Monday, June 20, 2011

Kota Kinabalu Part 1

Sebelum ke sana, hari-hari aku jengah CARI ceduk info dan sumber. Tak lupa jugak aku merewang ke blog-blog orang yang dah terjah Sabah. Dapat jugak berkenalan ngan tuan tanah blog. Alhamdulillah, perjalanan yang dirancang  telah berjalan dengan lancar. Tapi renyah sikitla sebab bawak budak kecik. Weolls selamat touch down di LCCT pada jam 10.40 malam semalam. Sampai rumah dalam jam 11.40 malam. Ting tong ting tong, pukui 1.30 pagi baru tido, dan hari ini dengan semangatnya PERGI OPIS!!! Adeh! Bismillahhirahmanirrahim.. Lupakan segala yang keruh, ambillah yang jernih-jernih sahaja. Hehehehe.

Day 1
16 Jun 2011

Pukul 5.15 pagi sampai LCCT. Lambat dah tu rasanya. Terus checkin, solat Subuh kat surau, gedebak gedebuk flight AK5100 berlepas dari LCCT pada jam 6.45 pagi menuju ke Kota Kinabalu. Perjalanan dari LCCT ke KK akan mengambil masa lebih kurang dua jam setengah lamanya. Nasib baik dah order pre-meal. Takderla berkeroncong perut. Menu pilihan pagi tu ialah, Spaghetti Bologniese, Nasi Lemak Pak Nasser dan Roast Chicken Thigh with BBQ Sauce. Nak tengok gambor menu-menu pilihan tadi, sila tekan SINI. Aku tak sempat nak snap gambor bagai sebab melayan perut yang kelaparan. Nyum-nyum! Konyang perut apalagi, lentok la! Nasik baik si Iman tido sepanjang perjalanan.

Sampai KK lebih kurang jam 9.20 pagi. Amik beg, gi toilet lepaskan hajat, salin baju and diaper Iman, gedebak gedebuk pukul 10.00 pagi baru settle. Terus gi kat kaunter teksi, amik teksi airport menuju ke city centre untuk ke Promenade Service Apartment. Tambang ialah RM30 ye tuan-tuan, puan-puan sekalian. Masa dari airport ke city centre lebih kurang 15 minit jer. Kat Promenade Apartments ni, aku amik Family Suite. Biliknya uolls, boleh muat 10 orang! Besor! Naim ngan Iman siap main bola lagi dalam tu. Kemain suka lari sana sini. Selain Family Suite, bilik lain yang ditawarkan ialah Studio Suite. Kalau uolls pilih Studio Suite, kat bilik jenis ni boleh masak-masak. Harus difahami ye uolls, bangunan apartment ni bukan 100% semua unit tu Promenade punye. Dia amik beberapa unit sahaja. Selain tu ialah unit-unit kediaman yang didiami family, student dan lain-lain.

 Inilah rupa apartment tersebut.
Ada Mc'D, ada Mamak 24jam, ada 7E. So, tak perlu risau bab makan.

Kan dah kata, siap main bola lagi. Luas bilik Family Suite ni. 10 orang pun boleh muat.

Sampai bilik, rehat-rehat...lepak-lepak. Sudahnya kami anak beranak terlajak tido sampai pukul 2! Letih konon sebab awal-awal pagi lagi dah bangun (sungguh kukuh alasanku itu). Selesaikan apa yang patut, kami jalan kaki je dari apartment menuju ke Pasar Filipin. Letih jugak duk mengendong si Iman. Banyak skodeng-skodeng je. Tak membeli pun masa ni. Langkah kami pendek sikit masa ni sebab masa tengah syiok duk skodeng, angin kuat tiba2 menerpa. Lepas tu hujan pun turun. Takde la lebat tapi sedikit membantut pergerakan kami. Cun-cun pukul 4.30 petang, dalam hujan basah kami terjah blakang pasor Pilipin ni. Ade banyak tempat makan. Of course la kat sini yang paling di recommend oleh geng2 blogger and juga ahli forum. Harga?? Sudah semestinya murah dari KL. Tapi korang kene tawar menawar jugakla. Kalo ada udang yang 2 ekor spuluh hengget, cuba uolls tawar 3 ekor. Biasanya akak2 peniaga tu okje. Pandai2 uolls la main harga. 

