Monday, March 21, 2011

Bangkok Part 1

Halololo..lamanye tak hapdate blog!!! Sebok! Sebok! Sebok! Kejerkan ngalahkan Jusa!! Memang aku suspek..eh, respekla kat bloger2 tegar nih, especially yang dah jadi mak. Mak nyah?? Owh, nehi..nehi! Sempat betul diaorang luangkan masa berblogging setiap hari. Ko tipah? Tenggelam timbulla jawabnyer..huhu.

Trip ke Bangkok 4 hari 3 malam. 4 ke?? Aku rasa 3 hari je kut sebab hari ke4 tu kita orang dah gerak2 khas dari sana pulang ke tanahair. Flight pagi dowh..ituje tiket yang murah. Rembat jela, takkan nak jeling je kut..?? RM200 seh pegi balik! Tak ngoyan ko? Mana leh tahan beb!! (Psstt, ujung Mac ni tiket MAS gi Mumbai tak sampai sribu gi balik, kot2la nak jumpe Datuk Shah Rukh Khan)


Day 1
12 Mac 2011

Flight kitaorang petang. Kul 3.25. Kul 12 tengah hari tu dah gerak dari rumah. Alhamdulillah slamat sampai ke LCCT kul 12.40pm. Terus checkin. Then kami lepak2 makan2 sambil tunggu sorang lagi kawan. Aku gi sana bertiga je..aku, Mr.Peja ngan kawan dia nama Wan. Wan ni asal usul mak ayah dia dari sana. Lepas tu now family dia stay kat Klatey. Memang Wan ni boleh la cakap Siam skit2. Tak la lancar sangat, tapi baik dia la dari aku ngan Mr.Peja, kita orang tau sawadekap je! Hehe. Time nak depart tu ujan la pulak. Seb baik tak lebat. Sedang2 aje. Aku citer ngan gambor jela ye..cepat skit. Korang layan la. Panjang ni! Hehe


 Lebat tak lebat boleh tahan la...huhu


 Ni dah terbang sejam kut. Perjalanan KL-Bangkok amik masa dalam 2 jam gitu. Perbezaan masa lak, kita dulu dari dia sejam. So, kalau kita pukul 7, diaorang pukul 6..gitu la kekdahnye. Tengok awan tu, gebu2!! Geram


Turun je dari katerbang, kita naik bas pulak. Dah sedia menanti depan katerbang AA tu. Takdenye nak jalan kaki macam kat LCCT wokey. Sebenarnye airport dia luas sangat!! Lagi besar rasanya dari KLIA. Ye ke..? Kalau sape2 yang tahu perbezaan keluasan kawasan dua airport ni sila bagi tau ye. Kalau jalan kaki nak ke terminal tu maunye pengsan 2 3 kali pun tak sampai2 lagi


 Finally, jejak jugak kaki aku and Mr.Peja di bumi Bangkok, city with smiles


 Sampai je airport ko pilihla mana transportation yang ko nak, macam2 ada!! Kita orang amik yang bawah skali tu...train to city


 Airport dia canggih weh, KLIA duk blakang..huhu. Besar sangat!! Memang canggih la


Ok, now jom beli tiket. Ni macam LRT la dari airport to city. Nama kat Bangkok ni Cityline. Kan bes kalau ada LRT gak dari KL ke KLIA. Ko tau brape rege dia..?? Kalau ERL tu dari airport ke bandor dalam RM35 kan..? Haa..kat sini rege dia..jeng jeng jeng

 Ha tu..nampak? 45 bhatt je! Kalau dalam Ringgit, 4.50 je! Murah dan jimat!!


Nanti kluarla coin sketul ni..Ko takyah la jakun cam aku terkial2 cari tempat insert coin masa nak lepas gate LRT tu..mende ni rupa2nya touch and go wokey!! Huhuhu..kater pelancong..harusla aku tak tahu apa2 kan?!! Kat Mlesia ni still pakai tiket ala2 kad lagi wokey!! Huhuhu


Our destination...Phaya Thai


Beria ko aku ngan Wan tengok peta..konon nak terjah! Padahal Wan ni dah takyah peta2 bagai terjah Bangkok...semua dalam kepala dah! Huhu


Ni sebahagian view dari bandar Bangkok. Di ambil dari dalam Cityline..


