnya tadi. Amik urin dan dengar jantung baby. Kali ni memang tengah sakit. Tapi berkat baca doa tu tadi, sakit tu rasanya macam..sakit tetap sakit, tapi dapat ditahan. Tak lama lepas tu, datang doktor nak check jalan. Seluk punya seluk, menjerit dia. "Dah 8cm ni!!"  Terus saya ditolak ke bilik bersalin. Fuh, saya pun terkejut. Dah 8cm? Sakit macam boleh tahan je..? Alhamdulillah, agaknya berkat baca doa Nabi Yunus tu kot. Cukup je bukaan, terus nurse and the team suruh saya 'berak'. Saya ni pulak macam..hah? Dah boleh berak ke..? Peja..? Mana Peja..? Uhuhu. Maka, tarik nafas dalam-dalam...TERAN!!!!! Sambil teran sambil baca lagi doa Nabi Yunus. Tak putus-putus. Alhamdulillah, 3 kali teran, keluarlah baby Hana seberat 3.6kg. Baby dah keluar baru Peja masuk bilik bersalin. Tadi dia gi daftar wad rupanya. Tak sempat dia jadi tukang sorak semangat saya macam anak-anak yang dulu. Masuk bilik bersalin tu dia pun blur. "Dah sudah?" Huhu. Memang kali ni kejap sangat-sangat. Saya ingat lagi, jam 6.10 pagi saya ditolak ke bilik bersalin. Jam 7.13 pagi baby dah keluar. Proses kelahiran dalam sejam! Alhamdulillah. Syukur


Cukup la kot dah ada tiga kupu-kupu syurga ni. Dah dapat baby girl dah, bolehla tutup kilang eh? Muahehehe. Ok kawan-kawan, mana yang bakal melahirkan tak lama lagi tu saya ucapkan selamat maju jaya. Yang dah selamat, saya ucapkan TAHNIAH dan selamat berpantang serta selamat menyusu badan secara eksklusif!!!


0 comments:

Post a Comment