 Hohoho...sodap!!!

Lepas mentekedarah meratah makanan laut ni, weolls gerak2 khas balik ke apartment. Si Naim dah beradoi dah sakit kaki penat. Pandai pulak suruh tahan teksi. Ayat mak pak dia biasalah, "depan sikit je lagi. Tu ha, dah nampak dah hotel kita. Sikit lagi". Hahaha. Akhirnya berjaya jugak kami menapak balik. Malam tak keluar mana2 pun. Stay kat bilik picit kaki Naim. Hak hak hak.

Friday, June 17, 2011

Apsal ekk??

Menyampah, menci, geram...macam-macam lagilah sifat-sifat mazmumah yang ade dalam diri masa tu (astagfirullahhalazim). Apsal ekk, manusia ni suka sangat tengok luaran, pandang pada paras rupa dan penampilan je dari nak nengok ngan skodeng sifat dan peribadi seseorang (huhu...dah itu yang paling ketara nampaknya dari nak menilai bagai kan??) Al kesah masa nak gi bercuti ke Sabahla ni. Udahnye flight pagi, aku pun bersiap lebih kureng jela (salah senirik jugek), tak menepek bedak segala. Muka original suci murni gitu kekdahnya. Bila dalam flight, mintak pulak macam2, nak air ni la, nak belt baby la...yang geng2 flight attenden ni pandang semacam je. Riak muka orang ni mudah di baca beb! Depa pakat duk buat muka macam "eii, jeleknya pompuan ni", "eii, tak kuasa aku nak melayan orang jakun sorang ni".  Hadoi, hangin satu badan gue! Potong steam arr. Mai sini aku nak tampor muka sorang-sorang biar berpusing! Bior sorang-sorang sedor diri sket! Huhuhu (nampak nau muke ko teruk kalau tak besolek, Mek. Muahahahaha). Wei uolls, don't judge the book by it's cover la beb!

Monday, June 13, 2011

Tahniah Terengganu!!!

 
 Akhirnya milik Terengganu

Hok aloh! Hok aloh! Nok buat guane, doh takdok rezeki Klatang nok pertahangkang kemenangnang. Dakper arr, kite wi ke jirang kiter la. Orang Pata Timo jugok. Ke guane? Ambe pun orang Teganu jugok! Muahahaha. Dan2 speaking Kuala Teganu! Apapun, TAHNIAH diucapkan kepada skuad bola sepak Penyu kerana telah berjaya membawa pulang Piala FA ke Terengganu. Ambe tupang gembire (dalam sedih). Uhuk uhuk uhuk. Sedih memang sedih. Pasukan pojaan hatiku kecundang! Huhu...takpe2, kita tunggu Liga Super pulok! Kut2 ade rezeki kan...(ayat pujuk hati, standard!!!) 

 
Kesian Daud Su. Siap mintak mahap bagai. Pada pendapat aku yang kureng arif sangat pasal bola ni, aku rasa itu bukan salah dia pun. Kalau tak tanduk pun kompem masuk gol jugak sebab ade lagi 2 pemain Terengganu kat blakang dia kan? Kontroversi tercetus bila dia tertanduk bola tu, dan nak jadik musabab termasuk gol Kelantan pulak. Bila bukak facebook siap ade page "Kami tak salahkan Daud Su kerana kekalahan Kelantan". Huhu, see?? Ramai yang menyokong anda! Apapun, harapan The Red Warrior untuk bergelar juara dalam Liga Super amat-amatlah besar! Gomo Klatey Gomo!!!!