Kat sinila kami menginap..Benz Residence, dekat Soi 17 Petchaburi.  Jalan depan skit dah jumpe Pratunam Mall, Pantip IT Mall..owh, sorga2!! Okla, 2 bintang. kater ko nak jenjalan kan..? Buat ape nak hotel mewah2? As long as ade katil, ade toilet..ok la bagi aku..


Nah amik..room type skali aku snap! Hahaha..pilih2 mana yang berkenan! 700 bhat je smalaman..

Lepas checkin, taruk beg..terus merempit!!! Sebelum rempit isi perut dulu beb!! Last makan maser kat LCCT dowh! Huhu..lapar kebulur dah ni. Jom, gerak2 khas menuju ke tempat makan. Dari hotel kami jalan kaki ke Soi 7 Petchaburi. Aku ngan Wan steady. Udah taik lalat sketul kat tumit kaki kan, harusla kuat berjalan!! Mr.Peja la always tertinggal kat blakang! Muakekek


Ni la tempat dinner kami. Kedai biasa je, takde aircond, takde deco cantik2. Kalau korang yang slalu p Bangkok, mesti korang dah glamer ngan Restoran Mak Yah and Faridah Fatornee kan..? Rege pun mahal la, rege aircond la katakan.huhu. Kedai yang aku gi ni korang jalan depan sikit dari Kedai Faridah and Mak Yah tu. Nanti ade lorong, korang belok kanan. Kat lorong ni ramai muslim. So, korang boleh pilih nak makan kat kedai mana. Malam tu kami makan tomyam, daging goreng kunyit and kailan ikan masin which costed us 400 bhatt. Okla!!



Burrrpp..Alhamdulillah! Kenyang! Dah selamat menjamu selera, aktiviti rempit diteruskan. Lepas je makan kat kedai tadi, kita orang jalan kaki skit menuju ke stesen BTS National Stadium menuju ke stesen Sala Daeng. Nak p pasar malam Patpong puloks! Huhuhu..


Tu dia..dah sampai! Ko layan kan jela gambo pasar malam ni. Ala2 macam Pasar Malam Jln TAR la jugak. Kat kiri kanan jalan ni kalau yang lelaki macam Mr. Peja and Wan depa siap offer , "Sir! Sir! Come! Sex service!!" Walawei!! Aku tinjau2 gak nengok mende service depa kan? Kat dalam kedai tu ade la depa pakai bikini seksi2 uolls, menari tiang!! Ngenge. Service lain, masuk pintu blakang kut..?? Muakekeke. Kita org tak membeli pun kat sini. Stakat amik aura n idea ape yang nak borong esok kat Chatucak! Lepas round round Patpong kita orang pun balik.

Huhuhu...super uolls!!! Apa reaksi aku..?? Aku gelak je kat Mr.Peja ngan Wan. Jelous?? Sikit pun muke takde efek! Hak hak hak


Sebelum sampai hotel, kami singgah dulu kat warong tepi jalan. Layan supper sket! Aku order roti canai kusun, Mr.Peja order murtabak. 2 keping wokey mamat ni layan! And Wan order roti bakar. Air semua order teh. Perghh! Best! Best! Kat mana warong ni?? Dia dekat2 ngan kedai Mak Yah tu. Malam je meniaga. Siang hari takdok. Ok, sekian laporan pada hari pertama. Jumpe dalam next entry!




Wednesday, March 16, 2011

Ting tong

Huhuhu..penat trip ke BANGKOK tak ilang lagi. Ari ni dah kene masuk keje..Malasnye!! Maklumla, dah 4 hari berjimba bersuka ria. Opis pun aku tak ingat macam mana rupa time tu..haha, merdeka la kejap. Nanti2la aku stori mori citer Bangkok ni. Jumaat ni nak balik kampung amik anak2. Jalan lagi!! Adeh..Takpe2, yang penting HAPPY!!! O yeah! Lama tak jengah blog tetiba ade kawan baru..Thanx luckylizan sebab sudi jadi follower blog yang tak seberapa ni! Salam perkenalan ye!

Friday, March 11, 2011

Fly Away


Argghhh!!! Esok sudah mau fly fly away..tapi satu mende pun blom packing!! Yang parah pitih tak tukor lagi!!! Nasib baik flight petang. Sempatla aku kemas skit2 apa yang patut. Anak-anak pun aku eksport balik Besut. Wohoho, honeymoon la aku ngan Mr.Peja. Seminggu berdua-duaan! Mana tahu kut2 ujung tahun ni Naiman dapat adik baru! Muakakaka. Busy betul lately..sampai umah slalu je pukul 8 malam. Kerja gaya macam ngalahkan jusa wokey! Muakakaka. Sian si Iman, asyikla mengOTkan diri kat nursery. Huhu, mintak maafye anakanda. Bonda mencari rezeki yang halal buat kita sekeluarga. Apa pun esok yang pasti kene gerak-gerak khas awal dari rumah. Tak mau kejadian ngeri lalu berulang kembali. (sila rujuk entry Saigon) Kena awal demi menjamin keselamatan ummah! Mr. Peja dah sound awal2.

Mr. Peja: Esok takde makne nak ngadap citer Oscar's Oasis ye yang..kene sampai awal kat airport..

Sila jangan jealous sebab saya memang Oscar's Oasis addicted!! Citer tu start kul doblas tengahari, Mr.Peja nak gerak dari umah pukul doblas la..flight kul 3.35pm. Macam la umah tu jauh nau dari airport. Equine Park ke LCCT tengah jam je laling oii. Aiseh..lama la lepaking kat airport. Korang pernah layan tak si Oscar ni?? Huhu, best woo!! Aku ngan Naim sama naik gelak! Nak tengok rupa si Oscar tu macam mana..?? Sungguh kiut uolls!!

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Taddaa!!! Si kiut miut..Oscar!!

Wednesday, March 9, 2011

H E R O E S

Apa, korang ingat aku ni Heroes addicted? Takde masanya aku nak ngikut citer panjang berjela ntah dah ke berapa siri tu..huhu..ni hero2 aku kat umah wokey. Yang membuatkan aku jadi mak orang yang sangat penyayang..yang lemah lembut, yang jarang2 jadik rimau, yang buat rumah aku tonggang tebalik macam tongkang pecah! Jadik antu belum lagi! Huhuhu.. Meh aku nak intro sorang2, kita mulakan dengan..(bismillah ye..? Huhu..tak, tak) Naim! Ni la bukti cinta aku ngan laki aku yang pertama. Huhu, bahan bukti wokey!! Muakakaka. Orangnye kiut2, haruslah mengikuti muka mak dia kan..? Lebih afdhal kekdahnye! Huhu



Naim, 7 months old


Naim, 4 years old


Align CenterNaim, 5 years old


Now, Naim dah 6 years old. Taun depan masuk darjah 1 pulak..kejap je masa berlalu. Rasanya macam baru je aku branak! Eh, memang pun..2009 aku branak lagi sorang! Huhu..lupa! Prasan macam ibu beranak 1 uolls.. Jarak jauh tu! 4 tahun mendarakan diri wokey! Muakakaka. Bahan bukti ke 2 ialah...Iman! Tadaaa...


Iman, one day old


Iman, 5 months old


Iman, 5 moths old. Sila lihat lengan ketak2 dia wokey!!