Friday, June 10, 2011

Final Fiala FA



Ce citer, ce citer. Mana satu nak sokong? Terengganu (negeri kelahiran) atau Kelantan (negeri kelahiran Mr.Peja)? Nama anak pun dah melambangkan perlawanan esok nih. NAIM vs IMAN. Tapikan uolls, bak kata orang tua-tua, isteri tu wajib mentaati suami, kena ikut kata suami, jangan bangkang pendapat suami. Kalau tidak nanti ketulahan. Muahahaha. Nampak gayanya aku kena sokong The Red Warriors la kalau macam ni (alasan kukuh taknak kasik orang-orang negeri Terengganu lahar haku). Hak hak hak. Sape ye yang bakal jadi juara? Jeng jeng jeng...Dua dua team best. Kalau tak best takdela sampai final, ye dak? Apa pun, tiket dah dapat, kita tengoklah siapa yang jadi juara. Jumpa esok ye uolls kat Stadium Nasional Bukit Jalil, wonggeh?!


...Tiket yang dah tersedia depan mata...


Wednesday, June 8, 2011

N A I M

Naim tinggal kat Kota Bharu. Ujung minggu ni baru datang sini balik. Nanti Pak Incik bawakkan sebab kebetulan minggu depan Pak Incik ada appointment kat Siptal Selayang (every month kene ngadap tuan doktor). Duk kat umah time Naim takde ni is...B O R I N G! Takde kawan nak gaduh! Muahahahaha. Iman pun kesian gak. Terkebil2 sorang. Huhuhu. Naim, ummi rindu Naim!!!

ek eleh, buat muke blur arr tu!! 

Rindu betul kat bantal pelok aku ni! 
Huhuhu..serius seh muka tengok kartun. Aku toleh skali lagi dah lelap rupanya.
Lokasi kejadian: Umah Kota Bharu

Tuesday, June 7, 2011

Hujung minggu yang best!

Ari Khamis malam Jumaat minggu lepas, (cam suspen je bunyi ek) Mr.Peja tetiba je buat pengumuman, JOM BALIK KAMPUNG?! Va va va! Memang dah lama seh tak balik Besut ngan Kota Bharu. Apa lagi, haku bagai lipas kudung kemas baju masuk dalam beg. Semangat der!! Sebab tu tajuk enti "hujung minggu yang best" sebab dapat balik kampung!! Tapi balik hujung minggu je la. Takde cuti muti wokey! Memang macam kampung aku tu kat Seremban je kekdahnye kan? Esoknya hari Jumaat, ape lagi...half day la! Tapi tak berapa nak half pun. Konon nak nyudahkan orang semayang Jumaat bagai. Last2 pukul 4 petang baru gerak dari Putrajaya. Yang paling semangat skali of coursela si Naim. Kesian gak tengok hero Malaya aku tu. Geng2 dia semua dah jenjalan merayap ke sana sini sebab cuti sekolah, dia je la yang hari2 lepak kat nursery. Nantila, minggu depan (orang dah naik skolah balik) baru nak bawak dia jenjalan terjah Sabah!!! Tungguuu...

Nama pun balik ujung minggu, dengan jauh dan letihnya lagi, nak merayap amende. Duk rumah jela luangkan masa berkualiti bersama keluarga terchenta! Haha. Memang penat seh (walaupun bukan aku yang drive)! Tapi penat2 pun sempat lagi gi kenduri kawin jiran kat blakang rumah. Lepas tu ke Kampung Alor Keladi jenguk Kak Yong yang baru dapat baby girl. Azfar Nur Qaseh nama diberi. Comey!!!

Sian baby Qaseh. Kena minum susu pakai tiub. Moga Qaseh cepat2 sembuh! Muah!!

Malam lepas Isyak, pulun balik Kota Bharu pulak. Konon2 dapatla tengok anak buah baru, sebab adik ipar aku malam tu masuk wad di  HUSM, nak bersalin kekdahnya! Tapi hampeh. Baby taknak kluar lagi. False alarm. Huhu. Kempunan! (apa ek nak suruh anak buah belah Mr.Peja panggil aku? Since Mr.Peja anak sulung, kena panggil aku Mak Long ke? Owh tidak! Very the tua bunyiknye!) Esoknya, hari Ahad ehehehe (gelak gelenya) sempat terjah...