Kalau korang prasan, masa Naim 7 months ngan Iman 5 months..bezakan..?? Naim kurang chubby..tapi tetap menjadi cuitan orang sebab rupanya yang lebih kepada ke-mat-salehan (mesti korang bajet laki aku mat saleh kan..? Hua hua hua). Iman pula menjadi cuitan sebab tubuhnya yang memang terserlah kemontokkan tu. Takleh nak sorok2 lagi..huhuu. Apa rahsia Iman berbadan montok..? Of course la SUSU IBU!!! Dari start lahir sampai skarang umurnya 1 tahun 7 bulan..masih lagi menetek! Bertepek je kat dada! Time Naim dulu aku tak cukup ilmu..maklumla, omo 22 dah jadi mak orang! Memang tak tahu macam mana nak netek anak..nak perah2 susu bagai ni. 2 minggu je Naim dapat rasa susu aku. Keciwa sangat2 bila ngenangkan Naim tak dapat khasiat yang cukup waktu tu, yela..kilang ade, susu ada..tapi tak reti! Bosan dengar anak nangis, bagi je FM. Abes cerita. Tapi tula..rasa bersalah pulak pada Naim. Bila Iman dapat khasiat susu aku, puas hati sangat2. Baru aku tahu, susu aku ni banyak wei!! Masa dalam pantang 2 jam je keras..2 jam je keras..kadang sampai ketul2! Huhu..Aku frust tau bila badan Iman susut sikit. Rupanya budak netek ni bila masuk umur stahun badan dia akan slim skit. (betul eh..?? betulkan ye kalo kenyataan aku tu salah..tu pun sbenarnya ayat pujuk hati aku sebab Iman dah kureng montok!)


2 bradik: Naim + Iman = Naiman

p/s: Nama budak dua orang ni memang seketul tu je..takde panjang2. Mohamad pun aku tak taruk. Itula nama dalam MyKid diaorang. Naim. Iman. Huhu




Tuesday, March 8, 2011

Hari Wanita Sedunia

8 Mac ialah Hari Wanita Sedunia wokey..?? (Owh, mengapa daku wanita yang tulin lagi ori ni baru tahu??) Berbanggalah wanita2 sekalian alam, ada hari khas untuk meraikan anda!! Bak kata celebriti..."kerana dirimu begitu berharga!" Asal usul tertubuhnya hari wanita di Malaysia ni pada tahun 1985 adalah disebabkan keganasan yang sering dilakukan terhadap wanita. Dengan terjadinya rogol, gangguan seksual..macam2 lagila. Pergh..masuk bab sejarah la pulak!! Cayala!! Paper sjarah dulu dapat brape? Sedih!!

Aku menjadi seorang wanita. Wanitakah aku..? Terasa seperti anak dara lagi!! Paanggg!!! Koya!! Dulu, aku anak dara..perghh, nakal wei!! Ligat! Kalah Stacy! Nak feeling2 macam paham prasaan seorang mak tu, takat boleh bayang jela..last2 insap dengan sendirinya..Pastu bertukar status..jadi bini orang. Tapi jadi bini orang ni pun diusia muda. 21 tahun dah pegang status 'Puan' uolss!! Mendela sangat budak (budak wokey) omo 21 reti bab2 nikah kawen ni. Tanak nasik pun ala2 menjadi bubur gitu! Hahaha..nasib la laki aku, nak sangat kan..? Huhuhu..Blajo lebih kurang selama beberapa bulan, barula reti skit2 macam mana penatnya jadi bini orang. Penat wokey! Mana ngan keje hakiki lagi..ngan yang dikerjakan lagi! Muakaka. Now, jadi mak orang! Ha..baru ko tahu langit tinggi rendah!! Barula tahu penat jerih mama nak membesorkan aku jadi orang yang berguna! Kini, barulah aku tahu kenapa wanita itu begitu penting sehingga terbitnya surah surah An-Nisa di dalam Al-Quran. Siap diperincikan lagi hak-hak kita di dalam surah tersebut. Wanita juga begitu diutamakan sehingga adanya klausa "ladies first!" Huhu..bangga uolss!

Wanita ni hebat tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tak caya..?? Ok, meh aku bagi contoh paling simple! Nabi Adam A.S dikeluarkan dari syurga kerana..?? Kerana makan buah khuldi kan..? Ok, siapa yang suruh..?? Hawa yang suruh!!! Nak contoh lagi?? Boleh..no probleng! Ok, ingat tak lagi citer Firaun? Ala, pemerintah Mesir (bukan Hosni Mubarak ye) yang ngaku dia tu tuhan..yang bunuh semua budak lelaki dulu2 tu..kejamkan..?? Tapi macam mana pulak dia boleh lembut ati amik Nabi Musa A.S jadi anak angkat dia..?? Cu citer? Cu citer? (parah betul penangan citer HKLBR ni..) Kan bini dia, Asiah yang pujuk..ha, tengok! Hati Firaun yang kejam, bengis tu pun boleh lembut dek pujukan seorang wanita!! Huhu..hebat uolls!!

Dalam hebat dan bangga ada sedihnya juga..masih ada segelintir wanita yang tidak menghargai diri sendiri. Yela, sebagai contoh yang paling mudah, kes buang bayi. Wanita2 ini meletakkan diri mereka ditempat yang paling hina bila menyerahkan kehormatan mereka sewenang-wenangnya pada lelaki buaya demi membuktikan cinta suci konon..taik la!! Yang lebih sedih sangat2 bila lelaki buaya tu baru je kenal 1 hari..kat mana..?? Online..dalam chat room. Adoii..memang sedih! Cukup 9 bulan 10 hari selepas aktiviti bercanda ria mereka, akhirnya lahirlah insan yang tidak berdosa ke muka bumi Allah yang telah ditakdirkan untuk menjadi khalifah. Tapi, wanita2 hina ini telah memendekkan hayat khalifah Allah yang keluar dari rahim mereka sendiri dengan menyumbatkannya di dalam lubang najis, mencampakkannya di dalam timbunan sampah..Allahhu Akbar..sayu sangat2 hati bila baca news pasal baby kene buang.

Pesanan penaja uolls, jagalah kehormatan anda..hargailah diri anda sendiri kerana "tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia!!"

p/s: anak aku tak tido dalam buai..bolehke goncang dunia..?? ekekeke

Pekerjaan Mulia

Hari ini hari Selasa. Setiap Selasa adalah hari yang penting bagi diwiku! Setiap minggu wokey. Sebelum Subuh lagi aku dah klua ghumah..tapi 5 minit je! Hehe..nak gi buang bende..jap lagi si pekerja mulia nak datang..kenela buang siap2..karang berbau satu rumah, susah wei! Tak bernapas!! Apakah itu pekerjaan mulia..?? Jeng jeng jeng...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*


Ini dia!! Inilah pekerjaan mulia! Huhu..korang mesti tak suka kan mende ni lalu..musuk la, mengganggu pencemaran bau la..macam2 la korang (bukan ngkau..orang2 lain ye) bagi alasan. Tapi sebenarnya..mereka2 yang sedang melakukan pekerjaan ini adalah sangat mulia. Kalau mereka2 ini tiada..ko nak buat..?? Huhu, jenjet sampah sendiri pun ujung2 jari je, inikan nak ngangkut sampah orang lain..idakle jawabnye! Terfikir nak buat dedication khas ni untuk si pekerja mulia ni sebab dah banyak kali terdengar suara2 sumbangseh berbunyi:

Suara sumbang: Lor..mende ni lagi lalu..busuk arr!! Menci arr bau2 ni..tak senang idup aku!

Abeh, kalau si pekerja mulia ni takde..macam mana la agaknya keadaan sekeliling kita kan..? Cu citer!! Cu citer!! Sikit punyer bagus ade mereka2 ini..sanggup nak hangkut sampah ko yang macam2 tu kan..? Yang berulatnye..yang berairnye..perghh! Iman kene mantop seh nak buat pekerjaan mulia ni. So, moral of the story, hargailah setiap insan di sekeliling anda..sekian untuk entri kali ini!

Friday, March 4, 2011

Planet Penunggang

Ni punyer makan-makan dah berjaman..baru arini nak masukkan lam entri..kita mulakan dengan Bismillah ye anak-anak...muakakaka. Ni kat The Bikers Planet, Taman Puncak Jalil. Jalan kaki je dari umah aku..dekat benor. Tapi mandangkan aku sayang lemak2 kat badan ni, so kami naik kreta la anak-branak. Huhuhu..Cakap banyak pun tadak guna, moh layan gambo..bior terliur sorang-sorang. Sllrrppppppp...ahhh!


Ni la ghupa kedainye..



Chicken chop!! Walla!! best woo..



Ini mamat makan Carbonara Spaget (sila abaikan senyum simpulnye ye..)



Ayor Vanilla di apit Cappuccino



Udah name bikers..ade la deco2 bikers gitu..ade jacket, helmet..slalu jugak kedai ni buat gathering mat2 moto besor n kreta sepot..meriah!