Rantau Panjang uolls! 

ikut jalan yang lurus..jangan bengkong-bengkok


suka amik gambor awan, gebu2 je nampak



Tu namanya jalan-jalan carik pasal! Perghh, orang ramai toksah cakaplah. Musim cuti sekolah kan. Parking pulak, susah yang amat nak carik. Kalau namanya parking lot, memang macam menang loteri! Last2 kitaorang park je tepi jalan. Tu pun dah berkali2 pusing. Kat sini tak membeli sangat pun. Takde la sampai meroyan. Cuma beli apa yang wajib sahaja tiap kali terjah Rantau Panjang iaitu...

 lotcing

dari dalam kereta masa carik parking dah aim mende nih



Time nak balik tu hujan la pulak. Nasib baik masa tu aku ngan Mr.Peja dah dalam kereta. Owh ya, lupa nak bagi tau. Pergi Rantau Panjey ni kita orang laki bini je. Anak2 tinggal kat umah Kota Bharu. Ramai dayang2 yang sudi jagakan. Lantak korangla nak kata aku ngan Mr. Peja slalu je tinggalkan anak kalau jenjalan. Tak sayang anak ke? Yuhuu uolls, sebab sayangla tak bawak. Sebab sayangla tinggal kat umah. Dia punya panas ko, sakit kulit2 ni. Memang kesian kalau bawak budak. Lagi2 si Iman tu. Baby lagikan. Dari dia duk menggelupur kepanasan mengamuk dan seangkatan dengannya, pehtu nanti kompem aku pun menggelupur sama sebab tahan marah, better la hero2 Malaya aku duk kat umah atok depa. Boleh nengok tv, tido golek2. Win-win situation gittu! 



Ni gambor Masjid Cina kat Ranta Panjey


 Hujey pulok...seb baik nok kelik doh!
 Bye-bye Rantau Panjang.Ada rezeki jumpa lagi.
S E K I A N

Wednesday, June 1, 2011

Big surprise!!

Salam uolls. Harap semuanya sihat sejahtera di dalam rahmat Allah yang Maha Esa. Hari ni, bertalu-talu message dalam FB masuk. Melimpah ruah mak punya wall, nyah! Tiap-tiap second masuk update. Semua pakat duk ucap selamat dan mendokan haku dimurahkan rezeki (AMIN!!!), dipanjangkan usia (AMIN!!!), mendapat kebahagiaan bersama keluarga tercinta dunia akhirat (AMIN!!!). Tak kurang juga yang mendoakan aku dapat baby girl (yang ni paling kuat skali AMIN!!!) Semuanya gara-gara tarikh keramat 1 Jun. Huhuhu, hari ni BIRTHDAY aku! Dalam tiap-tiap tahun birthday, rasanya tahun 2011 ni lah yang paling special, sebabnya...ehem-ehem

*

*

*

*drum rolls*

*

*

*

 Tadaa!!!!


Aku dapat bunga ros ngan sekeping kad chenta dari Mr.Peja!!! 
HIP HIP HOOREY!!!!


Muka gedik dapat bunga! Miahaha

Huhuhu, betul uolls. Tak pernah-pernah Mr.Peja nak beromantikus macam gini rupa seh. Memang dia tergolong dalam golongan suami-suami yang kureng romantik. Tahun-tahun sudah takat celebrate ngan kek je. Pastu makan-makan. Tak pun beli kuaci layan DVD kat umah. Tahun ni lain pesen pulak. Siap antor bunga bagai. Suspender aku kat opis tadi. Tetiba ade Apek muda datang kata mau jumpa sama itu Miss Diyana. Memang kojutan bosar eh! Huhu, terkulat-kulat aku amik bunga tu! Ahaks! Mak suka! Mak suka!! Thank you so very much my dear darling Mr. Peja. I lap yu! Akhirnya awak buat jugak surprise kat saya eh? Huhu, sekali sekala beromantikus memang best!